241 murid sekolah Tamil terima blazer, alat tulis

Posted by on Jan 04, 2012 | Leave a Comment

ALOR SETAR 4 Jan. – Seramai 241 murid Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil Barathy di sini semalam menerima sumbangan berupa blazer, alat tulis dan botol air yang disumbangkan oleh MIC Alor Setar dan Yayasan Strategik Sosial.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, W. Thiruchandru berkata program itu merupakan program tahunan dalam usaha merapatkan hubungan dengan ibu bapa, murid dan guru-guru.

“Menerusi program ini pihak kami dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi ibu bapa dan pelajar meliputi aspek kewangan serta pembelajaran.

“Kami juga dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah tamil,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan cenderahati kepada murid-murid sekolah itu.

Thiruchandru yang juga Ketua Pemuda MIC Alor Setar berkata, pada program itu MIC menerusi Yayasan Strategik Sosial juga menyampaikan botol air kepada murid tahun satu di sekolah itu

“Seramai 30 murid masing-masing 20 perempuan dan 10 lelaki mendaftar tahun satu di sekolah itu dan kami harap dengan t sumbangan ini ia akan membuatkan murid-murid ini lebih bersemangat ke sekolah,” jelasnya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Leave a comment

Advertisement

Subscription

You can subscribe by e-mail to receive news updates and breaking stories.

Latest News (Follow Us @ Twitter)