74 kanopi penjaja dibuka semula

Posted by on Sep 03, 2010 | Leave a Comment

KUALA LUMPUR 2 Sept. – Sebanyak 74 kanopi para penjaja yang didapati menjalankan perniagaan di kawasan yang tidak dibenarkan di Jalan Masjid India di sini dibuka semula.

Tindakan membuka semula itu telah dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pagi ini tanpa ada sebarang bantahan atau masalah yang timbul.

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan DBKL, Datuk Mhd. Amin Nordin Aziz berkata, penjaja yang terlibat adalah dari Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan dan mereka telah melanggar larangan berniaga di kawasan tersebut.

Menurutnya, DBKL tiada pilihan melainkan perlu membuka kembali kanopi para penjaja itu demi keadilan kepada penjaja yang lain.

“Tindakan membuka kembali kanopi ini juga dilakukan kerana ia turut mengganggu para peniaga lain yang berniaga secara sah di sini.

“Tapak di Jalan Masjid India sudah penuh dan kita tidak membenarkan para peniaga lain menjalankan perniagaan di kawasan ini,” katanya ketika dihubungi disini hari ini.

Tambah Mhd. Amin, persatuan itu sebenarnya telah diberikan tapak niaga di Pasar Seni, namun berdegil dan tetap mahu menjalankan perniagaan di Jalan Masjid India.

Ujarnya, persatuan itu juga adalah persatuan yang paling banyak memperoleh tapak niaga di Kuala Lumpur tetapi kelihatan seperti masih tidak mencukupi.

“Sebanyak 1,600 tapak telah diberikan kepada persatuan ini dan di mana ada tapak kosong lagi, persatuan ini tetap akan masuk,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Leave a comment

Advertisement

Subscription

You can subscribe by e-mail to receive news updates and breaking stories.

RSSLatest News (Follow Us @ Twitter)