Author Archive
KUALA LUMPUR 18 April – Pesawat Airbus Military A400M yang bakal diterima negara bermula Januari 2015 bukan sahaja mampu menggandakan kapasiti barang yang dibawa, malah menjimatkan masa perjalanan melakukan misi bantuan kemanusiaan dan bencana.Panglima Operasi Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Leftenan Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad berkata, berbanding Hercules C130 yang dimiliki sebelum ini, A400M...
TANJUNG MALIM 18 April – Berita baik untuk rakyat Malaysia.Mulai 1 Mei ini, semua rancangan sukan termasuk Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi dimonopoli oleh televisyen tertentu tetapi boleh disaksikan di stesen-stesen televisyen lain di negara ini.Pada masa sama, lebih 32 juta pemilik telefon pintar mudah alih berteknologi 2G atau 3G di negara ini kini boleh mengikuti siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM)...
KUALA LUMPUR 18 April – Kerajaan akan mengkaji semula pemberian subsidi tepung gandum bagi kegunaan am seberat 25 kilogram yang diberikan kepada pengusaha dan pengimport tepung dalam masa terdekat.Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu diambil kerana pihaknya dapati rata-rata pengguna tidak dapat menikmati subsidi berkenaan secara sepenuhnya.“Kita...
BUKIT MERTAJAM 18 April – Hampir 200 pengusaha sarang burung walet mendesak Kerajaan Pusat campur tangan berhubung isu wujudnya monopoli pihak tertentu dalam aktiviti mengeksport sarang burung walet ke China.Mereka mendakwa wujud sebuah syarikat besar menjadi satu-satunya syarikat bagi mengeksport produk itu ke negara berkenaan hingga menyebabkan pengusaha kecil menanggung kerugian besar.Wakil pengusaha burung walet...
KUALA LUMPUR 18 April – Ribut pasir yang melanda laluan dari Sohag ke Assyutt menjadi penghalang kepada pelari solo wanita negara, Suwaibah Muhammad Nasir, 38, dari terus menamatkan larian yang dijadualkan untuk hari ini.Suwaibah berkata, larian pertama yang bermula pagi tadi sahaja dapat ditamatkan manakala laluan yang dijadualkan untuk petang ini terpaksa ditangguhkan ekoran daripada ribut itu.“Pada permulaan...
Tagged with utusan
ALOR GAJAH 18 April – Seorang mekanik yang sedang mengalihkan kon keselamatan maut setelah dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terbabas, dalam nahas ngeri meragut tiga nyawa di Lebuh Raya Utara Selatan sebelum susur masuk Ayer Keroh arah selatan di sini hari ini.Ketika kejadian kira-kira pukul 3.05 petang, mangsa, Muhammad Azizul Safian Suri, 28, baru selesai membaiki kren ‘skylift’ milik...
KUALA LUMPUR 18 April – Sebuah syarikat pengurusan acara, Drumah Homely Publication Sdn. Bhd. (Drumah Homely) yang menjadi penaja rasmi Pameran Hartanah dan Perhiasan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 anjuran Kementerian Belia dan Sukan menyasarkan lebih 40,000 belia menghadiri pameran tersebut.Pengurus Besar Drumah Homely, Nasruddin Ghani berkata, sebanyak 48 buah syarikat pemaju perumahan akan menyertai pameran...
PAPAR 18 April – Dahulu hidupnya sekeluarga agak susah. Semuanya bergantung harap kepada suami, Abidin Ismail yang mencari rezeki sebagai nelayan.Apabila laut tenang, adalah habuan untuk sekeluarga, tetapi sebaliknya apabila arus bergelora.Walaupun sehari suntuk mempertaruhkan nyawa di tengah lautan, hasil tangkapan tidak selalunya lumayan.Demi untuk membesarkan anak-anak seramai tujuh orang, Dayang Itam Yusof,...
ALOR SETAR 18 April – Penderitaan bayi berusia sebulan, Irfan Qadri Sharul Azhar yang mengalami masalah jantung berlubang dan usus sempit sejak dilahirkan mula mendapat simpati orang ramai.Ibu bayi itu, Rashidah Mohamad Saad, 24, berkata, setelah berita mengenai penderitaan anak sulungnya disiarkan Utusan Malaysia hari ini, dia dihujani panggilan telefon daripada orang ramai yang ingin membantu meringankan kos pembiayaan...
Tagged with utusan
SHAH ALAM 18 April – Seorang bayi lelaki yang cacat kaki kirinya berjaya diselamatkan oleh polis daripada sindiket penjualan bayi dalam serbuan di sebuah rumah di Perdana Villa Apartment, Taman Sentosa, Klang semalam.Bayi berusia lima bulan itu yang dijual pada harga RM6,000 ekoran kecacatan dialaminya, dipercayai didalangi oleh sindiket sama yang ditumpaskan polis pada 6 April lalu di sebuah restoran di Bukit Tinggi,...
Tagged with polis