Your are here: Home /
Jenayah
JOHOR BAHRU 17 April – Seorang penjual tiket bas yang pada mulanya hanya meminjam RM1,000 daripada ah long untuk mengambil alih gerai makan rakannya, kini terpaksa menanggung hutang lebih RM20,000 dalam tempoh dua bulan.Lebih memburukkan keadaan, Suzana Hassan, 31, meminjam daripada 16 ah long semata-mata untuk melangsaikan hutang yang bermula dengan jumlah kecil.Keadaan ini berlaku apabila wanita itu tidak mampu...
MELAKA 17 April – Seorang pesara kerajaan kerugian RM660,000 selepas ditipu lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang sedang menyiasatnya berhubung tuduhan pengubahan wang haram.Percaya dengan kata-kata ‘polis’ yang kononnya boleh membantu mangsa memadamkan rekod tuduhannya, lelaki berusia 66 tahun itu bersetuju memasukkan sejumlah wang sebagai balasan.Ketua Jabatan...
Tagged with Jenayah, melaka, polis
KUALA TERENGGANU 17 April – Seorang remaja berusia 18 tahun yang disyaki memecah masuk sebuah rumah di Kampung Palas Marang dekat sini tengah malam semalam cedera di kaki akibat ditembak oleh pemilik rumah.Tembakan senapang patah itu dilepaskan oleh pemilik rumah itu, seorang kontraktor yang bergegas ke premis yang tidak berpenghuni tersebut setelah dihubungi penduduk kampung.Remaja yang didapati positif dadah ditahan...
Tagged with Jenayah, polis, terengganu
IPOH 16 April Kumpulan penjenayah Geng Lastik yang diburu polis kerana bergiat aktif dalam jenayah samun dan curi kereta mewah sekitar Lembah Klang dan Lembah Kinta akhirnya tumpas selepas perancang utama dan dua anggota kumpulan itu ditahan semalam.Ketiga-tiga suspek yang berusia 33 hingga 45 tahun dan mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau, ditahan dalam satu serbuan di sebuah hotel di Ipoh Garden di sini, kira-kira...
Tagged with Jenayah, kuala lumpur, perak, polis
KOTA KINABALU 16 April – Polis masih mengesan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes samun dan bunuh seorang wanita di Jalan Kalabakan di Tawau pada 7 April lalu.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Omar Mamah berkata, pada masa ini pihak polis telah menahan tiga lelaki berusia antara 24 dan 56 tahun yang disyaki terlibat dalam kes itu.“Polis kini mengesan seorang lagi...
Tagged with bunuh, Jenayah, polis
BATU PAHAT 16 April – Empat sekawan berdepan detik mencemaskan apabila diserang tiga lelaki yang bertopengkan ala ninja dan bersenjatakan parang di sebuah rumah di Banang Jaya di sini malam tadi.Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, seorang mangsa putus empat jari akibat ditetak penjenayah tersebut yang menyerang secara membabi buta.Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Supritendan Mat Razali Awang berkata,...
Tagged with polis
BAGAN SERAI 16 April – Polis percaya berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 23 kes samun melibatkan kerugian lebih RM1 juta selepas tertangkapnya dua anggota satu kumpulan penjenayah yang sangat dikehendaki di Ladang Bagan Serai, di sini pada 7 April lalu.Dalam serbuan kira-kira pukul 11.15 malam itu, kedua-dua suspek berjaya ditahan manakala tiga lagi anggota kumpulan samun itu berjaya melarikan diri.Ketua Polis...
Tagged with cina, polis, pulau pinang
KUALA LUMPUR 15 April – Beratus-ratus samseng jalanan bertempiaran melarikan diri apabila Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) berdekatan Minlon dekat sini, yang dijadikan ‘litar haram’ untuk mereka berlumba sejak dua minggu lalu digempur pasukan polis tengah malam tadi.Dalam operasi besar-besaran selama lima jam bermula pukul 12 tengah malam itu, lebih 200 penunggang dan pembonceng motosikal diberkas polis...
Tagged with polis
KUALA LUMPUR 15 April Tiga suspek tidak sempat menikmati hasil jenayah apabila dua daripada mereka ditahan kira-kira sejam selepas meragut sepasang suami isteri di hadapan sebuah hotel di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini malam tadi.Sebelum itu, ketiga-tiga suspek berkenaan telah empat kali cuba menyamun kenderaan di kawasan Sentul, Setapak dan Taman Sri Gombak dengan menggunakan sebuah kereta Toyota Camry yang dicuri...
Tagged with Jenayah, polis, ragut
KOTA BHARU 15 April – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan menahan seorang lelaki warganegara India dan merampas tiga kilogram dadah jenis ketamin dianggarkan bernilai RM120,000.Timbalan Pengarahnya, Zakaria Yusoff berkata, rampasan tersebut dibuat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini pada 8 April lalu.Katanya, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan pukul 11.30 pagi sebaik sahaja...
Tagged with india, kelantan, kuala lumpur