Your are here: Home /
Luar Negara
NEW YORK 17 April – Agence France-Presse (AFP), laman web berita The Huffington Post dan Politico merangkul hadiah kewartawanan berprestij buat kali pertama pada Anugerah Pulitzer yang berlangsung semalam.Akhbar New York Times pula memenangi dua anugerah, bagaimanapun jawatankuasa penganjur tidak menyediakan anugerah untuk penulisan kolum atau fiksyen tahun ini, yang menyaksikan kebangkitan bidang penulisan kewartawanan...
SINGAPURA 17 April – Seramai 44 lelaki termasuk seorang pengetua sekolah, pegawai tentera laut dan pegawai kanan kerajaan dihadapkan ke mahkamah hari ini kerana dituduh melakukan seks dengan pelacur bawah umur.Kumpulan lelaki yang turut melibatkan ahli perniagaan dan profesional kewangan itu didakwa selepas ditahan lewat tahun lalu dalam satu operasi polis besar-besaran sejak undang-undang menentang pelacuran di...
Tagged with Jenayah, polis
ROM 17 April – Pelan damai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)-Liga Arab bagi menamatkan pertumpahan darah di Syria hanya mempunyai peluang tiga peratus untuk berjaya, kata Amir Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa al-Thani di sini, semalam.Thani yang dalam lawatan ke Itali berkata, peluang untuk berjaya ‘tidak lebih daripada tiga peratus’ dan rakyat Syria tidak harus dibantu dengan cara aman tetapi ‘dengan...
WASHINGTON 17 April – Bank Dunia semalam memilih pakar kesihatan Amerika Syarikat (AS) kelahiran Korea Selatan, Jim Yong Kim sebagai Presiden barunya, dalam keputusan yang tidak mengejutkan tetapi diambil selepas monopoli AS terhadap jawatan itu dicabar buat julung-julung kali oleh seorang calon negara membangun.Bank itu memilih Kim, 52, dan mengetepikan pencabarnya, Menteri Kewangan Nigeria, Ngozi Okonjo-Iweala...
Tagged with ekonomi
NEW YORK 17 April – Berpuluh-puluh tahun selepas dua kartunis muda dari Cleveland menjual hak cipta Superman hanya pada nilai AS$130 (RM398), cek bayaran tahun 1938 yang diterima mereka semalam dijual dengan harga AS$160,000 (RM490,617) dalam satu acara lelongan dalam talian.Cek asal tersebut dikeluarkan Detective Comics, kini dikenali sebagai DC Comics kepada kartunis Jerome Siegel dan Joe Shuster sebagai bukti...
WASHINGTON 17 April – Kapal angkasa komersial pertama yang dirancang untuk berlabuh di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) sudah bersedia untuk dilancarkan pada 30 April ini.Kapal angkasa Dragon milik Space Exploration Technologies (Space X) dijadual melakukan penerbangan tiga hari ke ISS dan menjalankan beberapa ujian dan pergerakan berlabuh yang rumit bagi membuktikan kapal itu boleh selamat bercantum dengan...
DILI 17 April Bekas gerila dan ketua tentera, Taur Matan Ruak memenangi pusingan kedua Pilihan Raya Presiden Timor Leste, menurut keputusan awal hari ini.Ruak memenangi 275,441 undi atau 61.23 peratus, manakala pencabarnya, Francisco Guterres yang dikenali sebagai Lu Olo memperolehi 174,386 undi atau 38.77 peratus, menurut sekretariat pilihan raya yang mengendalikan pembuangan undi.Ruak, 55, diramal memenangi jawatan...
MANILA 17 April – Filipina dan China hari ini saling menunding antara satu sama lain berhubung dakwaan pencerobohan wilayah di perairan yang menjadi pertikaian kedua-dua negara itu di Laut China Selatan.Menurut Filipina, mereka telah mengemukakan bantahan diplomatik baru menuduh kapal China mengganggu kapal penyelidikan arkeologi negara ini di pulau kecil Scarborough Shoal.Insiden terbaru itu berlaku di tempat sama...
OSLO 17 April – Seorang daripada lima hakim dalam kes perbicaraan fanatik Kristian, Anders Behring Breivik hari ini digugurkan ekoran pendedahan mengenai komen beliau di laman web yang mahu hukuman mati dikenakan ke atas lelaki yang membunuh 77 orang itu di Norway pada Julai lalu.Ketua Hakim Wenche Elizabeth Arntzen memutuskan hakim Thomas Indreboe, seorang daripada tiga hakim yang dipilih daripada kalangan orang...
KABUL 16 April – Serangan nekad yang dilancarkan oleh militan Taliban di beberapa bandar di Afghanistan semalam, berakhir awal hari ini dengan 36 militan, lapan anggota keselamatan Afghan dan tiga orang awam terbunuh.Serangan ke atas bangunan-bangunan kerajaan serta kedudukan tentera dan kedutaan asing di ibu negara ini dan tiga wilayah berdekatan, berakhir selepas pertempuran selama 17 jam apabila pasukan keselamatan...