Your are here: Home /
Politik
PADANG BESAR 17 April – Masyarakat luar bandar tidak pernah terpinggir dalam arus pembangunan kerana kerajaan Barisan nasional (BN) sentiasa memberi perhatian kepada mereka, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal hari ini.Sehubungan itu, kata beliau, masyarakat luar bandar seperti juga mereka di bandar akan terus berpeluang menikmati pelbagai kemudahan selagi BN menerajui kerajaan.BN...
Tagged with bn, parlimen, perlis, umno
KUALA LUMPUR 17 April – Kepimpinan DAP dilihat semakin angkuh apabila mendakwa mendapat sokongan masyarakat di seluruh negara sejak mencapai kemenangan besar pada pilihan raya umum lalu.Setiausaha MCA Perak, Datuk Tan Chin Meng berkata, DAP seolah-olah yakin bahawa mereka akan memenangi semua kawasan yang bakal ditandingi termasuk kawasan yang tidak pernah dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-13.“DAP cuba memperdaya...
Tagged with cina, dap, lim kit siang
KOTA BHARU 17 April – Kerajaan Kelantan tidak akan melayan tuntutan lebih 400 penduduk Orang Asli dari Hulu Kelantan yang mengadakan demonstrasi secara aman Ahad lepas kerana mendakwa demonstrasi itu didalangi pihak luar.Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) sebaliknya berkata, tindakan masyarakat itu yang mengadakan tunjuk perasaan hanya berdasarkan kepada perasaan iri hati dengan kejayaan Kelantan...
Tagged with kelantan
KUALA LUMPUR 17 April – Semua ahli UMNO di 60 kawasan yang menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) tewas atau menang tipis pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu diingatkan tidak melakukan sabotaj atau ‘cah keting’ kepada calon yang dipilih.Ahli Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas berkata, kawasan itu termasuk di negeri yang jatuh ke tangan pembangkang iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah...
Tagged with bn, kedah, umno
KUALA LUMPUR 16 April Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan Malaysia adalah negara yang mempunyai daftar pemilih yang bersih.Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, tuduhan pihak-pihak tertentu yang mengatakan daftar pemilih di negara ini kotor adalah tidak adil kepada SPR.Adakah kerana wujudnya 0.3 peratus pengundi ragu, daftar pemilih kita dianggap kotor sedangkan tidak wujud sebuah negara di...
Tagged with parlimen
BALING 16 April – Ketiadaan Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamudden Md. Taib dalam program dan ceramah Pas malam tadi menimbulkan tanda tanya dalam kalangan banyak pihak termasuk penyokong parti itu sendiri.Kelibat beliau tidak nampak sepanjang program yang turut dihadiri Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sehingga timbul desas-desus yang menyatakan seperti...
Tagged with parlimen, pas
KUALA LUMPUR 16 April – Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa membuat penjelasan sama ada benar atau tidak Ketua Pembangkang itu bertindak meninggalkan majlis santapan diraja yang diadakan di Istana Negara untuk menghadiri satu ceramah politik di Wangsa Maju, Rabu lalu.Jika benar, persoalannya apakah ceramah tersebut lebih penting daripada majlis yang diadakan lima tahun sekali itu bagi meraikan pertabalan Yang di-Pertuan...
Tagged with anwar
KUALA LUMPUR 16 April – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali tidak menjawab secara langsung ataupun menafikan dakwaan beliau telah mempersendakan para pemimpin negara dan raja-raja Melayu semasa Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara baru-baru ini.Sebaliknya, Azmin mempersoalkan pula kesahihan dakwaan seorang pegawai perubatan, Dr. Rahman Kadir yang mendedahkan mengenai kejadian...
Tagged with melayu, parlimen, raja-raja, umno
KUALA LUMPUR 16 April – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (gambar) dan anaknya, Nurul Izzah Anwar terus didesak membuat sidang akhbar bersama Shamsidar Taharin bagi menjawab pelbagai tuduhan yang dikaitkan dengan mereka.Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Noraini Abd. Khalil Saferi berkata, rakyat tertunggu-tunggu jawapan mereka yang sehingga kini masih berdiam...
Tagged with anwar, melayu, utusan
KUBANG PASU 15 April Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan bercadang memansuhkannya jika menjadi Perdana Menteri menunjukkan perangai sebenar Ketua Pembangkang itu yang gemar membuat janji tanpa memikirkan apa yang pernah dia sendiri perkatakan.Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) berkata, tindakan itu menunjukkan Anwar sudah lupa apa...
Tagged with anwar, parlimen, utusan