Tadbir urus baik lancarkan program kebajikan

Posted by on Feb 03, 2012 | Leave a Comment

MARANG 3 Feb. – Pelbagai program kebajikan yang dirangka bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat dapat dilakukan secara berterusan kerana kemampuan kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir urus kekayaan negara dengan baik.Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sesetengah pendekatan atau langkah yang diambil tidak pernah dilakukan oleh mana-mana negara.Menurutnya, program-program ke arah... 

‘Tsunami’ penyatuan orang Melayu

Posted by on Feb 02, 2012 | Leave a Comment

SHAH ALAM 2 Feb. – Landskap politik di negara ini bakal berubah dengan penyatuan seluruh orang Melayu sekali gus membentuk ‘tsunami’ baru yang akan meragut keangkuhan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta parasit dalam Pas.Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, penilaian tersebut dibuat berdasarkan sambutan luar biasa yang diterima sepanjang penganjuran jelajah beliau ke seluruh... 

Harapan BN tebus Kelantan cerah

Posted by on Feb 02, 2012 | Leave a Comment

KOTA BHARU 2 Feb. UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempunyai harapan yang cerah untuk menebus kekalahan di Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), sekiranya gerak kerja jentera parti terus ditingkatkan dan pemimpin di semua peringkat pula mengekalkan perpaduan erat sesama mereka.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut melahirkan keyakinan bahawa BN mampu menambah bilangan kerusi, mengambil kira... 

Warga guru diminta terus beri sokongan

Posted by on Feb 02, 2012 | Leave a Comment

KOTA BHARU 2 Feb. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta lebih 500,000 warga pendidik di seluruh negara memberi sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memastikan agenda pembangunan negara dapat diteruskan.Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, sokongan itu penting kerana pelbagai usaha telah dirancang oleh kerajaan untuk memastikan kehidupan rakyat terutama umat Islam dapat... 

8 pendatang asing mati lemas

Posted by on Feb 01, 2012 | Leave a Comment

KOTA TINGGI 1 Feb. Lapan lelaki warga asing mati lemas, lima hilang, manakala 12 lagi selamat apabila bot pancung yang mereka naiki karam pada kedudukan tujuh batu nautika (13 kilometer) dari perairan Teluk Semayong, Sedili Besar di sini awal pagi ini.Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi ketika kesemua 25 pendatang asing dari Afghanistan dan Iraq berusia antara 20 hingga 35 tahun cuba menyeludup keluar dari negara... 

Sokong perkukuh ekonomi

Posted by on Feb 01, 2012 | Leave a Comment

PUTRAJAYA 1 Feb. – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini menyeru rakyat supaya sentiasa menyokong usaha kerajaan memperkukuhkan ekonomi negara berikutan senario ekonomi dunia masa ini yang diramalkan tidak menentu.Seri Paduka bertitah, rakyat tidak boleh alpa dan perlu sentiasa komited untuk terus bekerja dan berusaha dengan gigih.Titah Seri Paduka, keadaan ini berikutan kelembapan... 

Buku Jingga tak sesuai di Kedah

Posted by on Feb 01, 2012 | Leave a Comment

ALOR SETAR 1 Feb. Datuk Seri Azizan Abdul Razak ternyata tidak gentar dengan kritikan sekutu Pas iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mengenai tindakan beliau tidak mematuhi apa terkandung dalam Buku Jingga yang dikeluarkan pakatan itu.Ia terbukti apabila hari ini, Menteri Besar Kedah itu secara terbuka berkata, pelaksanaan apa yang terkandung dalam buku itu yang juga manifesto Pakatan Pembangkang bergantung kepada... 

Sokongan semakin kuat

Posted by on Jan 31, 2012 | Leave a Comment

ALOR SETAR 31 Jan. Walaupun terdapat tekanan daripada sekutu Pas iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP berhubung kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak, namun ia tidak menggugat kedudukan Menteri Besar Kedah itu.Sebaliknya, Azizan yang kini berhadapan dengan isu penggantungan pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menegaskan, kedudukan beliau semakin kukuh dengan sokongan daripada ahli-ahli Pas di peringkat pusat... 

Wilayah Persekutuan nadi negara

Posted by on Jan 31, 2012 | Leave a Comment

KUALA LUMPUR 31 Jan. — Wilayah Persekutuan sebagai “penampilan” negara, harus menjadi lambang terbaik bagi kepakaran perancangan dan pelaksanaan pembangunan yang ada di Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.Perdana Menteri berkata Wilayah Persekutuan merupakan cerminan wajah Malaysia kepada dunia dan ia membentuk tanggapan pertama pelawat, pelancong dan pelabur yang datang.“Sesungguhnya Kuala... 

PDRM siar gambar KPN di London tolak khabar angin

Posted by on Jan 31, 2012 | Leave a Comment

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menyiarkan beberapa keping gambar Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika berada di New Scotland Yard, London dalam laman sosial Facebook bagi membuktikan bahawa beliau dalam keadaan sihat.Enam keping diambil semasa lawatan kerja di New Scotland Yard itu jelas menunjukkan Ismail berada dalam keadaan sihat dan ceria, sekali gus menafikan khabar angin... 
Advertisement

Subscription

You can subscribe by e-mail to receive news updates and breaking stories.

RSSLatest News (Follow Us @ Twitter)