Cubaan 2 lelaki seludup mercun, bunga api bernilai RM10,000 gagal

Posted by on Sep 01, 2010 | Leave a Comment

BESUT 1 Sept. – Cubaan dua lelaki untuk menyeludup sejumlah mercun dan bunga api bernilai RM10,000 gagal apabila dikejar polis sehingga kenderaan dinaiki mereka terbabas di Kampung Beting Lintang, dekat Tembila, semalam.

Mereka yang menaiki kereta Proton Waja sarat dengan bahan terlarang itu bagaimanapun dapat meloloskan diri dalam kejadian pukul 3.30 petang.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Noor Zainy Mohd Noor berkata, sebelum itu, polis menerima maklumat daripada orang awam tentang kehadiran kereta tersebut dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, bertindak daripada maklumat itu, polis berjaya mengesan dan mengekori kereta tersebut.

“Sejurus menyedari mereka diekori, pemandu kereta itu bertindak memecut ke arah Kuala Terengganu sebelum terbabas di tepi jalan.

“Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri ke arah semak berhampiran,” katanya pada sidang akhbar di Kampung Raja di sini hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di dalam kereta itu menemui mercun jenis Crazy Robot sebanyak 64 kotak, Artillery Shell (24 kotak), Happy Boom (33 kotak), mercun katak (18 bungkus) dan Crackling Ground Bloom Flower (45 kotak).

“Mercun-mercun untuk pasaran tempatan itu dipercayai dibawa masuk dari negara jiran dan kedua-dua suspek sudah dikenal pasti,” ujarnya.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Leave a comment

Advertisement

Subscription

You can subscribe by e-mail to receive news updates and breaking stories.

RSSLatest News (Follow Us @ Twitter)