‘Hairan Kak Long tidak balas SMS’

Posted by on Sep 03, 2010 | Leave a Comment

ISHAK  sedih selepas mengetahui kematian anak dan cucunya ketika ditemui di rumahnya,  di Kampung Pulau Kerbau,  Palekbang,  malam tadi. Turut kelihatan Zulhilmi.

ISHAK sedih selepas mengetahui kematian anak dan cucunya ketika ditemui di rumahnya, di Kampung Pulau Kerbau, Palekbang, malam tadi. Turut kelihatan Zulhilmi.

TUMPAT: Tersentak dan hiba yang amat sangat! Itulah yang dapat diungkapkan bapa Norliza Ishak, 35, dan anak lelakinya, Amirul Ayman Mohd Yusoff, 10, yang ditemui dalam keadaan menyayat hati semalam, sebaik dimaklumkan mengenai tragedi yang menimpa anak dan cucunya itu.

Norliza yang juga ustazah di Sekolah Kebangsaan Port Dickson dan Amirul sepatutnya menaiki bas dari Seremban ke Kota Bharu hari ini pada jam 8 pagi dan dijangka tiba lewat petang untuk menyambut Syawal beberapa hari lagi.

Bapa mangsa, Ishak Mohd Isa, 62, berkata mereka sekeluarga sudah tidak sabar untuk bertemu sempena cuti Aidilfitri selepas lebih dua bulan tidak berjumpa, tetapi sudah takdir hajat mereka tidak kesampaian.

Menceritakan pertemuan terakhirnya bersama Allahyarham, beliau berkata, anak sulung daripada 14 beradik itu tidak menunjukkan perubahan sikap ketara ketika pulang ke kampung pada pertengahan Jun lalu ketika menghadiri majlis cukur jambul anak saudaranya.

Saya dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan kira-kira jam 11 pagi oleh adik ipar arwah. Ketika itu memang terkejut dan lemah seluruh anggota sebaik dimaklumkan kejadian berkenaan. Memang tak boleh nak gambarkan perasaan terkejut sebab mereka sepatutnya balik kampung esok pagi (hari ini).

Jenazah mereka dijangka sampai petang esok (hari ini) dari Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Pinang, dekat sini, selepas suami kepada arwah tiba dari Mesir untuk melihat isteri dan anaknya untuk kali terakhir.

Kami dimaklumkan suami arwah sedang dalam penerbangan dari Mesir menuju ke KLIA Sepang yang mengambil masa lebih 12 jam, dan kemudian mengambil penerbangan ke Terengganu sebelum tiba ke sini petang esok (hari ini), katanya ketika ditemui di Kampung Pulau Kerbau, Palekbang dekat sini, malam tadi.

Sementara itu, adik Allahyarham, Zulhilmi, 19, yang juga pelajar Maahad Tumpat berkata, beliau pelik apabila SMS yang dihantar kepada kakaknya itu bertanyakan mengenai baju raya semalam tidak berbalas.

Selalunya Kak Long membalas SMS yang saya hantar kepadanya, katanya.

Dipetik dari Berita Harian

Leave a comment

Advertisement

Subscription

You can subscribe by e-mail to receive news updates and breaking stories.

RSSLatest News (Follow Us @ Twitter)