Lima kedai sederet musnah

Posted by admin on Jul 20, 2010 | Leave a Comment

PETALING JAYA 20 Julai – Sebanyak lima buah rumah kedai sederet di Kampung Sungai Kayu Ara di sini, musnah dalam satu kebakaran awal pagi ini, mengakibatkan kerugian ratusan ribu ringgit.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu.

Pegawai Bomba Kanan Dua Balai Bomba Damansara, Shamshul Anuar Antang berkata, kebakaran itu membabitkan sebuah kedai makan, jahit, menjual motosikal, gunting rambut dan asrama pekerja.

“Kita menerima panggilan pada pukul 3.21 pagi dan sejurus pasukan pertama tiba di lokasi, api sedang marak.

“Operasi memadam membabitkan 21 anggota dengan tiga buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara, Petaling Jaya dan Taman Tun Dr. Ismail,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, punca kebakaran serta kerugian yang dialami pemilik-pemilik kedai sedang disiasat.

Pemilik kedai makan, T. Manimegala, 40, berkata, dia gagal menyelamatkan sebarang harta-benda kerana api sedang marak ketika dia sampai di tempat kejadian.

Pemilik kedai motosikal, Ma Woon Chong, 38, berkata, dia kerugian lebih RM200,000 berikutan kesemua motosikal, basikal, dan peralatan dalam kedainya terbakar.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Leave a comment

Advertisement

Subscription

You can subscribe by e-mail to receive news updates and breaking stories.

RSSLatest News (Follow Us @ Twitter)