Mangsa kedua letupan kotak mercun meninggal

Posted by on Aug 31, 2010 | Leave a Comment

KUALA LUMPUR 31 Ogos – Setelah bertarung nyawa hampir 48 jam, mangsa yang cedera parah akibat letupan kotak berisi mercun di hadapan rumah di Pangsapuri Desa Tun Razak, Cheras di sini kelmarin, meninggal dunia awal pagi ini.

Goh Weng Sing, 38, yang melecur hampir 90 peratus anggota badannya menghembuskan nafas terakhir semasa menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 5.45 pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supritendan Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi hari ini mengesahkan kematian mangsa tersebut.

Sementara itu, ahli keluarga mangsa yang ditemui di HKL hari ini enggan menemui wartawan kerana masih dalam kesedihan.

Dalam kejadian itu, Weng Sing parah manakala rakannya, Ng Siew Hong, 51, maut sejurus mereka membuka sebuah kotak misteri mengandungi mercun yang kemudian meletup di Tingkat 12 Pangsapuri Desa Tun Razak.

Weng Sing dan Siew Hong dikatakan tercampak sebaik sahaja membuka kotak tersebut pada pukul 8.30 pagi.

Letupan mercun yang kuat itu turut memecahkan cermin tingkap lima unit rumah di tingkat sama.

Sehubungan itu, polis kini mencari kontraktor, Mohd. Khairil Ismail, 45, yang dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kotak berisi mercun yang diletakkan di hadapan rumah tersebut.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Leave a comment

Advertisement

Subscription

You can subscribe by e-mail to receive news updates and breaking stories.

RSSLatest News (Follow Us @ Twitter)