Pejabat tanah tak terima permohonan

Posted by on Sep 07, 2010 | Leave a Comment

SHAH ALAM: Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat sehingga kini tidak menerima sebarang permohonan jual beli tanah di Banting, atas nama Datuk Sosilawati Lawiya.

Pegawai Daerah Kuala Langat, Datuk Asmawi Kasbi ketika mengesahkan perkara itu berkata, setiap dokumen yang lengkap mengenai jual beli tanah di antara pembeli dan penjual perlu diserahkan sama ada kepada Pejabat Tanah Daerah dan Tanah atau Pejabat Pendaftar Geran Negeri Selangor.

Katanya, pembeli sebelum itu perlu melihat status geran tanah yang hendak dibeli sama ada terdapat sekatan kepentingan yang memerlukan seseorang itu meminta kebenaran dari kerajaan negeri atau tidak.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar ini sebelum ini mengenai dakwaan Sosilawati bersama tiga lagi individu terbabit dalam pembelian tanah di Banting, dipercayai mahu dibangunkan sebagai ladang herbanya.

Dipetik dari Berita Harian

Leave a comment

Advertisement

Subscription

You can subscribe by e-mail to receive news updates and breaking stories.

RSSLatest News (Follow Us @ Twitter)