SOP dilonggar jika tahan penguat kuasa Indonesia

Posted by on Sep 06, 2010 | Leave a Comment

KOTA KINABALU 6 Sept. – Malaysia akan melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) jika ia membabitkan penahanan penguat kuasa Indonesia di negara ini, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Katanya, SOP sedia ada akan diperhalusi supaya tidak berlaku tindakan seperti menggari dan memakaikan baju tahanan ke atas pegawai dari republik itu yang ditahan.

Katanya, meskipun kerajaan melonggarkan peraturan itu, tetapi ia tidak bermakna Malaysia bersalah ketika menahan tiga penguat kuasa perikanan Indonesia, 13 Ogos lalu.

“Kita mementingkan hubungan dan menjaga hati kedua-dua pihak,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Indonesia, Dr. Marty Natalegawa dan delegasi negara itu di sini hari ini.

Ditanya mengenai jaminan kerajaan Indonesia bahawa insiden membakar Jalur Gemilang dan melempar najis ke kedutaan Malaysia di republik itu tidak berulang, Anifah berkata, beliau yakin kerajaan Indonesia akan melakukan tindakan sewajarnya ke atas pihak yang bertanggungjawab.

Jelasnya, dalam hal ini, Malaysia telah meminta Kementerian Luar Republik Indonesia mewujudkan satu zon keselamatan antara premis Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan ketenteraman harta serta pegawai-pegawai di situ terjamin.

Dalam pada itu, katanya, cadangan kerajaan Indonesia untuk membuka Pusat Pembelajaran Baru bagi anak-anak warganegara republik itu di Sabah akan dibincangkan.

Menurutnya, kerajaan Malaysia amat prihatin tentang keperluan anak-anak warganegara Indonesia di Sabah yang memerlukan pendidikan.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Leave a comment

Advertisement

Subscription

You can subscribe by e-mail to receive news updates and breaking stories.

RSSLatest News (Follow Us @ Twitter)