Tiga geng pecah rumah ditembak mati

Posted by on Feb 05, 2012 | Leave a Comment

NIBONG TEBAL 5 Feb. – Polis berjaya menembak mati tiga penjenayah yang dipercayai aktif dalam kes pecah rumah di negeri ini sejak tahun lalu, selepas berbalas tembak di Kilometer 160 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar ke Jawi awal pagi ini.Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis yang mengadakan rondaan di lebuh raya terbabit mengesan kereta dinaiki suspek... 

Haram bunuh ‘tebus maruah’

Posted by on Feb 05, 2012 | Leave a Comment

MONTREAL 5 Feb. – Lebih 30 imam di Kanada dan Amerika Syarikat (AS) semalam meluluskan fatwa yang mengutuk ‘pembunuhan demi menebus maruah keluarga’.Fatwa tersebut dikeluarkan selepas sebuah mahkamah di Kanada mendapati sepasang suami isteri yang berasal dari Afghanistan dan anak lelaki mereka bersalah membunuh empat ahli keluarga perempuan yang dituduh mencemarkan nama baik keluarga itu.“Tidak... 

Sultan Perak ingatkan pemimpin tidak kejar kekayaan peribadi

Posted by on Feb 05, 2012 | Leave a Comment

PARIT 5 Feb. – Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hari ini bertitah, kemiskinan ummah akan menjadi lebih buruk apabila barisan kepimpinan lebih mengutamakan agenda untuk kekayaan peribadi, keluarga dan kelompok tertentu sahaja.Titah baginda, kekayaan material yang diperoleh secara mendadak lagi mencurigakan merupakan kekayaan palsu yang sekadar melahirkan budaya bermewah-mewah, bermegah-megah serta banyak melakukan... 

Syabu Malaysia bermutu tinggi

Posted by on Feb 04, 2012 | Leave a Comment

TAIPING 4 Feb. – Dadah jenis syabu dari Malaysia diakui sebagai paling bermutu tinggi dan mendapat permintaan banyak dalam kalangan penagih dari Indonesia.Berikutan itu, kegiatan pengedaran dan penyeludupan syabu dari Malaysia semakin menjadi-jadi kerana ia mendapat tempat dalam kalangan penagih dadah republik berkenaan.Perkara itu turut diakui Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis... 

JHEAINS tahan 60 kaki judi siber

Posted by on Feb 04, 2012 | Leave a Comment

REMBAU 4 Feb. – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menahan 60 pengunjung di sebuah pusat perjudian siber berhampiran Taman Taboh Naning dekat sini malam tadi.Dalam operasi yang bermula pukul 11 malam itu, kebanyakan pengunjung leka berjudi di premis dua tingkat itu tergamam dan tidak sempat melarikan diri sebaik sahaja diserbu pihak berkuasa.Ketua Operasi JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah memberitahu,... 

Polis gempur pesta khayal

Posted by on Feb 04, 2012 | Leave a Comment

BALING 4 Feb. – Polis menggempur sarang penagih dadah dan menahan 19 penagih yang dalam keadaan khayal di tepi sawah Kampung Badang dekat sini awal pagi ini.Dalam operasi kira-kira pukul 5 pagi dan berakhir 12 tengah hari itu, polis turut merampas peralatan menghisap dadah yang digunakan oleh penagih dadah terbabit.Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Abdul Rahim Abdullah berkata, kawasan sawah berdekatan... 

Curi kambing pasangan ternakan

Posted by on Feb 04, 2012 | Leave a Comment

JEMPOL 4 Feb. – Demi ‘mencari pasangan’ bagi kambing jantannya, seorang lelaki nekad melarikan seekor kambing betina yang sedang meragut rumput di tepi jalan di Kampung Pasir Ambu dekat Kuala Pilah, kelmarin.Bagaimanapun, tindakan lelaki berusia 34 tahun itu memakan diri apabila dia ditahan polis yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah di Kampung Lonek, Batu Kikir, dekat sini.Ketua Polis Daerah,... 

Polis tumpaskan 2 geng samun

Posted by on Feb 04, 2012 | Leave a Comment

KUALA LUMPUR 3 Feb. – Polis menumpaskan dua geng samun selepas menahan enam individu dalam dua serbuan yang dilakukan di sekitar Ampang di sini baru-baru ini.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, dalam kes pertama, pihaknya berjaya menahan tiga individu termasuk dalang utama kumpulan yang dikenali sebagai ‘Geng Is’.Beliau berkata, dalang utama geng tersebut... 

4 premis judi siber diserbu

Posted by on Feb 04, 2012 | Leave a Comment

SEREMBAN 4 Feb. – Polis menyerbu empat kafe siber yang disyaki menjalankan kegiatan judi Internet dalam operasi berasingan di sekitar bandar ini malam kelmarin.Dalam serbuan kira-kira pukul 9.30 malam itu, sebanyak 54 komputer yang digunakan dalam kegiatan haram itu telah dirampas.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, dalam serbuan pertama pihaknya menyerbu dua premis di... 

PGM rampas 63kg daun ketum

Posted by on Feb 04, 2012 | Leave a Comment

TUMPAT 4 Feb. – Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah 3 Pengkalan Kubor di sini mematahkan cubaan dua warga Thailand menyeludup keluar 63 kilogram daun ketum ke negara berkenaan di Jalan Kasban-Pulau Ular di sini semalam.Bagaimanapun, dalam kejadian pukul 12.05 tengah hari itu, kedua-dua suspek sempat meloloskan diri dengan meninggalkan kenderaan pikap yang mereka naiki.Ketua Polis Daerah, Supritendan Khalid Munap... 
Advertisement

Subscription

You can subscribe by e-mail to receive news updates and breaking stories.

RSSLatest News (Follow Us @ Twitter)