Pengisytiharan Bandar Diraja tepat pada masanya

Posted by on Feb 05, 2012 | Leave a Comment

MUAR 5 Feb. – Kerajaan negeri menyifatkan pengisytiharan Muar sebagai Bandar Diraja oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini sebagai tepat pada masanya kerana ia merupakan antara bandar terulung dan tertua di negeri ini.Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, Muar telah wujud sebelum merdeka dan bangunannya dibina pada 1920-an dengan seni bina serta reka bentuk yang unik.“Bandar... 

Agenda sangkal dakwaan Nasrudin BB1M tidak berkesan

Posted by on Feb 05, 2012 | Leave a Comment

KOTA BHARU 5 Feb. Angkatan Generasi Melayu Muda (Agenda) menyangkal dakwaan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi kononnya pemberian Baucar Buku 1Malaysia sebagai tidak berkesan.Presidennya, Mohd. Zaidan Abdul Rahim berkata, Nasrudin sengaja melihat usaha Kerajaan Pusat itu dari sudut politik semata-mata bagi menimbulkan gimik setelah menyedari mereka kini ketandusan isu.Kata beliau, masih terlalu awal untuk... 

Pengasas pengajian bahasa Melayu di Rusia meninggal dunia

Posted by on Feb 04, 2012 | Leave a Comment

MOSCOW 4 Feb. – Pakar bahasa Melayu berbangsa Rusia yang juga individu pertama memperkenalkan bahasa kebangsaan di negara Soviet Union, Dr. Tatiana V. Dorofeeva, 64, meninggal dunia minggu lepas akibat penyakit barah..Beliau memperkenalkan pengajian bahasa Melayu di Institut Negara-Negara Asia dan Afrika, Moscow State University dan University of Applied Oriental Studies, Moscow.Dorofeeva yang memegang jawatan sebagai... 

MPKPG bela nasib pendidik

Posted by on Feb 04, 2012 | Leave a Comment

KUALA LUMPUR 4 Feb. – Majlis Permuafakatan Kesatuan Persatuan Guru (MPKPG) akan mengemukakan cadangan penambahbaikan kepada kerajaan untuk proses semakan semula Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).Presidennya, Jemale Paiman berkata, pihaknya akan menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk merangka serta meneliti skim tersebut khusus kepada penjawat awam dalam bidang pendidikan.“Dalam tempoh lapan hari... 

Undi: Orang Melayu perlu sedar

Posted by on Feb 04, 2012 | Leave a Comment

JEMPOL 4 Feb. – Sejumlah 3.7 juta individu yang layak mengundi tetapi belum berdaftar khususnya orang Melayu harus disedarkan tentang hak mengundi yang sebenarnya menentukan kelangsungan kuasa politk Melayu.Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, jika semua orang Melayu yang layak mengundi didaftarkan, ia sebenarnya dapat menguatkan lagi perjuangan dalam menentukan nasib mereka... 

Negara hancur jika pakatan memerintah

Posted by on Feb 04, 2012 | Leave a Comment

MUAR 4 Feb. – Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Hasan Ali berkata, negara ini akan hancur dan Islam akan musnah sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan.Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu berkata, kebebasan secara mutlak untuk beragama termasuk murtad, melakukan seks songsang akan dibolehkan atas nama hak asasi manusia dan hak serta keistimewaan Melayu juga dimansuhkan.“Apa akan jadi... 

Jangan tutup TE

Posted by on Feb 03, 2012 | Leave a Comment

KUALA TERENGGANU 2 Feb. Kerajaan negeri diminta campur tangan bagi memastikan Yayasan Terengganu tidak menghentikan operasi Institut Kemahiran TREFound Educare (TE) di sini.Setiausaha Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, penutupan TE yang merupakan sebuah pusat bertauliah di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia adalah langkah kebelakang dan tidak selari... 

SPR: Denda tidak daftar pemilih boleh dilaksana

Posted by on Feb 02, 2012 | Leave a Comment

KUALA LUMPUR 2 Feb. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan bahawa bukan suatu yang mustahil jika Malaysia melaksanakan undang-undang mendenda mereka yang tidak mendaftar sebagai pemilih atau gagal mengundi.Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, ia boleh dilaksanakan sekiranya undang-undang tentang pendaftaran pemilih dan mengundi dipinda.Cadangan ini boleh dilaksanakan sekiranya undang-undang dipinda,... 

Daftar pemilih perlu dibuat lima peringkat

Posted by on Feb 02, 2012 | Leave a Comment

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Pendaftaran pemilih terutama di kalangan orang Melayu perlu dilaksanakan melalui lima peringkat bagi memastikan lebih ramai rakyat Malaysia dapat mengundi pada pilihan raya.Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, lima peringkat itu adalah melalui parti iaitu UMNO dan Barisan Nasional (BN), agensi-agensi kerajaan, pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan di kalangan belia.Agensi-agensi... 

KITA akan dibubar

Posted by on Feb 02, 2012 | Leave a Comment

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) yang ditubuhkan pada pertengahan Disember 2010 akan dibubarkan menerusi mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang bakal diadakan tidak lama lagi.Presidennya, Datuk Zaid Ibrahim berkata, pembubaran itu wajar bagi menghapuskan keraguan bahawa KITA tidak memihak kepada pembangkang.Menurutnya, ia berikutan terdapat beberapa ahli KITA terutama di Kedah dan Pulau... 
Advertisement

Subscription

You can subscribe by e-mail to receive news updates and breaking stories.

RSSLatest News (Follow Us @ Twitter)