Pengerusi SPR dahului senarai penerima anugerah khas Maulidur Rasul

Posted by on Feb 05, 2012 | Leave a Comment

SHAH ALAM 5 Feb. – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof mendahului senarai penerima anugerah khas sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri yang diadakan di Stadium Malawati di sini hari ini.Abdul Aziz, 62, menerima Anugerah Umar Abdul Aziz daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai pengiktirafan terhadap beliau yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan,... 

Terkejut lihat mayat anak saudara

Posted by on Feb 05, 2012 | Leave a Comment

KUALA LUMPUR 5 Feb. – Seorang pegawai polis tidak menyangka mayat ditunjukkan kepadanya oleh seorang lelaki di dalam sebuah longkang di bawah jejambat di Bulatan Batu Caves semalam, adalah anak saudaranya, juga anggota pasukan itu yang dilaporkan hilang oleh keluarganya sejak 1 Februari lalu.Pegawai berpangkat Inspektor di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam itu yang hanya ingin dikenali sebagai Jaya berkata, beliau... 

Tiga geng pecah rumah ditembak mati

Posted by on Feb 05, 2012 | Leave a Comment

NIBONG TEBAL 5 Feb. – Polis berjaya menembak mati tiga penjenayah yang dipercayai aktif dalam kes pecah rumah di negeri ini sejak tahun lalu, selepas berbalas tembak di Kilometer 160 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar ke Jawi awal pagi ini.Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis yang mengadakan rondaan di lebuh raya terbabit mengesan kereta dinaiki suspek... 

25 lori bawa lebih muatan pasir ditahan

Posted by on Feb 05, 2012 | Leave a Comment

IPOH 5 Feb. – Sebanyak 25 buah lori yang membawa pasir dan batu melebihi had muatan ditahan di bandar raya ini dalam Ops Bersepadu Banteras Lori Lebih Muatan di sini awal pagi Selasa lalu.Operasi bermula pukul 5 pagi itu dilakukan Unit Khas Trafik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di susur keluar Plaza Tol Ipoh Selatan.Ketua Operasi, Asisten Supritendan Khuzir Abd. Majit berkata, lori itu kemudian dibawa ke Stesen Timbang... 

Polis ketatkan kawalan sempadan

Posted by on Feb 05, 2012 | Leave a Comment

KOTA KINABALU 5 Feb. Polis telah mengetatkan kawalan dan meningkatkan pemantauan di sempadan perairan negara di negeri ini bagi mengelak kemasukan warga asing khususnya militan Abu Sayyaf.Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, setakat ini tiada laporan mengenai cubaan militan bersenjata dari negara jiran berkenaan memasuki negara ini.Pada masa ini keadaan adalah baik dan kita telah mengetatkan kawalan keselamatan.... 

Rasuah libat pemain memalukan – Shabery

Posted by on Feb 05, 2012 | Leave a Comment

KUALA LUMPUR – Isu pembabitan rasuah 18 pemain Piala Presiden dan seorang jurulatih bola sepak musim lepas a amat memalukan, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.Sambil mengalu-alukan langkah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mendedahkan perkara itu semalam, beliau turut meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas... 

Rasuah: PBNS telah ambil tindakan tegas

Posted by on Feb 05, 2012 | Leave a Comment

SEREMBAN – Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) telah mengambil tindakan tegas terhadap pemain skuad Piala Presiden negeri musim lalu yang didakwa terlibat dalam kegiatan rasuah.Menurut sumber PBNS, enam pemain termasuk ketua jurulatih dari negeri ini yang dikenal pasti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terlibat dengan gejala rasuah itu telah digugurkan daripada skuad berkenaan.”PBNS bertindak menggugurkan... 

Lebih banyak Kedai Rakyat 1Malaysia dibuka

Posted by on Feb 05, 2012 | Leave a Comment

KUALA LIPIS 5 Feb. – Kerajaan negeri akan terus memastikan beban rakyat lebih ringan menerusi perkhidmatan rangkaian Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang akan dibuka secara berperingkat di seluruh daerah di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Fong Koong Fuee berkata, KR1M bersedia menawarkan pelbagai jenis produk berjenama 1Malaysia yang dijual pada harga 40 peratus... 

Tidak serik jual dadah walaupun pernah meringkuk dalam penjara 10 tahun

Posted by on Feb 05, 2012 | Leave a Comment

HULU TERENGGANU 5 Feb. – Biarpun pernah meringkuk hampir 10 tahun dalam penjara akibat penyalahgunaan dadah, seorang peniaga tidak pernah serik apabila kembali terlibat dengan gejala itu tidak sampai dua bulan selepas dibebaskan.Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan dalam satu pemeriksaan di tepi jalan berhampiran Astaka Kuala Berang di sini pukul 10.45 malam tadi.Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Supritendan Mohd.... 

30 pengunjung pusat hiburan diperiksa

Posted by on Feb 05, 2012 | Leave a Comment

PULAU PINANG 5 Feb. – Polis memeriksa seramai 30 pengunjung pusat-pusat hiburan di sekitar Jalan Sri Bahari, Jalan Penang serta Tanjung Bungah dalam Ops Noda dan Ops Cantas malam tadi.Dalam operasi bermula pukul 11 malam hingga 4 pagi itu, kesemua mereka berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun dan diarah menjalani ujian air kencing mengikut Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah.Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten... 
Advertisement

Subscription

You can subscribe by e-mail to receive news updates and breaking stories.

RSSLatest News (Follow Us @ Twitter)