Zahrain cabar Jahabar Sadiq

Posted by on Sep 02, 2010 | Leave a Comment

KUALA LUMPUR 2 Sept. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) The Malaysian Insider, Jahabar Sadiq diminta menjelaskan hubungannya dengan pemimpin Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) bagi memastikan tiada unsur pengkhianatan dilakukan ke atas Malaysia.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, hubungan di antara Jahabar yang juga ketua pengarang portal berita propembangkang itu dengan pemimpin Bendera mungkin boleh membetulkan keadaan yang berlaku disebabkan kempen anti-Malaysia anjuran pertubuhan itu.

Saya mendapat tahu Jahabar ada hubungan dengan tiga pemimpin kanan Bendera iaitu Mustar Bona Ventura (Koordinator Bendera), Adian Napitulupu dan Serdi Semaun.

Mungkin hubungan itu bersangkut-paut dengan siri provokasi dan penghinaan ke atas kepentingan Malaysia di Indonesia atau Jahabar sekurang-kurangnya boleh menasihatkan Bendera mengenai hal itu jika benar mereka ada kaitan, katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Dipetik dari Utusan Malaysia

Leave a comment

Advertisement

Subscription

You can subscribe by e-mail to receive news updates and breaking stories.

RSSLatest News (Follow Us @ Twitter)