Your are here: Home /
Dalam Negeri
BAGAN DATOH 5 Feb. Seramai 600,000 bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dijangka menyertai Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN).Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penyertaan tersebut membolehkan mereka meneruskan kesinambungan menyumbang kepada masyarakat dengan menjalankan kerja-kerja sukarela melalui khidmat komuniti.Kata beliau, ia juga dapat merapatkan hubungan dalam...
KUALA LUMPUR 5 Feb. – Jemaah haji yang menggunakan khidmat ekspres bagi menunaikan rukun Islam kelima itu boleh menyebabkan ibadah yang dikerjakan mereka tidak sah.Tokoh agama, Datuk Nooh Gadut berkata, perbuatan itu boleh disamakan seperti menggunakan wang haram dan tidak mendapat haji yang mabrur.“Apa maknanya pergi menunaikan haji dengan cara ini. Ia ibarat pergi haji dengan duit haram. Ada pendapat yang...
Tagged with johor, penipuan, utusan
MUAR 5 Feb. – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini mengisytiharkan bandar Muar sebagai Bandar Diraja selepas sekian lama dikenali sebagai Bandar Maharani.Pengisytiharan tersebut dibuat baginda pada majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat negeri 1433 Hijrah di Masjid Sultan Ibrahim di sini hari ini.Baginda berharap dengan pengisytiharan tersebut, daerah ini akan menjadi bandar contoh bagi negeri...
Tagged with parlimen
KUALA LUMPUR 5 Feb. – Lembaga Tabung Haji (TH) akan mempertingkatkan pemantauan terhadap sistem pangkalan datanya dalam usaha memastikan kegiatan ‘haji ekspres’ tidak berulang lagi pada masa hadapan.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perkara tersebut berlaku bukan sahaja disebabkan orang menggodam sistem pangkalan data, tetapi turut melibatkan orang yang tahu untuk...
Tagged with utusan
KUALA LUMPUR 5 Feb. – Penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH4 yang sepatutnya berlepas ke London pada pukul 10.45 pagi ini ditunda kepada pukul 5.35 pagi esok akibat salji tebal.Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, penerbangan pulang pesawat MH1 dari London pada pukul 10 malam ini turut ditunda kepada pukul 1.50 petang esok.Menurut kenyataan itu, pihak berkuasa Lapangan...
MUAR 5 Feb. – Kerajaan negeri menyifatkan pengisytiharan Muar sebagai Bandar Diraja oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini sebagai tepat pada masanya kerana ia merupakan antara bandar terulung dan tertua di negeri ini.Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, Muar telah wujud sebelum merdeka dan bangunannya dibina pada 1920-an dengan seni bina serta reka bentuk yang unik.“Bandar...
Tagged with melayu, parlimen
PUTRAJAYA 5 Feb. – Pelajar cacat, Muhammad Hadi Darus, 16, yang memperoleh keputusan cemerlang sembilan A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu dipilih sebagai salah seorang penerima anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan tahun ini.Menyifatkan dirinya amat bertuah, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tiang, Kedah yang menulis menggunakan kaki itu memberitahu, dia amat...
Tagged with kedah
SHAH ALAM 5 Feb. – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof mendahului senarai penerima anugerah khas sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri yang diadakan di Stadium Malawati di sini hari ini.Abdul Aziz, 62, menerima Anugerah Umar Abdul Aziz daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai pengiktirafan terhadap beliau yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan,...
Tagged with najib, polis, selangor
JOHOR BAHRU 5 Feb. – Kebiasaannya majlis persandingan diadakan di rumah mahupun hotel, namun berbeza buat Erryzuan Topah, 34, dan pasangannya, Nurul Jannah Abdullah, 22, yang bersanding di Pasar Awam Larkin di sini hari ini.Menurut Nurul Jannah, cadangan mengadakan majlis persandingan di pasar berkenaan disuarakan oleh bapanya, Abdullah Idris, 50, yang merupakan peniaga ayam di pasar tersebut sejak 30 tahun lalu.“Pada...
KEPALA BATAS 5 Feb. Para pemimpin diingatkan agar mengutamakan kemakmuran dan keamanan negara selari dengan konsep kepimpinan Nabi Muhammad SAW sewaktu membangunkan kota Madinah yang hasilnya dinikmati oleh semua penduduk.Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, kepimpinan yang ditunjukkan Rasulullah adalah model terbaik menyatupadukan rakyat tanpa mengira latar belakang agama dan anutan.Menurutnya,...
Tagged with anwar, parlimen