Your are here: Home /
Luar Negara
MONTREAL 5 Feb. – Lebih 30 imam di Kanada dan Amerika Syarikat (AS) semalam meluluskan fatwa yang mengutuk ‘pembunuhan demi menebus maruah keluarga’.Fatwa tersebut dikeluarkan selepas sebuah mahkamah di Kanada mendapati sepasang suami isteri yang berasal dari Afghanistan dan anak lelaki mereka bersalah membunuh empat ahli keluarga perempuan yang dituduh mencemarkan nama baik keluarga itu.“Tidak...
Tagged with Jenayah
CALIFORNIA 5 Feb. Seorang paderi Kristian menggesa pengguna supaya memboikot Starbucks ekoran syarikat itu menyokong satu rang undang-undang mengesahkan perkahwinan sejenis di Washington, lapor King 5 News.Steven Andrew yang juga Presiden Institusi Paderi Kristian Amerika Syarikat (AS) di California berkata, penganut Kristian kecewa dengan tindakan Starbucks yang menentang ajaran Tuhan.Starbucks boleh mengikut ajaran...
JAKARTA 5 Feb. Pemerhati politik menggesa Presiden Susilo Bambang Yudhoyono supaya mengambil tindakan dan bukan sekadar mengeluarkan retorik untuk memulihkan imej Parti Demokrat pimpinannya.Mereka memberi amaran inisiatif Susilo untuk menjelaskan isu melibatkan Timbalan Setiausaha Agung Demokrat, Angelina Sondakh yang telah diisytiharkan sebagai suspek kes rasuah oleh Komisi Pembanterasan Korupsi (KPK) mungkin tidak...
LONDON 5 Feb. – Beribu-ribu penumpang yang berada di Lapangan Terbang Heathrow malam tadi berang selepas syarikat pengendali membatalkan penerbangan pesawat ketiga berikutan cuaca buruk, walaupun sembilan jam sebelum salji mula turun.Berikutan ramalan cuaca salji setebal enam inci dan kemungkinan kabus membeku, pengendali lapangan terbang, BAA pagi semalam bertindak mengumumkan bahawa 30 peratus pesawat yang dijadualkan...
LONDON 5 Feb. Putera William memulakan tugas sebagai juruterbang helikopter pencari dan penyelamat di Kepulauan Falkland, menurut Kementerian Pertahanan (MoD) Britain, semalam.Namun penghantaran William ke kepulauan tersebut membangkitkan kemarahan Argentina yang menyifatkannya sebagai satu provokasi.William, 29, yang merupakan pewaris kedua kepada takhta Britain, dihantar ke kepulauan di Atlantik Selatan itu sebagai...
LONDON 5 Feb. – Lebih seratus ekor ikan lumba-lumba dicatatkan terdampar di pantai Cape Cod sejak 12 Januari lalu ketika kejadian itu berterusan berulang kali.Tiga ekor haiwan mamalia itu mati tiga hari lalu yang membawa maksud 84 daripada 116 ekor ikan lumba-lumba itu telah mati.Bagaimanapun, pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan 32 ekor ikan lumba-lumba yang lain.Angka tersebut meningkat luar biasa berbanding...
Tagged with parlimen
PARIS 5 Feb. – Pengarah kontroversi Abel Ferrara mengumumkan beliau sedang membuat filem mengenai skandal seks yang memusnahkan kerjaya politik orang kuat Perancis, Dominique Strauss-Kahn dengan Gerard Depardieu bakal memegang watak utama.Filem mengenai seks dan politik itu turut akan dibintangi oleh Isabelle Adjani sebagai isteri kepada Strauss-Kahn, Anne Sinclair, menurut Ferrara kepada akhbar Perancis, Le Monde.Strauss-Kahn,...
LONDON 5 Feb. – Pakar rambut menggesa trend menyambung rambut diharamkan selepas seorang wanita maut akibat gam yang digunakan untuk melekatkan rambut berkenaan.Pakar sains rambut dan kulit kepala, Barry Stephens berkata, bahan kimia yang digunakan untuk rambut sambungan itu boleh menjadi berbahaya jika terkena kulit.”Kedai salon selalunya menggunakan gam lateks dan kebanyakan orang di United Kingdom mengalami...
RIYADH 5 Feb. – Dua aktivis wanita Arab Saudi memfail tuntutan mahkamah terhadap kerajaan kerana tidak membenarkan mereka memiliki lesen memandu dan mengharamkan wanita daripada memandu, kata mereka kepada AFP semalam.Manal al-Sherif, ikon kempen Internet bagi menolak pengharaman wanita daripada memandu dan seorang lagi aktivis hak asasi manusia, Samar Badawi memfail tuntutan itu terhadap Kementerian Dalam Negeri.Manal...
Tagged with internet
BEIRUT 4 Feb. – Lebih 200 orang terbunuh akibat bedilan tentera Syria di bandar Homs, menurut aktivis hari ini, ketika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersiap sedia untuk mengundi satu draf baru resolusi yang menyokong gesaan negara Arab yang mahukan Presiden Bashar al-Assad meletak jawatan.Angka korban itu dilaporkan oleh dua kumpulan aktivis besar di Syria, menjadikan serangan ke atas...