Shahrizat dakwa diintip tiga bulan

Posted by on Feb 05, 2012 | Leave a Comment

KUALA LUMPUR 5 Feb. – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendakwa ada seorang pemimpin parti pembangkang telah mengintip pergerakan beliau selama tiga bulan bagi mengetahui secara terperinci perjalanan hidupnya.Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu berkata, ketaksuban anggota berkenaan yang disifatkannya masih muda dan ‘lelaki jambu’ itu seolah-olah mahu... 

Bersatu, kukuhkan perpaduan – Shafie

Posted by on Feb 05, 2012 | Leave a Comment

SEMPORNA 5 Feb. – Ahli UMNO diingatkan supaya mengukuhkan perpaduan dan kerjasama untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, seruan bersatu itu perlu ditekankan dari semasa ke semasa kerana ia sebahagian tuntutan ajaran Islam yang menjadi teras perjuangan UMNO.“Adalah diharapkan ahli dan pemimpin dapat mengeratkan... 

Umat Islam jangan tertipu imej Islam Pas

Posted by on Feb 05, 2012 | Leave a Comment

KUALA LUMPUR 5 Feb. – Umat Islam tidak seharusnya terpedaya dengan imej ulama yang dibawa oleh pemimpin Pas termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebenarnya turut mempunyai keinginan dan nafsu terhadap kuasa politik.Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Datuk Hasan Malek berkata, imej ustaz atau Tok Guru yang dibawa oleh Nik Abdul Aziz juga hanya adegan politik untuk... 

Anwar dinasihatkan tutup mulut

Posted by on Feb 05, 2012 | Leave a Comment

KUALA LUMPUR 5 Feb. – Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu) menasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim agar berhenti mengeluarkan kenyataan yang meragukan kerana ia boleh memecahbelahkan umat Islam.Pengerusi Jawatankuasa Kerjanya, Fathul Bari Mat Jahya berkata, perbuatan ketua pembangkang itu menafikan apa sahaja yang diperkatakan setelah perkara tersebut menerima kritikan dan menjadi kontroversi, mengakibatkan kekeliruan... 

Agenda sangkal dakwaan Nasrudin BB1M tidak berkesan

Posted by on Feb 05, 2012 | Leave a Comment

KOTA BHARU 5 Feb. Angkatan Generasi Melayu Muda (Agenda) menyangkal dakwaan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi kononnya pemberian Baucar Buku 1Malaysia sebagai tidak berkesan.Presidennya, Mohd. Zaidan Abdul Rahim berkata, Nasrudin sengaja melihat usaha Kerajaan Pusat itu dari sudut politik semata-mata bagi menimbulkan gimik setelah menyedari mereka kini ketandusan isu.Kata beliau, masih terlalu awal untuk... 

SPR nafi laporan portal berita malaysiakini.com

Posted by on Feb 05, 2012 | Leave a Comment

SHAH ALAM 5 Feb. – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof menolak laporan portal berita yang memetik kenyataannya berhubung cadangan melarang rakyat Malaysia di luar negara mengundi jika tidak membayar cukai.Katanya, laporan tersebut tidak tepat kerana beliau tidak pernah mengeluarkan cadangan sedemikian seperti yang dilaporkan oleh portal berita berkenaan.Beliau menjelaskan, kenyataannya... 

Gerakan tukar Kerajaan Pas Kelantan

Posted by on Feb 04, 2012 | Leave a Comment

KOTA BHARU 4 Feb. – Sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk negeri ini bergabung melancarkan Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Tukar).Gerakan tersebut bertujuan mengajak rakyat supaya menukar parti pemerintah di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang bagi mengatasi pelbagai masalah yang timbul.Pelancaran Tukar diumumkan secara rasmi selepas Konvensyen Media Sosial Kelantan di Auditorium... 

‘Orang mahu saya undur ada motif politik peribadi’

Posted by on Feb 04, 2012 | Leave a Comment

BERUAS 4 Feb. – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendakwa pihak yang mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO dan menteri Kabinet mempunyai motif politik peribadi.Beliau berkata, pihak berkenaan juga tidak mewakili suara 1.3 juta ahli Wanita UMNO secara keseluruhannya.“Setitis air di lautan tidak menjadikan lautan. Kamu perlu tahu mereka... 

Pas sedia tawar kerusi kepada Zaid

Posted by on Feb 04, 2012 | Leave a Comment

KOTA BHARU 4 Feb. – Pas bersedia menawarkan kerusi Parlimen untuk ditandingi Datuk Zaid Ibrahim bagi mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, pihaknya akan berbincang mengenai tawaran kepada Presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) itu jika ada permohonan dalam parti ataupun daripada Zaid sendiri.“Itu kita akan bincang, saya tak... 

Undi: Orang Melayu perlu sedar

Posted by on Feb 04, 2012 | Leave a Comment

JEMPOL 4 Feb. – Sejumlah 3.7 juta individu yang layak mengundi tetapi belum berdaftar khususnya orang Melayu harus disedarkan tentang hak mengundi yang sebenarnya menentukan kelangsungan kuasa politk Melayu.Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, jika semua orang Melayu yang layak mengundi didaftarkan, ia sebenarnya dapat menguatkan lagi perjuangan dalam menentukan nasib mereka... 
Advertisement

Subscription

You can subscribe by e-mail to receive news updates and breaking stories.

RSSLatest News (Follow Us @ Twitter)