Your are here: Home /
Wilayah
BATU PAHAT 5 Feb. – Kira-kira 10,000 orang menyertai sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah yang diadakan di Masjid Jamek Sultan Ismail di sini hari ini.Turut berangkat menyertai sambutan berkenaan ialah Tunku Temenggung Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim.Sambutan bermula dengan perarakan seawal pukul 8 pagi bermula di Jalan Timah Sari sehingga ke masjid tersebut yang disertai hampir 3,000 orang mewakili pelbagai...
Tagged with parlimen
LEBIH 6,000 warga Johor Bahru berarak sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah dari Bangunan Sultan Ibrahim sehingga ke Masjid Sultan Abu Bakar semalam.Perarakan sejauh kira-kira tiga kilometer itu diketuai Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama 64 kontinjen melibatkan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sekolah.Antara yang mengambil bahagian adalah Pejabat Daerah Johor Bahru,...
Tagged with johor
MUAR 5 Feb. – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan rakyat supaya tidak mempercayai sepenuhnya berita yang disebarkan melalui Internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS) kerana ia boleh memecahbelahkan masyarakat.Baginda bertitah, tidak semua berita atau cerita yang disebarkan itu betul sebaliknya penipuan serta fitnah amat mudah dilakukan yang biasanya ditujukan kepada individu atau kumpulan...
Tagged with internet, parlimen, penipuan
LABIS 5 Feb. – Seramai 105 pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Labis dan Sekolah Menengah Munshi Ibrahim Labis (SMIL) menerima bantuan baucar buku bernilai RM200 di sini kelmarin.Baucar tersebut disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Mohd. Azahar Ibrahim di SMK Labis di sini.Mohd. Azahar berharap pelajar berkenaan menggunakan bantuan itu sebaik mungkin untuk membeli lebih banyak...
PONTIAN 5 Feb. – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) diminta segera membina sebuah dewan orang ramai di Kampung Sri Mahkota, Pontian Besar yang dijanjikan sejak lapan tahun lalu.Penghulu Orang Asli, Othman A. Bakar berkata, JKOA berjanji membina dewan tersebut bagi memudahkan penduduk setempat menjalankan aktiviti kerana hingga kini tidak mempunyai kemudahan tersebut termasuk bagi mengadakan mesyuarat.“Kami...
Tagged with utusan
RAWANG 5 Feb. – Bukan sekali atau dua tetapi sudah lebih lima kali dalam tempoh seminggu kejadian paip pecah berlaku dan menjejaskan kehidupan harian penduduk di Taman Rawang Jaya dan New Green Park di sini.Walaupun penduduk berpuas hati dengan tindakan pantas Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) setiap kali berlaku kejadian itu tetapi mereka tetap mahukan masalah itu diatasi sepenuhnya.Kata mereka,...
Tagged with selangor
KUALA LUMPUR 5 Feb. – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) memaklumkan bahawa Taman Rawang Jaya dan New Green Park di Rawang tersenarai bagi pelaksanaan projek penggantian paip lama.Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporatnya, Abdul Halem Mat Som berkata, ini kerana kedua-dua kawasan berkenaan mempunyai paip berusia lebih 30 tahun.Bagaimanapun, kata beliau, projek itu terpaksa ditangguhkan sehingga...
Tagged with kuala lumpur, selangor
KUALA LUMPUR 5 Feb. – Dalam usaha membantu lebih ramai kontraktor kelas F, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menggunakan pendekatan pembahagian kerja dalam melaksanakan kerja-kerja mengecat dan membaiki bumbung di rumah pangsa di Desa Pandan.Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, pendekatan yang turut digunakan di Taman Seri Sentosa, Lembah Pantai sebelum ini ternyata...
Tagged with kuala lumpur, umno
KUALA LUMPUR 5 Feb. – Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 membuktikan kerajaan memiliki sumber kewangan yang kukuh dan mampu membantu rakyat meningkatkan taraf hidup terutamanya golongan berpendapatan rendah.Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mustapa Kamal Mohd. Yusoff berkata, sekiranya keadaan ekonomi di negara ini tidak stabil, bantuan yang melibatkan jumlah kewangan yang besar itu tidak...
Tagged with ekonomi, parlimen, umno
KUALA LUMPUR 5 Feb. – Seramai 12,675 orang penyewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bakal merealisasikan impian mereka memiliki rumah di ibu kota apabila perjanjian jual beli dijangka ditandatangani Mei ini.Mereka merupakan kumpulan pertama penyewa yang telah diberikan surat tawaran pembelian di bawah Skim Pembiayaan Khas Pembelian Perumahan PPR dan PA.Pengarah...
Tagged with kuala lumpur