Malaysia Zoom » Dalam Negeri

Sultan Selangor pengerusikan Mesyuarat ke-228 Majlis Raja-Raja
KUALA LUMPUR 22 Feb. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempengerusikan Mesyuarat ke-228 Majlis Raja-Raja di Istana Negara di sini hari ini.

Mesyuarat hari pertama itu dihadiri semua Raja Melayu kecuali Kedah diwakili Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Datuk Seri Utama Tunku Annuar Sultan Badlishah dan Pahang oleh Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Raja-raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabah dan Melaka diiringi Ketua Menteri masing-masing kecuali Sarawak yang diiringi Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu.

Mesyuarat itu antara lain membincangkan perkara berkaitan agama, pertahanan, keselamatan, pelantikan, ekonomi serta perkembangan industri.

Majlis santapan malam sempena Mesyuarat ke-228 Majlis Raja-Raja akan diadakan di Istana Negara malam ini. – BERNAMA

Dipetik dari Utusan Malaysia

YNNA Holdings minat pasarkan Proton
PUTRAJAYA 22 Feb. – Salah sebuah kumpulan syarikat swasta tertua di Maghribi, YNNA Holdings menyatakan minat mendalam untuk memasang dan memasarkan kereta nasional, Proton, di negara tersebut.

Penasihat Proton Holdings Bhd., Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, hasrat tersebut dinyatakan sendiri oleh Naib Presidennya, Omar Chaabi semasa pertemuan yang berlangsung di sini, hari ini.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu tidak menyatakan jumlah dan jenis model Proton yang diminati oleh syarikat tersebut.

”Beliau ada nyatakan hasrat itu dan sudah mengadakan perjumpaan dengan pengurusan Proton tetapi disebabkan isu pengambilalihan Proton masih belum selesai, maka tidak ada keputusan yang dibuat.

”Tetapi saya yakin pemilik baru Proton akan menimbangkan dengan mendalam peluang untuk memasang dan memasarkan kereta nasional itu di negara tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan dengan Omar yang mengadakan lawatan sehari ke negara ini.

YNNA Holdings yang diasaskan pada 1948 turut terlibat dalam aktiviti pengilangan, pembinaan, hartanah dan pertanian makanan.

Mengulas lanjut perkara tersebut, Dr. Mahathir menyifatkan tawaran syarikat tersebut adalah satu peluang yang baik untuk Proton mengembangkan perniagaan mereka di utara Afrika dan sekitarnya.

”Walaupun jualan tahunan kereta di negara itu tidak begitu tinggi tetapi Maghribi memiliki perjanjian perdagangan bebas dengan negara-negara jirannya,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Najib lancar lapan model baru RMR
MELAKA 22 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan model baru Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang dibangunkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di Durian Tunggal sempena lawatan Perdana Menteri ke negeri ini, Jumaat ini.

Pengerusi SPNB, Datuk Ir. Idris Haron berkata, rumah yang akan dilancarkan itu mempunyai lapan model dengan reka bentuk terbaru, kontemporari serta mesra keluarga bagi pilihan rakyat yang layak memohon.

Menurutnya, rumah model baru itu menguna pakai Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang dilihat berdaya tahan dan mengutamakan reka bentuk lebih dinamik, ekonomi serta inovatif.

“Najib juga akan turut melancarkan sistem permohonan secara online bagi meningkatkan kecekapan dan memudahkan golongan yang layak memohon dengan lebih cepat dan pantas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, SPNB komited untuk membina dan menyiapkan sejumlah 10,000 unit RMR seperti yang disasarkan oleh kerajaan dengan peruntukan sebanyak RM200 juta disalurkan bagi program ini bagi tahun 2012.

Dipetik dari Utusan Malaysia

CUEPACS tuntut kenaikan gaji RM700 – RM2500
PUTRAJAYA 22 Feb. – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji 1.3 juta penjawat awam dari gred 1 hingga gred 54 antara RM700 hingga RM2,500.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kenaikan itu perlu dilaksanakan menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan gaji dibuat melalui skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Tuntutan tersebut membabitkan kenaikan gaji untuk gred 1 hingga gred 16 sebanyak RM700; gred 17 hingga gred 26 (RM1,000); gred 27 hingga gred 40 (RM1,500); gred 21 hingga gred gred 48 (RM1,800) dan gred 52 hingga gred 54 (RM2,500).

Omar berkata, kakitangan awam yang sudah mencapai gaji maksimum atau sudah mati gaji pula perlu dibayar selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan dan perlu dinaikkan gred.

”Sebagai contoh bagi mereka yang sudah lima tahun tidak naik gaji, jika gaji mereka dinaikkan RM100, kerajaan perlu bayar tunggakan RM500 selain kenaikan gred,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat petugas khas bersama Jabatan Perkhidmatan Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, CUEPACS turut menuntut agar kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam yang sudah lulus peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) aras 4.

”Ramai yang lulus PTK aras 4 sebelum SBPA diperkenalkan tetapi apabila SSM ditukarkan ke SBPA ramai yang lulus itu tidak mendapat kenaikan gaji, apabila kami berbincang dalam pasukan khas ini dari segi perundangan kerajaan perlu bayar.

”Mereka mana tahu SBPA akan diperkenalkan, tidak adil untuk mereka yang sudah berkorban masa dan tenaga untuk lulus, tapi bila dah lulus tak nak bayar pula,” katanya.

Sehubungan itu, CUEPACS meminta mereka yang lulus sehingga 31 Disember 2011 dibayar tunggakan gaji sebelum kajian semakan SBPA diumumkan dan mahu JPA mengeluarkan surat pekeliling mengenainya.

Omar berkata, beliau yakin kerajaan akan bersetuju dengan lima tuntutan yang telah dikemukakan iaitu mengkaji semula pindaan gaji gred 54 ke bawah; mengkaji gaji penjawat awam mencapai gaji maksimum; mengkaji kekananan dalam Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum bertukar kepada SBPA; mengkaji kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak penstrukturan semula semua gred penjawat awam.

”Kalau kerajaan merasakan ia melibatkan tuntutan yang tinggi, CUEPACS cadangkan mereka yang telah menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA iaitu Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dan Premier, gaji mereka dipotong untuk diberikan kepada mereka di gred 54 ke bawah.

”Kalau betullah kerajaan mahu rapatkan jurang maka tuntutan itu dirasakan wajar, apa yang kami lakukan ialah menuntut kesaksamaan dan terpulanglah kepada pasukan petugas khas ini untuk menilainya,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Generasi kita perlu tahu bagaimana negara berjaya
KUALA LUMPUR 22 Feb. — Generasi Malaysia sekarang dan akan datang perlu mempelajari bagaimanapun negara mencapai kejayaannya hingga ke tahap hari ini, kata bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Yuen Yet Leng.

Sekalipun wujud perbezaan ketara di kalangan rakyat, mereka masih mampu bersatu untuk berjaya dalam perang menentang pengganas komunis yang cuba merampas kuasa politik negara pada masa lampau, kata beliau.

“Sekalipun selepas bersara, saya terus memainkan peranan menentukan bahawa kerajaan yang wujud, tidak kira apa parti politiknya, terus mentadbir negara dengan adil demi memenuhi keperluan semua kaum,” kata beliau dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini.

Yuen melahirkan rasa kesal kerana ada ahli politik membuat kenyataan meracuni fikiran rakyat berhubung kegiatan pengganas komunis, terutama percubaan memaparkan seseorang itu sebagai wira, sedangkan pasukan keselamatan negara terpaksa berjuang selama empat dekad dan ada anggota yang terkorban demi kewibawaan dan kemerdekaan negara.

Yuen yang pernah menulis pendapatnya dalam sepucuk surat yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan baru-baru ini berkata: “Hingga sekarang, apakah anda boleh kata saya bukan pejuang kemerdekaan sebenar setelah saya ditembak dua kali?

“Kepingan besi (akibat serangan pengganas komunis) masih lekat dalam dada saya sejak 1951. Saya diburu untuk dibunuh, sekalipun selepas bersara pada 1984. Saya menolak tawaran kerajaan untuk menempatkan saya di lokasi lebih selamat di seberang laut.”

Yuen yang pernah menjadi Ketua Polis Perak dan Sarawak, berpendapat satu-satunya cara yang dapat menghapus ancaman kemunculan semula komunis ialah dengan mengajar sejarah negara mengikut perspektif yang betul di kalangan pelajar sekolah dan universiti.

Yuen telah menghasilkan dua buku mengenai perjuangannya menentang pengganas komunis, pertama pada 1998 berjudul Operation Ginger dan satu lagi pada 2008, Nation Before Self.

Beliau dijadual menyampaikan ceramah di Kolokium Sejarah Malaysia Sabtu ini. – BERNAMA

Dipetik dari Utusan Malaysia

Warisi semangat wira Bukit Kepong
KUALA LUMPUR 22 Feb. – Semangat juang dan keberanian perwira Balai Polis Bukit Kepong yang sanggup berkorban nyawa perlu diwarisi dan dihayati oleh seluruh rakyat negara ini, walaupun peristiwa tersebut sudah 62 tahun berlalu.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor berkata, serangan pada tarikh 23 Februari 1950 itu juga perlu menjadi panduan kepada generasi muda agar tidak terpesong dengan dakyah segelintir pihak yang mengangkat pengganas komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

Generasi muda perlu menerapkan diri mereka dengan semangat patriotisme terutama terhadap pengorbanan para pejuang sebelum ini kerana kesinambungan kestabilan dan keharmonian negara kini bermula daripada jasa para pejuang tersebut.

Tanpa perjuangan seumpama itu, maka tiadalah nikmat kemerdekaan yang telah kita kecapi selama hampir 55 tahun. Justeru, kekejaman pengganas komunis, membakar balai polis dan mencampak mereka yang masih hidup ke dalam api yang marak telah mengorbankan 25 orang termasuk ketua balai berkenaan, Sarjan Jamil Mohd. Shah perlu diinsafi semua.

Kita sebagai warganegara yang patriotik perlu mengambil iktibar keazaman kira-kira 40 anggota pasukan keselamatan di balai berkenaan untuk mematahkan serangan hendap Pasukan Kompeni Keempat, Parti Komunis Malaya (PKM) dengan kekuatan 200 anggota yang diketuai oleh Muhammad Indera, katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada serangan bermula pukul 4.15 pagi itu, pihak komunis telah menyerang balai yang terletak di Muar, Johor tersebut namun mendapat tentangan hebat daripada anggota keselamatan selama lebih lima jam meskipun pihak pengganas pada mulanya beranggapan mampu menawan balai polis tersebut dengan mudah.

Tambah Rahim, memandangkan zaman sudah berubah dan ancaman berbentuk bukan konvensional telah muncul, rakyat perlu lebih peka dalam memastikan ancaman komunisme dan seumpamanya terus dikuburkan selama-lamanya.

Katanya, orang ramai perlu bijak menilai segala pembohongan oleh pihak berkepentingan agar perjuangan perwira seperti di Bukit Kepong tidak dipersiakan untuk membentuk jati diri generasi seterusnya yang berjiwa besar dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Semangat perjuangan kemerdekaan yang telah dibentuk oleh pejuang terdahulu bukan sahaja harus dikekalkan, malah perlu dipertingkatkan ke peringkat seterusnya kerana keperluan terhadapnya dilihat terus meningkat hari demi hari, kata beliau.

Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri pula mengingatkan rakyat supaya jangan sesekali melupakan perjuangan pasukan keselamatan yang bertungkus-lumus serta menyabung nyawa demi memastikan kedaulatan agama, bangsa dan negara tidak terancam.

Saya kecewa dengan tindakan segelintir parti politik yang secara membuta-tuli melabel para pejuang Bukit Kepong itu sebagai pengganas ketika bermati-matian mempertahankan negara tercinta ini, katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Petugas media dibenar mengundi pos
PUTRAJAYA 22 Feb. – Berita baik untuk semua petugas media di negara ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju membenarkan mereka mendaftar sebagai pengundi pos menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Persetujuan itu dicapai pada pertemuan lebih sejam antara SPR dan wakil-wakil media di sini, khusus bagi membincangkan kesukaran petugas media untuk mengundi disebabkan kekangan tugas.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, petugas media boleh dikategorikan pengundi pos di bawah Perkara 3(1)(f) Peraturan-Peraturan Pilihanraya (Pengundian Pos) 2003 dengan syarat mereka telah terlebih dahulu mendaftar sebagai pengundi.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC) yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili pada 6 Mac ini sebelum boleh dimuktamadkan.

“Saya tidak nampak sebarang masalah untuk melaksanakan keputusan ini kerana sememangnya cadangan tersebut memang datang daripada jawatan kuasa itu sendiri,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut di sini, hari ini.

Menurut Abdul Aziz, mengikut peraturan dan undang-undang, setiap permohonan untuk mendaftar sebagai pengundi pos hanya boleh dibuat dan diwartakan selepas penamaan calon sekiranya terdapat pertandingan.

Bagaimanapun, katanya, mana-mana petugas media yang telah diwartakan sebagai pengundi pos tidak boleh menukar status kepada pengundi biasa selain ia hanya sah untuk satu pilihan raya sahaja.

Beliau berkata, untuk melicinkan pentadbiran, pihak majikan petugas media diminta menyusun tenaga kerja pilihan raya secepat mungkin dan mengenal pasti petugas yang benar-benar layak untuk memohon pengundi pos.

Katanya, SPR juga bersetuju meluaskan skop petugas media supaya tidak terhad kepada wartawan semata-mata dan pihaknya bersedia memberi taklimat kepada media berhubung perkara itu.

“Taklimat ini penting bagi mengelak sebarang kesilapan teknikal yang sering berlaku kepada undi pos. Pihak media juga diharap dapat bekerjasama dengan SPR supaya mereka benar-benar memahami proses pengundian pos,” katanya.

Selain itu, Abdul Aziz juga meminta majikan memberi perhatian kepada setiap keperluan termasuk pengesahan jawatan petugas bagi mengelak penyalahgunaan undi pos petugas media oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Selain petugas media, PSC turut menyenaraikan doktor dan jururawat sebagai antara golongan yang perlu diberi kebenaran mengundi secara pos.

Namun, hasil pertemuan SPR dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman baru-baru ini mendapati rata-rata kumpulan itu masih boleh mengundi secara biasa.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Malaysia-Thailand kukuh perdagangan
Oleh Azran Fitri Abdul Rahim

BANGKOK 22 Feb. – Malaysia memperkukuhkan hubungan perdagangan dua hala dengan Thailand selepas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Boonsong Teriyapirom di sini petang ini.

Pertemuan yang diadakan di Kementerian Perdagangan Thailand itu adalah susulan lawatan rasmi Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra ke Kuala Lumpur dua hari lalu.

Mustapa berkata, pertemuan beliau dengan Menteri Perdagangan Thailand itu membuktikan Malaysia terus komited untuk melaksanakan beberapa persetujuan yang dibuat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Yingluck sebelum ini.

Lawatan ke sini amat penting khususnya sebaik sahaja Yingluck melawat Kuala Lumpur dan bertemu dengan Perdana Menteri kita Isnin lalu.

Ini menunjukkan komitmen kita untuk melaksanakan beberapa persetujuan yang dibuat oleh kedua-dua pemimpin, yang penting kita mahu mempertingkatkan lagi perdagangan dan pelaburan antara kedua negara, katanya ketika ditemui selepas pertemuan tersebut.

Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Nazirah Hussain dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, Datuk Noharuddin Nordin.

Beliau bersama 40 delegasi perniagaan Malaysia dalam rangka misi perdagangan dan pelaburan ke Thailand dan Myanmar bermula hari ini sehingga Jumaat ini bertujuan mengukuhkan perdagangan, pelaburan dan kerjasama ekonomi Malaysia dengan kedua-dua negara tersebut.

Misi itu juga bertujuan mengenal pasti peluang-peluang kerjasama perniagaan dalam sektor-sektor seperti industri pembinaan, pembangunan infrastruktur, pelancongan, pertanian, penjagaan kesihatan, minyak dan gas.

Mengulas mengenai pertemuannya dengan Boonsong hari ini, Mustapa berkata, mereka bersetuju untuk menubuhkan mekanisme pertukaran lawatan tokoh perniagaan dari kedua-dua negara secara berkala.

Kita adakan hubungan lebih rapat untuk menggerakkan hubungan perdagangan yang lebih mantap. Sekarang Thailand menggalakkan warganya melabur di luar negara.

Kita rasa potensi untuk meningkatkan hubungan perdagangan antara Malaysia dan Thailand lebih baik disebabkan adanya dasar baru itu, katanya.

Malah, beliau turut yakin jumlah perdagangan di antara kedua-dua negara mencatatkan pertumbuhan pada kadar 10 peratus berbanding tahun lepas.  UTUSAN

Dipetik dari Utusan Malaysia

Yahya Sulong hanya ditidurkan
KUALA LUMPUR 22 Feb – Pelakon dan pelawak veteran, Datuk Yahya Sulung, 84, yang dilaporkan koma di Hospital Ampang sebelum ini, sudah pun sedar sejak semalam.

Bagaimanapun beliau kini masih diberikan ubat tidur bagi mengelakkan sebarang komplikasi, sekali gus menolak laporan sebelum ini yang mengatakan bahawa pelakon itu koma.

Menurut kakitangan hospital yang ditemui, tahap kesihatan pelakon itu sudah mulai baik berbanding hari pertama dimasukkan pada 11.25 malam, Isnin lalu.

Isterinya, Datin Alisah Ali, 65, memberitahu suaminya memang menghidapi masalah asma yang teruk serta jangkitan di bahagian paru-paru.

“Dia pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital, namun kali ini paling teruk.

“Kalau diikutkan, suami saya kini memang bergantung kepada ubat, namun keengganan dia mengikut aturan yang betul, mungkin menyebabkannya mengalami sesak nafas,” katanya ketika ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang, Selangor hari ini.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Penyenaraian FGVH diteruskan tanpa KPF
KUALA LUMPUR 22 Feb. – Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia yang dijadualkan pada Mei atau Jun depan tetap diteruskan walaupun tanpa penyertaan Koperasi Permodalan Felda (KPF).

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, isu pembatalan Mesyuarat Agung Perwakilan Khas KPF yang sepatutnya dilangsungkan hari ini tidak menyebabkan proses penyenaraian tergendala.

Menurut beliau, sebuah syarikat khas akan ditubuhkan agar kepentingan peneroka dalam struktur baru FGVH selepas penyenaraian tetap terjamin.

”Bagaimanapun, saya tidak dapat terangkan secara lanjut tentang penstrukturan semula FGVH kerana ia melanggar peraturan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

”Saya cuma boleh beritahu, pada masa ini, kita mulakan proses dokumentasi dan penghantaran maklumat kepada SC,” katanya pada sidang akhbar sebelum sesi taklimat pelan kedua penyenaraian kepada perwakilan KPF dari seluruh negara di Dewan Perdana Felda di sini hari ini.

Sesi taklimat tersebut diadakan secara tertutup bagi menggantikan Mesyuarat Agung Perwakilan Khas KPF yang dibatalkan berikutan mendapat perintah injunksi dari Mahkamah Tinggi Kuantan bertarikh 17 Februari lalu.

Jelas Mohd. Isa, pihak Felda menjangka bantahan yang ditimbulkan sebilangan kecil anggota KPF dan menyediakan pelan alternatif bagi memastikan penyenaraian FGVH berjalan lancar.

Beliau memberitahu, selepas penyenaraian FGVH, KPF masih kekal sebagai sebuah koperasi dan tetap membayar dividen setiap tahun kepada kira-kira 112,000 peneroka yang menganggotainya.

”Kita akan cari kaedah lain untuk gantikan KPF dalam FGVH. Peneroka tidak perlu bimbang dan saya akan beri penerangan kepada mereka agar lebih jelas,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya tentang kenyataan Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berhubung siapa bakal menguasai FGVH, Mohd. Isa menjelaskan beliau tidak tahu tentang perkara itu.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Felda kecewa tindakan 8 peneroka
KUALA LUMPUR 22 Feb. – Felda kecewa dengan tindakan lapan peneroka yang juga ahli Koperasi Permodalan Felda (KPF) menggagalkan koperasi itu menyertai cadangan penyenaraian Tawaran Awam Permulaan (IPO) dalam Felda Global Ventures Holdings(FGVH).

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, tindakan mereka menghalang KPF memindahkan sahamnya dalam Felda Holdings Bhd. kepada FGVH menerusi injunksi mahkamah menyebabkan Lembaga KPF membatalkan mesyuarat agung luar biasanya (EGM) hari ini.

Apa yang dikesali, katanya, tindakan lapan peneroka terbabit sebenarnya dipengaruhi oleh motif politik pembangkang yang didalangi Pas melalui Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Namun, kata beliau, tindakan itu hanya merugikan peneroka dan FGVH akan tetap disenaraikan di Bursa Malaysia Mei atau Jun depan.

“Kami sangat hampa atas usaha berulang mereka untuk melaksanakan hak minoriti yang jelas sekali dipengaruhi pembangkang yang bertentangan dengan usaha keras majoriti ahli KPF, seterusnya menghalang ahli merebut peluang ini,” katanya pada sidang akhbar khas mengenai perkara itu, di sini hari ini.

Sidang akhbar itu diadakan sempena sesi taklimat beliau dengan sekumpulan peneroka yang pada asalnya hadir ke sini untuk menghadiri EGM KPF yang dijadualkan hari ini.

Bagaimanapun, EGM itu dibatalkan ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan minggu lalu yang membenarkan injunksi sementara oleh lapan peneroka Felda untuk menghalang KPF daripada memindahkan sahamnya dalam Felda Holdings Bhd. dan 10 subsidiari Felda Holdings Berhad kepada FGVH.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Ahli akademik sokong debat Anwar-Najib tidak perlu
KUALA LUMPUR 21 Feb. – Sikap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering memutarbelitkan fakta merupakan faktor utama debat antara beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu diadakan.

Walaupun para penganalisis politik menyifatkan debat merupakan landasan baik untuk rakyat mengenali pemimpin, namun ia bukan untuk pemimpin seperti Anwar.

Tokoh akademik, Tan Sri Ibrahim Abu Shah menegaskan, Anwar terkenal sebagai individu yang hebat dalam memanipulasi keadaan.

”Saya sokong kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa debat ini membuang masa, lebih baik Perdana Menteri beri tumpuan terhadap usaha memperkukuhkan jentera Barisan Nasional terutama menjelang pilihan raya umum ini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau percaya jika debat itu diadakan, Anwar akan cuba menutup kelemahan diri dengan melemparkan pelbagai tuduhan terhadap kerajaan.

Ibrahim berkata demikian bagi mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang menyebut perdebatan itu hanya membuang masa dan tidak mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat negara ini.

Sementara itu, Profesor Politik dan Kerajaan Jabatan Pengajian, Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Jayum Jawan berkata, antara perkara yang perlu dielakkan ialah debat yang tidak matang menyebabkan ia ‘hanyut’ daripada fokus asal debat itu diadakan.

”Justeru saya fikir kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad menolak sesi debat itu kerana kemungkinan Anwar akan mengheret isu-isu yang tidak ada kena mengena dalam usaha memperkasakan bangsa dan negara,” katanya.

Beliau yakin jika debat itu diadakan, Najib sebagai Perdana Menteri tidak akan lari daripada fokus sebenar kerana beliau merupakan kerajaan yang melaksanakan dasar.

Dalam pada itu Pensyarah Sosial Sains, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Sivamurugan Pandian berkata, debat tidak sepatutnya menyeleweng daripada dasar dan isu utama serta tidak bersifat emosional.

”Justeru saya rasa adalah lebih baik debat antara pemimpin peringkat bawahan terlebih dahulu, kita lihat bagaimana situasi debat antara mereka, lepas itu baru kita buat keputusan sama ada perlu atau tidak debat antara pemimpin tertinggi ini diadakan,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Debat bukan penentu menang pilihan raya Abdullah
KUALA LUMPUR 21 Feb. – Debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan cara terbaik bagi menyelesaikan pelbagai isu rakyat yang timbul ketika ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, perkara lebih utama yang perlu dilakukan oleh Perdana Menteri ialah memastikan segala perkhidmatan dan sumbangan kerajaan kepada rakyat berjalan lancar kerana itulah penentu kejayaan dalam pilihan raya.

Saya tidak perlu bagi apa-apa nasihat kepada Datuk Seri Najib kerana beliau lebih memahami apa yang terbaik, tidak perlu didesak.

Malah debat tidak bererti satu penyudahan kepada segala-galanya yang menjadi penentu dalam pilihan raya, apa yang lebih penting ialah sumbangan kerajaan kepada rakyat. Itu yang perlu diutamakan, katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan seminar bertajuk Pencapaian Umat Islam Pasca Merdeka: Pengajaran dan Langkah ke Hadapan anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan pembangkang yang mahu Najib berdebat dengan Anwar seperti Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berdebat dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Sabtu lalu.

Turut hadir Ketua Pengarah IKIM, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan dan Timbalannya, Prof. Datin Dr. Azizan Baharuddin.

Menurut Abdullah yang merupakan Pengerusi IKIM, oleh itu tidak perlu mana-mana pihak mendesak perdebatan tersebut sebagai sesuatu perkara wajib diadakan.

Sementara itu, mengulas mengenai prestasi Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), beliau yakin parti itu akan memperoleh kemenangan yang lebih besar berbanding pada 2008.

Bergantung pada usaha dan khidmat kerajaan serta apa yang mereka dapat berikan kepada rakyat, katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Abdullah berkata, persepsi dan kefahaman segelintir umat Islam di negara ini bahawa pendidikan agama itu terhad kepada ilmu fikah atau menghafal al-Quran serta hadis sahaja perlu diperbetulkan.

Mereka harus memahami bahawa ilmu Islam sangat luas serta mempunyai hubungkait dengan ilmu-ilmu lain. Persepsi seperti itu telah menyebabkan pengertian ulama sering difahami dalam makna yang sangat sempit malah ahli sains tidak pula dianggap sebagai ulama.

Maka kita tidak mahu melihat ilmu yang ada hubungkait dengan Islam itu hanya terhad kepada perkara yang berkait dengan fikah, pengajian al-Quran dan hadis sahaja, ujarnya.

Seminar dua hari yang dianjurkan IKIM itu menampilkan pembentangan kertas kerja melalui lima sesi bagi menilai prestasi umat Islam di negara ini dalam lima lapangan utama iaitu pendidikan, bahasa dan kebudayaan, sains dan teknologi, sosio-ekonomi serta politik dan pemerintahan.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Najib terima kunjungan Menteri Luar Sudan
PUTRAJAYA, 21 Feb. — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Sudan, Ali Ahmed Karti.

Ali, yang dalam rangka lawatan empat hari ke Malaysia, tiba di Pejabat Perdana Menteri di sini pada 9 pagi, diiringi Duta Sudan ke Malaysia, Nadir Yousif El-Tayeb dan Pengarah Jabatan Asia di Kementerian Luar Sudan, Sawsan Abdelmajeed.

Ini merupakan lawatan pertama Ali ke Malaysia bertujuan meningkatkan hubungan dua hala.

Beliau dijadual berbincang dengan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman esok dan menemui Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas petang ini. — BERNAMA

Dipetik dari Utusan Malaysia

Pengamal bahasa Melayu sambut baik
KUALA LUMPUR 21 Feb. – Penggunaan bahasa Melayu dengan tepat sebagai syarat lesen bagi kesemua 56 stesen radio termasuk swasta mulai tahun depan mendapat reaksi positif pengamal bahasa tersebut.

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr. Awang Sariyan berkata, keputusan tersebut adalah wajar bagi memastikan Dasar Bahasa Kebangsaan terlaksana khususnya dalam bidang media.

“Syarat ini dilihat penting dalam memastikan kandungan program yang disiarkan media elektronik menggunakan sekurang-kurangnya 80 peratus bahasa kebangsaan berbanding 60 peratus yang ditetapkan garis panduan sebelum ini.

“Selain itu, syarat ini juga memastikan mutu bahasa yang digunakan lebih teratur, sistem nilai dan budaya lebih luhur di samping mengelakkan penggunaan bahasa kesat, kasar dan tidak santun,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang menetapkan penggunaan bahasa Melayu yang tepat sebagai syarat lesen kepada stesen radio mulai tahun depan.

Sementara itu, Ketua Media Gabungan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Borhan Md. Zain berpendapat, satu jawatankuasa penguatkuasaan yang berperanan untuk memantau penggunaan bahasa bagi siaran di media cetak dan elektronik perlu ditubuhkan.

“Daripada pemantauan Gapena, terdapat banyak kesilapan penggunaan bahasa telah dilakukan oleh beberapa stesen radio dan televisyen terutamanya dari segi terjemahan sarikata.

“Justeru, dengan adanya jawatankuasa itu nanti, badan ini boleh memantau sekali gus mendaulatkan penggunaan bahasa Melayu ke arah yang lebih baik dan telus,” katanya.

Tambah Borhan, sebagai negara yang menjadikan bahasa Melayu pengantara, masyarakat perlu lebih peka dengan susunan tatabahasa agar generasi muda tidak keliru dan mewarisi penggunaan bahasa yang betul.

“Di samping itu, Gapena juga mencadangkan supaya Lembaga Penapisan Filem menempatkan seorang pakar bahasa Melayu untuk memantau penggunaan bahasa dan tatabahasa dalam sesebuah filem atau drama sebelum disiarkan kepada umum,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Osman Bakar berkata, usaha yang dilakukan kerajaan untuk memperkasakan penggunaan bahasa Melayu memerlukan sokongan ramai kerana peranannya penting dalam menyatupadukan rakyat dan sekali gus mampu membina sebuah negara yang merdeka.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Had kemasukan pelajar asing langkah wajar
KUALA LUMPUR 21 Feb. — Mengehadkan kemasukan pelajar asing ke Malaysia dengan menghentikan pemberian visa ketibaan dan pas sosial adalah langkah yang baik serta wajar dilaksana.

Canselor Universiti Kolej Sedaya International (UCSI ), Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad berkata, ini kerana kemasukan pelajar asing ke negara ini sedikit sebanyak memberi kesan negatif kepada imej Malaysia berikutan peningkatan kadar jenayah membabitkan kes dadah dan pelacuran.

Menurutnya, situasi itu bukan saja menimbulkan kebimbangan di kalangan mahasiswa tempatan tetapi bakal mempengaruhi persepsi masyarakat dunia terhadap kualiti pendidikan negara.

“Saya menyokong penuh usaha kerajaan untuk mengehadkan kemasukan pelajar asing. Ia adalah satu tindakan bijak dalam usaha memastikan mereka yang memasuki negara ini benar-benar datang untuk melanjutkan pelajaran,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan langkah kementeriannya untuk menghentikan pemberian visa ketibaan dan pas sosial kepada para penuntut asing ke negara ini bagi membendung penyalahgunaan pas itu.

Abdul Rahman mengakui bilangan pelajar asing yang akan memasuki negara untuk menuntut di negara ini akan menyaksikan pengurangan ekoran pelaksanaan itu.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Konsep musyarakah mutanaqisah
SHAH ALAM 21 Feb. – Konsep pembiayaan hartanah dan pinjaman peribadi dalam sistem perbankan sekarang dilihat lebih cenderung menghasilkan keuntungan jangka panjang kepada institusi kewangan dan tidak menepati kaedah ‘maqasid syariah’ yang mementingkan kesejahteraan umat Islam.

Justeru, Pengerusi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Dr. Mohd. Ali Baharum berkata, sudah sampai masanya sistem perbankan beralih kepada konsep ‘musyarakah mutanaqisah’ sebagaimana diperkenalkan oleh Koperasi Syariah Angkasa (Kopsya).

Katanya, konsep itu mampu mewujudkan situasi menang-menang antara pelanggan dan pembiaya.

“Konsep pinjaman ‘musyarakah mutanaqisah’ yang dikelola oleh Angkasa melalui Kopsya meliputi sewaan, perkongsian dan penjualan yang akan mengurangkan tempoh pinjaman dan memberi keuntungan kepada pelanggan yang pada masa sama turut menjadi pelabur.

“Melalui kaedah ini, secara nisbah ahli mendapat pembiayaan 90 peratus dan membuat pelaburan 10 peratus kepada koperasi dengan sasaran tempoh pembayaran semula lebih pendek berbanding pembiayaan konvensional,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas membentangkan kertas kerja pada Seminar Inovasi Dalam Perbankan Islam-Musyarakah Mutanaqisah di Universiti Antarabangsa Al-Madinah (Mediu) di sini hari ini.

Hadir sama Rektor Mediu, Prof. Dr. Mohammad Khalifa Al-Tamimi dan Presiden Persatuan Usahawan Muda Muslim Malaysia (PUMMM), P. Aizan Tukirin.

Menurut Mohd. Ali, bagi menggalakkan pembiayaan berkonsep ‘musyarakah mutanaqisah’, semua koperasi di negara ini diseru menjadi ahli Kopsya yang ditubuhkan tiga bulan lalu.

“Kepada hampir 10,000 koperasi di negara ini, saya sarankan sertai Kopsya untuk kita sama-sama mendaulatkan syariah dan tinggalkan elemen konvensional dalam pembiayaan.

“Sudah sampai masanya kita berhenti menggunakan pembiayaan yang tidak baik kepada umat Islam dan mengelakkan elemen ‘inah’ (jual beli tertangguh) dalam pembiayaan peribadi dan perumahan,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Jati dilancar secara rasmi
SHAH ALAM 21 Feb. – Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) yang dilancarkan secara rasmi hari ini bagi memberikan tumpuan untuk memartabatkan kedudukan Islam, Melayu dan institusi raja (IMR) mendapat sambutan menggalakkan apabila lebih 1,000 orang telah menganggotainya setakat ini.

Penubuhan Jati yang digerakkan oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali merupakan antara perkara utama yang pernah dijanjikan oleh beliau bagi memastikan agenda itu dapat terus diperjuangkan demi memastikan keharmonian dan perpaduan rakyat.

Dalam majlis pelancaran di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) itu, lebih 1,000 ahli Jati yang memenuhi dewan mendapat dukungan semangat apabila Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harusani Zakaria turut hadir.

Hasan yang juga Presiden Jati berkata, pertubuhan itu mempunyai tanggungjawab besar dan menjadi pelengkap kepada peranan kerajaan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat khususnya orang Melayu.

“Kita (Jati) ada kekuatan untuk bersama-sama mencari penyelesaian masalah yang dihadapi masyarakat khususnya orang Melayu dan Islam.

“Hari ini orang Melayu berhadapan dengan masalah agama, akidah, syariah dan moral selain keciciran serta ketirisan dalam pelbagai perkara,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan penubuhan Jati.

Hadir sama Timbalan Presiden Jati, Datuk Mohd. Aidit Ghazali Hasan; Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor serta Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad.

Hasan menegaskan, Jati bukan sebuah pertubuhan yang bersifat perkauman sebaliknya ia dibuka kepada semua masyarakat pelbagai kaum untuk bersama-sama menyumbang idea dalam memajukan negara ini demi kepentingan generasi masa depan.

Malah katanya, Jati turut mewujudkan jawatan ahli kehormat kepada masyarakat bukan Melayu untuk menyertai pertubuhan itu sebagai ruang bagi menyumbangkan idea berguna.

Katanya, idea yang dikemukakan termasuk oleh bukan Islam akan diambil kira oleh Majlis Syura Jati yang dianggotai 12 orang melihatkan para ahli akademik dan profesional dalam pelbagai bidang.

Dalam pada itu, Hasan menegaskan Jati juga tidak mempunyai agenda tersembunyi yang hanya meletakkan kepentingan Melayu semata-mata dalam pergerakan pertubuhan itu.

“Jati memegang prinsip Islam yang menekankan keadilan sejagat. Islam melarang kita meminggirkan manusia kerana perbezaan agama, keturunan dan ideologi politik. Jadi tidak ada agenda tersembunyi,” tegasnya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Melayu diminta kembalikan kedaulatan bangsa, negara – Harussani
SHAH ALAM 21 Feb. – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria meminta orang Melayu supaya berusaha mengembalikan kedaulatan bangsa dan negara agar tidak dihina oleh pihak lain.

Sambil menyatakan rasa kesalnya terhadap perbuatan segelintir orang Melayu yang mempertahankan tindakan pihak tertentu memperlekeh dan mempersenda Islam, beliau berkata, umat Islam sepatutnya bersatu mempertahankan akidah mereka.

“Setiap orang Islam wajib berjihad untuk pertahankan agama Allah dan kita wajib bersatu untuk pertahankan akidah orang Islam tanpa sebarang kompromi,” katanya ketika berucap pada pelancaran pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jati, oleh Presidennya, Datuk Dr. Hasan Ali di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini, hari ini.

Beliau juga sebak ketika berucap di hadapan hampir seribu orang yang menghadiri pelancaran Jati yang berslogan ‘Gerakan Martabatkan Umat’.

Harussani berkata, penubuhan Jati bertujuan mempertahankan agenda Islam, Melayu dan kedaulatan raja bersesuaian dengan keadaan semasa yang memperlihatkan orang Melayu semakin berpecah belah.

Menjelaskan mengenai sinonimnya raja dengan agama Islam dan Melayu, beliau berkata, kerajaan Melayu ditubuhkan oleh raja, dan raja merupakan golongan yang terawal menerima Islam.

Justeru, katanya, raja tidak boleh dipisahkan daripada Melayu dan Islam.

“Raja ialah kekuatan kita dan jika raja ditarik kuasa maka akan rosak dan hilanglah bangsa Melayu.

“Ada kata bila kita cakap pasal bangsa Melayu, kita dikatakan nasionalis dan bila kita pertahankan bangsa bukan bermaksud kita taksub. Memang kita wajib pertahankan sebab negara ini ialah negara Melayu,” katanya.

Sementara itu, Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor ketika ditemui pemberita berpendapat penubuhan Jati tidak bertentangan dengan asas pembangunan negara dan tidak ada sebab NGO itu perlu ditolak.

“Tidak ada mana-mana organisasi atau parti yang mampu menyelesaikan cabaran menyatupadukan orang Melayu dengan sendiri, justeru saya rasa kehadiran Jati dilihat sebagai pelengkap dan bukan saingan kepada mana-mana organisasi atau parti,” katanya.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan itu juga tidak menolak kemungkinan untuk menyertai Jati dalam masa terdekat. – BERNAMA

Dipetik dari Utusan Malaysia

Menteri perlu bersuara – Musa
KUALA LUMPUR 21 Feb. – Kelemahan pentadbiran yang berlaku di negeri-negeri bawah kerajaan pembangkang termasuk salah laku dalam kalangan pemimpin parti berkenaan perlu dilihat sebagai peluang untuk Barisan Nasional (BN) memperkukuhkan kedudukan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, situasi berkenaan adalah peluang terbaik bagi pemimpin BN khususnya para anggota Kabinet memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap imej BN yang sebelum ini diperlekehkan oleh parti pembangkang.

”Sekarang adalah masa paling sesuai khususnya para menteri dan timbalan menteri memberi penjelasan kepada rakyat mengenai pelbagai isu yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang terutama politik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tegas beliau, rakyat mahu lebih banyak kenyataan dibuat oleh menteri-menteri kanan dalam kerajaan kerana kumpulan tersebut lebih banyak maklumat.

Katanya, pada masa ini rakyat melihat banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik dan persatuan yang sering memberi maklum balas terhadap sesuatu isu khusus politik.

”Ini bukan bermakna tidak ada menteri atau timbalan menteri memberi maklum balas tetapi tidak ramai yang berbuat demikian,” katanya.

Musa berkata, jika keadaan tersebut berlarutan beliau bimbang akan wujud sindrom bisu dalam kalangan menteri dan timbalan menteri tertentu sekali gus melemahkan persepsi masyarakat terhadap kerajaan BN.

”Mereka kena berani buat kenyataan politik sebab rakyat mahu mendengar kenyataan tegas mengenai isu-isu politik dan mereka tidak seharusnya takut pada bayang-bayang sendiri,” tegas beliau.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Tindakan tegas terhadap filem seram persenda Islam – Mufti Perlis
KANGAR 21 Feb. – Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kelima semalam memutuskan supaya kerajaan bertindak tegas bagi memastikan filem atau drama tempatan berunsur seram dan hantu tidak lagi memaparkan jalan cerita yang mempersendakan Islam.

Pengerusinya yang juga Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya berkata, ini kerana ada sebahagian daripada filem atau drama seram dan hantu mengaitkan jalan cerita dengan agama itu seolah-olah Islam boleh dipermainkan sesuka hati.

“Apa yang lebih membimbangkan, jalan cerita seperti ini juga boleh menggugat akidah umat Islam khususnya generasi muda,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Juanda berkata, keputusan itu juga dibuat kerana lambakan filem seram dan hantu sejak akhir-akhir ini menyebabkan kanak-kanak menjadi penakut.

“Generasi baru perlu dididik takutkan Allah dan undang-undang, bukannya hantu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya mana-mana penerbit filem seram supaya menemui mana-mana ulama untuk berbincang jika jalan cerita itu berkaitan dengan agama.

Katanya, jawatankuasa berkenaan juga memutuskan supaya wanita tidak wajar dieksploitasi dalam iklan kerana Islam meletakkan golongan ini pada kedudukan yang tinggi.

“Iklan kini begitu gemar mempamerkan aurat yang menyalahi syariat,” katanya.

Beliau berkata, golongan wanita bukan sahaja dilarang terjebak dengan perkara bertentangan syarak, malah kerajaan, pengamal media dan masyarakat perlu bergabung tenaga membendung perkara itu daripada terus merebak.

Juanda juga memberitahu, antara keputusan lain jawatankuasa itu adalah memutuskan lafaz talak dua atau tiga dikira hanya satu talak sahaja digugurkan.

Selain itu katanya, jawatankuasa itu bersetuju memutuskan bahawa jimak juga dianggap sebagai rujuk oleh mana-mana pasangan yang bercerai ketika masih dalam idah.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Peluang jual produk KR1M
BERA 21 Feb.  Jualan produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) akan diperluaskan ke seluruh negara tidak lama lagi apabila ramai peniaga kedai runcit memohon untuk menjualnya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata, mereka yang berhasrat menjual produk berkenaan boleh mendapatkan borang di kementerian itu sehingga akhir Mac ini.

Menurut beliau, sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi meneliti setiap permohonan tersebut untuk melihat kelayakan pemohon sebelum diluluskan.

Kami menyasarkan sebanyak 60 KR1M akan dibuka tahun ini dengan 25 buah sudah beroperasi sejak tahun lepas.

Dengan lebih banyak penyertaan peniaga kedai runcit, produk KR1M akan lebih mudah didapati dan secara tidak langsung membolehkan ia dijual ke seluruh negara termasuk kawasan luar bandar, katanya selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada penduduk kawasan Parlimen Bera di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan akan memberi peruntukan bagi mengubah suai dan menyediakan peralatan serta kemudahan mempamerkan produk KR1M kepada pemilik kedai runcit yang permohonan mereka diluluskan.

Ismail Sabri berkata, kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM40 juta tahun ini bagi mengubah suai KR1M termasuk menyediakan almari, rak dan peralatan lain yang diperlukan.

Bagaimanapun, jelasnya, peniaga perlu menyediakan modal sendiri untuk membeli barang-barang tersebut.

Dalam pada itu, beliau menafikan kedai berkenaan menyekat rezeki peniaga lain, malah peniaga runcit sedia ada digalakkan menjual produk tersebut di kedai masing-masing dengan menyediakan rak berasingan daripada produk bukan KR1M.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Penyampai radio akur teguran Rais
KUALA LUMPUR 21 Feb. – Teguran Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim terhadap stesen-stesen radio berhubung penggunaan bahasa Melayu yang tepat disambut baik oleh penyampai radio tempatan.

Bagi penyampai radio Suria FM, Halim Othman, 48, beliau melihat isu tersebut sebagai sesuatu yang sangat positif dan mampu memberikan kebaikan kepada dirinya sendiri.

“Saya menganggap apa yang diperkatakan oleh menteri itu sebagai satu cabaran untuk seorang penyampai radio seperti saya.

“Ini kerana bahasa ibunda kita mempunyai keindahannya yang tersendiri dan mampu untuk setanding serta setaraf dengan bahasa lain apabila dipersembahkan dalam medium hiburan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan bahawa kesemua 56 stesen radio di negara ini termasuk swasta dikehendaki menggunakan bahasa Melayu dengan tepat sebagai syarat lesen radio mulai tahun depan.

Pelaksanaan itu, kata Rais, dilakukan kerana pada ketika ini, kebanyakan stesen radio dilihat tidak mengendahkan bahasa kebangsaan sedangkan peranan mereka cukup besar dalam mempromosikan penggunaannya.

Malah Rais turut menjelaskan penggunaan bahasa Melayu oleh stesen radio tempatan tidak mencapai tahap memuaskan sehinggakan dipertikaikan oleh orang ramai.

Halim yang mengendalikan segmen pagi, Ceria Pagi Di Suria setiap hari Isnin hingga Khamis dari 5 hingga 10 pagi itu bagaimanapun memberitahu, perlaksanaan itu harus dilakukan secara perlahan-lahan untuk menampakkan hasil yang berkesan.

“Memang pada awalnya, ia akan kelihatan sungguh janggal kerana kita perlu memikirkan perkataan yang sesuai untuk menyampaikan maksud dalam setiap celoteh kita.

“Di sini terletaknya kreativiti seseorang penyampai itu dalam cara penyampaiannya. Tidak semestinya apabila menggunakan bahasa Melayu, kita perlu menjadi begitu formal.

“Kalau kena dengan lenggok bahasa dan penyampaian, tidak mustahil ia akan menjadi begitu enak di dengar,” katanya.

Sementara itu, penyampai radio wanita popular, Linda Onn pula bersetuju dengan kenyataan Rais sambil menyifatkan ia adalah usaha yang bagus dalam memartabatkan penggunaan bahasa Melayu.

“Malah saya percaya dengan usaha itu juga, ia secara tidak langsung dapat mendidik masyarakat.

“Tetapi penyampai juga perlu bijak berbicara dan berinteraksi supaya ia tidak kedengaran pelik serta kaku sewaktu di udara. Tidak salah untuk melakukannya dengan cara yang santai tetapi biarlah tepat,” jelasnya.

Pengurus Besar Rangkaian Program Hot FM, Anida Tahrim dalam satu kenyataan berkata, stesen radio itu cukup sedar akan pentingnya media dalam memartabatkan bahasa kebangsaan itu.

Katanya, Hot FM terbuka dalam menerima teguran yang konstruktif daripada pelbagai pihak termasuklah para pendengar bagi memperbaiki mutu siaran stesen tersebut.

“Kami sedia maklum akan garis panduan yang ditetapkan dan sentiasa berusaha untuk mematuhinya,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Banjir: 52 keluarga dipindahkan
BALING 21 Feb.  Sebanyak 52 keluarga terpaksa dipindahkan apabila rumah mereka dinaiki air setinggi satu meter dalam kejadian banjir di tujuh buah kampung di Kuala Ketil di sini sejak semalam.

Mangsa-mangsa ditempatkan di surau dan khemah di kampung masing-masing serta menumpang di rumah jiran atau saudara-mara sementara menunggu air kembali surut.

Mereka adalah lapan keluarga dari Kampung Machang Bubuk, Banggol Berangan (dua keluarga) dan Kampung Kejai (dua keluarga), Kampung Banggol Enggok (dua keluarga), Kampung Tok Sin (satu keluarga), Kampung Tawar (lapan keluarga) dan Ladang Pelam (29 keluarga).

Hujan berterusan selama lima jam menyebabkan air Sungai Seputih melimpah ke penempatan penduduk di kawasan rendah dan berhampiran dengan tebing sungai pagi ini.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Ketil, Mohd. Khairul Azhar Abdullah ketika melawat kawasan terbabit berkata, barang makanan terpaksa dihantar kepada semua mangsa terbabit kerana bimbang air semakin naik dan mangsa-mangsa tiada bekalan makanan.

Beliau berkata, Pejabat Penyelaras Parlimen Baling melalui Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim telah menyediakan makanan yang secukupnya kepada mangsa banjir selain memantau dari semasa ke semasa bagi memastikan bantuan sampai dengan segera.

Saya telah melawat semua kawasan terbabit bagi memastikan mangsa selamat dan berpindah dengan segera sekiranya keadaan semakin teruk selain memastikan barang makanan mencukupi, katanya.

Jelasnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesahkan mangsa-mangsa masih di pusat penempatan itu kerana keadaan cuaca masih tidak mengizinkan mereka pulang ke rumah.

Seorang mangsa, Tamihah Ahmad, 45, berkata, hujan lebat kira-kira pukul 9 malam tadi berterusan sehingga pagi ini menyebabkan air Sungai Seputih naik begitu cepat dan melimpah ke rumahnya.

Saya terjaga apabila air masuk ke rumah kira-kira pukul 6 pagi dan tidak sempat menyelamatkan barang-barang lalu mengejutkan anak-anak naik ke tingkat atas, katanya.

Menurutnya, semua barangan elektrik termasuk peti ais, mesin basuh dan perabot rosak kerana tidak sempat diselamatkan.

Tamihah berkata, dua anaknya iaitu Umi Umairah Mohd. Yusuf, 11, dan Mohd. Lutfi, 9, tidak dapat ke sekolah kerana pakaian dan buku basah selain tidak dapat keluar kerana air masih bertakung di dalam rumah.

Mujur ada pihak yang cepat membantu dan menghulurkan bantuan termasuk bekalan makanan dalam keadaan amat memerlukan begini, katanya.

Sehingga pukul 5 petang ini, lima keluarga di Kampung Pelam sudah pulang ke rumah berikutan air telah surut manakala mangsa-mangsa lain masih tidak boleh pulang ke rumah kerana keadaan belum mengizinkan.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Hubungan Barat-Timur Sabah terjejas
RANAU 21 Feb.  Hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan jalan utama menghubungkan Kota Kinabalu dengan daerah di Pantai Timur Sabah terjejas teruk kerana berlaku mendapan dan tanah runtuh di Kilometer 120.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Datuk Ir. John Anthony berkata, hujan lebat menyebabkan Jalan Kota Kinabalu-Sandakan di Kilometer 120 dekat sini mendap sehingga mewujudkan lubang besar seluas lapan meter.

Tambahnya, hujan lebat dan air yang bertakung di laluan tersebut turut menyebabkan berlaku tanah runtuh.

Katanya, ekoran itu jurutera jabatan tersebut dikerahkan ke tempat kejadian dan membuka satu laluan alternatif bagi pengguna jalan raya.

Bagaimanapun, laluan ini hanya dibenarkan untuk kenderaan ringan. Bagi jentera berat seperti lori dan bas dinasihatkan menggunakan laluan ke utara negeri ini bagi perjalanan menuju ke daerah-daerah di pantai timur, katanya di sini hari ini.

Menurutnya, laluan tersebut yang terletak 100 kilometer ke Telupid, dekat sini mendap dan mewujudkan lubang besar lewat malam tadi.

Beliau memberitahu, JKR masih melakukan pemeriksaan berhubung kesan retakan daripada kejadian itu sama ada ia berkemungkinan boleh memberi kesan kepada paras air bawah tanah di kawasan tersebut.

Pada masa ini semua jurutera JKR sedang berusaha menambah baik laluan alternatif yang disediakan bagi membolehkan jentera berat melalui jalan ini, katanya.

Jelasnya, lori dan bas yang menuju ke daerah-daerah di Pantai Timur Sabah seperti Sandakan, Lahad Datu atau Tawau boleh menggunakan laluan lain iaitu melalui Kota Belud-Kota Marudu-Sapi Nangoh-Telupid.

Katanya, kos membaik pulih kerosakan tersebut dianggarkan RM400,000 hingga RM600,000 dan mungkin memakan masa sehingga sebulan untuk disiapkan.

Sehubungan itu katanya, pihaknya akan mengemukakan permohonan kepada kerajaan Persekutuan untuk kerja membaik pulih jalan tersebut.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Nurul Zakiah dirayu pulang ke pangkuan keluarga
KUALA LANGAT 21 Feb. – Seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi dirayu pulang ke pangkuan keluarga setelah dipercayai melarikan diri bersama teman lelakinya sejak 14 Februari lalu.

Nurul Zakiah Hidayah Azman, 17, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting dikatakan tidak pulang ke rumahnya di Jalan Masjid, Kanchong Darat selepas keluar untuk ke sekolah pada hari tersebut.

Ibu saudaranya, Norlaila Saad, 43, berkata, setelah menyedari kehilangan Nurul, bapa remaja itu, Azman Saad, 51, telah menghubungi pihak sekolah tetapi diberitahu anak perempuannya itu tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut.

Katanya, pihak keluarga mengesyaki remaja berkenaan telah melarikan diri bersama seorang lelaki warga Pakistan yang dikenali sebagai ‘Samer Khan’ yang sebelum ini bekerja di sebuah kedai borong di pekan Banting di sini.

“Sebelum menghilangkan diri, Nurul Zakiah menunjukkan perubahan sikap dan dikatakan ada menjalinkan hubungan dengan lelaki warga asing itu ketika bekerja sementara di sebuah pasar raya di sini.

“Saya sudah puas memberikan nasihat kepada Nurul dan cuba menghalangnya daripada meneruskan perhubungan dengan lelaki itu memandangkan dia masih belajar dan bakal menduduki peperiksaan SPM,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Norlaila yang memelihara anak saudaranya itu sejak berusia 12 tahun selepas ibu kandungnya meninggal dunia memberitahu, dia berasa sungguh risau kerana Nurul Zakiah sebelum ini pernah menyatakan hasrat ingin berkahwin dengan lelaki tersebut tetapi pihak keluarga mengambil sikap mendiamkan diri sahaja.

“Tidak sangka pesanan terakhir Nurul yang disampaikan kepada pemandu sekolah agar mengambilnya di sekolah pada pukul 4 petang (14 Februari) sekadar taktik untuk menghilangkan diri.

“Saya risau sekiranya anak saudara saya dipermainkan atau dibawa lari oleh lelaki Pakistan tersebut. Ini kerana pengusaha kedai borong tersebut memberitahu lelaki itu sudah tidak lagi bekerja di kedainya sejak 14 Februari lalu.

“Dia juga telah membawa barang-barangnya tanpa sebarang notis dan hari tersebut adalah tarikh yang sama Nurul menghilangkan diri,” katanya.

Azman berkata, pihaknya telah membuat laporan polis pada 15 Februari lalu berhubung kehilangan anak perempuannya itu dan berharap pihak berkuasa dapat membuat siasatan.

“Saya amat berharap Nurul dapat pulang ke pangkuan keluarga dan berbincang kalau dia ada masalah. Lagipun Nurul akan menduduki peperiksaan yang bakal menentukan masa depannya nanti,” katanya.

Orang ramai yang pernah terlihat gadis tersebut diharap tampil membantu dengan menyalurkan maklumat kepada mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Azman di talian 019-2959178 atau 012-9121072 (Za).

Dipetik dari Utusan Malaysia

VDR kawal penuntut asing Imigresen
PUTRAJAYA 20 Feb.  Jabatan Imigresen akan menguatkuasakan penggunaan Visa Dengan Rujukan (VDR) terhadap penuntut asing yang ingin melanjutkan pelajaran ke negara ini bagi membendung masalah sosial dan jenayah di kalangan mereka.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, dengan adanya VDR, setiap penuntut asing asing dilarang memasuki negara ini dengan hanya menggunakan visa ketibaan atau pas sosial.

Dengan cara ini kolej-kolej terbabit perlu berurusan terlebih dahulu dengan Jabatan Imigresen kemudian baru boleh bawa masuk penuntut asing ke Malaysia.

Ini merupakan cara untuk mengekang penipuan dan kes yang mana individu lain menyamar masuk menggunakan visa penuntut lain untuk melakukan kerja lain, katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) semalam untuk menghentikan pemberian visa ketibaan dan pas sosial kepada penuntut asing ke negara ini.

Berikutan itu KPT hanya mengeluarkan visa pelajar selepas mereka menerima tawaran institusi pengajian tinggi awam (IPTA) serta institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) kelolaan kementerian.

Visa yang dikeluarkan Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara kepada seseorang yang bukan warga negara itu bertujuan membolehkan mana-mana individu masuk ke Malaysia selepas visa diluluskan Ibu Pejabat Imigresen.

Sementara itu, Alias berkata, pihaknya akan bertemu dengan pegawai KPT hari ini untuk mendapatkan pengesahan mengenai keputusan yang diumumkan semalam.

Pihak kami tiada halangan dengan pelaksanaan ini dan menyokong penuh usaha tersebut.

Oleh itu, kami akan membuat pertemuan dengan mereka untuk mendapatkan hitam putih kerana pada asalnya keputusan itu (penggunaan visa ketibaan dan pas sosial) diminta sendiri oleh KPT pada 2007 bagi menjadikan negara ini sebagai hub pendidikan, katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Penambahbaikan dalam sistem kerajaan
KUBANG PASU 20 Feb.  Keputusan menghentikan pemberian visa ketibaan dan pas sosial kepada penuntut asing ke negara ini merupakan satu langkah penambahbaikan dalam sistem kerajaan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pendaftaran dan Imigresen) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim, walaupun kerajaan berusaha menarik kehadiran ramai pelajar asing, namun langkah berkenaan bertujuan memastikan mereka benar-benar datang untuk belajar.

Beliau berkata, langkah itu akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat menerusi kerjasama kementerian terlibat.

Sebelum memasuki negara ini, pelajar asing perlu memastikan mereka sudah ada tempat pengajian dan selepas itu Jabatan Imigresen akan mengeluarkan pas pelajar, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011, Jabatan Penjara (Zon Utara 2) di Institut Aminuddin Baki, Jitra di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Wira Zulkifli Omar.

Pada majlis itu, seramai 182 kakitangan penjara di zon utara menerima anugerah berupa Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan wang tunai RM1,000.

Semalam, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pemberian visa ketibaan dan pas sosial kepada para penuntut asing ke negara ini dihentikan bagi membendung penyalahgunaan pas itu.

Mohamed Khaled berkata, visa pelajar hanya dikeluarkan kepada penuntut asing selepas mereka menerima tawaran melanjutkan pengajian daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) kelolaan kementerian.

Dalam perkembangan lain, Alwi berkata, semua majikan digesa segera mengemukakan permohonan bagi pemutihan pekerja pendatang asing masing-masing sebelum tarikh tutup pada 10 April ini.

Tegas beliau, proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) telah dimuktamadkan pada tarikh berkenaan dan sebarang permohonan untuk melanjutkan lagi tarikh tersebut tidak akan dilayan.

Ini merupakan peluang kepada majikan untuk memutihkan pekerja asing mereka mengikut undang-undang. Selepas 10 April ini, kalau kita buat semakan dan penguatkuasaan besar-besaran diadakan, akan timbul masalah bagi mereka yang belum berbuat demikian, katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

KDN pinda peraturan keluarkan pas pelajar luar
PUTRAJAYA 20 Feb.  Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini meminda peraturan dengan menetapkan pas pelajar hanya akan dikeluarkan kepada warga asing yang telah sah mendapat tempat untuk menyambung pengajian di negara ini.

Ketua Setiausahanya, Tan Sri Mahmood Adam berkata, peraturan sebelum ini ialah warga asing dibenarkan masuk dan berada di Malaysia selama tiga bulan menggunakan Pas Lawatan Sosial bagi meninjau institusi bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

Sejajar dengan itu, proses pengeluaran visa juga diperketatkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dengan kerjasama agensi kawal selia sebagai pihak yang bertanggungjawab menguruskan kemasukan pelajar asing ke negara ini.

Keputusan ini diambil berikutan peningkatan kes penyalahgunaan pas pelajar oleh warga asing, khususnya membabitkan jenayah berkaitan dadah dan pelbagai kesalahan di bawah Akta dan Peraturan Imigresen, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mahmood berkata, pada masa sama, beberapa inisiatif lain turut dilaksanakan KDN bagi memantau isu pelajar asing dan antara yang utama ialah penubuhan Sub Unit Khas Pelajar dan Kumpulan Kerja Pemantauan Pelajar Antarabangsa (KKPPA).

Selain itu, katanya, Prosedur Operasi Standard (SOP) juga akan diseragamkan bagi memastikan tiada pertindihan bidang tugas antara agensi kawal selia membabitkan KDN, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Kita juga akan mengendalikan naziran bersepadu serta berkala melibatkan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran dan JPK; melaksanakan saringan keselamatan PDRM terhadap permohonan pelajar asing; mengambil data biometrik dan terakhir, mengintegrasikan sistem yang digunapakai agensi kawal selia dengan sistem yang diguna pakai oleh Imigresen, katanya.

Semalam, Kementerian Pengajian Tinggi memutuskan warga asing yang ingin belajar di Malaysia perlu mengemukakan permohonan pas pelajar sebelum masuk ke negara ini, selain disyaratkan supaya menyertakan bersama surat pengesahan tawaran daripada institusi yang berkenaan.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Wasatiyyah kunci kedamaian Selatan Thai
PUTRAJAYA 20 Feb. – Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra percaya konsep wasatiyyah merupakan pendekatan penting untuk memerangi aktiviti pelampau serta menyelesaikan pergolakan yang melanda selatan negara itu.

Beliau berkata, konsep kesederhanaan yang dipelopori Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak itu adalah kunci kepada kedamaian dan pembangunan di dunia.

”Pendekatan ini telah ditunjukkan melalui rancangan dan usaha kita untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di selatan Thailand.

”Ini juga selari dengan falsafah raja kita (Raja Bhumipol Adulyadej) yang memberi tumpuan kepada ekonomi mampu diri, bertimbang rasa, mendekati (reach out) dan pembangunan,” katanya pada sidang akhbar bersama Najib di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.

Terdahulu kedua-dua pemimpin itu mengadakan mesyuarat dua hala yang membincangkan pelbagai perkara termasuk isu keselamatan di kawasan sempadan kedua-dua negara.

Yingluck yang dalam rangka lawatan sehari ke Malaysia berkata, pelbagai kemudahan termasuk keperluan fizikal perlu dibangunkan untuk mengukuhkan lagi hubungan antara rakyat Malaysia dan Thailand.

”Keadaan ini bukan sahaja akan membawa kemakmuran kepada kedua-dua, tetapi ia turut meningkatkan rangkaian dan hubungan di peringkat serantau,” katanya.

Yingluck berkata, beliau melihat hubungan baik antara Malaysia dengan Thailand sebagai asas penting untuk mewujudkan rantau Asia Tenggara yang membangun, damai dan makmur.

”Malaysia akan menjadi Pengerusi ASEAN pada 2015, Thailand yakin dengan kepimpinan Malaysia dan kita mahu melihat ASEAN terus memandu kemajuan dan kestabilan ekonomi di Asia Pasifik.

”Keadaan ini akan membolehkan kita (dalam ASEAN) menghadapi pelbagai cabaran global termasuk malapetaka alam,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Syarat lesen radio tahun depan
JOHOR BAHRU 20 Feb. – Kesemua 56 stesen radio termasuk swasta dikehendaki menggunakan bahasa Melayu dengan tepat selain berperanan membudayakan amalan nilai murni sebagai syarat lesen mulai tahun depan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, langkah itu penting kerana pada masa ini banyak stesen radio tidak mengendahkan penggunaan bahasa kebangsaan sedangkan peranan mempromosi penggunaannya dengan betul perlu dimainkan oleh mereka.

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memantau pelaksanaan syarat tersebut dan mengambil tindakan terhadap stesen yang gagal berbuat demikian. Ada yang sudah dikenakan tindakan tetapi tidak dihebohkan. Saya lebih cenderung kepada pendekatan bahawa stesen itu menerima teguran dan membaikinya,” katanya selepas melancarkan perluasan siaran Bernama Radio 24 ke Johor, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Belia dan Sukan negeri, Md. Jais Sarday; Timbalan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr. Rotiah Omar dan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhayati Ismai.

Rais turut diwawancara dalam segmen Bual Bicara Khas-Program Kerusi Panas mengenai kuasa ketiga dalam arena politik negara sebelum menyempurnakan Majlis Penghayatan 1Malaysia Pemandu Teksi Zon Selatan.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata, penggunaan bahasa kebangsaan oleh stesen radio tempatan tidak mencapai tahap yang memuaskan, malah dipertikaikan orang ramai ekoran penggunaan yang tidak tepat.

“Adakah kita serah perkara ini kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sahaja atau kita ambil tindakan sendiri? Mengapa kita menggunakan bahasa meracuni bahasa kita sendiri. Jadi, bantu negara dan bangsa kita dengan berucap dalam bahasa Melayu dengan betul,” katanya.

Mengenai perdebatan antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kelmarin, Rais mencadangkan supaya sebarang bentuk debat harus menggunakan bahasa kebangsaan walaupun sedikit agar semua lapisan masyarakat dapat memahami hujah yang dibentangkan.

Menurutnya, debat sejam itu menunjukkan trend demokrasi yang lebih aktif dan interaktif, tetapi bahasa kebangsaan tidak harus diketepikan walaupun bahasa ibunda digunakan.

Sementara itu, kata beliau, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) disaran mendaftar sebagai parti politik sekiranya perjuangan mereka cenderung ke arah itu kerana ungkapan kuasa ketiga yang digunakan tidak tepat.

Rais berkata, peranan NGO terbabit tidak mutlak kerana sebenarnya rakyat adalah pihak berkuasa.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Penalti lebih berat menanti pemaju
JOHOR BAHRU 20 Feb. – Masalah pembinaan rumah terbengkalai dijangka dapat dikurangkan mulai September ini apabila Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) Akta 118 (pindaan 2011) akan mula dikuat kuasa September tahun ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung (gambar) berharap pelaksanaannya yang memperuntukkan penalti lebih berat kepada pemaju yang gagal menyiapkan projek perumahan diyakini mampu mengurangkan masalah itu.

Menurutnya, pindaan akta berkenaan yang dibuat untuk melindungi kepentingan pembeli diharap memberi kesedaran kepada pemaju supaya mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

“Sejak dahulu kita sudah ambil tindakan ke atas pemaju tidak bertanggungjawab seperti menyenaraihitamkan syarikat mereka, namun saya percaya cara itu sudah tidak berkesan lagi dan sebab itu kita pinda akta tersebut.

“Matlamatnya untuk melahirkan lebih banyak pemaju yang berhemah dan boleh menyiapkan projek perumahan yang diberi,” katanya selepas menyampaikan replika kunci kepada pembeli projek perumahan Taman Cahaya Kota Puteri, di sini hari ini.

Projek perumahan itu terbengkalai lebih 10 tahun melibatkan 334 unit rumah dengan 281 pembeli dan boleh diduduki tidak lama lagi.

Terdahulu pada majlis berasingan, Chee Heung turut menyampaikan replika kunci kepada pembeli projek perumahan Taman Mawar di Kulaijaya yang terbengkalai dan kini sudah boleh diduduki selepas diselamatkan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Chee Heung berkata, hingga kini sebanyak 167 projek perumahan melibatkan 53,238 unit rumah terbengkalai telah direkodkan dan daripada jumlah itu, 90 projek melibatkan 16,324 unit rumah berjaya disiapkan.

“Selain itu, sebanyak 61 projek melibatkan 27,946 unit rumah sedang dalam pelbagai peringkat pemulihan dan dijangka siap pada tahun ini atau tahun depan manakala baki 16 projek lagi masih dalam peringkat awal perancangan,” katanya.

Ketika diminta mengulas tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melantik konsultan dari Singapura dalam membantu membangunkan projek perumahan rakyat di Batu Kawan, beliau menyifatkan tindakan itu tidak wajar.

“Saya rasa ia tidak perlu kerana dalam negara kita juga konsultan tempatan berlambak dan banyak yang boleh membantu, malah kosnya pula jauh lebih murah daripada konsultan luar,” katanya.

Baru-baru ini, akhbar melaporkan Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan MCA negeri itu mempersoalkan tindakan Guan Eng melantik syarikat Singapura, Surbana International Consultant untuk membuat pelan dan reka bentuk bagi satu projek di Bandar Cassia di Pulau Pinang.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Pesara kerajaan dinasihatkan sertai Kupekmas
PUTRAJAYA 20 Feb. – Bekas kakitangan awam dinasihatkan tidak melepaskan peluang menyertai Kelab UMNO Pesara (Kumpulan Pelaksana) Kerajaan Malaysia (Kupekmas) agar kebajikan mereka dapat terus dipelihara.

Setiausaha Kehormatnya, Datuk Abdul Rahman Manan berkata, penyertaan dalam Kupekmas juga secara tidak langsung dapat mengekalkan hubungan yang harmoni antara kelab dengan kerajaan.

“Pihak kelab akan berusaha mendapatkan peruntukan dan dana daripada kerajaan untuk memberi faedah kebajikan seperti sakit kritikal, kemalangan serius yang dialami oleh ahli dan keluarga peserta.

“Selain itu, kelab ini akan memberi khidmat nasihat kepada ahli yang menghadapi masalah dengan pihak kerajaan atau pihak berkuasa lain berkaitan hal persaraan, kebajikan, kemudahan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Kunjung Hormat Kupekmas dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga merupakan penaung kelab itu di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Hadir sama, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman merangkap Presiden Kupekmas.

Abdul Rahman berkata, dalam pertemuan itu, Dr. Mahathir menyatakan kebimbangan terdapat perpecahan di kalangan masyarakat Melayu sejak kebelakangan ini disebabkan fahaman politik yang berbeza.

“Tun berpesan supaya kami berkerjasama memberi sokongan kepada UMNO melalui penubuhan kelab yang menghimpunkan pesara terutama bekas pegawai kerajaan bagi membantu menarik pesara bersama dengan UMNO,” katanya.

Beliau memberitahu, kelab tersebut telah diluluskan pendaftarannya pada 28 Oktober tahun lalu.

“Kami menyasarkan keahlian daripada 500,000 pesara kakitangan awam buat masa ini dan turut menerima ahli bersekutu daripada pesara kaum lain.

“Sebarang pertanyaan boleh diajukan di talian 03-22840548,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Semua industri guna biodiesel menjelang 2014
TANJONG KARANG 20 Feb. – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan meningkatkan kandungan bahan berasaskan sawit dalam minyak biodiesel B5 daripada lima peratus kepada 10 peratus untuk kegunaan sektor pengangkutan di negara ini pada masa depan.

Menterinya, Tan Sri Bernard Dompok berkata, rancangan tersebut merupakan antara usaha kerajaan untuk memaksimumkan penggunaan bahan berasaskan sawit sebagai bahan bakar alternatif bagi mengurang dan menggantikan bahan api berasaskan petroleum.

Beliau berkata, langkah itu selari dengan matlamat kementerian dalam meningkatkan industri sawit menerusi pengukuhan harga minyak berasaskan sumber itu termasuk mengurangkan kadar pelepasan gas rumah hijau demi menjamin persekitaran mesra alam.

“Pada masa ini, kandungan biodiesel B5 sebanyak lima peratus terdiri daripada diesel berasaskan sawit dan 95 peratus lagi adalah diesel petroleum. Kita (kerajaan) boleh tingkatkan kandungannya daripada lima peratus, tujuh peratus dan 10 peratus dari semasa ke semasa.

“Negara lain turut melakukan perkara sama termasuk negara jiran (Thailand dan Indonesia). Negara ini merupakan pengeluar minyak sawit, maka kita boleh bangunkan sumber biodiesel berasaskan sawit,” katanya selepas merasmikan Program B5 Sektor Perikanan Peringkat Wilayah Tengah di Jeti Bagan Pasir di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr. Choo Yuen May.

Dompok berkata, kementerian juga menyasarkan pengeluaran biodiesel B5 sebanyak 500,000 tan sebulan bagi membolehkan bahan api itu menampung permintaan pasaran di negara ini.

Katanya, pertambahan pengeluaran itu selaras dengan hasrat kementerian untuk memperluaskan penggunaan biodiesel B5 dalam semua industri di negara ini termasuk sektor pertanian dan perikanan selewat-lewatnya pada 2014.

Malah, kata beliau, harga pasaran bagi bahan api itu juga adalah sama dengan harga pasaran semasa diesel yang disubsidi oleh kerajaan iaitu RM1.80 sen seliter meskipun kos pengeluaran biodiesel B5 adalah lebih tinggi.

“Sekarang syarikat minyak yang terlibat dalam pengeluaran biodiesel B5 masih mengambil masa untuk membangunkan sistem pengadunan bahan api itu.

“Bagaimanapun, harga jualan adalah sama sahaja. Walaupun kos pengeluarannya lebih sedikit iaitu kira-kira dua sen hingga tiga sen seliter, ia ditanggung oleh kerajaan,” katanya sambil menyatakan bahan api itu turut memberi manfaat kepada prestasi enjin kenderaan.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Gerbang Cinta bantu pengantin baru
KUALA LUMPUR 20 Feb. – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyifatkan Peraduan Gerbang Cinta (PGC) berjaya membantu pasangan baru berkahwin memperoleh ilmu menangani tekanan dan konflik rumahtangga.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, peraduan yang dianjurkan Utusan Malaysia itu relevan dengan program praperkahwinan SmartStart yang diperkenalkan kementeriannya sejak 2006.

”Program SmartStart memberi tumpuan dalam aspek keibubapaan dan menangani konflik rumahtangga. Justeru input yang kita ada amat sesuai untuk disalurkan kepada para peserta Peraduan Gerbang Cinta ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Peraduan Gerbang Cinta Musim Ketiga di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin; Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Aziz Ishak; Penolong Ketua Pengarang Kumpulan II, Ahmad Abdul Hamid dan Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Datuk Aminah Abdul Rahman.

Menurut Sharizat, kementeriannya yang menjadi rakan pintar dalam peraduan itu akan memastikan input program SmartStart disalurkan sepenuhnya bagi menjayakan peraduan tersebut.

”Saya juga mengucapkan tahniah kepada Utusan Malaysia kerana mengambil berat mengenai pengisian dalam sebuah institusi perkahwinan melalui penganjuran peraduan ini.

”Terima kasih juga kepada Utusan Malaysia kerana telah menjadi rakan setia kementerian terutama dalam melaksanakan program kepada kumpulan sasar di bawah kementerian,” katanya.

Dalam pada itu Sharizat berkata, program SmartStart dibangunkan oleh LPPKN untuk pasangan yang akan berkahwin dan sudah berkahwin dalam tempoh lima tahun.

Katanya, sehingga Disember tahun lalu, sebanyak 415 program telah dilaksanakan membabitkan penyertaan lebih 13,385 pasangan.

Program itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara, pertubuhan bukan kerajaan dan badan agama.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Sultan Selangor terima anugerah tertinggi kerajaan Perancis
KUALA LUMPUR 20 Feb. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menerima penganugerahan pangkat tertinggi daripada kerajaan Perancis iaitu Commandeur in the Legion of Honour.

Majlis penganugerahan pangkat daripada Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy itu disempurnakan oleh Ketua Angkatan Pertahanan Perancis, Laksamana Edouard Guillaud di Kedutaan Perancis di sini hari ini.

Turut hadir Duta Perancis ke Malaysia, Martine Dorance dan pegawai-pegawai tertinggi daripada angkatan tentera kedua-dua negara.

Anugerah yang dicipta Napolean Bonaparte pada 1802 itu merupakan penghargaan tertinggi kepada tentera dan rakyat yang berjuang untuk pembebasan Perancis.

Pada masa kini, anugerah diberikan kepada pemimpin terunggul dan rakyat dari mana-mana negara yang mempunyai hubungan baik dengan Perancis.

Bertitah pada majlis itu, baginda berbesar hati dengan penganugerahan pangkat berprestij itu dan berharap pengiktirafan kerajaan Perancis itu mengukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara.

“Sebagai Kapten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), beta berasa bangga dengan hubungan dan kerjasama baik antara tentera laut Malaysia dan Perancis.

“Kapal selam Scorpene kita cukup dikagumi oleh negara-negara di rantau ini, begitu juga dengan latihan kelasi kita di Brest, Perancis.

“Beta juga berharap kunjungan Laksamana Guillaud akan mengukuhkan hubungan antara tentera laut Malaysia-Perancis. Sesungguhnya tentera laut merupakan kunci pertahanan antara kedua-dua negara,” titahnya.

Sementara itu, Guillaud berkata, penganugerahan pangkat itu adalah pengiktirafan dan penghormatan kepada jasa baginda mentadbir TLDM dan rakyat Selangor.

Dipetik dari Utusan Malaysia

20 rumah rosak dilanda ribut
KANGAR 20 Feb. – Lebih 20 buah rumah dan gerai makanan di kawasan Sena, Bintong dan Tambuan Tulang di Perlis mengalami kerosakan dalam kejadian ribut petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang ketika hujan lebat namun setakat ini tiada kecederaan dilaporkan, manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masih menjalankan bancian kerosakan.

Seorang jurucakap JKM Perlis berkata, sehingga kini jabatan itu merekodkan lebih 20 buah rumah mengalami kerosakan terutama pada bahagian bumbung dan nilai kerugian belum diketahui.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Sena, Abdul Jamil Saad, berkata lebih lapan buah rumah dan gerai rosak dalam kawasan Sena.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia dan Sukan Perlis berkata, kejadian berlaku begitu pantas.

Seorang mangsa ribut, Rohaya Din, 33, memberitahu, ketika kejadian dia baru selesai menyediakan sajian makan malam.

Katanya, dia sempat berehat bersama suami, Rosli Kamaruddin, 37, dan dua anak iaitu Rossyafiqah, 10, dan Rossyamimi, 6, sebelum ribut melanda.

“Saya mendengar bunyi angin kuat memukul bumbung rumah,” katanya ketika ditemui di rumah nya di Kampung Wang Belimbing, Bintong dekat sini hari ini.

Rohaya berkata, dia, suami dan anak sudah berada berdekatan pintu kerana bercadang untuk keluar jika berlaku perkara membahayakan.

“Angin yang melanda seterusnya lebih kuat bunyinya dan terus menerbangkan bumbung rumah,” katanya.

Rohaya memberitahu, akibatnya ruang tamu yang juga menjadi tempat untuk mereka sekeluarga berehat, makan dan tidur basah ditimpa hujan.

“Anak saya juga tidak ke sekolah hari ini kerana buku dan beg sekolah basah,” katanya.

Menurutnya, pegawai JKM Perlis melawat rumahnya malam tadi dan memberi bantuan makanan serta wang.

Pengarah JKM Perlis, Abdullah Ali pula memberitahu, sebanyak 22 kes rumah rosak akibat ribut yang melanda negeri ini selama dua hari berturut-turut.

Beliau memberitahu, kejadian ribut kelmarin melibatkan empat kes di Kampung Padang Petani dan enam kes di Taman Intan, Sena.

Katanya, pada kejadian petang semalam pula masing-masing melibatkan tiga kes di Kampung Belimbing Ulu, Bintong dan Kampung Sempering.

Tambahnya dua kes berlaku di Batu 1, Jalan Mata Ayer dan masing-masing satu kes di Batu 3 1/4 Jalan Santan, Taman Intan, Repoh, Kampung Repoh dan Kampung Hutan Buloh, Jejawi.

Beliau memberitahu, kebanyakan rumah mengalami kerosakan pada bahagian bumbung.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Wanita mati lemas di lombong
SERI ISKANDAR 20 Feb. – Seorang wanita sanggup menggadai nyawa demi menyelamatkan empat anak saudaranya yang hampir lemas ketika mandi di sebuah lombong dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 5.45 petang, Nurul Hasmak Amir Hamzah, 22, ditemui mati lemas di lombong itu yang terletak di Taman Lake View Bandar Universiti, berhampiran dengan rumah mereka di sini.

Seorang saksi, Shahrul Fahizan Husain, 38, berkata, pada mulanya, dia menyangka jeritan meminta tolong oleh dua kanak-kanak di gigi air lombong berkenaan adalah satu gurauan.

Namun, isterinya yang curiga dengan jeritan itu segera meminta Shahrul Fahizan memeriksa keadaan itu sebelum mendapati dua beradik berada di gigi air dalam keadaan hampir pengsan.

“Saya lantas menarik kanak-kanak terbabit naik ke darat dan mereka memberitahu ibu saudaranya masih berada dalam lombong itu,” katanya yang tinggal berhampiran lombong berkenaan.

Dua kanak-kanak tersebut yang meminta tolong adalah Iman Ibrisam, 12, dan adiknya Ismail, 9, sementara dua lagi adik mereka yang hampir lemas ialah Sumaiyah, 7, dan Isa, 5.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supritendan Mohamad Fakri Che Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, mayat Nurul Hasmak ditemui kira-kira pukul 11 malam tadi oleh sepasukan anggota bomba dan penyelamat dan dibawa ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat.

“Operasi mencari dan menyelamat dimulakan pukul 6.30 petang dengan kerjasama pasukan penyelam dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh. Mayat mangsa ditemui di dasar lombong pada kedalaman 25 kaki (7.6 meter) dalam keadaan tertiarap,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

KDN diminta pantau buku import
KUALA LUMPUR 20 Feb. – Kementerian Dalam Negeri diminta memantau buku import agar tidak mengandungi unsur lucah melampau dan ilustrasi yang keterlaluan.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh berkata, perkara ini ekoran hasil aduan dan penemuan buku kanak-kanak yang mengandungi unsur lucah, ilustrasi dan intipati keterlaluan.

“Biro aduan akan menghantar notis bantahan kepada Ketua Setiausaha kementerian mengenai perkara ini kerana mereka yang mengendalikan dasar pengimportan buku.

“Kami sedia bekerjasama dengan kementerian supaya isu buku yang mempunyai kelucahan melampau ini dapat dibendung demi kepentingan awam,” katanya pada sidang akhbar berhubung penjualan buku kanak-kanak yang mengandungi unsur kelucahan di sini, hari ini.

Buku bertajuk Where did I come from? itu telah dijual lebih dua juta naskhah di seluruh dunia dengan harga RM39.80 dan ditemui di sebuah kedai buku di Lembah Klang.

Antara intipati yang melampau seperti menceritakan mengenai bahagian sulit lelaki dan wanita serta proses hubungan seks termasuk ilustrasi bogel lelaki dan wanita.

Sementara itu Khairun menggesa agar kerajaan mengemas kini Dasar Buku Negara 1988 bagi melibatkan lagi penulis tempatan yang karya mereka sesuai dengan adat resam dan budaya ilmu.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Kaum Penan, Kayan terima BR1M
MIRI 20 Feb. – Meskipun tinggal di Baram, kawasan yang jauh daripada arus pembangunan, namun dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengetepikan penduduk pedalaman Sarawak itu.

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) umpamanya, telah membawa kegembiraan kepada pelbagai lapisan masyarakat di negeri ini termasuk penduduk di 40 buah kampung sekitar Long Lama yang terletak lebih dua jam perjalanan dari bandar ini.

Ditemui Utusan Malaysia pada majlis penyampaian BR1M kumpulan pertama untuk DUN Telang Usang di Dewan Masyarakat Long Lama, semalam, tiada kata-kata lain yang diucapkan penduduk, melainkan terima kasih kepada kerajaan BN dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di atas keprihatinan terhadap kehidupan penduduk luar bandar.

Seorang wanita Penan dari Long Tepen di kawasan Pelutan, Sepong Parayen, 79, mengakui amat terharu dengan keprihatinan kerajaan kerana bantuan RM500 itu dianggap amat besar.

Sepong juga berterus-terang, seumur hidupnya, itulah bantuan terbesar yang pernah diterimanya.

“Saya amat bersyukur kerana kerajaan sentiasa berusaha membantu rakyat di pedalaman tanpa mengira keturunan mereka.

“Wang ini akan digunakan sebaik mungkin untuk membeli makanan dan baju baharu, ia satu rahmat besar buat saya yang sebatang kara,” katanya.

Bagi wanita Kayan, Puyang Wan, 75, dari Long Laput pula, BR1M amat penting bagi mengurangkan beban hidup yang mereka tanggung di pedalaman.

“Saya sangat gembira dengan ‘hadiah’ daripada Perdana Menteri ini dan akan menggunakannya sebaik mungkin.

“Saya juga berterima kasih kepada wakil rakyat kawasan ini kerana menghantar baucar dan wang ini ke Long Lama, sekurang-kurangnya menjimatkan kos pengangkutan,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Pelakon, penyanyi Latiff Ibrahim meninggal dunia
KUALA LUMPUR 20 Feb.  Pelakon dan penyanyi yang popular dengan lagu Nora sekitar tahun 1970-an, Latiff Ibrahim, 61, meninggal dunia petang ini akibat sakit jantung.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang di Unit Rawatan Koronori (CCU) Institut Jantung Negara (IJN) selepas seminggu dimasukkan ke hospital tersebut.

Menurut isteri Allahyarham, Masruah Mahadan, 57, ketika mula-mula dirawat di IJN, suaminya agak stabil, namun keadaan kesihatannya tiba-tiba berubah malam tadi sebelum dimasukkan ke CCU.

Katanya, Allahyarham yang pernah membintangi filem Hapuslah Air Matamu (1976) itu mengadu sakit dada dan mengalami tekanan darah tinggi sebelum meninggal dunia.

Kesemua lima adik Allahyarham termasuk penyanyi, Datuk Khatijah Ibrahim dan dua anak Allahyarham, Mohd Hazriq, 35, serta Hazrilally 34 turut berada di sisi Allahyarham sewaktu meninggal dunia.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke rumahnya di Taman Keramat dan akan dikebumikan selepas Zuhur esok di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat, AU4.

Antara rakan-rakan artis yang melawat jenazah Allahyarham di IJN ialah seniman Datuk Aziz Satar, Hail Amir, Halil Chik dan Datuk Sharifah Aini.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Ekonomi Malaysia terus berkembang
JOHOR BAHARU 19 Feb. – Ekonomi Malaysia dijangka meneruskan momentumnya untuk berkembang melebihi kadar lima peratus pada tahun ini walaupun berhadapan dengan cabaran situasi ekonomi dunia yang tidak menentu, kata Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM).

Setiausaha Agungnya, Datuk Syed Hussien Al-Habshee berkata, pelaksanaan projek-projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) akan membantu kerajaan mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara tahun ini.

Pelaksanaan projek-projek di bawah ETP tahun ini akan merangsang ekonomi negara untuk terus ke depan dan mengekalkan pertumbuhannya melebihi kadar lima peratus pada tahun ini.

Keyakinan sektor perniagaan dan pengguna terhadap ekonomi negara tahun ini akan terus tinggi, kata beliau kepada Bernama dalam satu temu bual di sini.

Syed Hussien yang merupakan bekas Duta Besar Malaysia ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE) berkata, kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjaya mengemudi ekonomi Malaysia dengan baik.

Walaupun berdepan dengan cabaran getir berikutan masalah kewangan zon Eropah dan ketidaktentuan di pasaran Amerika Syarikat, kerajaan telah berjaya mentadbir ekonomi Malaysia dengan baik, katanya.  – BERNAMA

Dipetik dari Utusan Malaysia

KWSP umum dividen tertinggi 6 peratus
KUALA LUMPUR 19 Feb. – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan pemberian kadar dividen sebanyak enam peratus iaitu yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

Kadar dividen tersebut meningkat sebanyak 20 mata asas berbanding 5.8 peratus yang dibayar pada 2010 atau bersamaan RM24.47 bilion yang akan diagihkan kepada ahli KWSP.

Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman berkata, walaupun persekitaran pelaburan yang mencabar pada tahun lalu, namun, KWSP masih berjaya mencatatkan prestasi yang baik.

Malah, katanya, ia merupakan prestasi terbaik sejak 2001 hasil strategi pelaburan jangka panjang serta berhemah KWSP dengan usaha berterusan pasukan pelaburannya.

“KWSP menunjukkan pencapaian lebih baik tahun lalu dengan memperoleh pendapatan pelaburan kasar RM27.24 bilion iaitu peningkatan 13.18 peratus berbanding 2010.

“Bayaran dividen sebanyak RM24.47 bilion diperoleh setelah ditolak elaun rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan, perbelanjaan pelaburan dan operasi, caj berkanun serta bayaran dividen pengeluaran yang bertambah 13.23 peratus berbanding RM21.61 bilion pada 2010.

“Walaupun kami tidak boleh jamin dapat mengekalkan prestasi pelaburan ini memandangkan suasana pasaran serta ekonomi global yang tidak menentu, namun kami komited melindungi serta memberi nilai tambah kepada simpanan persaraan ahli, khususnya ketika menghadapi tekanan inflasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Setakat 31 Disember tahun lalu, jumlah aset pelaburan KWSP terus mencatatkan pertumbuhan sihat sebanyak 6.52 peratus kepada RM469.22 bilion berbanding RM440.52 bilion pada 2010.

Pertumbuhan berkenaan sebahagian besarnya disumbangkan oleh caruman tahunan bersih yang positif daripada ahli dan majikan selain prestasi pelaburan yang konsisten serta menggalakkan.

Samsudin menambah, sebanyak RM4.08 bilion diperlukan untuk membayar setiap satu peratus kadar dividen pada tahun lalu memandangkan peningkatan jumlah ahlinya.

Katanya, ia meningkat sebanyak 9.44 peratus berbanding RM3.73 bilion yang dibayar untuk setiap satu peratus kadar dividen pada 2010.

“Kami menjangkakan saiz dana akan mencecah RM0.5 trilion menjelang akhir tahun ini atau awal tahun depan. Sebagai sebuah dana persaraan, KWSP berpegang teguh kepada objektif pelaburan jangka panjang dan berhemah untuk kepentingan persaraan ahli,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Merakyatkan Pandu Puteri – Rosmah
MELAKA 19 Feb. – Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mahu merakyatkan Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) melalui program turun padang agar ia dapat menjalinkan hubungan kerjasama dengan masyarakat setempat.

Beliau yang juga Yang Dipertua persatuan tersebut berkata, program Pandu Puteri turun padang itu bertujuan menerapkan nilai-nilai sukarelawan dan jati diri dalam kalangan ahli persatuan.

Jelasnya, lebih penting Pandu Puteri sebagai warga dunia yang bertanggungjawab tanpa mengira batasan umur, bangsa, agama atau kelompok masyarakat.

”Melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan ini, Pandu Puteri menyediakan platform kepada masyarakat terutama golongan sasar.

”Ia bagi mewujudkan sikap prihatin dan semangat sukarelawan, mendidik dan menghasilkan bakal usahawan dalam kalangan wanita bagi menjana pendapatan sampingan, malahan dapat meningkatkan lagi ilmu dan kemahiran dalam kalangan anak gadis.

”Saya cukup yakin melalui program ini juga kita boleh memberi pendedahan kepada ahli persatuan dalam usaha kemanusiaan dan membina kemahiran berkomunikasi, bekerjasama dalam satu pasukan, bersosial dalam budaya dan cara hidup berbeza,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Program Khidmat Masyarakat Pandu Puteri Melaka Turun Padang di Perkampungan Ikan Bakar Terapung, Umbai di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, Timbalan Yang Dipertua PPPM, Raja Nor Mahani Raja Shahar; Penaung PPPM Melaka, Datin Seri Asmah Abdul Rahman dan Ketua Pesuruhjaya PPPM, Datin Seri Zalilah Mohd. Taib.

Melaka menjadi negeri ketiga menganjurkan program Pandu Puteri Turun Padang selepas Perak, Terengganu dan Selangor.

Mengulas lanjut, Rosmah berkata, jika budaya itu dapat disemai dan diterapkan dalam setiap program Pandu Puteri, ia akan memperkasakan Gagasan 1Malaysia bagi melahirkan masyarakat penyayang dan prihatin.

Katanya, semangat sukarelawan perlu disemarakkan dalam kalangan generasi muda dan anak-anak gadis agar ia menjadi amalan murni, di samping menghindari sikap individualistik.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Bukti ekonomi negara tumbuh pesat – NGO
KUALA LUMPUR 19 Feb. – Pemberian dividen sebanyak enam peratus oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 kepada para pencarum menunjukkan pencapaian pertumbuhan ekonomi negara yang positif.

Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pemberian kadar dividen sebanyak enam peratus itu membuktikan ekonomi negara bertumbuh pesat hasil transformasi yang dilakukan kerajaan.

Beliau menjelaskan, keadaan tersebut dapat memberikan keyakinan yang tinggi terhadap pelabur asing untuk melabur di negara ini terutama ketika ekonomi dunia kini mengalami pelbagai masalah.

“Semua rakyat negara ini perlu sedar bahawa kerajaan telah berjaya mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi. Perkara ini amat bagus untuk kehidupan rakyat serta kemakmuran negara,” kata beliau.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdul Halim Mansor berkata, biarpun dividen itu dikatakan tertinggi dalam sedekad tetapi kenaikannya hanyalah sebanyak 0.2 peratus sedangkan MTUC menyasarkan 0.5 peratus.

“Kenaikan ini tidaklah jauh berbeza dan kita lihat sebenarnya KWSP mampu untuk memberikan lebih, namun kita faham akan kekangan yang dihadapi institusi itu.

“Jadi kita harap selepas ini KWSP diberikan kebebasan dan ruang dalam membuat keputusan tanpa campur tangan mana-mana pihak,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menggesa agar KWSP lebih agresif menjalankan pelaburan di peringkat antarabangsa dan diberikan ruang untuk bertindak sendiri kerana ia secara tidak langsung akan memberikan pulangan yang lebih besar kepada institusi tersebut.

Beliau juga berharap pengurusan KWSP sentiasa telus dan tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana badan termasuklah badan politik ataupun kerajaan.

Dipetik dari Utusan Malaysia

SBPA: Khabar gembira atau sebaliknya dijangka diketahui Rabu ini
KUALA TERENGGANU 19 Feb. – Keputusan sama ada tuntutan penambahbaikan sistem Saraan Baharu Perkhidmatan Awam (SBPA) akan memberi khabar gembira kepada seluruh penjawat awam atau sebaliknya dijangka diketahui Rabu ini.

Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Azih Muda berkata, pada hari tersebut, pihaknya akan membentangkan hasil bengkel Jawatankuasa Bertindak SBPA kongres itu kepada Jawatankuasa Penambahbaikan SBPA yang ditubuhkan kerajaan.

“Kelmarin dan semalam kita ada bengkel Jawatankuasa Bertindak SBPA CUEPACS di Kuala Lumpur di mana kita masih lagi mengekalkan cadangan lima perkara yang diutarakan kongres supaya diteliti kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama CUEPACS di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu, di sini hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng.

Azih berkata, pihaknya juga menjangkakan isu tuntutan CUEPACS mengenai SBPA dapat diselesaikan sepenuhnya pertengahan April ini.

Dalam perkembangan sama, katanya, CUEPACS amat menghargai kesediaan dan keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersungguh-sungguh untuk membantu menyelesaikan isu itu demi kepentingan penjawat awam khususnya peringkat bawahan.

“Kita sangat hargai komitmen Perdana Menteri untuk dengar pandangan CUEPACS dan kesungguhan beliau untuk membantu menyelesaikan perkara yang dibangkitkan CUEPACS ini,” katanya.

“Ini satu penghargaan tinggi daripada kerajaan kepada CUEPACS,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Kerjasama Malaysia-Thailand bawa anjakan baru dalam pembangunan
BUKETA, SELATAN THAILAND 19 Feb. – Kerjasama Malaysia-Thailand yang diterjemahkan menerusi pembinaan Jambatan Persahabatan menghubungkan Bukit Bunga, Jeli dengan pekan Buketa, Narathiwat telah membawa anjakan baru dalam pembangunan kedua-dua kawasan tersebut.

Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pembangunan paling jelas dapat dilihat di pekan Buketa yang sebelum ini hanya sebuah perkampungan terpencil tetapi kini bakal dihubungkan oleh lebuh raya empat lorong

Menurut beliau, pembangunan itu tidak terhenti di situ sebaliknya akan berkembang dalam tempoh lima tahun lagi dengan kerjasama Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang sedang merangka pelan pembangunan untuk diaplikasikan di pekan tersebut dan Bukit Bunga.

“Jambatan ini telah mempermudahkan hubungan antara kedua-dua negara yang mana suatu ketika dulu perahu menjadi pengangkutan utama di sini namun sekarang tidak lagi.

“Sekarang lebuh raya empat lorong sudah hampir siap, begitu juga beberapa bangunan perniagaan sedang dibina berhampiran sempadan, jadi amat jelas Jambatan Persahabatan telah membawa perubahan yang ketara,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita sempena sambutan Maulidur Rasul yang disertai hampir 3,000 penduduk Buketa dan 200 rombongan dari Kelantan di Dataran Jabatan Perbandaran Buketa, di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Gabenor Yala, Apinan Suethanuwong; Datuk Bandar Buketa, Hamder Aamat dan bekas Speaker Parlimen Thailand, Wan Muhamat Noor Mata.

Jambatan tersebut yang disiapkan pada penghujung 2007 pada mulanya dikenali sebagai Jambatan Muhibah namun ia telah ditukar nama kepada Jambatan Persahabatan pada majlis yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva.

Mengulas mengenai sambutan Maulidur Rasul itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, ia adalah bukti hubungan baik antara rakyat kedua-dua negara yang terjalin sejak sekian lama.

“Memang masyarakat di selatan Thailand sering datang ke Kelantan mengadakan pelbagai aktiviti terutama sekali bola sepak dan pertandingan dikir barat.

“Begitu juga di Kelantan, ada lebih 10,000 masyarakat Siam tinggal di sini, jadi kita mahu hubungan ini kekal dan bertambah baik selain kita berusaha membawa pembangunan sesama kita,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Jika saya OKU telah daftar, kenapa tidak anda? – Surina
KUALA TERENGGANU 19 Feb. – “Saya tanpa kaki pun sudah mendaftar sebagai pengundi dan mahu pergi mengundi bagi memilih wakil rakyat dan kerajaan,” kata Surina Zakaria, 47.

Beliau yang kehilangan kedua belah kakinya akibat kemalangan enam tahun lalu hairan mengapa ramai belum berbuat demikian ketika pilihan raya umum makin hampir.

Ibu kepada enam orang anak ini, menyatakan demikian ketika diberitahu tentang 3.7 juta pengundi yang masih belum mendaftar di negara ini yang mana 2.22 juta terdiri daripada belia berusia 21 hingga 30 tahun.

“Kenapa tidak mahu mengundi?. Jangan jadikan alasan tiada masa untuk pergi daftar kerana sekarang banyak kaunter disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di kawasan tumpuan awam.

“Saya bangga mendaftar sebagai pengundi dan walaupun sukar ke tempat mengundi, saya akan mengundi untuk bersama-sama memilih wakil rakyat dan kerajaan,” ujarnya ketika ditemui di sini semalam.

Surina yang masih menjalankan perniagaan aksesori pakaian wanita berpendapat, golongan belia kini lebih mementingkan habuan jika mahu mereka berbuat sesuatu termasuklah untuk mendaftar sebagai pengundi.

Jelasnya, kurangnya semangat patriotik dalam diri menyebabkan golongan belia mementingkan habuan berbentuk wang berbanding tanggungjawab kepada negara.

“Saya harap, golongan belia yang lengkap anggota badan segeralah mendaftar sebagai pengundi sebelum terlambat,” ujarnya.

Surina yang berasal dari Rantau Panjang, Kelantan memberitahu, beliau kini menetap di Gong Badak dekat sini dan berpeluang mengundi di Terengganu setelah menukar alamat.

Beliau juga ‘mewajibkan’ anak- anaknya yang telah berusia 21 tahun untuk mendaftar sebagai pengundi agar masa depan mereka terjamin.

“Ibu bapa juga perlu menyuruh anak mereka mendaftar mengundi agar mereka tahu bahawa setiap undian itu amat penting buat negara,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Mamogram wanita Orang Asli
CAMERON HIGHLANDS 19 Feb. – Seramai 19,845 wanita Orang Asli berusia 35 tahun ke atas akan menerima subsidi mamogram percuma melalui Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Kar1sma ) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pemberian subsidi mamogram atau saringan kanser payudara percuma itu dibiayai melalui peruntukan yang telah diluluskan oleh kerajaan, khas untuk wanita berpendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah sebulan.

Sehubungan itu, katanya, peruntukan berkenaan dijangka memberi manfaat kepada 13,259 wanita Orang Asli berusia di antara 35 tahun dan 44 tahun dan 6,586 orang berusia 45 tahun ke atas.

”Apa yang saya lihat hari ini, kebanyakan masyarakat Orang Asli mempunyai ahli keluarga yang besar. Macam mana mahu menjaga ahli keluarga secara berkesan jika ibu menjadi tonggak menguruskan keluarga tidak sihat.

”Statistik terkini juga menunjukkan bilangan mereka yang mendapat kanser payu dara semakin meningkat.

”Justeru, kita lancarkan Kar1sma Keluarga khusus untuk wanita Orang Asli supaya penyakit berkenaan dapat dikesan pada peringkat awal,” katanya selepas merasmikan program berkenaan di Kampung Leryer, Pos Menson di sini hari ini.

Shahrizat berkata, LPPKN melalui Klinik Perkhidmatan Bas Bergeraknya akan ke seluruh negara bagi membantu komuniti Orang Asli menjalani saringan mamogram di samping pemeriksaan lain.

Dipetik dari Utusan Malaysia

10,000 kunjungi fiesta pancing udang antarabangsa Sg. Perak
TELUK INTAN 19 Feb. – Fiesta Memancing Udang Antarabangsa Sungai Perak di sini yang berakhir hari ini mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran lebih 10,000 pengunjung.

Selain itu, fiesta selama dua hari itu berjaya memperkenalkan perairan Sungai Perak di sini sebagai destinasi memancing udang terbaik di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, penduduk tempatan juga melahirkan rasa teruja kerana ini merupakan program terbesar pernah diadakan di sini.

“Selain pertandingan memancing udang, pertandingan bot laju, bot berhias, sketsa, karaoke, gubahan, masakan udang galah, mewarna dan persembahan kugiran juga diadakan sepanjang dua hari program berlangsung.

“Fiesta ini diharap dapat menarik kedatangan pelancong tempatan dan luar negara ke Teluk Intan, terutamanya untuk memancing udang,” katanya semasa melancarkan Fiesta Memancing Udang Antarabangsa Sungai Perak, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hamidah berkata, kerajaan negeri menggerakkan pelbagai program transformasi bagi mengangkat martabat industri desa di kawasan ini.

“Antaranya produk dari kebun nanas terkenal di Kampung Selabak, kebun keladi yang masyhur di Kampung Air Hitam, minyak kelapa dara dari Bagan Datoh dan ikan masin serta udang galah di Teluk Intan,” katanya.

Beliau memberitahu, Kementerian Pelancongan meluluskan peruntukan RM10 juta dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi menaik taraf Menara Condong hingga ke tebing Sungai Perak.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Pegawai UNPOL, Benet Pawun disemadikan
SERIAN 19 Feb. — Mayat Inspektor Benet Pawun, anggota pasukan Polis Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNPOL) dalam misi pengaman di Timor Leste, disemadikan di sebuah tanah perkuburan Kristian di Kampung Mayang Kawan, di sini hari ini.

Kira-kira 1,000 orang, termasuk 500 pegawai dan anggota polis, menghadiri upacara pengebumian mendiang di Gereja St Anthony di perkampungan masyarakat Bidayuh itu, dengan diketuai paderi Jerome Juleng.

Benet, 52, meninggal dunia di Timor Leste pada 7 Februari lalu dan punca kematiannya belum diumumkan secara rasmi walaupun laporan akhbar menyebut ia akibat denggi.

Deputi Supritendan Terrence Wilkie Sikuel, pegawai atasan Benet sebelum mendiang ditugaskan dalam misi pengaman itu, menyifatkan Benet sebagai pegawai yang rajin dan sentiasa ceria.

Dalam ucapannya pada upacara itu, Terrence memuji Benet sebagai anggota yang sentiasa tekun dan bersemangat tinggi hingga berjaya menjawat pangkat inspektor di bahagian siasatan jenayah daripada seorang konstabel.

“Ketika bertugas di bawah saya, selalunya mendiang adalah orang paling awal tiba di pejabat dan setiap kali habis bertugas, dia akan memasukkan bajunya dengan kemas sebelum pulang,” katanya.

Beliau berkata, Benet seorang pegawai yang bercita-cita tinggi dan beberapa kali menyatakan hasratnya untuk menyertai tugas kepolisan antarabangsa.

“Hajat Benet tercapai apabila mendiang terpilih untuk bertugas di Dili, Timor Leste (pada 13 Oktober tahun lalu) dalam misi pengaman PBB,” katanya.

Terrence berkata, kurang seminggu sebelum kematiannya, Benet menghubungi beliau melalui telefon untuk memaklumkan bahawa dia akan bercuti mulai 14 Februari dan pulang ke Kuching.

Pada upacara itu, UNPOL menghulurkan sumbangan RM112,000 kepada balu mendiang, Clare Baor.

Benet dan Clare dikurniakan enam cahaya mata. — BERNAMA

Dipetik dari Utusan Malaysia

BSN ‘gempur’ kampung promosi Perbankan Tanpa Cawangan
KUALA SELANGOR 19 Feb. – Bank Simpanan Nasional (BSN) hari ini mengadakan Program Gerak Gempur Kampung bagi mempromosikan perkhidmatan terbarunya Perbankan Tanpa Cawangan ke seluruh negara.

Program sehari yang bermula semalam itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu semalam bagi negeri Kelantan dan Terengganu, manakala hari ini bagi negeri-negeri lain termasuk Selangor.

Naib Presiden/Pengarah BSN Selangor, Noraini Mohd. Johan berkata, program berkenaan bertujuan memberi penerangan kepada orang ramai mengenai perkhidmatan terbaharu itu dan memperkenalkan ejen BSN kepada penduduk setempat.

Katanya, langkah itu penting agar maklumat tepat dapat disampaikan, selain meyakinkan orang ramai terhadap ejen yang dilantik bagi menggalakkan orang ramai terutamanya penduduk luar bandar menggunakan perkhidmatan tersebut, seterusnya membuka akuan simpanan BSN.

“Semua petugas bergerak dari rumah ke rumah untuk menghebahkan kepada penduduk sekitar tentang kewujudan ejen dan perkhidmatan baharu BSN ini,” katanya kepada Utusan Malaysia dalam siri program berkenaan di Kampung Api-Api, Kuala Selangor, hari ini.

Tambah Noraini, semua petugas yang terlibat turut membekalkan borang pembukaan akaun simpanan kepada mana-mana isi rumah yang disinggahi sekiranya mereka tidak mempunyai akaun BSN.

Jelasnya, objektif program berkenaan juga untuk menggalakkan orang ramai menabung menerusi perkhidmatan perbankan.

Katanya lagi, bagi mencapai misi menyalurkan maklumat ke seluruh Selangor, pihaknya telah membahagikan kakitangan kepada 15 kumpulan untuk bergerak di 15 zon yang merangkumi daerah Kuala Selangor dan Klang.

“Biarpun belum sebulan dilancarkan, sambutan yang diterima amat menggalakkan dan BSN berharap selepas ini Perbankan Tanpa Cawangan menjadi pilihan orang ramai untuk urusan perbankan,” ujarnya.

Sementara itu, ejen BSN di Kampung Api-Api, Mazlan Juahiri berkata, perkhidmatan terbaharu BSN itu memudahkan orang ramai terutamanya di kawasan luar bandar melakukan urusan perbankan.

“Kini penduduk kampung tidak perlu lagi berjalan jauh untuk membuat transaksi deposit atau pengeluaran tunai di kaunter bank serta berbaris panjang membayar bil.

“Sambil membeli keperluan rumah di kedai saya, orang ramai boleh membuat urusan perbankan di sini dengan hanya kurang daripada 10 minit,” katanya.

Bagaimanapun, dia mencadangkan agar perkhidmatan itu diperluaskan lagi seperti pengeluaran tunai melalui akaun bank selain daripada BSN dan pembelian kad prabayar telefon bimbit.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Transformasi lonjakkan koperasi negara
KOTA KINABALU 19 Feb. – Transformasi yang dilakukan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) sejak 2009 telah menunjukkan impak positif kepada seluruh koperasi terlibat.

Presiden Angkasa, Datuk Dr. Mohd. Ali Baharum berkata, dengan pelbagai pendekatan baru dilaksanakan, pihaknya yakin sasaran sumbangan lima peratus koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013 akan dicapai lebih awal lagi.

“Kita nampak impak yang tinggi dalam apa yang kita lakukan kini. Jadi, sasaran lima peratus saya rasa lebih cepat lagi dan kita juga mampu mencapai sasaran memberikan sumbangan 10 peratus kepada KDNK menjelang 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian seminar Transformasi ke arah masyarakat koperasi yang cemerlang, kreatif dan inovatif di sini semalam.

Turut hadir Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Azizah Mohd. Dun; Naib Presiden Angkasa, Armi Zainuddin dan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Sabah, Saiful Bahari Omar.

Menurut Mohd. Ali, antara program transformasi Angkasa yang telah memberi impak besar ialah Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Bhd. (Kopsya), pusat rawatan dialisis dan gerakan koperasi di sekolah dan masjid.

Selain itu, kata beliau, pihaknya turut menubuhkan tabung wakaf yang akan memberi sumbangan signifikan kepada Angkasa.

“Dalam tempoh terdekat, kita juga akan melancarkan banyak lagi program seperti talian telekomunikasi My Koop dan membuka sebuah hotel di Langkawi yang dikenali sebagai My Angkasa Akademi dan Resort,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kini terdapat kira-kira 5,000 daripada kira-kira 9,000 koperasi di seluruh negara berdaftar dengan angkasa.

“Jadi, kita akan terus menggiatkan usaha mendaftar koperasi berkenaan memandangkan lima peratus daripada koperasi yang tidak aktif dikenal pasti tidak berdaftar dengan Angkasa,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Hak anak luar nikah kekal
KUALA LUMPUR 19 Feb. – Tokoh agama tempatan berpendapat keputusan Mahkamah Perlembagaan Indonesia berhubung hak anak luar nikah, sama sekali tidak boleh diterima pakai di negara ini.

Mufti Negeri Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid berkata, keputusan itu sangat bercanggah dengan hukum syarak dan keputusan fatwa kebangsaan dan negeri-negeri.

“Ia perlu ditolak dan tidak boleh dipraktikkan di negara ini kerana ia jelas bercanggah dengan agama Islam dan apa yang dipraktikkan di negara kita selama ini.

“Meskipun anak luar nikah boleh membuktikan melalui profil asid deoksiribonukleik (DNA) sekalipun, hukum syarak sudah jelas menolak dan tidak mengiktiraf mereka dalam perihal menuntut sebarang hak kepada bapa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Tambahnya, walaupun secara biologikal anak luar nikah boleh membuktikan secara saintifik dan disahkan sendiri oleh bapanya, dalam agama hukumnya tetap jelas dan nyata.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berita di Indonesia tentang Mahkamah Perlembagaannya bersetuju memberi anak luar nikah dan anak yang lahir di luar pernikahan rasmi mendapatkan hak hubungan darah dan hubungan sivil dengan bapa dan keluarga bapa.

Sementara itu, Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, keputusan mahkamah Indonesia tersebut sama sekali tidak boleh diterima apalagi dipraktikkan di negara ini.

“Perihal hak anak luar nikah sudah jelas dinyatakan dalam hukum syariat, al-Quran, hadis, ijmak ulama, malah sudah digariskan dalam mahkamah syariah serta enakmen di setiap negeri.

“Saya berpendapat ia bercanggah dengan apa yang sudah jelas dinyatakan. Jadi ia tidak boleh diterima pakai di negara ini. Kita berpegang teguh kepada ajaran Islam dan sebarang perkara yang bercanggah sama sekali ditolak,” jelasnya.

Dalam pada itu, pakar undang-undang, Prof. Salleh Buang berkata, keputusan itu mustahil dilaksanakan di negara ini kerana setiap negeri di Malaysia terikat dengan peruntukan enakmen keluarga Islam kerajaan negeri masing-masing.

“Jika dibicarakan di Mahkamah Syariah atau mengikut hukum syarak sekalipun, nasab anak luar nikah adalah mengikut ibu bukannya sebelah bapa.

“Sehubungan itu, mereka tidak berhak membuat sebarang tuntutan meskipun berjaya membuktikan hubungan dengan bapa secara saintifik,” katanya.

Tambah beliau, anak luar nikah boleh mendapatkan hak-hak tersebut termasuk mewarisi harta pusaka sekiranya nasab bapa sendiri membenarkan atau bersetuju untuk berbuat demikian.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Tandatangan sejuta rakyat desak serah air pada SPAN
KOTA BHARU 19 Feb. – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini akan bergabung untuk mengadakan perhimpunan aman Sabtu ini bagi melancarkan gerakan mengumpul tandatangan sejuta rakyat mendesak kerajaan Pas Kelantan supaya menyerahkan pengurusan air kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Azmi Ali berkata, ia adalah susulan penyerahan memorandum berhubung perkara berkaitan pada 4 Januari lalu yang sehingga kini masih tidak mendapat sebarang maklum balas daripada kerajaan negeri.

“Kali ini kita akan lancarkan gerakan itu (mengumpul sejuta tandatangan) ke semua jajahan terutamanya kawasan yang terlibat dengan masalah air sebelum menyerah ia kepada pimpinan kerajaan negeri dalam satu himpunan yang lebih besar di hadapan pusat pentadbiran kerajaan negeri.

“Tindakan kita bukan berorientasikan politik tetapi berdasarkan aspirasi rakyat. Cukuplah untuk meletakkan rakyat negeri ini dalam kancah penderitaan, sudah lama kami bersabar berhubung masalah air ini,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Pada 4 Januari lalu tiga NGO diketuai MTRK menyerahkan memorandum mendesak kerajaan Pas Kelantan menerima pelan cadangan SPAN untuk menyelesaikan masalah bekalan air di negeri ini.

Menerusi memorandum tersebut NGO berkenaan memberi tempoh dua bulan kepada kerajaan Pas Kelantan menyelesaikan isu besar dan melibatkan kepentingan semua pihak terutama rakyat.

Azmi berkata, Kerajaan negeri seolah-olah tidak mempedulikan isu rakyat terutama dalam masalah air yang telah berlarutan sejak 21 tahun biarpun menerima desakan banyak pihak agar ia diselesaikan segera memandangkan bantuan sebanyak RM600 juta bagi mengatasi masalah tersebut telah diberikan oleh kerajaan Pusat.

Beliau mendakwa, tindakan kerajaan negeri yang terus berdiam diri daripada menerima cadangan kerajaan Pusat supaya SPAN mengambil alih urus tadbir air selepas mereka gagal menyelesaikan isu tersebut telah menjadi tanda tanya banyak pihak selain menggambarkan keangkuhan pemimpin negeri ini yang tidak mahu menerima pendapat orang lain.

“Saya kira jika SPAN mengambil alih urusan ini, sudah lama masalah air akan selesai dan rakyat tidak terus terbelenggu dengan masalah ini,” tegas beliau.

Katanya, perhimpunan yang bakal diadakan di padang berhampiran pusat beli belah Tesco di sini itu melibatkan 20 NGO termasuk Persatuan Koperasi Guru-guru Kelantan, pemandu teksi dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Beliau yang akan mengetuai perhimpunan tersebut menjangkakan 2,000 rakyat akan keluar pada hari tersebut bagi menyatakan kekesalan mereka terhadap pentadbiran Kerajaan Pas Kelantan.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Pesta jualan gudang Fella Design kembali lagi
SHAH ALAM 19 Feb. – Pesta jualan gudang pengeluar sofa terkemuka negara, Fella Design yang menawarkan potongan sehingga 70 peratus dengan pelbagai pilihan produk dan fabrik bermutu tinggi kembali lagi pada 24 Februari hingga 4 Mac ini.

Pesta jualan yang akan berlangsung di pekarangan ibu pejabatnya di Bukit Subang, Seksyen U16 di sini, diyakini mampu memenuhi cita rasa pelanggan yang sukakan kelainan dalam hiasan dalaman biarpun usia operasinya kini sudah menjangkau 26 tahun.

Ketua Pegawai Operasinya, Yu Kong Cing berkata, pesta jualan yang menjadi acara tahunan itu adalah satu platform buat pihaknya menghabiskan stok sedia ada di samping sebagai ganjaran kepada pelanggan yang setia bersama mereka.

“Menghabiskan stok-stok lama adalah cara kami untuk memperkenalkan produk baru selepas itu. Malah kami juga menawarkan peluang kepada pelanggan menukar produk lama dengan yang baru,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Tambah Kong Cing, pesta jualan yang akan bermula seawal pukul 9 pagi itu memberi peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan hiasan dalaman moden atau kontemporari mengikut idea dan cita rasa masing-masing.

Mengenai perancangan tahun ini pula, tegas beliau, Fella Design sentiasa mencari idea untuk menghasilkan produk yang dapat memikat segmen pelanggan yang terdiri daripada generasi muda.

“Memang kita memiliki pelanggan yang setia dalam tempoh 26 tahun ini, namun yang menjadi cabaran getir buat kami ialah untuk menarik generasi muda sekarang agar terus kekal bersama kami sekurang-kurangnya dalam tempoh 25 tahun akan datang.

“Jadi kami harus kreatif memastikan hala tuju ke arah itu tercapai dan salah satu perancangan sedang dijalankan ialah berkolaborasi dengan kolej yang menawarkan kursus rekaan dalaman sebagai usaha untuk mendekati generasi muda,” kata beliau lagi.

Bagaimanapun menurut Kong Cing, perancangan itu memerlukan Fella Design memilih kolej yang benar-benar layak kerana pihaknya tidak mahu berkompromi dalam soal kualiti bagi menjamin kepuasan pelanggan.

“Atas faktor mahu sentiasa dekat dengan pelanggan, peluang menjadi penaja kepada Peraduan Kumpul dan Menang anjuran akhbar ini tidak dilepaskan untuk memastikan jenama Fella Design tetap utuh di hati pelanggan khususnya rakyat negara ini.

“Pembaca anda ialah pelanggan kami. Malah kami amat sukakan konsep peraduan tersebut. Jadi, kerana itu kami mahu menjadi penaja kerana dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak,” katanya.

Menurut beliau, Fella Design sebelum ini sudah menjadi penaja kepada beberapa pertandingan seperti gameshow dan rancangan realiti hiburan dalam usaha mendekati pelanggan terutamanya generasi muda.

“Apa yang kami mahukan, jenama Fella Design sentiasa dikenang sebagai produk yang perlu digunakan oleh generasi muda.

Walaupun diakui harga memainkan peranan penting, anda juga harus memikirkan kualiti dan keselesaan untuk diri sendiri dan keluarga,” katanya.

Dalam peraduan Kumpul dan Menang yang berlangsung selama empat bulan bagi fasa pertama dan berakhir pada 15 Mei depan, Fella Design menawarkan tajaan hadiah set perabot bernilai RM15,000 kepada lima pemenang yang akan dipilih setiap dua minggu.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Pembaharuan luar bandar tidak boleh terhenti
KAMPUNG GAJAH 18 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembaharuan untuk kawasan luar bandar di negara ini tidak boleh terhenti setakat apa yang diusahakan oleh pemimpin sebelum ini.

Perdana Menteri berkata, selain memberi tumpuan kepada kemudahan asas untuk penduduk luar bandar, idea dan sumbangan bernas bagi pembaharuan di kawasan berkenaan turut diperlukan bagi memastikan kejayaan usaha transformasi kerajaan.

Katanya, waris kepimpinan negara perlu melengkapkan agenda pembangunan luar bandar dan tidak boleh menganggap apa yang diwarisi berhenti setakat apa yang ada pada hari ini.

“Kita teruskan dan memantapkan untuk kepentingan dan keselesaan masyarakat luar bandar,” katanya pada Perhimpunan Rakyat Parlimen Pasir Salak dan majlis pelancaran Permodalan Felcra Berhad di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan mahu melonjakkan pendapatan masyarakat luar bandar dengan memikirkan untuk mewujudkan nilai tambah, kemasukan teknologi baru serta meluaskan kemudahan perniagaan.

Katanya, Felcra yang mencatatkan rekod dividen sebanyak RM912.95 juta yang dianggap sangat baik membuktikan bahawa agensi seperti itu mampu memberikan kesan positif kepada transformasi luar bandar.

“Ini kejayaan luar biasa kepada Felcra yang membawa perubahan besar kepada masyarakat luar bandar,” katanya.

Najib turut melancarkan Permodalan Felcra Berhad dengan dana pelaburan sebanyak RM100 juta.

Beliau juga menyampaikan surat hak milik kepada 10 peserta Felcra Berhad Seberang Perak mewakili 250 peserta secara keseluruhannya. – BERNAMA

Dipetik dari Utusan Malaysia

Kuarters baru JKR bukti kerajaan tunai janji
KUALA LUMPUR 18 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembinaan kuarters baru Jabatan Kerja Raya (JKR) di Batu 4 1/2, Jalan Sungai Besi di sini membuktikan kerajaan mengotakan apa yang dijanji kepada rakyat sebelum ini dan ia bukan sekadar retorik politik.

Perdana Menteri berkata, kuarters baru itu bakal didiami oleh 60 kakitangan kumpulan sokongan JKR dan menjadi contoh bahawa janji kerajaan yang dibuat sebelum ini untuk menggantikan kuarters lama yang sudah usang kini menjadi kenyataan.

“Rumah seperti ini jika di pasaran terbuka harganya boleh mencecah sehingga RM400,000. Jadi bayangkan kemudahan seperti ini dapat diberi kepada kakitangan sokongan kerajaan,” katanya ketika berucap pada perasmian kuarters baru JKR di sini hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Najib berkata, kuarters yang dibina dengan kos RM19 juta dan memiliki tiga bilik tidur serta dua bilik air itu dapat disiapkan dalam masa kurang 18 bulan dan ia adalah lebih cepat daripada jadual sebenar.

Katanya, kuarters lama JKR di situ sangat tidak sesuai lagi didiami oleh kakitangan memandangkan ia hanya memiliki sebuah bilik tidur dan dibina sejak zaman perang dunia kedua lagi.

“Semasa melawat kuarters lama pada 2009, saya minta kementerian menggantikan kuarters buruk dan daif dengan yang baru dan dalam tempoh singkat sahaja, projek baru ini menjadi kenyataan,” katanya.

Selain kuarters, terdapat kemudahan-kemudahan lain yang disediakan di situ seperti pusat asuhan kanak-kanak, gelanggang futsal, tempat meletak kereta dan taman permainan.

Pada September 2009, Najib mengumumkan peruntukan RM28 juta untuk membina kuarters JKR yang baru di situ bagi menggantikan kuarters jabatan itu yang serba kekurangan dan berkeadaan usang.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Transformasi lebih baik dari reformasi
KUALA LUMPUR 18 Feb. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkataan transformasi adalah lebih baik daripada reformasi merujuk perubahan kemajuan yang dilakukan Barisan Nasional (BN) di negara ini.

Menurut beliau, perkataan reformasi sering dirujuk sebagai tuntutan perubahan yang melanggar undang-undang, kekacauan dan huru hara.

”Sebagai kerajaan yang memerintah, kita sering melakukan transformasi iaitu perubahan yang bersistematik, dirancang dengan teliti dan teratur,” kata beliau dalam ucaptama pada persidangan Cina Malaysia di Persimpangan Politik di sini hari ini.

Persidangan dan debat tersebut dianjurkan oleh Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) bersama-sama agensi pemikir MCA, Institut Analisis Strategik Dan Penyelidikan Dasar (Insap).

Menurut Najib, masyarakat Cina yang rata-ratanya ahli perniagaan tidak akan mendapat manfaat melalui reformasi itu kerana ia menyumbang kepada ketidakstabilan dalam ekonomi negara.

”Di bawah kepimpinan BN, Malaysia boleh melakukan pelbagai transformasi melalui keadilan yang sejajar dengan keperluan rakyat,” katanya.

Malah menurut beliau, melalui polisi yang dilaksanakan oleh BN, ia telah mampu melahirkan ramai billionaire di negara ini.

”Secara langsung atau tidak, mereka menjadi billionaire kerana polisi kerajaan yang memberi konsesi kepada mereka,” katanya.

Najib menegaskan, kerajaan sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat tanpa mengira kaum.

”Melalui kerajaan sekarang, banyak peluang terbuka kepada semua rakyat namun hanya mereka yang berusaha bersungguh-sungguh akan mendapat manfaatnya,” ujar beliau.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Pembangunan bandar, luar bandar seimbang
KUALA LUMPUR 18 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan mengimbangi kemudahan dan pembangunan di bandar walaupun pada masa sama ia memfokuskan pembangunan di kawasan luar bandar bagi memastikan rakyat tanpa mengira golongan dan pendapatan menikmati kehidupan lebih selesa.

Keseimbangan itu, kata Perdana Menteri, bukan sahaja untuk mereka yang berpendapatan tinggi mampu hidup di bandar, malah golongan berpendapatan sederhana dan rendah juga mampu berbuat demikian.

“Hari ini fenomenanya ialah lebih 60 peratus daripada penduduk di Malaysia menjadi penduduk di bandar besar dan kecil.

“Sebab itulah sambil kita menguruskan pembangunan luar bandar, kita perlu juga imbangi kemudahan dan pembangunan di kawasan bandar supaya kawasan bandar tidaklah hanya untuk mereka yang berpendapatan tinggi manakala mereka yang makan gaji, pendapatan kecil dan sederhana tidak dapat tinggal di bandar dalam keadaan selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) di Batu 4 1/2 di Jalan Sungai Besi hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.

Najib berkata, di bawah agenda transformasi kerajaan dan transformasi ekonomi, kesejahteraan hidup di bandar juga menjadi agenda penting yang diberi perhatian kerajaan sambil memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat di bandar.

Katanya, antara aspek penting yang diberikan tumpuan adalah penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam menerusi pembinaan Projek Aliran Transit Massa Lembah Klang (MRT) serta inisiatif lain seperti pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Skim Amanah Saham Rakyat 1Malaysia dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Dipetik dari Utusan Malaysia

Kehadiran TPM bawa berita baik kepada penduduk Balik Pulau
BALIK PULAU 18 Feb. – Kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin ke majlis Kenduri Rakyat 1Malaysia di Kampung Permatang Tepi, Simpat Empat di sini hari ini, ternyata membawa perkhabaran gembira kepada kira-kira 20,000 tetamu yang hadir.

Pada majlis tersebut, Timbalan Perdana Menteri, mengumumkan kelulusan beberapa projek pembangunan untuk kemudahan penduduk di kawasan itu.

Antaranya pembinaan Masjid Teluk Kumbar bernilai RM5 juta, jambatan di Sungai Burung berjumlah (RM80,000), dewan orang ramai di Sungai Ara (RM200,000), dewan terbuka di Sungai Korok (RM150,000) dan dewan di Pulau Betong sebanyak RM150,000.

“Bagi projek pembesaran hospital Balik Pulau, kita akan minta Kementerian Kesihatan meneliti kedudukannya untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) kerana menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan kemudahan kesihatan dan perkhidmatan yang baik kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Hadir sama, isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman.

Timbalan Perdana Menteri memberitahu, beberapa lagi projek seperti pembinaan sekolah berasrama penuh dan pembinaan sekolah baru di situ akan diberi perhatian untuk pertimbangan kelulusan.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Rumah asal Orang Asli harus dikekalkan sebagai warisan
KUALA KLAWANG 18 Feb. — Keaslian rumah asal masyarakat Orang Asli di negara ini harus dikekalkan demi memelihara warisan seni budaya masyarakat itu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Katanya, Jabatan Warisan akan membantu beberapa perkampungan Orang Asli mengekalkan keaslian sekurang-kurangnya sebuah rumah asal masyarakat itu seperti rumah Tok Batin.

“Tidak semuanya rumah masyarakat Orang Asli harus kita konkritkan tetapi ada beberapa buah rumah misalnya rumah Tok Batin yang perlu kita bantu untuk mengekalkan keasliannya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kampung tanpa wayar di perkampungan Orang Asli di Kampung Tohor dekat sini hari ini.

Rais, yang juga anggota Parlimen Jelebu berkata, langkah memelihara warisan seni budaya masyarakat itu sudah tentu akan menjadi tarikan pelancong untuk mengenali budaya dan cara hidup masyarakat itu di negara ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kementeriannya akan membantu anak Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Sazali, 53, yang terlantar di rumah sejak kemalangan dua bulan lepas.

Katanya, beliau sendiri akan menemui Sazali dalam masa terdekat untuk menyampaikan bantuan kewangan itu.

“Untuk bantuan kewangan itu kita mempunyai pelbagai tabung termasuk Tabung Kebajikan Penggiat Seni yang boleh kita gunakan di bawah bantuan am kementerian ini.

”Saya kira tidak kurang dari RM12,000 boleh disumbangkan kepada beliau,” katanya.

Pada majlis itu, Rais turut menyampaikan sumbangan program Jalinan Murni masyarakat Orang Asli Parlimen Jelebu anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan Yayasan 1MDB.

Di samping itu, Rais juga membuat lawatan program baikpulih enam buah orang Orang Asli tajaan Maxis Bhd yang berjumlah sebanyak RM25,000. — BERNAMA

Dipetik dari Utusan Malaysia

Pensyarah Politeknik menang hadiah utama Kuiz Bicara Haji
KUALA LUMPUR 18 Feb. – Seorang Pensyarah Kejuruteraan Elektrikal Politeknik Seberang Perai, Mohd. Amini Ahamad Sayuti, 32, muncul pemenang utama Kuiz Bicara Haji anjuran Lembaga Tabung Haji (TH) dan Utusan Malaysia sempena musim haji tahun lalu.

Kemenangan tersebut melayakkan pembaca setia akhbar Utusan Malaysia berasal dari Pulau Indah, Selangor itu menunaikan umrah tajaan TH Travel & Services Sdn. Bhd. (THTS) yang bernilai RM6,000.

Turut memenangi pakej umrah yang juga bernilai RM6,000 itu ialah operator Jabatan Kerja Raya (JKR) Bentong, Zulkarnain Safiei, 43, dari Bentong, Pahang.

Kedua-dua pemenang tersebut telah mengikuti 12 artikel dan soalan sejak 13 hingga 30 September tahun lalu dan mereka berjaya menjawab kesemua soalan dengan tepat berserta slogan yang menarik.

Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji, Datuk Syed Saleh Abdul Rahman berkata, sebanyak 1,006 penyertaan diterima oleh pihaknya dan 199 daripadanya telah dijawab dengan tepat.

Kata beliau, daripada kesemua yang menjawab dengan betul, juri telah memilih 12 pemenang yang bertuah berpandukan slogan yang kreatif.

“Selain dua peserta yang memenangi hadiah utama, 10 peserta lagi memenangi hadiah saguhati dengan masing-masing menerima satu set cakera padat digital (DVD) ibadah haji serta langganan percuma selama setahun majalah Anis dan Asuh tajaan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. bernilai RM350.

“Objektif kuiz ini untuk memupuk minat bakal haji dan juga pembaca akhbar Utusan Malaysia untuk mendalami ilmu serta hukum hakam berkaitan dengan ibadah haji,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah Kuiz Bicara Haji di sini hari ini.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif THTS, Datuk Yasmin Yazid dan Ahli Lembaga Pengarah Galeri Ilmu Sdn. Bhd., Nik Aziah Hamzah.

Mohd. Amini ketika ditemui berkata, kemenangan itu bukan sahaja memberi peluang kepadanya menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah bahkan memberi beliau satu semangat untuk terus mendalami ilmu ibadah haji.

“Saya berterima kasih kepada isteri yang banyak membantu saya menjawab soalan dan menghasilkan slogan yang saya juga merasakan menarik serta luar biasa. Alhamdullilah tidak sangka saya dapat ke Mekah dalam masa terdekat ini,” katanya.

Sementara itu bagi Zulkarnain pula, beliau sememangnya tidak pernah tertinggal untuk mengikuti setiap peraduan yang dianjurkan oleh Utusan Malaysia kerana melalui penyertaan seumpama itu sekali gus dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan untuknya.

Utusan Malaysia dengan kerjasama TH telah menyiarkan sebanyak 12 artikel bicara haji selama dua minggu berturut-turut pada September tahun lalu.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Sekolah tidak aktif KPBPNB ditamat keahlian
PONTIAN 18 Feb. – Permodalan Nasional Berhad (PNB) melalui Kelab Pelaburan Bijak PNB (KPBPNB) akan menamatkan keahlian sekolah yang didapati tidak menunjukkan prestasi memuaskan selain tidak aktif menjalankan aktiviti kelab berkenaan.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, jumlah sekolah yang aktif telah meningkat daripada tujuh buah sekolah pada 2010 kepada 57 buah sekolah pada tahun lalu manakala sekolah yang kurang aktif turun kepada 47 berbanding 93 buah bagi tempoh yang sama.

“Selain memberi pengiktirafan kepada sekolah yang cemerlang, PNB juga berkemungkinan menamatkan keahlian sekolah yang terus menerus menunjukkan prestasi rendah dan tidak aktif.

”Sekolah-sekolah tersebut akan digantikan dengan sekolah-sekolah lain yang dikenal pasti berkelayakan dan berminat untuk menyertai kelab,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Kelab Pelaburan Bijak PNB di SMK Dato’ Penggawa Barat di sini semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Md. Hasidin Zaini dan Pengetua sekolah tersebut, Hashim Mohd. Dom.

Menurut Hamad Kama Piah, sehingga kini sebanyak 104 buah sekolah sudah menubuhkan kelab tersebut yang bertujuan mewujudkan kesedaran dan memberi pendidikan pelaburan serta perancangan kewangan kepada masyarakat ke arah celik pelaburan.

”Pelbagai aktiviti telah dianjurkan bagi mencapai usaha tersebut seperti pertandingan pidato, kuiz pelaburan, menulis esei dan seminar perancangan kewangan.

”Seramai 62,000 pelajar telah terlibat dalam aktiviti tersebut pada tahun lalu berbanding 37,000 pada tahun sebelumnya dan kita menyasarkan penyertaan 130,000 pelajar setiap tahun pada masa akan datang,” katanya.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan Anugerah Khas Kecemerlangan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Penggawa Barat yang berjaya mengungguli pelbagai program anjuran PNB, sekali gus menerima piala khas dan insentif berjumlah RM20,000.

Lima sekolah menerima Anugerah Kecemerlangan Kelab Pelaburan Bijak PNB 2011 iaitu SMK Dato’ Penggawa Barat; SMK Nenasi, Pekan; SMK Abaka, Tawau serta SMK Batu 10, Manjung dan SMK Alor Pongsu, Krian.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Kaum Cina dingin terhadap program Tukar
IPOH 18 Feb. – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kecewa dengan sambutan dingin kaum Cina terhadap Projek Transformasi Kedai Runcit (Tukar).

Menurut Ismail Sabri, hanya 7.5 peratus peruncit kaum itu terlibat dalam program berkenaan yang sehingga kini telah berjaya memodenkan sebanyak 539 kedai runcit tradisional di seluruh negara.

Menurutnya, meskipun berlaku sedikit penambahan selepas perasmian sebuah kedai runcit milik kaum itu yang menyertai program berkenaan di Puchong bulan lalu, namun, jumlah tersebut masih sedikit jika dibandingkan penglibatan kaum Melayu dengan lebih 67 peratus dan India, 13 peratus.

“Mereka (kaum Cina) kurang yakin dan mahu ‘tengok dulu’ sama ada peruncit yang terlibat ini ada untung atau tidak, sedangkan hakikatnya ia telah berjaya meningkatkan pendapat peruncit antara 30 dan 100 peratus.

“Saya amat berharap mereka (kaum Cina) ubah cara berfikir dan membuang segala stigma tidak benar mengenai program ini. Kerajaan tetap komited untuk meneruskan program-program seumpama ini yang mampu meringankan beban rakyat biarpun menerima pelbagai kritikan.

“Kita harap peluang ini direbut semua kaum,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Kedai Xin Dong Li yang menyertai program Tukar di sini hari ini.

Program Tukar merupakan Projek-Projek Permulaan (EPP) yang bertujuan memodenkan operasi kedai runcit tradisional bagi meningkatkan daya saingan dalam persekitaran perniagaan peruncitan yang kompetitif.

Kerajaan memberikan satu bentuk bantuan pinjaman mudah menerusi Bank Rakyat sebanyak RM60,000 kepada setiap peruncit dengan kadar faedah sebanyak tiga peratus setahun dengan tempoh bayaran selama 15 tahun.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri berkata, kedai Xin Dong Li milik Thong Siang Mim, 37, di sini itu telah berjaya meningkat pendapatannya sebanyak 200 peratus sejak menyertai program Tukar pada November tahun lalu.

“Sebelum ini, pendapatan kedai runcit ini hanya sekitar RM500 sehari, namun setelah ditransformasikan melalui program Tukar, ia berjaya mengutip sekitar RM1,000 hingga RM1,500 sehari selain keadaan kedai yang lebih kemas, tersusun dan ceria.

“Kejayaan ini kita harap mampu menarik minat peruncit lain untuk menyertai program ini. Diharapkan sasaran kita untuk memodenkan sebanyak 5,000 kedai runcit menjelang 2020 akan berjaya dicapai,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Noraini pandai pelbagai bahasa dikejar ke hospital alami sakit kepala
BESUT 18 Feb.— Pelajar yang mampu bertutur dalam pelbagai bahasa selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bulan lalu, dikejarkan ke Hospital Daerah Besut semalam setelah mengalami sakit kepala yang serius.

Noraini Ismail, 17, pelajar Tingkatan Lima, Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah, Alor Lintang, dikatakan menangis kesakitan sambil memegang kepalanya.

Menurut bapanya, Ismail Salleh, 46, Noraini kemudiannya dirujuk ke Unit Kecemasan hospital itu lewat petang semalam.

Beliau berkata, anaknya mengadu sakit kepala sebaik sahaja dia bangun dari tidur selepas waktu Asar sambil menangis.

Menurut bapanya lagi, Noraini sebelum ini pernah diserang sakit kepala tetapi tidaklah serius seperti semalam.

“Noraini nampak seolah-olah telah pulih sejak seminggu lepas dan dia tidak lagi banyak bertutur dalam bahasa ganjil seperti Korea dan Mandarin, tetapi dia kembali mengulangi bercakap bahasa-bahasa itu selepas kejadian semalam,” kata Ismail. — BERNAMA

Dipetik dari Utusan Malaysia

Ancaman terbesar umat Islam
KUALA LUMPUR 18 Feb. – Tindakan segelintir umat Islam yang mempergunakan agama bagi kepentingan politik merupakan ancaman terbesar terhadap kesucian agama tersebut di negara ini.

Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, golongan tersebut akan sewenang- wenangnya mengeluarkan pelbagai fatwa terhadap pihak yang menentang mereka.

Katanya, keadaan itu jelas ditunjukkan semasa isu kehadiran Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang pada majlis berkaitan perayaan Thaipusam baru-baru ini.

“Misalnya dua hari lalu saya telah memuat naik di Facebook gambar Datuk Seri Najib Tun Razak semasa beliau menghadiri perayaan Thaipusam di Batu Caves sebelum ini.

“Selepas itu, saya telah mendapat hampir 1,000 komen menyatakan kehadiran Perdana Menteri itu menyalahi akidah serta pelbagai fatwa berbaur politik.

“Namun apabila saya memuat naik gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa meraikan perayaan berkaitan di Ipoh, mereka mengatakan pula gambar itu perlu disiasat kerana kemungkinan ia superimposed (menggunakan teknik penindanan).

“Di sini kita boleh melihat pendirian pihak ini. Kita tengok cara mereka jelas namun berbeza daripada teks dan konteks sebenar,” katanya sewaktu menjadi ahli panel sesi kedua Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 di sini hari ini.

Beliau yang juga Felo Pusat Kajian Islam Oxford (OCIS) Universiti Oxford berkata, tindakan mempergunakan agama itu memberi kesan besar terhadap agama serta segala penghujahan politik dengan niat tersebut merupakan dosa yang sangat besar.

Sehubungan itu, katanya, umat Islam terutama golongan ulama tidak boleh menyembunyikan kebenaran meskipun ia tidak berpihak kepada mereka.

Justeru beliau turut meminta golongan ulama agar berbincang mengenai panduan, adab dan hukum terhadap konsep fikh siber memandangkan telah banyak berlaku penyalahgunaan siber oleh penganut agama itu sejak kebelakangan ini.

Katanya, soal penggunaan internet perlu diberi kupasan mendalam agar sebuah garis panduan yang harus dipatuhi mereka dapat dikeluarkan.

Beliau turut meminta pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengeluarkan garis panduan bagi pemimpin beragama Islam yang ingin menghadiri majlis membabitkan perayaan agama lain.

Katanya, garis panduan itu penting supaya tidak timbul sentimen atau fatwa-fatwa yang mengatakan kehadiran pemimpin tersebut telah menggadai akidah sehingga mewujudkan konflik antara ummah.

Dipetik dari Utusan Malaysia

LGBT, murtad berbahaya kepada negara
KUALA LUMPUR 18 Feb. – Gerakan penyebaran budaya kuning seperti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) serta murtad yang semakin menular kini menjadi ancaman nyata kepada masyarakat Malaysia khususnya beragama Islam serta yang memegang teguh nilai-nilai kesopanan Timur.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Fuad Hassan berkata, senario itu amat berbahaya kerana pergerakan itu didukung oleh para ilmuwan Islam antarabangsa sendiri yang berpandangan LGBT serta murtad merupakan masalah di antara seseorang individu dengan Tuhan.

Lebih malang, katanya, pergerakan itu disokong oleh beberapa pemimpin politik dan badan perundangan tempatan yang semakin mendapat tempat selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 2008 lalu.

“Gerakan ini masuk ke Malaysia kerana beranggapan sekarang merupakan masa terbaik untuk mereka menyebarkan nilai-nilai tersebut yang bertuhankan hak asasi manusia kerana berfikiran kerajaan kini lemah.

“Ini ternyata salah kerana walaupun Islam mengutamakan hak asasi seseorang individu, manusia juga mempunyai tanggungjawab untuk memperjuangkan nilai-nilai keagamaan terhadap diri sendiri serta ummah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi ahli panel program Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 bersama Perdana Menteri dalam perbincangan bertajuk Isu Kontemporari: Ancaman dan Cabaran Dunia Siber Terhadap Islam di Malaysia di sini hari ini.

Perbincangan tersebut turut menampilkan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Eurofine (M) Sdn. Bhd., Ida Rahayu Md. Noor.

Dalam pada itu, Ida Rahayu memberitahu, kesemua institusi perbankan terutama yang mempunyai produk pinjaman berlandaskan Islam perlu lebih terbuka dalam memberi pinjaman kepada penerbit filem serta drama beragama Islam.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Thaipusam: PM ikut garis panduan majlis fatwa
KUALA LUMPUR 18 Feb. – Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Batu Caves pada Hari Thaipusam baru-baru ini tidak bercanggah dengan agama dan menepati garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Perdana Menteri sudah menjelaskan secara terperinci berhubung perkara itu kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan beliau memahaminya.

”Perdana Menteri tidak menyertai apa-apa acara keagamaan sebaliknya mahu bertemu rakyat dan menerangkan polisi-polisi kerajaan,” katanya ketika menjawab soalan peserta apabila ditanya mengenai ulasan-ulasan negatif ekoran kunjungan Perdana Menteri ke Batu Caves sempena hari Thaipusam baru-baru ini.

Beliau hadir sebagai ahli panel dalam perbincangan yang menyentuh isu-isu semasa Islam dan transformasi 1Malaysia sempena Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 bersama Perdana Menteri di sini hari ini.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Penulisan Islam berpolitik kuasai dunia siber
KUALA LUMPUR 18 Feb. – Penulisan Islam yang cenderung kepada kepentingan politik kepartian lebih mendominasi dunia siber tempatan hingga menyebabkan berlakunya salah faham segelintir masyarakat terhadap agama suci itu.

Ketua Pengarah Biro Tata Negara (BTN), Datuk Raja Arif Raja Ali, berkata, akibat itu juga keindahan Islam dalam bentuk ilmu gagal disampaikan kepada rakyat ekoran terlalu menumpukan agenda perjuangan politik.

Beliau berkata, sudah tiba masanya laman-laman web Islam bersifat wasatiyah diperbanyakkan agar ilmu berkaitan Islamdapat disampaikan kepada masyarakat.

“Islam bukan hanya politik. Islam lebih luas daripada politik. Sepatutnya politik mengikut acuan Islam dan ia tidak boleh mengikut kepentingan parti politik tertentu.

“Saya juga melihat telah menjadi tanggungjawab semua pihak termasuk penulis alam siber untuk memperlihatkan keindahan Islam kepada semua masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada siri perbincangan bertajuk Strategi dan Peranan Penulis Maya Dalam Memperjuangkan Islam di Malaysia di Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 Bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Siri perbincangan itu turut disertai Ketua Pengarang Berita Publishing Sdn. Bhd., Datuk A Kadir Jasin dan Pengasas iLuvIslam.com, Mohd. Nurul Imran Koyube manakala penulis blog Kuda Kepang, Datuk Ruhanie Ahmad bertindak selaku moderator.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Sambutan Tahun Baru Cina di Pasir Mas meriah
PASIR MAS 18 Feb. – Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali di Gedung Cina, iaitu kawasan penempatan masyarakat Tionghua dan Siam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir malam tadi meriah dengan kehadiran hampir 1,000 orang.

Kemeriahan tersebut menyangkal dakwaan bahawa kaum Cina tidak lagi memberi sokongan kepada beliau ekoran tindakan beberapa pihak memperbesarkan isu pemberian angpau menggunakan sampul putih di Kuala Lumpur sebelum ini.

Majlis yang dirancang sejak dua minggu lalu itu juga dikatakan cuba disabotaj pihak luar yang datang ke situ dua hari lalu untuk menghasut penduduk agar tidak keluar berikutan isu tersebut.

“Saya amat gembira apabila majlis yang dirancang sejak dua minggu lalu ini meriah, malah kesemua 370 penerima angpau yang sudah didaftarkan termasuk 10 orang kurang upaya datang.

“Memanglah saya marah apabila pihak luar datang ke sini dan bertanya kepada penduduk sini sama ada mahu datang, malah mereka turut cuba mempengaruhi masyarakat Cina dan Siam dengan memberitahu bahawa saya memberikan sampul putih ketika di Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas majlis itu malam tadi.

Pada majlis tersebut, Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) memberikan angpau kepada semua penerima dalam sampul merah yang turut diletakkan gambar beliau.

Selain itu, beliau turut memberikan sumbangan sebanyak RM27,000 kepada kuil di situ dan bagi membina rakit serta membaiki gelanggang bola keranjang di kampung berkenaan.

Mengulas isu sampul putih itu, Ibrahim berkata, beliau sudah memberikan banyak penjelasan dan ia tidak perlu dipanjangkan, selain turut berjanji perkara tersebut tidak akan berulang.

“Saya sudah kata pada majlis itu saya datang lambat dan sampul tersebut diuruskan oleh urusetia program, malah banyak wartawan Cina yang hadir pada masa itu tidak menegur saya. Apa pun saya tidak akan mengambil tindakan kepada pihak yang memperbesarkan perkara ini. Saya maafkan mereka,” tegas beliau.

Sementara itu, Ibrahim turut menyatakan hasratnya untuk terus bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas pada pilihan raya umum akan datang.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Sabah bukan negeri termiskin
LAHAD DATU 17 Feb. – Perdana Menteri berkata, Sabah kini bukan lagi negeri termiskin di Malaysia, sebaliknya ia berada pada kedudukan pertengahan antara kaya dan termiskin, jauh mengatasi Kelantan yang tercorot.

Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan, berdasarkan situasi semasa, ditambah dengan pelbagai perancangan jitu kerajaan Barisan Nasional (BN) dan semua agensi, Sabah amat berpotensi untuk melonjak menjadi antara negeri terkaya di Malaysia.

“Saya ingin beri soalan teka-teki kepada anda semua, negeri manakah yang paling miskin,” sambil dijawab serentak oleh orang ramai: “Kelantan.”

Najib mengiyakan jawapan itu dengan mengatakan kedudukan tercorot itu bermula sejak negeri tersebut berada di bawah pemerintahan kerajaan Pas Kelantan.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mini Estet Sejahtera (Mesej) Akuakultur Kampung Nala, Tungku, Lahad Datu di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal serta pemimpin setempat.

Hampir 10,000 penduduk setempat menghadiri majlis perasmian itu. Perdana Menteri turut menunaikan sembahyang Jumaat bersama penduduk di Masjid Projek Mesej Kampung Nala yang kali pertama digunakan.

Tambah Najib, semasa Sabah mencapai kemerdekaan pada 1963, taraf kehidupan rakyatnya amat daif dengan lebih 70 peratus daripadanya dibelenggu kemiskinan.

“Nala dalam bahasa Tamil bermaksud besar, jadi BN beri jaminan akan meneruskan agenda transformasi ‘nala’ kepada Sabah dan penduduknya,” katanya.

Jelas Najib, setiap tahun Felda menyalurkan bantuan sebanyak RM50 juta kepada kerajaan negeri, selain daripada sumbangan RM22 juta untuk projek Mesej ini.

Malah, kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah juga pada tahun ini telah menyalurkan pelbagai kemudahan dan projek pembangunan kepada negeri ini.

“Antaranya sebanyak 15,455 buah rumah mendapat sambungan bekalan elektrik, 68,092 rumah (bekalan air bersih) dan lebih 458,000 kilometer jalan,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

RTC nadi transformasi luar bandar
IPOH 17 Feb. – Kira-kira empat dekad lalu, kebanyakan kampung di seluruh negara dalam keadaan serba kekurangan dari segi kemudahan asas.

Penduduk kampung mendapatkan bekalan air daripada perigi atau sungai, bergantung kepada pelita minyak tanah atau ‘lampu ayam’ sebagai sumber cahaya waktu malam, menggunakan kayu api untuk memasak, jalan masih tanah merah, jauh sekali untuk memiliki barang mewah seperti televisyen.

Semua itu kini tinggal sejarah. Terima kasih kepada kerajaan yang menyedari suasana itu perlu berubah untuk rakyat menikmati sebuah kehidupan yang lebih baik dan selesa.

Usaha transformasi masyarakat luar bandar itu dimulakan oleh Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein yang membawa masuk pelbagai kemudahan asas, peluang pendidikan yang lebih luas, menempatkan penduduk luar bandar ke pembangunan tanah rancangan dan memperkenalkan dasar-dasar yang memastikan tiada siapa pun tercicir daripada pembangunan arus perdana.

Walaupun banyak kemajuan telah dicapai, dengan taraf kehidupan penduduk meningkat, usaha membantu dan memajukan penduduk luar bandar masih diteruskan dan kali ini anak allahyarham Tun Razak, Datuk Seri Najib, Perdana Menteri keenam, menerajui usaha itu.

Untuk mendekati dan membantu masyarakat luar bandar, Najib percaya Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang dicadangkan oleh Malaysian Blue Ocean Strategy Institute (MBOSI) akan membawa kesan yang diharapkan.

Inisiatif menubuhkan RTC di bawah teras Strategi Lautan Biru Kebangsaan 4 atau National Blue Ocean Strategy 4 (NBOS4) bermatlamat untuk menjadi penghubung masyarakat luar bandar dengan aktiviti yang mempunyai nilai tambah yang tinggi bagi mewujudkan impak ekonomi dan pendapatan berganda.

RTC Gopeng yang terletak di Terminal Agribisnes Negara (Teman) juga dijangka mengimbangi kepesatan pembangunan di bandar dan wilayah yang lain.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal ketika mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua kampung negeri Perak di RTC Gopeng berkata, pusat itu akan menjadi perintis kepada semua RTC yang akan dibuka di seluruh negara.

“RTC akan menjadi nadi kepada peningkatan pendapatan serta aktiviti ekonomi luar bandar. RTC antaranya dapat meningkatkan mata pencarian, produk luar bandar dapat dipasarkan dan dalam tempoh yang panjang, ia dapat dieksport,” katanya.

Beliau berkata, KKLW dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani adalah dua kementerian yang menerajui pelaksanaan program di bawah RTC di samping mendapat kerjasama kementerian lain seperti Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kewangan.

RTC juga adalah pusat integrasi perkhidmatan meliputi pengumpulan, pemprosesan dan pengedaran hasil pertanian, perbankan dan insurans, khidmat nasihat perniagaan, latihan dan kemahiran, penjagaan kesihatan dan ruang niaga.

RTC Gopeng dan RTC di Wakaf Che Yeh, Kelantan yang sudah beroperasi akan juga berperanan sebagai platform bagi golongan muda luar bandar untuk mendapatkan peluang pekerjaan dan melatih diri dalam bidang kemahiran tertentu.

Ketua Setiausaha KKLW, Datuk Ibrahim Mohamad berkata, RTC Gopeng diwujudkan khusus demi kemudahan semua penduduk dalam lingkungan 100km dari pusat berkenaan.

RTC Gopeng ialah hentian setempat bagi hampir semua jabatan yang berurusan dengan orang ramai seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), YAPEIM, Yayasan Tekun, Pos Malaysia, Klinik Kesihatan dan Agro Bank.

Pusat itu juga menyediakan perkhidmatan swasta seperti Kontena Nasional yang menawarkan kemudahan logistik pemasaran produk.

Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Ahmad Ishak pada taklimatnya awal Februari lepas, menarik perhatian bahawa pihak swasta juga memainkan peranan dalam usaha merancakkan semua aktiviti RTC Gopeng.

Hipermarket borong akan beroperasi di premis itu yang mana ia bekerjasama dengan usahawan tani bagi mengedar hasil pertanian ke seluruh rangkaian pasarannya di negara ini.

“Jalinan kerjasama swasta, rakyat dan jentera kerajaan sememangnya dapat memajukan negara, di mana kesan limpahannya merangkumi penduduk di Perak, Pahang (Cameron Highlands), Kelantan (Lojing) dan Selangor (Sabak Bernam).

RTC turut menjadi tempat Kios Informasi 1Malaysia yang merupakan pusat maklumat setempat yang menggabungkan informasi dan perkhidmatan yang ditawarkan pelbagai kementerian.

Pusat ini juga menyediakan kemudahan perkhidmatan pembiayaan mikro kredit di bawah pemantauan Kementerian Kewangan. – BERNAMA

Sempena perasmian RTC Gopeng oleh Perdana Menteri esok, FAMA mengadakan Karnival RTC.

Pengarah Fama negeri Perak, Basri Jasmo berkata, program itu bertujuan memperkenalkan RTC sebagai pusat pengumpulan dan pemasaran hasil dan produk pertanian dari luar bandar.

Sebanyak 15 agensi kerajaan akan membuka kaunter mereka sepanjang karnival itu mulai 10 pagi hingga 5 petang. Antaranya ialah Polis Diraja Malaysia yang mengadakan pameran kenderaan, senjata, sejarah dan kerjaya, pertunjukan unit udara, forensik serta pameran pemusnah bom.

Orang ramai berpeluang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang dirancang sempena karnival RTC Gopeng itu seperti pameran, jualan produk, pertandingan hiasan, persembahan seni pertahankan diri, seminar keusahawanan, pertandingan futsal dan pameran kerjaya.

RTC menggerakkan lapan inisiatif utamanya yang telah digariskan iaitu pertama bergerak sebagai penyedia peluang latihan berterusan kepada masyarakat luar bandar di RTC dan kawasan sekitarnya dengan matlamat menambah pengetahuan, kemahiran dan keupayaan masyarakat luar bandar untuk meningkatkan pendapatan, peluang pekerjaan serta taraf hidup.

Latihan keusahawanan, motivasi, pembungkusan, penjenamaan, persembahan produk, pengurusan makanan ternakan, teknik fertigasi dan kemahiran elektronik turut ditawarkan.

RTC juga menjadi platform kepada sektor pertanian bernilai tinggi dan membangunkan usahawan dalam bidang pemprosesan makanan untuk pasaran tempatan dan global.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Keluarga Asyraf Haziq bersyukur keputusan Mahkamah Utara London
KUALA LUMPUR 17 Feb. – Keluarga penuntut Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rossli, 20, yang dibelasah sekumpulan perusuh di London, Ogos tahun lalu melahirkan rasa syukur dengan keputusan Mahkamah Utara London hari ini.

Ibu mangsa, Maznah Abu Mansoor berkata, beliau sekeluarga bersyukur dan berharap selepas ini Muhammad Asyraf dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajiannya dalam bidang perakaunan.

Katanya, keputusan itu dianggap adil terhadap anak lelaki kesayangannya itu.

Jelas beliau, anak lelakinya itu ada memberitahu bahawa dia sedikit terganggu ekoran proses perbicaraan dan berharap Muhammad Asyraf akan kembali fokus serta dapat menjalani kehidupan di sana dengan aman sejahtera.

“Selaku ibu, saya sangat bersyukur dengan keputusan mahkamah itu dan berharap agar dia dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajiannya selepas ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Berdasarkan laporan agensi AFP, Mahkamah Utara London hari ini mendapati seorang remaja, Beau Isagba, 17, bersalah atas tuduhan mencederakan Muhammad Asyraf hingga cedera di rahang apabila diserang di Barking, Timur London.

Dalam perbicaraan itu, Isagba mengaku mencuri basikal Muhammad Asyraf dan mendakwa dia berasa penat akibat terlibat dalam rusuhan itu tetapi menafikan menyerang Asyraf.

Muhammad Asyraf, penuntut tahun pertama jurusan perakaunan di Kolej Kaplan, Barking dibelasah sekumpulan perusuh ketika keluar untuk membeli juadah berbuka puasa Ogos lalu.

Ekoran kejadian itu, penuntut tajaan Majlis Amanah Rakyat itu terpaksa menjalani pembedahan membetulkan rahang di Hospital Royal London.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan ketika dihubungi menyifatkan keputusan itu satu keputusan yang baik dari segi keadilan terhadap Muhammad Asyraf.

Beliau berkata, apa yang diharap adalah Muhammad Asyraf tenang dan dapat menumpukan sepenuhnya perhatian kepada pengajian.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Sifat benci melampau punca perpecahan umat
KUALA LUMPUR 17 Feb. – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, antara punca perpecahan umat Islam yang terus berpanjangan di negara ini adalah disebabkan wujudnya sifat benci-membenci yang begitu melampau, termasuk yang diperkatakan oleh khatib di mimbar-mimbar masjid.

Katanya, beliau sendiri pernah menjadi mangsa cercaan di mimbar masjid apabila terdapat khatib yang menggelarkannya ‘haramsani’ dan ‘Harussani anjing kerajaan.’

Beliau berkata, perkataan itu jelas memperlihatkan kebencian yang begitu hebat sehingga mereka sanggup menggunakan mimbar masjid untuk mencacinya.

“Bukan saya tidak tahu ada khatib mencerca saya. Saya sebenarnya kasihan melihat khatib seperti ini kerana mereka membawa perbuatan fasiq di dalam ibadat.

“Persoalannya sekarang, sah atau tidak solat Jumaatnya,” katanya ketika menjadi ahli panel dalam sesi pertama Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini malam ini.

Selain beliau, turut menjadi ahli panel sesi tersebut ialah Timbalan Dekan, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Pengerusi Jawatakuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU), Fathul Bari Mat Jahaya.

Ketiga-tiga ahli panel membincangkan isu bertajuk Kesepaduan ulama, cendekiawan Islam dan penulis maya dalam menyelamatkan masalah umat.

Dalam perkembangan berkaitan, Harussani berkata, sudah tiba masanya tahap kebencian seperti itu dihentikan kerana ia hanya akan mengundang perpecahan yang tiada kesudahan.

Hakikatnya, beliau berkata, perpecahan amat dibenci oleh Allah dan Rasulullah kerana ia bukan sahaja melemahkan kekuatan umat Islam malah Islam itu sendiri.

“Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat Allah yang memerintahkan semua umat Islam mengikat tali persaudaraan dan kukuhkan perpaduan. Ini merupakan perintah Allah yang wajib kita patuhi,” katanya.

Selain itu, beliau turut meminta umat Islam negara ini menjauhi sifat keji yang terkandung dalam ayat ke-10 surah al-Hujurat.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Penulis alam maya perlu jauhi sifat keji – Fathul Bari
KUALA LUMPUR 17 Feb. – Penulis-penulis di alam maya atau Internet diminta menjauhi sifat keji di dalam penulisan mereka seperti mencaci, memfitnah, menghina dan menyebarkan berita palsu.

Pengerusi Jawatakuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (iLMU), Fathul Bari Mat Jahaya, berkata, sifat-sifat itu jika diamalkan bukan sahaja boleh menimbulkan kebencian manusia, malah ia boleh mendatangkan kemurkaan Allah.

Beliau berkata, sifat sebegitu juga boleh menimbulkan permusuhan serta perpecahan dalam kalangan umat sekiranya ia dibiarkan berlarutan.

“Penulis maya juga mempunyai tanggungjawab dalam menyebarkan berita kepada masyarakat. Mereka tidak boleh memasukkan berita hanya bertujuan memfitnah dan menghina orang,” katanya ketika membincangkan isu bertajuk Kesepaduan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Dalam Menyelamatkan Masalah Umat.

Fathul Bari berkata, firman Allah di dalam al-Quran ada menyentuh secara jelas mengenai isu tersebut seperti yang disebut di dalam ayat keenam dalam surah al-Hujurat.

“Sebaik-baiknya penulis maya menjadikan wadah mereka sebagai pemangkin perpaduan umat dan bukannya agen perpecahan umat ” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, perbezaan kecil dalam soal ibadat hendaklah diuruskan dengan baik supaya tidak berlaku perpecahan dalam kalangan umat.

“Semua pihak perlu berlapang dada dalam soal ini bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini dalam masyarakat,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

YBK bantu golongan kurang upaya tunai umrah
KUALA LUMPUR 17 Feb. – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini melancarkan Program Umrah Seringgit Sejuta Nilai bertujuan mengumpulkan dana bagi membawa golongan kurang berkemampuan menunaikan ibadah umrah.

Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Sakom berkata, program tersebut akan digerakkan untuk menarik orang ramai menghulurkan RM1 sebagai derma.

Katanya, cara itu sedikit sebanyak dapat membantu memenuhi impian golongan tersebut untuk menunaikan ibadah umrah.

“Ramai di antara mereka mengimpikan untuk menjadi tetamu Allah tetapi dibelenggu dengan kemiskinan, jadi dengan ikhtiar ini diharap dapat membantu merealisasikan hajat mereka itu.

“Lagipun apalah sangat nilai satu ringgit jika hendak dibandingkan dengan nikmat yang dapat kita berikan kepada mereka untuk menjadi tetamu Allah kelak,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program berkenaan di sini hari ini.

Program itu dijalankan dengan kerjasama Karyawan Bestari Sdn. Bhd. dan menyasarkan golongan kurang berkemampuan seperti fakir miskin, saudara baru, warga emas, anak-anak yatim, ibu tunggal dan orang kurang upaya.

Tambahnya, selain derma orang ramai, pihaknya juga mengalu-alukan syarikat korporat untuk menderma agar lebih ramai golongan kurang berkemampuan dapat dibawa ke Mekah.

“Bayangkanlah jika kita dapat mengumpulkan seringgit daripada setiap poket rakyat Malaysia, berapa ramai yang kita dapat bawa ke Mekah?,” soalnya.

Katanya, bagi pihak berminat untuk menghulurkan derma, mereka boleh menyumbang melalui akaun bank Al Rajhi bernombor 107001881930103 atau melalui tabung yang digerakkan oleh sukarelawan.

Zainal berkata, untuk permulaan, program tersebut membawa dua peserta iaitu saudara baru, Omar Ravi Abdullah, 42, dan Abdul Samad Sapie, 59, menunaikan umrah Mei depan.

“Pemilihan dua peserta ini adalah sebagai percubaan dan sekiranya mendapat sambutan, kita teruskan untuk membawa lebih ramai golongan ini menunaikan umrah,” katanya.

Sementara itu, Omar Ravi mengakui sangat terharu dan bersyukur dengan rezeki yang diterima itu.

Abdul Samad berkata, doanya untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah akhirnya dimakbulkan Allah SWT.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Bekas Ahli Parlimen Hulu Langat meninggal dunia
KUALA LUMPUR 17 Feb. – Bekas Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Badrul Hisham Abdul Aziz, 53, meninggal dunia petang ini akibat sakit jantung.

Menurut anak Allahyarham, Iliyas Fazli, 19, bapanya meninggal dunia dipercayai ketika sedang dalam perjalanan menuju ke Hospital Serdang kira-kira pukul 3 petang.

Sebelum itu katanya, Allahyarham mengadu kurang sihat ketika berada di surau untuk menunaikan solat Jumaat dan mereka berdua kemudiannya pulang ke rumah di Mutiara Bangi, Bandar Baru Bangi.

“Sampai di rumah, ayah sempat meminta saya memberikannya makanan namun beliau tidak lalu menelannya. Selepas itu, ayah meminta saya hubungi ambulans dan pada ketika itu, saya lihat mukanya amat pucat.

“Tidak lama tiba di hospital, doktor beritahu, ayah sudah meninggal dunia,” katanya di sini, hari ini.

Allahyarham merupakan Ahli Parlimen Hulu Langat untuk tempoh dua penggal (1995-2004) dan juga pernah berkhidmat di Kumpulan Utusan dengan jawatan terakhir adalah Penolong Pengarang Berita, Utusan Malaysia.

Selain itu, Allahyarham juga adalah Timbalan Ketua Pengarang laman berita Internet, Agendadaily.

Ketika ini, Allahyarham merupakan Pegawai Bersekutu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Hulu Langat.

Allahyarham mempunyai enam anak dan enam cucu.

Isteri Allahyarham, Datin Noraini Ahmad dalam pada itu berkata, beliau hanya mengetahui berita kematian suaminya daripada anaknya kira-kira pukul 3 petang.

Katanya, Allahyarham tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum meninggal dunia.

“Memang Allahyarham mempunyai beberapa penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis, namun beliau sihat seperti biasa,” katanya.

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bandar Baru Bangi kira-kira pukul 10 pagi esok.

Dipetik dari Utusan Malaysia

RTC: Kluster perbankan, kewangan disediakan
GOPENG 17 Feb. – Kerajaan menyediakan satu kluster perbankan dan kewangan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang pertama di sini khusus untuk membantu peniaga di kawasan berkenaan dan sekitarnya memperkukuhkan perniagaan mereka.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kluster berkenaan yang terkandung dalam Inisiatif Kelapan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) disediakan untuk memudahkan peniaga di kawasan RCT memohon pembiayaan kewangan.

Kata beliau, skim-skim pembiayaan yang ditawarkan juga menawarkan kadar faedah yang rendah bagi membantu peniaga terlibat agar mereka berupaya meningkatkan kualiti dan kuantiti produk masing-masing.

“RTC merupakan inisiatif baru yang dilaksanakan kerajaan khusus untuk membangunkan kawasan luar bandar. Apa yang cuba kerajaan lakukan melalui RTC adalah memperkukuhkan dan meningkatkan rangkaian bekalan pertanian kawasan luar bandar di samping memenuhi permintaan seluruh negara.

“Dalam konteks Kementerian Kewangan, kita tumpukan soal pembiayaan. Mungkin ada peniaga di RTC yang memerlukan pembiayaan kewangan atau sektor baru yang akan datang juga memerlukannya.

“Jadi, kita letak di sini satu kluster termasuk Agro Bank, SME Bank, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk membantu mereka,” katanya selepas mengunjungi Pameran Inisiatif Lapan Strategi Lautan Biru: Kemudahan Kewangan di Pejabat RTC di sini hari ini.

Menurut Ahmad Husni, di bawah RTC sebanyak lapan inisiatif sedang dilaksanakan oleh pelbagai kementerian dengan agensi yang berkaitan bagi membangunkan kawasan luar bandar.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Husni berkata, pelaksanaan program-program di RTC bertujuan menjadikan masyarakat luar bandar lebih berdaya maju dan berdaya saing serta berupaya memasarkan produk yang dihasilkan mereka di seluruh negara dan akhirnya menembusi pasaran eksport.

Jelas beliau, keadaan pasaran ketika ini boleh disifatkan sebagai permintaan melebihi penawaran dan RTC ditubuhkan berperanan memastikan keadaan itu berubah.

“RTC Gopeng dulu dikenali sebagai Terminal Agribisnes Negara (Teman) dan prestasinya agak sederhana sebab ia hanya menjadi pusat untuk orang membawa barang dan pemborong.

“Tetapi sekarang, peranannya kita perluaskan. Kita bercita-cita untuk membangunkan bekalan dari sektor luar bandar ke tahap lebih tinggi. Itu sebabnya ada kerjasama dengan universiti untuk memperkukuhkan penawaran umpamanya dari segi latihan pada peniaga supaya prestasi produk dapat ditingkatkan di samping melihat potensi baru.

“Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar yang seterusnya mampu menghapuskan kemiskinan tegar dan mengurangkan kadar kemiskinan secara keseluruhannya,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Tindakan tegas anjur murtad
PENDANG 17 Feb. – Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menganjurkan kegiatan atau aktiviti yang cuba memurtadkan orang Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, penubuhan Jawatankuasa Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah yang memantau pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam baru-baru ini membolehkan tindakan bersifat undang-undang diambil ke atas pihak terbabit.

“Saya juga telah arahkan agar diwujudkan pasukan supaya kita ada kepakaran untuk mengambil tindakan berdasarkan bukti dan mengikut saluran undang-undang negeri,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Pendang di Masjid Al-Muniroh Kampung Tai di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai laporan sebuah akhbar hari ini berhubung kegiatan pihak tertentu yang menggelarkan diri mereka kumpulan penyokong murtad di Malaysia dan Singapura apabila menubuhkan kelab itu di laman Facebook bagi meraih sokongan masyarakat.

Jamil Khir berkata, pada masa ini usaha sedang dipergiatkan termasuk mengadakan pemantauan lebih rapi terhadap pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam.

Katanya, usaha itu diharap tidak disalah tafsir kerana ia bertujuan menjaga keharmonian masyarakat dan memastikan akidah orang Islam dipertahankan.

“Semua majlis agama Islam negeri telah bergerak aktif dan proaktif dengan mencari serta bergerak untuk melihat usaha ke arah memurtadkan orang Islam.

“Pendedahan demi pendedahan yang pelbagai juga diberi sebagai peringatan supaya masyarakat tidak terperangkap dengan gejala murtad,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Insurans: Kedegilan majikan punca kerajaan rugi RM1.6 juta
KUALA LUMPUR 17 Feb. – Kedegilan majikan melanggan Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA) menyebabkan lebih RM1.6 juta duit cukai rakyat dibazirkan untuk menampung kos bil hospital.

Biarpun telah diwartakan pada 1 Januari 2011, SPIKPA masih tidak mendapat sambutan dengan hanya 1.4 juta polisi insurans dilanggan berbanding lebih tiga juta anggaran pekerja asing berdaftar.

”Jumlah yang melanggan tidak termasuk pembantu rumah dan ladang dari Sabah dan Sarawak,” kata Pengarah Bahagian Kesihatan dan Ekonomi Isi Rumah Berpendapatan Rendah, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Chua Hong Teck.

Menurutnya, majikan dan pihak terlibat seperti persatuan pekerja pembantu rumah dan ladang enggan membeli insurans untuk melindungi pekerja mereka dan apabila pekerja itu sakit dan dirawat di hospital, bil tidak dijelaskan oleh majikan.

“Antara RM5 hingga RM6 juta bil tertunggak datangnya daripada golongan berkenaan. Siapa yang kena bayar? Tentulah duit pembayar cukai,” kata beliau ketika ditemui pada hari Kedua Persidangan Transformasi Nasional di sini hari ini.

Hong Teck menjelaskan, pekerja asing berhak menerima rawatan di hospital dan doktor perlu merawat mereka sekiranya keadaan memerlukan kerana ini adalah etika perubatan yang perlu dipatuhi.

Katanya, bayaran perubatan yang dikenakan kepada mereka adalah tinggi iaitu mengikut kadar kelas pertama sekali gus menyebabkan kos bil tertunggak tinggi.

“Mereka datang ke hospital untuk dirawat, kemudian tidak menjelaskan bil walaupun dihantar sendiri oleh majikan masing-masing. Yang tidak bayar bukan mereka tetapi majikan mereka.

“Perkara ini tidak berlaku jika mereka memiliki SPIKPA yang memberikan perlindungan sehingga RM10,000,” katanya.

Menurutnya, dasar di luar negara menetapkan setiap pekerja atau pelajar asing perlu memiliki insurans sebelum dibenarkan masuk ke negara berkenaan.

“Jabatan Imigresen perlu memastikan golongan ini memiliki insurans sebelum meluluskan permit kerja bagi mengelakkan keadaan sekarang semakin teruk,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Pasukan teknikal RISDA ke Kemboja bulan depan
PUTRAJAYA 17 Feb. – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan menghantar satu pasukan teknikal ke Kemboja bulan depan bagi membantu negara itu membangunkan penanaman getah.

Pengerusinya, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, pasukan khas itu akan menyalurkan bantuan dari segi kepakaran dan teknologi yang pernah dilaksanakan di sini.

Katanya, ia berikutan kekaguman Kemboja terhadap kebolehan Malaysia yang berjaya membantu pekebun kecil keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Ketua Pengarah RISDA, Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad akan mengetuai lawatan itu di mana kita akan mengambil peluang ini untuk melabur di sana.

“Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen sendiri yang menjemput kita kerana mereka tahu teknologi penanaman getah yang ada di sini tidak wujud di tempat lain,” katanya semasa merasmikan majlis Boling RISDA Bersama Media di sini, semalam.

Pada majlis itu seramai 54 pengamal media dari 19 pelbagai agensi media bersama 25 warga RISDA menyertai pertandingan yang julung kali dianjurkan RISDA untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada media.

Tambah Rahim, RISDA juga akan mengadakan seminar ekonomi dengan kerjasama negara itu di sana pada tahun ini.

Menurutnya, seminar itu akan memberi peluang kepada pelabur kedua-dua negara untuk meneroka bidang pertanian.

“Selain getah kita juga akan mencadangkan penanaman jagung, padi, serai dan lain-lain lagi di Phnom Penh pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, RISDA akan melaksanakan kempen membaja secara besar-besaran ke seluruh negara pada tahun ini untuk meningkatkan produktiviti hasil tanaman para pesertanya.

“Kita akan melaksanakan program Good Agriculture Practices (GAP) supaya pekebun kecil ini dapat meningkatkan teknik pembajaan yang betul dan tiada lagi kemiskinan di kalangan mereka,” katanya.

Mengenai acara boling tersebut, Rahim berharap ia diadakan dengan tema santai dan kekeluargaan akan dapat mengeratkan hubungan antara RISDA dengan media.

Hadir sama pada acara itu ialah Wan Mohamad Zuki Mohamad; Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Mohamat Muda dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Korporat) RISDA , Ahmad Sufi Alias.

Juara acara berkenaan digondol oleh pasukan Sinar Harian dengan skor 1,520 mata, diikuti pasukan RTM dan pasukan Bernama.

Dipetik dari Utusan Malaysia

51 penghuffaz al-Quran terima Sijil Tahfiz Malaysia
BANGI 17 Feb. – Seramai 51 penghuffaz al-Quran menjadi kumpulan pertama penerima Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang diperkenalkan Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memartabatkan golongan tersebut pada kedudukan sewajarnya.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, sijil itu juga akan membuka peluang luas kepada penghuffaz al-Quran melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Sebelum ini, tidak ada sijil rasmi diberikan penghuffaz al-Quran sehingga menyukarkan golongan itu untuk bergerak ke peringkat seterusnya selepas berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran.

“Lantaran itu, pada November tahun lalu kita perkenalkan STM dengan harapan ia akan memberi sinar buat golongan penghuffaz al-Quran,” katanya ketika merasmikan majlis Multaqa Huffaz Peringkat Kebangsaan kali kedua di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah ILIM, Pauzaiyah Haron; Timbalan Penolong Pengarah Pembangunan Insan Jakim, Razali Shahabudin; Pengarah Darul Quran Jakim, Tuan Paimuzi Yahya dan Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad.

Pada majlis itu, Pengetua Maahad Tahfiz As-Idiyyah, Mohamad Muhsin Sheikh Ahmad diumumkan Tokoh Hafiz Kebangsaan 2012.

Menurut Othman, pihaknya bercadang untuk membuka peluang kepada pemegang sijil berkenaan melanjutkan pengajian di peringkat ijazah melalui skim kendaliannya iaitu Skim Pembiayaan Hafiz.

“Kami akan menyalurkan apa jua bantuan yang boleh diberikan, selain membuat penyelarasan bersesuaian dari semasa ke semasa untuk memartabatkan golongan ini dan bidang hafaz al-Quran.

“Dengan usaha berterusan, saya percaya huffaz al-Quran akan menjadi sebahagian profesional dan setanding dengan mereka yang berada dalam jurusan lain,” katanya.

Seorang penerima STM, Azuwad Adzhar Abd. Malek, 28, berkata, pengiktirafan tersebut telah membuka kembali hajatnya untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Masalah pengiktirafan sijil kepada pelajar tahfiz swasta dan persendirian sudah terlalu lama diperkatakan. Alhamdulillah dengan usaha Jakim memperkenalkan STM telah menyelesaikan masalah ini,” katanya yang merupakan pelajar sebuah maahad tahfiz di Perak .

Bagi penerima STM berasal dari Kajang, Ain Najihah Mohd. Najib Alpuad, 17, berkata, STM membuktikan kerajaan mengambil berat nasib penghuffaz al-Quran.

“Saya percaya dengan pengiktirafan ini, masa depan kami akan lebih terjamin dan pastinya dapat mengembalikan kepercayaan sesetengah pihak bahawa bidang ini setanding jurusan yang lain.

“STM perlu diteruskan agar hasrat kerajaan mahu melahirkan lebih ramai golongan profesional dalam bidang ini tercapai sekali gus dapat menaiktaraf sistem hafazan dan pengajian al-Quran kepada lebih sistematik dan efisien,” jelasnya.

Dalam pada itu, pelajar Maahad Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar Jugra, Fina Sakinah Abd. Shukor berkata, dia bersyukur cita-citanya untuk menjadi seorang penghuffaz al-Quran yang diiktiraf menjadi kenyataan hari ini.

“Saya baru menghafaz sebahagian al-Quran pada bulan lima tahun lalu. Apabila permohonan STM dibuka pada November, Alhamdulillah usaha saya menghafaz 30 juzuk berjaya dan diluluskan Darul Quran,” ujarnya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Dua beradik tidak sekolah
LEDANG 17 Feb. – Dua beradik dari kampung Melepang, Sagil, dekat sini bukan sahaja ditinggalkan ibu bapa mereka, malah tidak dapat bersekolah kerana tidak memiliki sijil kelahiran.

Adik beradik malang tersebut, Mohamad Amin, 11, dan adiknya, Aishah, 10, yang kini dipelihara sebuah keluarga angkat hingga kini tidak tahu menulis serta membaca kerana tidak pernah bersekolah.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Ledang, Nurhayati Abdul Kadir berkata, dua beradik berkenaan mempunyai sijil lahir tetapi disimpan oleh ibu mereka yang menghilangkan diri sejak 10 tahun lalu.

Menurutnya, penjaga kanak-kanak itu yang berusia 55 tahun memberitahu, ibu mereka membawa bersama sijil lahir kedua-dua anaknya ketika menghilangkan diri.

“Penjaga mereka pernah hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendaftarkan dua beradik itu, tetapi tidak dibenarkan berikutan tiada dokumen sokongan.

“Kami bimbang jika terus tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, mereka akan terabai dan tidak dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain terutama untuk mendapat pendidikan sempurna,” katanya di sini hari ini.

Difahamkan, ibu bapa dua beradik itu tidak pernah menjenguk anak-anak mereka sejak menghilangkan diri dan tidak diketahui hingga kini di mana mereka berada.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai bagi mengenal pasti ibu bapa dua beradik berkenaan bagi membolehkan mereka diberi pendidikan dan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.

Beliau berkata, nasib dua beradik itu diketahui pihaknya menerusi Talian Nur pada 9 Januari lalu yang mengatakan mereka yang dijaga seorang lelaki di kampung berkenaan tidak bersekolah dan terabai.

“Kami terus menjalankan siasatan dengan mengunjungi kanak-kanak berkenaan dan didapati memang kedua-duanya tidak bersekolah serta tidak memiliki kad pengenalan serta dokumen lain seperti rekod kelahiran,” katanya.

Mereka yang mengenali ibu bapa dua beradik berkenaan boleh menghubungi JKM 06-9787725.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Orang awam, media diminta henti label Sibu bandar gengster
KUCHING 17 Feb. – Orang awam termasuk media perlu berhenti melabel Sibu sebagai pusat gengsterisme kerana ia hanya akan menimbulkan persepsi negatif terhadap bandar itu sehingga menakutkan pengunjung luar.

Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Acryl Sani Abdullah berkata, dua pembunuhan yang berlaku di bandar tersebut baru-baru ini merupakan kes luar biasa yang jarang berlaku di negeri ini serta tidak mempunyai hubung kait antara satu sama lain.

Justeru, katanya, tanggapan negatif orang ramai bahawa Sibu adalah sebuah bandar gengster serta tidak selamat untuk dikunjungi atau didiami tidak benar.

“Tempat mana tidak ada gengster, malah jika di negeri lain, ia lagi ganas dan kejam.

“Janganlah hanya disebabkan dua kes pembunuhan yang berlaku di situ baru-baru ini, kita membuat kesimpulan Sibu adalah bandar gengster,” katanya pada sesi dialog bersama peserta Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia 2012 yang turut dihadiri timbalannya, Datuk Law Hong Soon di sini hari ini.

Awal tahun ini, seorang ahli perniagaan, Ling Tong Hock, 36, bersama ibunya, Leong Nyuk Lan, 76; anak lelakinya, David Ling Chei Qi, 10, dan anak perempuannya, Amy Ling Zi Jiun, 7 diserang dan dibunuh dengan kejam di kediaman mereka.

Selang seminggu selepas kejadian itu , seorang lagi ahli perniagaan, Lau Leh Hing, 42, mati ditembak ketika memasuki sebuah kedai di bandar itu sehingga orang ramai mengaitkan dua kes tersebut dengan aktiviti gengsterisme

Menurut Acryl Sani, menerusi Ops Cantas Kenyalang yang dilaksanakan secara besar-besaran pada 2007, pihaknya telah berjaya mengawal dan mengekang kegiatan gengsterisme di bandar-bandar besar di negeri ini.

“Meskipun Ops Cantas Kenyalang telah berakhir, kita sentiasa memantau dan melakukan operasi berterusan bagi membanteras kegiatan sama serta jenayah lain menerusi Ops Cantas, Ops Dadu, Ops Noda dan lain- lain,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Acryl Sani berkata, untuk tempoh dua bulan pertama tahun ini, Sarawak dijangka kekal sebagai negeri yang mempunyai kadar jenayah terendah berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung.

Sehingga 16 Februari, katanya, indeks jenayah di negeri ini menunjukkan penurunan sebanyak 17 kes iaitu 1,365 berbanding 1,412 kes bagi tempoh sama tahun lalu, manakala kadar penyelesaian kes adalah 34.14 peratus.

“Daripada jumlah ini, jenayah keganasan seperti kes pecah rumah dan samun mencatat bilangan tertinggi dan kebanyakannya dilakukan warga asing dari negara jiran,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Pembinaan bangunan tinggi di Ipoh diteruskan
IPOH 17 Feb. – Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mahu Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim meneruskan kelulusan pembinaan bangunan-bangunan pencakar langit di bandar raya ini walaupun terdapat larangan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Menurutnya, beliau boleh faham sekiranya bangunan-bangunan tinggi tidak boleh dibina di sekitar lapangan terbang tetapi bukan untuk seluruh kawasan di bandar raya ini.

“Baru-baru ini, saya berkelahi dengan DCA. Saya buat kenyataan di dalam akhbar sudah sampai masanya Ipoh ada bangunan-bangunan tinggi. Seminggu selepas itu, DCA hantar surat penjelasan panjang lebar kepada saya mengatakan tidak boleh buat kerana ini peraturan antarabangsa.

“Saya cakap, logiknya untuk kapal terbang mendarat di atas landasan, bermakna hanya kawasan sekitar yang tidak boleh dibina bangunan tinggi. Takkan seluruh bandar raya ini tidak boleh bina kerana akhirnya kita tidak akan ada bangunan-bangunan baru,” katanya pada Perhimpunan Perdana Anggota Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, beliau turut mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM500 kepada semua 2,500 kakitangan MBI yang melibatkan peruntukan sebanyak RM1.14 juta.

Menurut Zambry, sudah tiba masanya bandar raya ini yang sinonim dengan imej bangunan ‘kontot’ serta sekian lama memiliki bangunan pencakar langit seperti di Selangor, Pulau Pinang dan Johor.

Kata beliau, kini bukan sahaja banyak bangunan baru sudah dibina di sini, malah terdapat banyak permintaan daripada pihak swasta untuk membina bangunan-bangunan baru.

“Kita akan ada dewan konvensyen baru, kompleks beli-belah Jusco terbesar di Malaysia di Station 18, Mydin terbesar di Malaysia di Meru Raya dan satu lagi pusat konvensyen baru di Meru Raya.

“Di depan rumah Menteri Besar pun ada Pejabat Kecil dan Pejabat Rumah (SOHO) yang pertama di Perak. Saya sudah terima cadangan-cadangan baru pembinaan hotel bertaraf empat dan lima bintang serta bangunan-bangunan pencakar langit baru akan dibina dalam tempoh beberapa bulan lagi,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Inisiatif kerajaan kurangkan beban rakyat – Muhyiddin
KUANTAN 16 Feb. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan melakukan pelbagai program dan bantuan bagi memastikan rakyat tidak dibebani dengan kos sara hidup yang tinggi.

Beliau berkata, kerajaan dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa prihatin dengan bebanan ditanggung oleh rakyat ketika ini.

“Barisan Nasional (BN) tawar apa termampu dan tidak membuat pinjaman untuk memberi bantuan termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang menggunakan simpanan sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan 1Malaysia di Pusat Rekreasi Pantai Balok di sini hari ini yang dihadiri seramai 20,000 orang.

Pada majlis itu, Muhyiddin menyampaikan baucar BR1M bernilai RM4.3 juta kepada 8,500 penerima melibatkan dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Beserah dan DUN Semambu di bawah Parlimen Indera Mahkota.

Hadir sama Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Muhyiddin berkata, tahun ini kerajaan membelanjakan sejumlah RM33 bilion setahun untuk subsidi kepada rakyat.

Jelasnya, pelbagai inisiatif diambil bagi memastikan rakyat mendapat pendapatan tinggi, produktiviti negara meningkat, mengawal inflasi dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

“Kita (kerajaan) juga memperkenalkan kawalan harga untuk memastikan harga barangan tidak terus membebankan rakyat.

“Jika kerajaan tidak masuk campur, harga barang ini adalah tinggi dan sekali gus kos sara hidup akan lebih tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengulangi kenyataan bahawa bantuan BR1M bukan rasuah, sebaliknya ia adalah wang rakyat yang diberikan semula kepada mereka yang memerlukan.

Katanya, bantuan itu diberikan kepada semua rakyat yang layak tanpa mengira latar belakang dan ideologi politik.

Pada majlis berkenaan, Muhyiddin turut mengumumkan beberapa peruntukan untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat di kawasan berkenaan berjumlah RM19.8 juta.

Antaranya, membina Masjid Chengal Lempong, Beserah bernilai RM4 juta; membina Dewan Serbaguna Kampung Peramu, Kuantan (RM1juta), menaiktaraf sistem perparitan di Kampung Nelayan Beserah (RM3.5 juta), dan pembinaan semula gerai serta pasar ikan di Beserah (RM6 juta).

Dipetik dari Utusan Malaysia

Bangga prestasi Maritim Malaysia
KUANTAN 16 Feb. – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang merupakan aset baru kerajaan diibaratkan sebagai ‘Tunas Muda’ kerana memberi nilai tinggi kepada rakyat walaupun ketika diumumkan penubuhannya tujuh tahun lalu, ramai yang sinikal terhadap usaha murni tersebut.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan trend jenayah pelanunan dan rompakan yang membimbangkan di samping wujudnya jenayah rentas sempadan, ramai pihak tidak begitu yakin bahawa kadar jenayah itu dapat dikurangkan.

“Tetapi Alhamdulillah, pada hari ini, saya boleh melihat dan merasai gelombang perubahan yang sedang berlaku. Berkat perancangan, kesungguhan dan pengorbanan setiap warga Maritim Malaysia, kadar jenayah maritim di seluruh negara telah dapat dikurangkan sebanyak 16 peratus pada 2006 kepada 4.22 peratus pada 2011.

“Statistik ini berdasarkan kepada 66,678 kali pemeriksaan dan 4,832 penahanan bagi pelbagai kes. Berdasarkan rekod Biro Maritim Antarabangsa (IMB), kejadian pelanunan dan rompakan melibatkan kapal dagang di perairan negara telah menurun dengan tiada kes dilaporan pada 2009 hingga 2010 dan hanya dua kes dikesan pada 2011.

“Berdasarkan statistik tahun 2006 hingga Januari tahun ini, sebanyak 794 pelbagai kes penyeludupan telah dikendalikan yang mana ia turut mengecilkan jurang kerugian ekonomi di samping dapat mengekang imej negatif negara,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Maritim Malaysia Ketujuh di Pusat Latihan dan Akademi Maritim Malaysia (PLAMM) di sini hari ini.

Hadir sama isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim, Datuk Mohd. Amdan Kurish.

Pada sambutan tersebut, selain disampaikan sijil khas kepada pegawai dan anggota Maritim Malaysia, turut dilancarkan buku Sejarah Penubuhan Maritim Malaysia serta penyerahan sijil MS ISO 9001:2008 yang diberikan kepada PLAMM.

Muhyiddin berkata, biarpun diperlekehkan, Maritim Malaysia tetap merupakan agensi penguat kuasa yang diwujudkan oleh kerajaan bagi mendepani benteng kedaulatan dan keselamatan perairan negara.

“Saya yakin, di sebalik usia muda Maritim Malaysia yang baru sahaja melangkah ke tujuh tahun, rata-rata rakyat tempatan dan sebahagian masyarakat antarabangsa telah mengiktiraf dan menghargai peranannya,” katanya.

Beliau dalam pada itu, berkata, program transformasi Maritim Malaysia akan meneruskan perolehan dan penggantian aset bagi memperkasakan keupayaan penguatkuasaan serta operasi mencari dan menyelamat.

“Hampir 90 peratus aset termasuk kelengkapan dan 100 peratus keperluan sumber manusia dijangka akan dapat dicapai selepas tahun 2016,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

TPM tunggu siasatan fidlot, hormati pandangan Dr. M
KUANTAN 16 Feb. – Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menunggu hasil siasatan pihak berkuasa berhubung isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) sebelum mengeluarkan sebarang pandangan yang menyentuh kedudukan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, ini bagi mengelak sebarang kenyataan bersifat mendahului siasatan di samping menghindari prasangka buruk biar pun pada masa sama menghormati pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang meminta Shahrizat supaya berundur.

Tambah Muhyiddin, dalam hal yang berkaitan siasatan dan undang- undang seperti isu ini, adalah tidak wajar untuk beliau membuat kenyataan politik sebaliknya lebih elok semua pihak bersabar menunggu pengumuman pihak bertanggungjawab.

“Apabila ada keputusan selepas ini, pihak yang terlibat sama ada Shahrizat boleh buat keputusannya sendiri. Kita tidak boleh mendahului dengan membuat andaian yang kita sendiri tidak ada maklumat sebab ini masih di peringkat siasatan,” katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri perjumpaan bersama pemimpin UMNO negeri yang turut dihadiri Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Pengerusi Badan Perhubungan negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob di sebuah hotel di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas pandangan Dr. Mahathir semalam yang berpendapat Shahrizat perlu meletak jawatan sekiranya berasakan tindakan tersebut terbaik buat UMNO.

Begitupun, tegas Dr. Mahathir, beliau secara peribadi tidak pernah meminta Shahrizat berbuat demikian, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada Ketua Wanita UMNO itu untuk membuat sebarang keputusan.

Mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini yang mendedahkan NFC telah melanggar syarat perjanjian kerana menggunakan wang pinjaman untuk tujuan lain, Muhyiddin berkata, beliau tidak mempunyai maklumat mengenai perkara berkenaan.

Menurutnya, sebab itu selagi tiada kenyataan yang dikeluarkan pihak yang bertanggungjawab dalam siasatan isu berkenaan, maka kenyataan Mohamed Nazri itu masih dilihat satu andaian.

“Saya tak tahu Nazri ada privileged information (maklumat dari pihak berkuasa), tetapi saya tak ada. Eloklah kita tunggu Peguam Negara buat pengumuman sesuai bila siasatan itu selesai dilakukan,” jelasnya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Projek Samur pembuka tirai
SIPITANG 16 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Projek Ammonia Urea Sabah (Samur) Petronas bernilai RM4.6 bilion sebagai pembuka tirai kepada satu era baharu yang akan membawa perubahan besar untuk negeri Sabah dan rakyatnya.

Ini kerana menurut Perdana Menteri, Projek Samur yang merupakan pelan strategik di bawah Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) merupakan sebuah projek berskala dunia dan bakal memberi limpahan pembangunan di negeri itu.

Katanya, projek itu akan menjana kepesatan ekonomi kepada penduduk setempat dan membuka sehingga 4,000 peluang pekerjaan apabila beroperasi pada 2015.

Jelas Perdana Menteri, kilang itu dijangka menghasilkan 1.2 juta tan urea setahun dengan nilai eksport mencecah AS$4.8 bilion (RM14.4 bilion), sekali gus bakal menjadikan Sipitang berada di satu ambang perubahan yang besar.

“Projek Samur bukan calang-calang projek. Ini merupakan projek berskala dunia, yang akan dibina di Sipitang ini.

“Kita dapat bayangkan apabila Projek Samur ini terlaksana, ia bererti kawasan Sipitang berada dalam ambang perubahan yang besar, detik transformasi langsung yang begitu mendadak dalam beberapa tahun akan datang,” kata Najib ketika berucap pada majlis pecah tanah projek itu di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas; Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd., Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad.

Kata Perdana Menteri, sekitar 2,000 hektar tanah di daerah ini akan dimajukan untuk industri minyak dan gas serta industri sampingan yang lain.

Menurut Najib, projek hiliran tersebut bukan sahaja akan memberi nilai tambah setiap tahun kepada pendapatan negara dalam sektor hiliran, malah ia bakal melakukan transformasi terhadap landskap daerah ini pada beberapa tahun akan datang.

Katanya, Projek Samur akan meningkatkan lagi sumbangan pendapatan NKEA bagi sektor minyak dan gas yang dianggarkan berjumlah RM241 bilion setahun menjelang 2020.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Perkukuh operasi PCG
SIPITANG 16 Feb.  Projek Ammonia Urea Sabah (Samur) Petronas di Kampung Banting dekat sini bakal menggandakan kapasiti industri hiliran negara dalam bidang pengeluaran baja urea.

Projek Samur yang dimiliki oleh Petronas Chemicals Group Bhd. (PCG) akan melonjakkan kedudukan syarikat itu sebagai pengeluar baja kedua terbesar di Asia Tenggara.

Naib Presiden Eksekutif Urusniaga Hiliran Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, projek itu akan turut menyumbang ke arah usaha PCG mengukuhkan kekuatan operasi dan logistik pasaran sebagai pengeluar utama dan membekalkan baja di rantau Asia Pasifik.

Beliau yang juga Pengerusi PCG berkata, Projek Samur melibatkan pelaburan sebanyak RM4.6 bilion dijangka siap pada 2015.

Katanya, projek tersebut membabitkan tiga loji pengeluaran utama iaitu ammonia, urea dan pembutiran dalam satu kompleks menggunakan teknologi dari Denmark, Itali dan Jerman.

Selain itu katanya, ia juga akan dilengkapkan dengan unit utiliti bersepadu, jeti dan lain-lain kemudahan sokongan.

Projek Samur merupakan salah satu inisiatif hiliran utama Petronas untuk menambah nilai sumber hidrokarbon dan medan-medan gas asli yang baru ditemui di luar pesisir Sabah hasil kegiatan huluan yang dijalankan bersama-sama rakan kongsi pengeluaran, katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah projek itu di sini hari ini.

Menurutnya, penemuan- penemuan itu membolehkan Petronas merancang dan melaksanakan beberapa projek hiliran lain di Sabah dan kesemua kegiatan huluan serta hiliran tersebut melibatkan pelaburan bernilai lebih RM45 bilion.

Katanya, kesemua kegiatan itu terutama projek-projek hiliran yang sedang dan akan dilaksanakan akan memainkan peranan penting dalam menyokong perkembangan industri minyak dan gas di Sabah.

Wan Zulkiflee berkata, Petronas sedang bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk mengenal pasti syarikat-syarikat di Sabah yang berkelayakan untuk turut serta dalam pembangunan projek Petronas.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Wanita perlu jadi peneraju perubahan
KUALA LUMPUR 16 Feb. – Golongan wanita perlu melakukan perubahan bukan setakat menguasai bidang ekonomi, sebaliknya mampu bertindak sebagai peneraju perubahan itu sendiri.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, wanita perlu berubah menyaingi pencapaian kaum lelaki seperti pengasas Apple Inc., Steve Jobs; pengasas Microsoft, Bill Gates dan taikun industri keluli, Lakshmi Mittal yang dianggap sebagai peneraju perubahan dalam landskap ekonomi dunia.

Menurutnya, wanita yang tidak malu menonjolkan keupayaan diri dan berani berdepan dengan pelbagai cabaran boleh berjaya dalam apa jua bidang diusahakan.

“Ramai wanita di seluruh dunia menonjol dalam bidang mereka seperti pengacara terkenal, Oprah Winfrey; pengasas minyak wangi, Estee Lauder dan pengasas kosmetik Body Shop, Anita Roddic namun wanita seperti mereka ini masih sedikit.

“Saya merasakan adalah penting untuk kita mengerakkan usaha bagi mewujudkan lebih ramai wanita menguasai bidang perniagaan,” katanya sewaktu merasmikan Forum Kepimpinan Wanita Ke-2 di sini, hari ini.

Forum dua hari bermula hari ini itu bertajuk ‘Perkembangan Wanita Dalam Perniagaan: Menuju Tahap Lebih Tinggi’ dan menampilkan 30 panel mewakili pelbagai institusi kewangan dan korporat tempatan serta antarabangsa.

Selain itu, menurut Rosmah, bagi mencapai hasrat tersebut, kaum wanita perlu diberi peluang untuk terlibat secara langsung dalam bidang tertentu dan kemampuan mereka tidak sepatutnya dipandang remeh.

“Namun, wanita sendiri perlu memulakan perubahan tersebut dan tidak sepatutnya membenarkan faktor budaya dan tanggapan pihak lain menghalang mereka terlibat dalam perniagaan,” katanya.

Menurutnya, bagi wanita Asia, golongan itu perlu menangani halangan psikologi dan tidak terpengaruh dengan tanggapan negatif masyarakat sekiranya bercita-cita menguasai bidang tersebut.

“Pandangan negatif masyarakat boleh menyebabkan wanita kurang yakin dan meletakkan pencapaian mereka pada tahap yang rendah.

“Misalnya, ramai yang melihat jika wanita itu bersikap tegas, dia dilabelkan sebagai individu yang sukar berbanding lelaki yang akan dilihat sebagai seorang berkeyakinan,” katanya.

Beliau berkata, untuk layak sebagai peneraju perubahan dalam landskap ekonomi, wanita perlu mencapai taraf antarabangsa menerusi keupayaan menguasai rangkaian yang berkesan dan berani berhadapan pelbagai risiko.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Robert Kuok kekal orang terkaya Malaysia
KUALA LUMPUR 16 Feb. – Robert Kuok dari Kumpulan Kuok mengekalkan kedudukannya sebagai orang terkaya di Malaysia dengan aset bernilai RM45.70 bilion, meskipun kekayaannya susut 8.0 peratus.

Kekayaan Kuok gagal disaingi oleh pemilik sebuah syarikat telekomunikasi, T. Ananda Krishnan dan Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank.

Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation Bhd., pula terus mengekalkan kedudukan di tempat keempat, manakala usahawan bumiputera terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, berada di tempat kelima, demikian menurut laporan Malaysian Business mengenai 40 orang terkaya di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes pula berada pada kedudukan ke-15, dengan aset bernilai RM1.77 bilion.

Malaysian Business berkata, aset 40 orang terkaya di negara ini adalah berasaskan nilai pegangan mereka dalam syarikat-syarikat senaraian awam sehingga 20 Januari 2012.

Ananda merapatkan jurang dengan Kuok dengan memiliki kekayaan bernilai RM42.99 bilion, tetapi ia menyusut kira-kira 6.0 peratus tahun ini berbanding 2011.

Hong Piow secara relatifnya mengekalkan kekayaannya berjumlah RM12.64 bilion, susut satu peratus berbanding sebelumnya.

Walaupun kekayaannya merosot 10.8 peratus kepada RM11.36 bilion, Shin Cheng (IOI Corp) mengekalkan kedudukan di tempat keempat, manakala Syed Mokhtar dari Yayasan Albukhary — dengan syarikat utamanya DRB-Hicom Group — menambah kekayaannya sebanyak 8.0 peratus kepada RM9.53 bilion.

Penerbitan itu melaporkan gabungan aset 40 orang terkaya di Malaysia itu merosot tahun ini akibat krisis kredit dunia serta pasaran ekuiti yang lemah.

Nilai aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu secara kolektifnya berjumlah RM193.2 bilion sehingga 20 Januari, susut 7.0 peratus berbanding RM206.37 bilion setahun lepas, lapor Malaysian Business dalam terbitan 16 Februari.

Bagaimanapun, pada tahun ini terdapat kemasukan tiga jutawan di dalam senarai tersebut berbanding 27 pada 2011.

Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Malaysia tidak berubah di tempat keenam, dengan aset merosot 25 peratus kepada RM8 bilion.

Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) turun dua anak tangga kepada tempat ketujuh dengan kekayaan bernilai RM7.58 bilion, susut kira-kira 30 peratus.

Ibunya Puan Sri Lee Kim Hua, kembali ke tangga kelapan dengan harta dianggarkan bernilai RM6.58 bilion, merosot 11 peratus.

Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan jutawan yang menetap di Singapura, Ong Beng Seng masing-masing mengekalkan kedudukan di tempat kesembilan dan 10.

Aset Hiew King dianggarkan bernilai RM6.41 bilion manakala Beng Seng menokok 23 peratus kepada RM4.92 bilion.

Tiga jutawan baharu yang menyertai senarai 40 orang paling kaya itu ialah Datuk AK Nathan dari Eversendai Corporation Bhd., dan Ngau Boon Keat (Dialog Group Bhd.), yang pertama kali tersenarai, manakala Datuk Abdul Hamed Sepawi (Ta Ann Holdings Bhd.) kembali tersenarai selepas empat tahun.

Senarai penuh 40 jutawan dan maklumat mengenai kekayaan mereka dimuatkan dalam majalah itu. Ia juga menyiarkan senarai 10 jutawan paling kaya di Pasaran Ace.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Projek Jiwa Murni ATM hebat
Oleh SOPI SAMAILEsopi.samaile@yahoo.com

KUCHING 16 Feb. – Pelaksanaan Projek Jiwa Murni oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan sahaja dapat mengurangkan kos pembinaan ke tahap minimum bahkan tempoh penyiapan projek turut dapat disingkatkan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini terdapat 10 projek pembangunan membabitkan pembinaan jalan pengangkutan, jambatan serta rumah panjang yang dilaksanakan oleh ATM di bawah Projek Jiwa Murni di Sarawak dengan lima daripadanya telah disiapkan pada tahun lalu.

Menurutnya, kesemua projek tersebut bernilai RM700 juta mengikut anggaran yang dibuat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) tetapi menerusi pelaksanaan Projek Jiwa Murni, pasukan ATM hanya membelanjakan RM200 juta malah dapat memendekkan tempoh pembinaan daripada lima tahun kepada dua tahun.

”Ini bermakna pasukan ATM dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) dapat menjimatkan perbelanjaan RM500 juta dan projek-projek itu sudah tentu memberi banyak faedah kepada rakyat.

”Ini kerana tinjauan indeks harga selepas projek itu berjaya disiapkan mendapati harga makanan dan pengangkutan berjaya diturunkan sekurang-kurangnya 50 peratus,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan ke Kem Ordnans 71 Batalion Kor Diraja di Kem Pending di sini hari ini.

Hadir sama Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin dan Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid memberitahu, Projek Jiwa Murni itu telah membuktikan bahawa dalam keadaan aman ini, peranan pasukan ATM adalah untuk memasyarakatkan tugas bagi membantu rakyat.

Bagaimanapun katanya, pihak kontraktor tidak perlu beranggapan negatif kerana Projek Jiwa Murni itu tidak mengugat kedudukan mereka memandangkan pasukan ATM masih mengambil bekalan bahan-bahan tempatan selain turut melantik sub-kontraktor tempatan dalam projek yang dilaksanakan.

”Perkara seumpama ini tidak berlaku di mana-mana tempat lain di dunia ini bahkan semua projek yang dilaksanakan itu pula dijangka memberi kesan sosio ekonomi yang begitu ketara kepada rakyat,” ujarnya.

Sementara itu, lima projek yang telah disiapkan di bawah Projek Jiwa Murni ialah Jalan Long Lopeng ke Ba’kelalan dan sembilan jambatan; Jalan Mendamit ke Kuala Mendalam di Limbang; Jalan kampung Saeh di Bekenu, Miri; dua jambatan di Bekenu serta satu jambatan di Lusong Laku, Miri.

Projek dalam pelaksanaan pada tahun ini pula ialah Simpang Teniku Miri ke Pekan Marudi; Jalan Belaga ke Menjawah berhampiran penempatan masyarakat Penan di Bakun dan pembinaan rumah panjang 39 pintu di Tatau.

Sebuah lagi projek jalan pengangkutan yang sedang dirancang ialah jalan sepanjang 50 kilometer dari Bario ke Ba’kelalan.

Dipetik dari Utusan Malaysia

MAIWP lancar Skuad Jejak Asnaf
KUALA LUMPUR 16 Feb. – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini melancarkan Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP dalam usaha mengenal pasti asnaf yang layak dan masih belum menerima bantuan zakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Pengerusi MAIWP, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sebagai permulaan, skuad itu akan pergi ke seluruh Wilayah Persekutuan khasnya kawasan setinggan bagi mengesan penerima bantuan zakat berdasarkan maklumat orang ramai, media dan jadual rutin turun padang.

Katanya, skuad itu dianggotai oleh 32 pegawai MAIWP dan dibantu oleh 60 ketua amil dan 700 amil di seluruh Wilayah Persekutuan.

“Penubuhan skuad ini tepat pada waktunya sebagai usaha proaktif Baitulmal MAIWP meningkatkan agihan zakat selari dengan peningkatan kutipan zakat setiap tahun,” katanya pada sidang akhbar pelancaran skuad itu di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Dr. Muhammad Yamin Ismail.

Jamil Khir berkata, skuad itu telah mula digerakkan dan ia memilih Kampung Semerah Padi di Cheras dalam mencari penerima bantuan zakat yang akan turut dibantu pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

“Antara kriteria asnaf adalah berdasarkan pendapatan bulanan, tempat tinggal dan beban tanggungan pemohon. Pada masa ini, kita beri bulanan kepada 14,000 penerima zakat di seluruh Wilayah Persekutuan dan pembayaran itu dibuat secara deposit bank,” kata beliau.

Menurutnya, bahagian pungutan zakat berjaya meningkatkan kutipan bagi tempoh 2010 dan 2011 kepada 14 peratus iaitu dari RM275 juta (2010) kepada RM341 juta tahun lalu.

Dipetik dari Utusan Malaysia

3 peratus projek RMK-10 dikategori ‘sakit’
SHAH ALAM 16 Feb. – Hanya 97 daripada 3,128 projek yang diterima oleh Kementerian Kerja Raya sehingga Isnin lalu bagi pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dikategorikan sebagai sakit.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, projek-projek sakit itu masih dalam peringkat yang terkawal dan sedang dipantau rapi oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan kerajaan mengambil langkah membantu kontraktor terbabit agar mereka dapat menyiapkan projek-projek berkenaan.

Beliau memberitahu, daripada 97 projek yang sakit, kerajaan telah mengambil tindakan menamatkan 31 projek kerana kontraktor terbabit memang tidak mampu lagi melaksanakan projek berkenaan manakala 17 lagi ditenderkan semula termasuk projek Hospital Shah Alam di Seksyen 7 di sini.

“Kami akan bantu sebaik mungkin kontraktor-kontraktor yang mempunyai masalah dan memberi mereka peluang, tetapi kalau kontraktor berpenyakit yang tidak boleh dirawat dan projek ditamatkan kita senarai hitamkan.

“Kami bukannya hendak menamatkan kontraktor tetapi hendak pastikan projek siap dan rakyat akan mendapat manfaat,” katanya ketika melawat tapak projek Hospital Shah Alam (Pakej 2) di Seksyen 7 hari ini.

Projek yang terbengkalai itu telah ditenderkan semula pada 4 November 2010 dengan kerajaan melantik Gadang Engineering (M) Sdn. Bhd. sebagai kontraktor penyelamat.

Hospital tersebut mempunyai kapasiti 300 katil selain bangunan kediaman termasuk kuarters jururawat melibatkan tapak seluas 12.2 hektar yang dijangka siap pada Oktober 2013.

Menurut Shaziman, projek Hospital Shah Alam merupakan antara contoh projek sakit yang sedang dipulihkan oleh kerajaan dan setakat ini kerja-kerja menyiapkan hospital tersebut adalah mengikut jadual dengan kos tambahan sejumlah RM410 juta.

“Saya diingatkan oleh Menteri Kesihatan bahawa Hospital Klang (Tengku Ampuan Rahimah) sudah mencapai tahap maksimum kerana terlalu ramai,” katanya.

Beliau menambah, kerajaan akan memberikan keutamaan untuk memastikan projek yang mempunyai impak tinggi seperti Hospital Shah Alam yang melibatkan orang ramai atau sekolah untuk segera disiapkan.

Sementara itu Shaziman berkata, kementerian sudah sampai ke peringkat akhir kajian untuk melihat semula perjanjian konsesi Lebuhraya Cheras-Kajang melibatkan Grand Saga Sdn. Bhd.

“Saya akan teliti dengan sebaik mungkin kerana Perdana Menteri mahu kementerian mengemukakan cadangan terbaik dan kerajaan boleh membantu rakyat kurangkan beban,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya juga sedang membuat kajian satu persatu terhadap perjanjian konsesi-konsesi lebuh raya yang lain dan keputusan mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta kementerian mengkaji penutupan salah satu daripada dua plaza tol di Lebuhraya Cheras-Kajang.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Rebat NGO: MCA kemukakan bukti
ALOR SETAR 16 Feb.  MCA Kedah hari ini mengemukakan senarai lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang didakwanya terlibat memulangkan semula antara 25 hingga 30 peratus daripada jumlah bantuan yang diterima daripada kerajaan negeri.

Pengerusinya, Datuk Chong Itt Chew turut mengemukakan bukti salinan jumlah peruntukan yang diterima oleh pihak tersebut dalam bentuk cek dan wang tunai.

Katanya, bukti tersebut diperoleh daripada wakil NGO-NGO terbabit dan ia pertama kali didedahkan ekoran penafian pihak kerajaan negeri berhubung isu tersebut.

MCA Kedah mengemukakan isu rebat ini atas aduan wakil NGO-NGO tersebut yang keliru dengan perkara ini. Misalnya ketika wakil rakyat atau Exco terbabit, Tan Chow Kang dalam satu majlis tahun lepas mengumumkan peruntukan tersebut, jumlahnya demikian, tetapi bila terima wang itu jumlahnya kurang 30 peratus.

NGO terbabit dikatakan perlu bersetuju dengan rebat tersebut atau mereka tidak akan memperoleh bantuan yang dijanjikan wakil rakyat terbabit seperti yang berlaku kepada dua daripada lapan NGO itu, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang menafikan pihaknya mengenakan rebat atau pemulangan semula wang peruntukan bantuan tersebut terhadap NGO.

Azizan turut menuntut agar MCA Kedah mengemukakan bukti berhubung dakwaan tersebut.

Dipetik dari Utusan Malaysia

RISDA majukan tanah pekebun kecil di Kemboja
KUALA LUMPUR 16 Feb. – RISDA bakal membangunkan tanah pekebun kecil di Kemboja dengan sasaran keluasan 10,000 hektar, kata Pengerusinya, Tan Sri Rahim Tamby Chik hari ini.

Beliau berkata, perkembangan terbaru itu adalah antara hasil lawatannya bersama beberapa ahli RISDA ke Kemboja bulan lepas dalam usaha untuk mencari peluang pelaburan dalam bidang peladangan di luar negara.

Rahim menambah bagi menjayakan projek itu, sebuah pasukan teknikal telah ditubuhkan terdiri daripada wakil RISDA , ESPEK dan RISDA Plantation untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi prosedur, perundangan, kesesuaian tanah dan tanaman.

Tambahnya, setelah kajian oleh pasukan itu siap yang dijangka akhir April ini dan jika ia didapati bersesuaian, RISDA akan menubuhkan syarikat di Kemboja.

“Setakat ini, jumlah peruntukan bagi projek ini masih lagi dalam perbincangan dan kita akan umumkan secara lengkap dalam masa yang terdekat,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan RISDA di ibu pejabat RISDA di sini.

Ia turut dihadiri Ketua Pengarah RISDA , Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad dan dua timbalannya iaitu Mohamat Muda (Pembangunan) dan Ahmad Sufi Alias (Pengurusan dan Korporat).

Pada majlis itu Rahim turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Pengurus Besar RISDA Baja, Meor Mohd. Zamnis Meor Hassan ekoran pencapaian RISDA Baja menduduki tempat ketiga bagi aspek pencapaian dalam kalangan anak syarikat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 2011.

Selain itu Rahim mengingatkan warga RISDA supaya lebih komited dalam melaksanakan setiap projek yang bakal dilancarkan memandangkan kerajaan telah memberi kepercayaan untuk melaksanakan Tanam Semula Getah dan Sawit yang melibatkan 50,000 hektar dengan tambahan bajet RM397 juta.

“Kita harus sentiasa melihat tanggungjawab kita kepada kumpulan sasar iaitu masyarakat pekebun kecil. Mereka mengharapkan perkhidmatan terbaik daripada RISDA untuk membantu mereka mencapai kehidupan yang lebih sejahtera,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

4 kanak-kanak miskin kembali ke sekolah hari ini
HULU SELANGOR 16 Feb. – Penderitaan empat daripada tujuh beradik yang terpaksa berhenti sekolah ekoran kemiskinan keluarga mendapat perhatian pelbagai pihak.

Empat kanak-kanak itu, Abdul Aziz Mohd. Ridzuan, 12; Siti Hajar, 10, Abdullah, 8, dan Siti Hawa, 7, akan memulakan sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya, di sini serta diberi bantuan Rancangan Makanan Tambahan mulai esok.

Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) pula menawarkan Abdul Aziz dan adiknya, Siti Hajar untuk mengikuti pengajian di asrama penuh yang ditanggung sepenuhnya oleh yayasan tersebut.

Ketua Operasi Lembaga Zakat Selangor, Daerah Hulu Selangor, Azhar Yahya Arif berkata, keluarga Mohd. Ridzuan Mohd. Suhaimi, 42, diletakkan di bawah kategori ketiga iaitu beliau layak untuk mendapat bantuan zakat sebanyak RM500 setiap bulan.

Beliau memberitahu, Lembaga Zakat Selangor juga bersetuju untuk membayar sewa rumah yang didiami Mohd. Ridzuan sebanyak RM200 dan menyediakan keperluan asas rumah termasuk beras bernilai RM200 selama enam bulan.

“Kita akan menyemak semula setiap enam bulan sebelum menyambung semula bantuan ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kisah duka hidup empat kanak-kanak yang tidak bersekolah itu disiarkan dalam Utusan Malaysia kelmarin.

Episod penderitaan keluarga Mohd. Ridzuan bermula tiga tahun lalu apabila dia berhentikan kerja oleh sebuah syarikat swasta atas alasan kesihatan yang dikaitkan dengan masalah kemurungan.

Turut melawat keluarga Mohd. Ridzuan ialah Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan dan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menghulurkan bantuan.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Selangor, Rohaya Hussein pula berkata, empat kanak-kanak itu akan disenaraikan dalam Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin bagi membolehkan mereka memperoleh bantuan yang sepatutnya.

Anak bongsu pasangan Mohd. Ridzuan dan Zarinatul Asiah Mohamed Isa, 39, yang tidak mempunyai sijil kelahiran akibat kelewatan mendaftar turut mendapat perhatian Jabatan Pendaftaran Negara.

Pegawai Jabatan Pendaftaran Selangor, Jamaliah Mohamad sendiri turun padang melakukan pendaftaran di rumah Mohd. Ridzuan.

“Kita menjangkakan akan mendapat sijil kelahiran dalam tempoh dua minggu lagi,” ujarnya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Sistem E-Tukar Hak Milik Sementara diwajibkan
PULAU PINANG 16 Feb. – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mewajibkan penggunaan sistem E-Tukar Hak Milik Sementara sebagai penyelesaian terhadap masalah proses pindah hak milik kenderaan yang sering menjadi rungutan orang awam.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, sistem yang diperkenalkan sejak Disember tahun lalu itu akan berkuatkuasa terhadap semua syarikat kenderaan terpakai di negara ini dalam masa terdekat selepas pemantauan mengenainya selesai.

“JPJ akan mewajibkan sistem ini untuk mengelak pelbagai masalah terhadap pemilik kenderaan lama serta melindungi kepentingan pengguna.

“Ketika ini JPJ hanya meminta semua syarikat kereta terpakai menggunakannya bagi mengelak berulang kes pemilik kenderaan berhadapan pelbagai masalah walaupun sudah menjual atau menukar dengan syarikat kereta terpakai,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan pejabat baru JPJ Cawangan Batu Uban di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan dan Pengarah JPJ negeri, Datuk Hassan Yaacob.

Sebelum ini kerajaan memutuskan untuk melaksanakan sistem berkenaan selepas JPJ menerima banyak aduan daripada orang ramai yang menghadapi pelbagai masalah walaupun selepas kenderaan masing-masing sudah dijual atau ditukar beli dengan syarikat kereta terpakai.

Cho Ha berkata, sistem tersebut merupakan satu transaksi pertukaran hak milik kenderaan yang memerlukan pendaftaran di JPJ dan dikenakan bayaran RM10 bagi membolehkan pemindahan nama kepada pemilik sementara.

“Pemilik kenderaan dan syarikat kenderaan terpakai perlu mengisi borang ditandatangani pihak syarikat, manakala slip diberikan kepada JPJ untuk tindakan lanjut dan syarikat kenderaan terpakai akan menjadi pemilik sementara kenderaan itu bermula dari tarikh borang ditandatangani sehingga kenderaan dijual kepada pelanggan baru,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia