Malaysia Zoom » Utama

Sistem data jemaah TH lemah
KUALA LUMPUR 5 Feb.  Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan punca berlakunya sindiket haji ekspres disebabkan sistem pangkalan data pengurusan jemaah Lembaga Tabung Haji (TH) yang lemah sehingga memberi ruang dan peluang berlakunya penyelewengan dan rasuah.

Menurut sumber, kelemahan tersebut membolehkan pegawai yang menjaga sistem itu memasuk atau mengeluarkan mana-mana nama jemaah haji tanpa diketahui oleh pihak atasan.

Siasatan kita dapati wujud kelemahan itu (sistem) kerana pihak TH tidak menggunakan ciri-ciri keselamatan seperti kod khas untuk mengubah data selain tidak boleh dipantau pihak atasan.

Kelemahan itu memberi ruang untuk berlakunya penyelewengan, katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan satu sindiket haji ekspres dikesan beroperasi sejak beberapa tahun lalu dengan menawarkan orang ramai melangkau giliran bagi menunaikan ibadat haji.

Difahamkan, sindiket itu turut dianggotai oleh pegawai TH dan beberapa bekas kakitangannya. Kegiatan sindiket itu berjaya dikesan pihak berkuasa pada 2009 apabila mereka dilaporkan meminta suapan bagi membolehkan jemaah haji menunaikan ibadat itu lebih awal daripada jadual.

Menurut sumber itu lagi, kelemahan sistem pangkalan data sehingga berlakunya kegiatan sindiket haji ekspres tersebut mirip dengan sindiket pengeluaran lesen terbang yang dibongkar pihak berkuasa pada 2007.

Bezanya sindiket haji ekspres itu terpaksa menggunakan kuota orang lain yang benar-benar layak untuk menunaikan haji pada tahun tersebut, ujarnya.

Menurutnya, siasatan mendapati kebanyakan jemaah yang menggunakan haji ekspres tidak menyedari kesalahan dilakukan kerana mereka berurusan dengan penceramah agama di masjid yang bergelar ustaz.

Selepas ceramah ustaz-ustaz itu akan beritahu sedia tolong mereka yang ingin menunaikan haji segera. Jika ada yang berhajat, ustaz itu akan meminta nombor kad pengenalan dan kemudian memberinya kepada pegawai TH berkenaan.

Selepas beberapa hari, individu tersebut diminta menyemak nama mereka atau waris di TH dan sekiranya ada, mereka diminta berjumpa dan membuat bayaran kepada ustaz itu dengan alasan untuk imbuhan kepada pegawai di TH, jelasnya.

Sumber berkata, sehingga kini seramai 27 jemaah haji berkenaan telah dirakam keterangan untuk siasatan kes dan individu terlibat dijangka didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Wajib dedah status produk haram
KUALA LUMPUR 5 Feb.  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang menyediakan peraturan bagi mewajibkan peniaga mendedahkan maklumat jika sesuatu barang diperbuat daripada bahan tidak halal seperti kulit babi.

Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Saripuddin Kasim berkata, ini bagi membolehkan barangan seperti beg, kasut dan pakaian yang diperbuat daripada bahan tidak halal diasingkan daripada produk halal di sesebuah premis.

Buat masa ini, belum ada undang-undang yang membolehkan KPDNKK berbuat demikian selain menasihati peniaga, katanya.

Saripuddin berkata, penyediaan deraf peraturan itu sedang dibuat melibatkan pakar-pakar daripada Jabatan Kimia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Negeri, dan dijangka siap beberapa bulan lagi.

Beliau berkata, ia selaras dengan pelaksanaan Akta Perihal Dagangan 2011 yang berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Mengulas lanjut, Saripuddin berkata, kementerian selaku badan penguatkuasa telah melantik 62 pegawai Jakim sebagai Penolong Pengawal Perihal Dagangan untuk menguatkuasakan akta berkenaan.

Katanya, langkah itu membolehkan pegawai Jakim mendakwa individu atau syarikat yang melanggar peruntukan mengikut akta tersebut, termasuk penyalahgunaan sijil halal.

Sebelum ini, kuasa pegawai Jakim hanya terhad kepada menyerbu dan melakukan siasatan manakala kuasa pendakwaan terletak pada KPDNKK, jelas Saripuddin.  Bernama

Dipetik dari Utusan Malaysia

Contohi keperibadian Rasulullah
PUTRAJAYA 5 Feb. – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua’dzam Shah menyeru umat Islam mencontohi keunggulan peribadi Nabi Muhammad SAW ke arah melahirkan sebuah masyarakat Islam yang hebat selain menjadi contoh teladan kepada dunia.

Baginda bertitah, bagi mencapai kegemilangan itu, umat Islam perlu memperbetulkan tasawur Islam dalam kehidupan diri, keluarga dan masyarakat.

”Konsep hidup sebagai hamba dan khalifah Allah serta bekerja atau berniaga sebagai ibadah merupakan perkara asas yang perlu dihayati supaya impak terhadap keunggulan agama Islam dapat dirasai secara global.

“Perjuangan Rasulullah SAW selama 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah telah berjaya mendidik, memimpin serta membawa umat jahiliah berhijrah daripada kekufuran dan kejahilan kepada umat Islam yang memiliki keimanan yang kental dan ketinggian ilmu yang membanggakan,” titah baginda semasa merasmikan majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun 1433 Hijrah di Masjid Putra di sini hari ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan isteri, Datin Seri Fatmawati Saidin.

Tuanku Abdul Halim bertitah, kegigihan Nabi Muhammad SAW dilihat berjaya membina kekuatan iman, minda dan fizikal umat Islam pada zaman itu mahupun di zaman Khulafa’ ar-Rasyidin serta zaman sesudahnya sehingga mampu mencipta satu tamadun gemilang di mana umum mendengar Islam berjaya memimpin hampir tiga perempat dunia

Dalam pada itu, baginda turut berharap umat Islam di negara ini memahami dan menzahirkan wawasan yang telah diamanahkan oleh Allah SWT melalui al-Quran dan wawasan itu perlu dijadikan tonggak untuk memupuk semangat persefahaman, persaudaraan dan perpaduan semasa Islam dan bukan Islam.

Ini supaya rangkaian sosial yang mantap dapat diwujudkan ke arah peningkatan daya saing serta daya tahan umat Islam

Titah baginda, umat Islam juga perlu mempertingkatkan penghayatan terhadap al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW sehingga menjadi ummah yang bersatu padu serta sentiasa mapan mendepani cabaran semasa.

“Laksanakanlah tanggungjawab itu dengan penuh keikhlasan. Sesungguhnya untuk mencapai perpaduan, ia memerlukan pengorbanan dan kegigihan yang jitu,” titah baginda.

Sambutan yang bertemakan ‘Persefahaman Asas Perpaduan Ummah’ itu menyaksikan seramai sembilan individu menerima anugerah sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan dengan Mufti Pulau Pinang yang juga Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Datuk Seri Hassan Ahmad, dipilih menerima Anugerah Perdana.

Terdahulu, sebanyak 121 kontinjen yang disertai lebih 12,000 peserta terdiri daripada kakitangan agensi-agensi kerajaan, badan beruniform, pelajar dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berarak sejauh 2.4 kilometer bermula dari pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya hingga ke Masjid Putra di sini sambil berselawat.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Hassan penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul
PUTRAJAYA 5 Feb. – Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad dipilih sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan sempena sambutan Maulidur Rasul di Masjid Putra di sini hari ini.

Pemilihan itu membolehkan Hassan menerima wang tunai RM50,000, trofi, sijil dan hadiah iringan.

Hassan terpilih menerima anugerah tersebut sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam pelbagai aspek merangkumi pengajian Islam, sektor perbankan dan muamalat serta sumbangan kemasyarakatan.

Selain menjadi Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, beliau juga aktif dalam bidang penulisan dan setakat ini telah menghasilkan empat buah buku.

Hassan ketika ditemui berkata, beliau amat terharu dengan penerimaan anugerah tersebut kerana tidak pernah menyangka akan diberi pengiktirafan tertinggi tersebut.

”Saya ucapkan terima kasih kepada pihak penganjur majlis sambutan yang memilih saya sebagai penerima.

”Saya tidak menyangka akan menerima pengiktirafan ini kerana ramai lagi kawan-kawan yang berhak menerima anugerah ini,” katanya kepada pemberita selepas menerima anugerah itu daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Selain Hassan menerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul, seramai lapan orang lagi turut terpilih untuk menerima anugerah sempena dengan sambutan peringkat kebangsaan tersebut.

Mereka termasuk Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Toh Puan Wan Asiah Ahmad; bekas Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Kelantan, Abdul Razak Mat Saat; Timbalan Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia, Ir. Dr. Muhammad Fuad Yeoh dan Duta Dakwah Saba Islamic Media Sdn. Bhd., Shah Kirit Kakulal Govindji.

Turut menerima anugerah ialah bekas johan qariah tilawah al-Quran peringkat kebangsaan, Datuk Rogayah Sulong; bekas Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Pahang, Abdul Majid Abdul Hamid; Ketua Masyarakat Orang Asli, Hussein Ngahyin dan pelajar orang kelainan upaya (OKU) yang cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), Muhammad Hadi Darus.

Pemenang Anugerah Maulidur Rasul dipilih berdasarkan sumbangan dalam menjalankan tugas yang mencabar, berisiko tinggi dan berinovatif serta menyumbang ke arah kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dan negara.

Dipetik dari Utusan Malaysia

‘Saya tidak akan merayu’
KUALA LUMPUR 4 Feb. – Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mengambil keputusan muktamad untuk tidak mengemukakan sebarang rayuan selepas beliau dipecat sebagai ahli parti dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat pada 8 Januari lalu.

Ujarnya, perkara itu diputuskan selepas beliau mengambil kira setiap pandangan daripada ulama sama ada di dalam atau di luar Pas, golongan profesional, ahli akademik, ahli biasa serta setelah melakukan istikharah.

Katanya, keputusan tersebut juga berkait rapat dengan cara pemecatannya oleh Pas yang disifatkannya sebagai paling autokratik dan paling tidak demokratik walaupun tempoh rayuan masih berbaki tiga hari lagi iaitu pada 7 Februari ini.

”Pimpinan tertinggi Pas telah membuat keputusan untuk memecat saya tanpa mengikut prosedur lazim yang digunakan oleh mana-mana pertubuhan politik termasuk Pas yang sepatutnya menjunjung syariat Allah SWT, antaranya memberi peluang serta ruang untuk membela diri.

”(Namun) mereka membuat keputusan secara arbitrari, berhujah dan mendengar daripada satu pihak sahaja. Tindakan yang diambil begitu tergesa-gesa termasuk menggugurkan saya sebagai Exco kerajaan negeri yang mana Setiausaha Agung Pas meminta ia dibuat secara serta-merta,” katanya dalam satu sidang media di kediamannya dekat sini, hari ini.

Pengumuman yang dibuat oleh bekas Naib Presiden Pas itu menamatkan segala teka-teki sama ada beliau mahu mengemukakan rayuan atau sebaliknya selepas dipecat oleh parti bulan lalu.

Pada 8 Januari lalu, Hasan yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor telah dipecat sebagai ahli Pas kerana didakwa tindakan-tindakannya yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Pas.

Hasan berkata, secara asasnya terdapat sembilan sebab utama keputusan muktamad itu dibuat, antaranya peranan parasit yang begitu menonjol di dalam parti sehingga kepimpinan tertinggi terpaksa membuat keputusan di luar batasan pengurusan manusia.

”Saya juga tidak pernah menerima surat, pesanan ringkas atau panggilan telefon meminta hadir khusus untuk memberi keterangan terhadap apa-apa pertuduhan yang dikenakan terhadap saya.

”Saya masih berpegang kepada kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyatakan segala-gala yang melibatkan saya telah selesai dalam pertemuan mahabbah di Kota Bharu pada 27 Disember tahun lalu,” ujarnya.

Hasan berkata, antara sebab lain beliau enggan mengemukakan rayuan adalah kerana perjuangan Pas yang telah terkeluar daripada landasan asalnya apabila negara Islam, hukum hudud, kepimpinan ulama, persaudaraan dan akhlak Islam tidak lagi menjadi amalan dalam parti.

”Saya juga kerap kali mencadangkan agar Pas mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang. Ini berikutan pendekatan ‘akomodatif’ yang diambil oleh parasit di dalam Pas telah membuatkan dasar parti terpaksa dikorbankan untuk menjaga dua rakan sekutu (DAP dan PKR),” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain Hasan menegaskan program jelajah yang dilakukan ketika ini tiada kaitan dengan UMNO, sebaliknya ia dianjurkan oleh badan-badan sukarela dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

”NGO-NGO tersebut dengan sukarela menganjurkan program-program tersebut kerana ia bertepatan dengan aspirasi dan cita rasa sebilangan besar rakyat negara ini.

”Setakat ini sambutan yang diberikan sama sekali di luar jangkaan. Rakyat pelbagai golongan membanjiri majlis-majlis diadakan. Di Bakri, Muar malam tadi dianggarkan 8,000 orang yang hadir.

Di Bukit Gantang, Perak sebelum ini, katanya, 8,000 rakyat yang hadir manakala secara purata jumlah kehadiran di dalam majlis serupa di beberapa kawasan di Selangor adalah antara 2,500 hingga 4,000 orang.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Anggota sindiket disiasat
KUALA LUMPUR 4 Feb. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengesahkan beberapa pegawai dan kakitangan Lembaga Tabung Haji (TH) yang disyaki terlibat dalam sindiket ‘haji ekspres’ sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia .

Menurutnya, siasatan dijalankan hasil susulan laporan yang diterima pihak berkuasa tentang tuduhan meminta suapan bagi membolehkan jemaah haji menunaikan ibadat itu lebih awal daripada dijadualkan.

“Bagaimanapun, saya meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung pendedahan kegiatan sindiket berkenaan kerana kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan.

“Kita perlu beri peluang kepada semua individu terbabit untuk pertahankan diri daripada tuduhan ke atas mereka,” katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan eksklusif Utusan Malaysia berhubung sindiket melibatkan beberapa pegawai dan kakitangan TH yang dipercayai beroperasi sejak 2009 dengan menawarkan orang ramai melangkau giliran untuk menunaikan ibadat haji.

Sementara itu, Pengurus Besar Komunikasi Korporat TH, Anis Zuhani Ahmad berkata, agensinya mengambil tindakan dalaman terhadap pegawai yang disyaki terlibat dalam sindiket ‘haji ekspres’.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Reaksi majlis fatwa
KUALA LUMPUR 4 Feb. – Hukum mendapatkan perkhidmatan sindiket ‘haji ekspres’ adalah haram di sisi agama kerana melibatkan pemberian rasuah serta merampas hak orang lain yang menunggu giliran untuk menunaikan ibadat tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, peserta haji dan mereka yang bersubahat dalam perbuatan itu menanggung dosa kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

“Perbuatan ini haram kerana ada pihak memberi dan menerima secara rasuah. Ia juga merampas hak dan peluang orang lain.

“Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana sistem haji di negara ini mengikut giliran siapa dulu mendaftar dan memohon,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Seperti dilaporkan akhbar ini, sindiket ‘haji ekspres’ menawarkan orang ramai peluang menunaikan rukun Islam yang kelima tersebut lebih awal daripada jadual dengan membayar ‘suapan’.

Sindiket dikesan beroperasi sejak beberapa tahun lalu itu juga dilapor melibatkan beberapa pegawai Lembaga Tabung Haji (TH) dan beberapa bekas kakitangannya.

Abdul Shukor yang kesal dengan kewujudan sindiket itu menggesa TH supaya bertindak segera bagi memastikan perkara seperti itu tidak berulang.

“Bilangan peserta haji di negara kita bergantung kepada kuota yang ditentukan Arab Saudi, jadi kita perlu adil dalam soal ini.

“Jangan kerana seseorang itu mempunyai ‘kelebihan’ wang ringgit, dia dapat tunaikan haji tanpa perlu menunggu seperti orang lain,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, pertimbangan untuk mengubah tarikh mengerjakan haji harus dibenar dalam keadaan tertentu seperti bagi mereka sudah lanjut usia dan pasangan haji tidak mendapat giliran serentak.

“Misalnya, kita boleh pertimbangkan pasangan berusia lebih 70 tahun untuk pergi dahulu atau kepada suami isteri yang tidak dapat giliran pergi bersama,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Sindiket ‘haji ekspres’ dibongkar
KUALA LUMPUR 3 Feb. – Satu sindiket ‘haji ekspres’ dikesan beroperasi sejak beberapa tahun lalu dengan menawarkan orang ramai melangkau giliran bagi menunaikan ibadat haji.

Difahamkan, sindiket itu turut dianggotai oleh pegawai Lembaga Tabung Haji (TH) dan beberapa bekas kakitangannya.

Kegiatan sindiket itu berjaya dikesan pihak berkuasa pada 2009 apabila mereka dilaporkan meminta suapan bagi membolehkan jemaah haji menunaikan ibadat itu lebih awal daripada jadual.

Setiap jemaah haji dikatakan perlu membayar sejumlah wang kepada ahli sindiket tersebut bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai calon yang layak menunaikan haji.

Selain dua pegawai agensi itu, terdapat tiga orang perantara terdiri daripada bekas kakitangan TH yang bertindak sebagai pencari jemaah yang ingin menggunakan khidmat mereka.

Menurut sumber, sindiket tersebut bergerak di seluruh Malaysia dan dipercayai, ratusan jemaah haji sudah menggunakan khidmat sindiket berkenaan sejak ia mula beroperasi.

Katanya, kegiatan ‘haji ekspres’ itu dilihat tidak adil bagi orang ramai yang sudah lama menunggu dan mendaftar beberapa tahun kerana giliran mereka ‘dicuri’ sindiket berkenaan.

“Sebagai contoh, terdapat jemaah haji yang mampu menunaikan ibadat itu sebanyak 12 kali dengan menggunakan khidmat sindiket tersebut.

“Malah, sebahagian daripada jemaah yang menggunakan khidmat sindiket itu baru mendaftar untuk menunaikan haji pada tahun 2010, tapi berjaya ‘mencuri’ slot jemaah lain yang terlebih dahulu mendaftar daripada mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Difahamkan, seorang pegawai di agensi itu telah ditahan pihak berkuasa pada November lalu kerana menggunakan kemahirannya dalam bidang teknologi maklumat (IT) untuk mengubah senarai jemaah haji yang membayar kepada mereka.

Dalang utama sindiket itu yang menguruskan nama-nama jemaah yang tidak layak menunaikan haji supaya dapat menunaikan ibadat itu pada tahun yang sama juga dikatakan sedang diburu.

Difahamkan, pihak berkuasa telah mengambil keterangan puluhan jemaah haji yang pernah menggunakan khidmat sindiket tersebut.

Dipetik dari Utusan Malaysia

12% rakyat Malaysia sakit mental
SUNGAI PETANI 3 Feb. – Tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental.

Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Abdul Kadir Abu Bakar (gambar) berkata, statistik itu satu angka yang tinggi kerana menunjukkan seorang daripada enam rakyat negara ini ada penyakit mental.

“Macam kemurungan ada dua peratus, sakit risau ada 1.8 peratus dan psikosis ada satu peratus. Penyakit mental yang serius adalah macam psikosis dan kemurungan…penyakit keresahan itu pun kronik juga dan kemudiannya penyakit ringan-ringan lain,” katanya ketika ditemui di sini.

Katanya, tinjauan Kajian Mobiditi dan Kesihatan itu juga mendapati wanita dua kali ganda lebih ramai mengalami sakit mental berbanding lelaki.

“Puncanya bagi wanita kerana masalah dengan pasangan dan masalah dengan anak-anak..kedua-dua ini punca yang penting. Bagi lelaki pula punca lebih kepada kemalangan jalan raya yang mana mengalami kecederaan otak dan penyalahgunaan dadah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar golongan wanita mendapatkan rawatan doktor secepat mungkin jika mengalami kemurungan dan kerisauan berlanjutan dalam tempoh melebihi dua minggu bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk.

“Kalau kita (wanita) risau baca (surah) Yassin banyak, bincang dengan mak dan ayah serta suami…dapat kurangkan tetapi jika kita tidak dapat berbincang dan kurangkan, itu akan bagi masalah,” katanya.

Beliau berkata, terdapat 45 jabatan psikiatri di seluruh negara di samping empat buah hospital mental untuk pesakit mental menjalani rawatan pemulihan dengan sebaik mungkin. – BERNAMA

Dipetik dari Utusan Malaysia

Malaysia negara Islam termaju
KUALA TERENGGANU 3 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Malaysia mampu mencapai status negara Islam pertama berada dalam kelompok negara maju menjelang 2020.

Menurut Perdana Menteri, ia berlandaskan dasar serta pelaksanaan pembangunan yang berkesan dalam usaha membangunkan negara serta rakyat yang terus dipacu oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Impian kita dalam lapan tahun lagi Malaysia akan dimartabatkan sebagai sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi. (Malaysia) sebagai negara Islam pertama di dunia yang mampu mencapai taraf negara maju,” katanya.

Najib berucap seterusnya menyempurnakan majlis penyampaian Baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Burok di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Budiman di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said serta isteri, Toh Puan Seri Norliza Mahmud; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang serta Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Hampir 10,000 orang dari segenap lapisan masyarakat menghadiri program tersebut termasuk mereka yang menerima baucar BR1M yang diserahkan oleh Perdana Menteri.

Menurutnya, sejak negara merdeka sehingga sekarang, kerajaan tidak putus-putus menjaga kebajikan rakyat termasuk melaksanakan pembangunan luar bandar, Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Jelas Perdana Menteri, kesemua program kebajikan yang sentiasa diberi penekanan dan keutamaan oleh kerajaan BN adalah selaras dengan tuntutan Islam yang menyeru kepada kebajikan.

Beliau menjelaskan, Malaysia mempunyai kelebihan dan dikagumi dunia kerana masih berkemampuan meningkatkan taraf hidup rakyat menerusi peningkatan kadar gaji dan pencen kepada penjawat awam ketika negara lain dilanda kemelut ekonomi.

“Di Eropah termasuk Greece yang suatu ketika dulu merupakan pusat tamadun dunia, hari ini keadaan ekonominya kucar-kacir dan kemungkinan negara itu serta rakyatnya akan hadapi kesukaran dalam satu dekad lagi.

“Ada negara lain, peruntukan dikurangkan dan begitu juga gaji serta pencen turut dikurangkan. Berbeza dengan Malaysia, peruntukan untuk rakyat akan terus bertambah,” ujar beliau.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa memberi pelbagai subsidi selain peruntukan perbelanjaan berjumlah RM22 bilion setahun termasuk pemberian BR1M untuk rakyat dan memberi jaminan peruntukan untuk itu akan ditambah lagi pada masa akan datang.

Beliau seterusnya mengingatkan rakyat bahawa kerajaan akan sentiasa berlaku adil seperti mana yang dituntut dalam Islam dan pendapatan negara semakin bertambah disebabkan negara diurus dengan baik dan islamik.

“Kita mesti ikut Islam walaupun nama (BN atau UMNO) bukan ikut Islam, tapi pengisiannya lebih Islamik daripada parti yang mendakwa memperjuangkan Islam,” ujarnya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Tadbir urus baik lancarkan program kebajikan
MARANG 3 Feb. – Pelbagai program kebajikan yang dirangka bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat dapat dilakukan secara berterusan kerana kemampuan kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir urus kekayaan negara dengan baik.

Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sesetengah pendekatan atau langkah yang diambil tidak pernah dilakukan oleh mana-mana negara.

Menurutnya, program-program ke arah kebaikan itu yang cuba diberi gambaran buruk oleh pembangkang, dibuat tanpa perlu meminjam daripada institusi kewangan luar seperti Bank Dunia mahupun Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

“Ini semua kita mampu buat sebab tadbir negara dengan baik sehingga membolehkan kekayaan dapat dipindahkan kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Rakyat di Padang Astaka Majlis Daerah Marang di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta Ketua UMNO Bahagian Marang, Datuk Yahya Khatib Mohamad.

Pada majlis itu beliau menyampaikan baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada penduduk di Parlimen Marang di samping bantuan enjin sangkut kepada nelayan dan kerusi roda kepada warga emas.

Menurut Perdana Menteri, sepanjang tiga tahun menerajui negara, beliau sering mengingatkan wakil rakyat supaya sentiasa merasai denyut nadi rakyat dengan mengutamakan kebajikan mereka.

“Kita beri rakyat BR1M, cuba bayangkan mana ada kerajaan lain di dunia ini yang 80 peratus isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan dapat bantuan RM500 kecuali kerajaan kita (BN).

“Kita tidak pilih bulu, orang yang tidak sokong kita pun dapat juga. Dia kutuk dan maki hamun kita, tetapi bila nampak duit, dia yang pertama sekali datang beratur sedangkan orang kita yang berhujan dan berpanas dalam menegakkan kerajaan,” ujarnya.

Katanya, biarpun mungkin tidak mendapat undi, semua itu tidak menjadi persoalan kerana setiap kebaikan pasti ada ganjarannya.

“Soal kepimpinan, ia berkait dengan soal kemampuan. BR1M kita mampu laksanakan, kita buat projek besar di Kuala Lumpur sebab hendak rangsang ekonomi dan dengan pertambahan hasil lima hingga enam peratus setahun kita bahagi pula kepada rakyat.

“Cukai pendapatan kita 2010-2011 bertambah RM26 bilion setahun dan daripada jumlah itu kita beri RM2.6 bilion untuk bantuan persekolahan RM100 (setiap pelajar), baucar belian buku kepada pelajar STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) dan penuntut institusi pengajian tinggi sebanyak RM200,” katanya.

Menurut Perdana Menteri, jika diberi mandat untuk terus memerintah negara, lebih banyak lagi program kebajikan seumpamanya untuk rakyat akan disalurkan.

Dipetik dari Utusan Malaysia

‘Tsunami’ penyatuan orang Melayu
SHAH ALAM 2 Feb. – Landskap politik di negara ini bakal berubah dengan penyatuan seluruh orang Melayu sekali gus membentuk ‘tsunami’ baru yang akan meragut keangkuhan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta parasit dalam Pas.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, penilaian tersebut dibuat berdasarkan sambutan luar biasa yang diterima sepanjang penganjuran jelajah beliau ke seluruh negara selepas dipecat daripada Pas pada 8 Januari lalu.

Kata beliau, sokongan terhadap perjuangan Islam, Melayu dan raja (IMR) diyakini akan terus bertambah dan menjadi titik permulaan kepada perpaduan umat Islam di negara ini.

”Dengan ‘tsunami’ itulah ia akan meragut keangkuhan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta parasit di dalam Pas,” katanya ketika berucap pada forum bertajuk Bermulalah Ummah: Siri Jelajah Datuk Dr. Hasan Ali di Jalan Kebun di sini malam tadi.

Hadir sama bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohd.

Hasan berkata, beliau akan terus memastikan isu IMR di negara ini terpelihara meskipun terpaksa berhadapan dengan pelbagai ancaman.

”Walaupun British menjajah kita, pernah mentadbir kita tetapi dengan kebijaksanaan pemimpin kita terdahulu, mereka bersetuju untuk meletakkan Islam di kedudukan tertinggi iaitu sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara.

”Justeru, kita perlu pastikan Islam akan terus kekal sebagai agama Persekutuan di negara ini selain memastikan hak istimewa Melayu terpelihara kerana Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Melayu itu sebagai Islam dan Islam itu adalah Melayu,” jelasnya.

Sementara itu, Hasan Basri berkata, penganut agama lain di negara ini tidak perlu bimbang dengan ceramah siri jelajah tersebut kerana ia semata-mata bagi memperjuangkan hak umat Islam.

”Perhimpunan ini hanya mahu memelihara hak umat Islam dan tidak menghalang hak penganut agama lain untuk beragama,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Harapan BN tebus Kelantan cerah
KOTA BHARU 2 Feb.  UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempunyai harapan yang cerah untuk menebus kekalahan di Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), sekiranya gerak kerja jentera parti terus ditingkatkan dan pemimpin di semua peringkat pula mengekalkan perpaduan erat sesama mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut melahirkan keyakinan bahawa BN mampu menambah bilangan kerusi, mengambil kira UMNO Kelantan yang sudah fokus dalam gerak kerja mereka.

Beliau berkata, berdasarkan pertemuannya dengan pimpinan UMNO dan BN negeri sempena lawatan kerja sehari ke negeri ini, ternyata mereka sudah mengatur strategi selain mengenal pasti kawasan-kawasan yang boleh dimenangi.

Justeru katanya, UMNO dan BN Pusat akan cuba mencari jalan untuk membantu BN negeri mencapai kejayaan seperti diharapkan.

Saya yakin kalau usaha yang telah dibuat sekarang ini diteruskan dan ditingkatkan lagi, kita mempunyai harapan yang agak cerah untuk menebus kekalahan di beberapa tempat, menambah bilangan kerusi, tetapi ada usaha yang perlu ditingkatkan lagi sebelum kita rasa lebih yakin dapat tebus kekalahan di Kelantan secara keseluruhan, katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Kelantan 2012 yang dihadiri lebih 2,000 guru di Dewan Tun Ghafar, Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Peringat di sini, hari ini.

Turut hadir, isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang dan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

BN kini menguasai tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang kesemuanya berjumlah 45 kerusi.

Ditanya sama ada beliau ada membincangkan soal calon pada pertemuan dengan pimpinan UMNO dan BN negeri itu, Muhyiddin berkata, perkara tersebut tidak dibincangkan dan ia akan diputuskan oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tambahnya, ini termasuk kemungkinan mengumumkan lebih awal calon-calon yang bertanding khususnya di negeri-negeri dikuasai pembangkang.

Yang lebih utama sekarang ini kita fokus kepada gerakan jentera BN di semua peringkat, bahagian, Parlimen dan pusat mengundi, katanya.

Mengenai kehadiran Tengku Razaleigh Hamzah pada pertemuan tersebut, Muhyiddin berkata, beliau menghargai kehadiran Ketua UMNO Gua Musang itu yang telah memberikan beberapa cadangan serta pandangan untuk memantapkan parti.

Sementara itu, Tengku Razaleigh ketika ditemui menafikan beliau memboikot Badan Perhubungan UMNO Kelantan selepas gagal menghadirkan diri dalam beberapa mesyuarat sebelum ini.

Saya tidak hadir mesyuarat bukan sebab tidak mahu hadir, tetapi saya terima surat jemputan lewat. Kadang-kadang saya terima sehari selepas mesyuarat dan kadang-kadang sehari sebelum, kenapa saya nak boikot, saya bukan ahli mogok, katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Warga guru diminta terus beri sokongan
KOTA BHARU 2 Feb.  Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta lebih 500,000 warga pendidik di seluruh negara memberi sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memastikan agenda pembangunan negara dapat diteruskan.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, sokongan itu penting kerana pelbagai usaha telah dirancang oleh kerajaan untuk memastikan kehidupan rakyat terutama umat Islam dapat dipertingkatkan.

Bagaimanapun, kata beliau, perancangan itu akan menjadi sia-sia jika kerajaan jatuh ke tangan pihak tidak bertanggungjawab.

Kalau tidak guru, siapa lagi kerana jumlah kita (guru) adalah sebanyak 500,000 orang dan inilah kekuatan utama kita. Saya tahu masing-masing mempunyai persepsi dan pegangan hidup dan sebagainya tetapi yang penting adalah soal memperkukuhkan masa depan negara.

Lebih kukuh kedudukan kita, maka kita tidak diganggu-gugat kerana kalau kita tengok dalam beberapa tahun kebelakangan ini kita telah memberi perhatian yang paling banyak dalam memajukan masyarakat Islam, katanya.

Beliau berucap di hadapan lebih 2,000 guru sempena Majlis Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Kelantan 2012 di Dewan Tun Ghafar, Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Peringat di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang dan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Dipetik dari Utusan Malaysia

8 pendatang asing mati lemas
KOTA TINGGI 1 Feb.  Lapan lelaki warga asing mati lemas, lima hilang, manakala 12 lagi selamat apabila bot pancung yang mereka naiki karam pada kedudukan tujuh batu nautika (13 kilometer) dari perairan Teluk Semayong, Sedili Besar di sini awal pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi ketika kesemua 25 pendatang asing dari Afghanistan dan Iraq berusia antara 20 hingga 35 tahun cuba menyeludup keluar dari negara ini untuk menuju ke sebuah negara lain dipercayai Australia.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Che Mahazan Che Aik berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 8 pagi daripada penduduk tempatan yang menemui lapan mayat dan mangsa terdampar di pantai Teluk Semayong.

Beliau berkata, kejadian berkenaan dipercayai berpunca daripada lebihan muatan selain keadaan laut bergelora.

Siasatan awal mendapati, kesemua 25 warga asing itu dipercayai ingin keluar dari negara ini sebelum bot mereka dipukul ombak menyebabkan ia karam.

Menurut beberapa mangsa yang terselamat, tekong bot sempat melarikan diri. Kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan bagi mengesan mangsa yang hilang, katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Tanjung Sedili di sini hari ini.

Ini merupakan kejadian terbaru melibatkan bot karam membawa pendatang asing di rantau ini. Baru-baru ini, sebuah bot yang menyeludup warga asing dari Asia Barat dan beberapa negara lain menuju ke Australia karam di perairan Jawa Timur, Indonesia mengakibatkan 217 orang dikhuatiri lemas.

Tragedi melibatkan warga Afghanistan, Turki, Iran dan Arab Saudi itu berlaku kira-kira 30 batu nautika (55 kilometer) dari perairan Perigi, Trenggalek, Jawa Timur.

Che Mahazan berkata, kesemua mangsa yang selamat mendakwa semua dokumen pengenalan diri hilang dihanyutkan ombak dan ini menyukarkan polis untuk memastikan identiti sebenar mereka.

Katanya, polis sedang menjalankan siasatan terperinci mengenai lokasi sebenar digunakan mereka untuk menyusup keluar dari negara ini dan mereka dipercayai tidak menggunakan laluan di sepanjang pantai Kota Tinggi.

Kita juga mengalami masalah untuk menjalankan siasatan kerana kesemua mangsa yang terselamat tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, katanya.

Beliau berkata, kes ini disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

Sementara itu, seorang mangsa yang dikenali sebagai Atallah Rafki, 23, berkata, dia bersama rakan lain mula berasa cemas apabila bot karam dan melihat ada yang lemas sekali gus berusaha untuk menyelamatkan diri dengan berenang ke tepian.

Saya hanya fikir untuk menyelamatkan diri dan kami juga tidak dibekalkan dengan jaket keselamatan, katanya.

Seorang lagi yang dikenali sebagai Nametullah, 25, berkata, kejadian itu merupakan pengalaman terburuk dalam hidupnya malah masih terkejut apabila ramai mangsa lemas.

Semua dokumen pengenalan diri kami hilang dan selepas ini keadaan akan menjadi lebih sukar untuk kami, katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Sokong perkukuh ekonomi
PUTRAJAYA 1 Feb. – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini menyeru rakyat supaya sentiasa menyokong usaha kerajaan memperkukuhkan ekonomi negara berikutan senario ekonomi dunia masa ini yang diramalkan tidak menentu.

Seri Paduka bertitah, rakyat tidak boleh alpa dan perlu sentiasa komited untuk terus bekerja dan berusaha dengan gigih.

Titah Seri Paduka, keadaan ini berikutan kelembapan ekonomi di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun serta tekanan inflasi akibat kenaikan harga komoditi, krisis hutang negara Eropah dan juga perdagangan dunia yang lebih perlahan.

“Beta melihat suasana global ini tentunya memberi impak langsung ke atas ekonomi Malaysia.

“Justeru seluruh rakyat Malaysia termasuk warga Wilayah Persekutuan perlulah sentiasa komited untuk terus bekerja dengan penuh iltizam dan sentiasa menyokong usaha-usaha kerajaan mengukuhkan ekonomi negara,” titah Seri Paduka.

Seri Paduka bertitah demikian sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan yang berlangsung di Istana Melawati sini hari ini.

Turut berangkat ke istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Haminah. Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Dalam titah Seri Paduka, Tuanku Abdul Halim turut meminta rakyat berbilang kaum untuk terus memupuk dan memperkukuhkan semangat perpaduan dan kerjasama bagi memastikan kemakmuran dan keamanan yang dikecapi hari ini dapat dikekalkan.

Seri Paduka juga melahirkan rasa sukacita dengan Kuala Lumpur yang membangun dengan pesat dan berada di atas landasan yang tepat menuju pencapaian status bandar raya bertaraf dunia dan menjadi antara senarai 20 bandar raya paling sesuai didiami menjelang 2020.

Seri Paduka juga berharap Wilayah Persekutuan Labuan akan terus berkembang menjadi hab halal bagi produk berasaskan keluaran laut dan hab logistik bagi minyak dan gas, selain menumpukan usaha menjadikannya sebagai destinasi pelancongan terkemuka dunia.

“Demikian juga dengan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Selain menjadi pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan, beta merasa gembira kerana Putrajaya telah mengorak langkah menuju matlamat menjadi bandar raya yang mapan dan makmur demi kesejahteraan seluruh warganya,” titah Seri Paduka.

Tuanku Abdul Halim percaya pelbagai usaha yang sedang dijalankan kerajaan akan memenuhi matlamat menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai wilayah yang maju dan makmur ke arah mencapai kehidupan yang berkualiti dan sejahtera.

Terdahulu pada istiadat itu, Seri Paduka menyampaikan darjah kebesaran, bintang dan pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2012 kepada 279 penerima.

Antara penerima ialah Yang Dipertua Persatuan Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abu Hassan Omar yang dikurniakan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang turut menerima SUMW, bagaimanapun tidak hadir pada istiadat hari ini kerana sedang melakukan lawatan kerja ke London dan dijadual pulang ke tanah air Khamis ini.

Selain itu lima penerima Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri pula ialah Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ahmad Kabit, Pengerusi KUB Malaysia Berhad, Datuk Seri Abdul Halim Abdul Samad, Ketua Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong Ten Soo dan Timbalan Presiden Persatuan Bagi Orang-Orang Buta Malaysia, Datuk Seri Mohamed Iqbal Kuppapitchai Rawther.

Seramai 34 orang dianugerah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk, 30 penerima Johan Mahkota Wilayah (JMW). Pengarang Urusan Kumpulan New Straits Times Press (NSTP), Abdul Jalil Abdul Hamid menerima bintang Johan Mahkota Wilayah (JMW).

Selain itu seramai 74 penerima pingat Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan 84 lagi menerima pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW). – BERNAMA

Dipetik dari Utusan Malaysia

Buku Jingga tak sesuai di Kedah
ALOR SETAR 1 Feb.  Datuk Seri Azizan Abdul Razak ternyata tidak gentar dengan kritikan sekutu Pas iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mengenai tindakan beliau tidak mematuhi apa terkandung dalam Buku Jingga yang dikeluarkan pakatan itu.

Ia terbukti apabila hari ini, Menteri Besar Kedah itu secara terbuka berkata, pelaksanaan apa yang terkandung dalam buku itu yang juga manifesto Pakatan Pembangkang bergantung kepada kesesuaian sesuatu negeri.

Sehubungan itu beliau menegaskan, terdapat perkara-perkara dalam buku manifesto berkenaan yang perlu ditangguh pelaksanaannya sehingga suasana mengizinkan dengan mengambil kira keadaan politik dan masyarakat setempat.

Kita menghormati Buku Jingga tetapi ada benda-benda yang kadang-kadang kita boleh guna sekarang dan yang tak boleh lagi sebab setiap negeri itu ada masalah tertentu, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darulaman di sini.

Sebelum ini Azizan dikritik oleh pemimpin kedua-dua parti itu kerana didakwa tidak mematuhi apa yang terkandung dalam Buku Jingga berhubung isu penggantungan lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) baru-baru ini.

Ia memandangkan mereka membuat tafsiran bahawa Azizan yang juga Pengerusi KUIN mengambil tindakan berlandaskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) manakala dalam Buku Jingga dicadang dimansuhkan jika pembangkang memerintah negara.

Mengulas lanjut, Azizan berkata, tindakan tidak mematuhi sebahagian kandungan Buku Jingga bukan bererti beliau menolak buku tersebut tetapi berpendapat janji-janji dalam buku itu lebih sesuai dilaksanakan jika pakatan pembangkang memerintah negara.

Sebagai contoh, dalam al-Quran, hukum mencuri adalah potong tangan tetapi terdapat juga kes pada zaman dahulu pencuri tak dipotong tangan kerana tahun itu berlaku kebuluran, jadi maknanya tak melaksanakan hukum itu bukan bererti menolak al-Quran tetapi mengambil kira suasana untuk memberi keadilan, jelasnya.

Justeru, beliau telah menghubungi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pada masa sama akan menghantar pegawainya ke Kuala Lumpur untuk menjelaskan isu penggantungan pelajar KUIN itu kepada Pas Pusat.

Sementara itu, kata Azizan, terserah kepada pucuk pimpinan Pas Pusat sama ada memilih beliau bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 atau sebaliknya.

Pesuruhjaya Pas negeri itu berkata, jika Pas Pusat tidak mahu beliau bertanding lagi menjadi calon pilihan raya maka beliau akan akur dan berhenti daripada memegang jawatan.

Itu hak Pas Pusat dan pemimpin di atas, kalau tak beri bertanding maka saya berhenti tetapi selagi saya di sini maka saya buat kerja macam biasa, katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Sokongan semakin kuat
ALOR SETAR 31 Jan.  Walaupun terdapat tekanan daripada sekutu Pas iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP berhubung kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak, namun ia tidak menggugat kedudukan Menteri Besar Kedah itu.

Sebaliknya, Azizan yang kini berhadapan dengan isu penggantungan pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menegaskan, kedudukan beliau semakin kukuh dengan sokongan daripada ahli-ahli Pas di peringkat pusat dan negeri.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kedah tersebut yang baru-baru ini menjalani rawatan kerana masalah jantung berkata, isu berkenaan tidak akan menggugat kepimpinan beliau.

Saya bersedia memberi penjelasan terperinci mengenai isu itu pada mesyuarat politik bulanan Pas jika diminta berbuat demikian.

Siapa yang betul, saya atau depa (mereka), sekarang depa merasa malu sebab dah tersilap, katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu semalam bahawa Pas Pusat akan memanggil Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah untuk memberi penjelasan berhubung tindakan KUIN menggantung lima pelajarnya mengikut AUKU 1971, April lalu.

Mohamad Sabu atau Mat Sabu berkata, Pas Pusat perlu mendengar penjelasan tersebut sebelum mengambil sebarang keputusan kerana apa yang dilaporkan oleh media berbeza dengan apa yang berlaku.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abdul Aziz Bari meminta supaya pakatan pembangkang mengambil tindakan terhadap Azizan kerana tindakan terhadap pelajar itu bercanggah dengan kandungan Buku Jingga.

Isu KUIN dikatakan menjadi senjata baru kepada kelompok tertentu yang cuba menjatuhkan Azizan daripada kerusi Menteri Besar Kedah.

Sebelum ini, Azizan juga dikatakan tidak disenangi oleh PKR dan DAP kerana dilihat melakukan beberapa tindakan yang dianggap akan merugikan pakatan pembangkang.

Sebelum ini, ketika mengulas isu penggantungan mahasiswa berkenaan, Azizan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pemimpin pakatan pembangkang apabila menyatakan Buku Jingga yang mengandungi manifesto pakatan tersebut bukanlah al-Quran yang perlu dipatuhi sepanjang masa.

Mengulas lanjut, Azizan berkata, beliau tidak ada masalah untuk memberi penjelasan kepada kepimpinan parti berhubung isu KUIN itu.

Beliau menjelaskan, tindakan tatatertib terhadap pelajar KUIN itu tidak diambil mengikut AUKU 1971 tetapi berdasarkan Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) 1996.

Menurut Azizan, apa yang dinyatakan oleh Buku Jingga berhubung AUKU ialah memberi kebebasan kepada pelajar untuk berpolitik dan berpersatuan tetapi pelajar berkenaan digantung pengajian kerana mengganggu pentadbiran KUIN dan menjejaskan imej pusat pengajian itu.

Oleh itu, beliau meminta pihak luar yang tidak memahami isu sebenar tidak mencampuri isu dalaman KUIN bagi mengelakkan kekeliruan.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahya berkata, reputasi Azizan tidak terjejas walaupun terdapat usaha dari dalam atau luar Pas yang cuba menjadikan isu KUIN itu untuk melemahkan kewibawaan menteri besar itu.

Sokongan terhadap Datuk Seri Azizan dari hari ke hari bertambah kuat kerana kejayaan beliau dari pelbagai sudut termasuk pembangunan KUIN sendiri menyebabkan ada pihak yang cemburu, tetapi ini perkara biasa dalam politik, katanya.

Sebagai contoh, jelasnya, isu hiburan di bulan Ramadan baru-baru ini juga berjaya ditangani selepas Azizan memberi penjelasan walaupun sebelum itu ada pihak tertentu cuba mencari kelemahan beliau.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Wilayah Persekutuan nadi negara
KUALA LUMPUR 31 Jan. — Wilayah Persekutuan sebagai “penampilan” negara, harus menjadi lambang terbaik bagi kepakaran perancangan dan pelaksanaan pembangunan yang ada di Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata Wilayah Persekutuan merupakan cerminan wajah Malaysia kepada dunia dan ia membentuk tanggapan pertama pelawat, pelancong dan pelabur yang datang.

“Sesungguhnya Kuala Lumpur sebagai ibu negara dan pusat komersial, Labuan sebagai pusat kewangan antarabangsa dan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan adalah nadi penting kepada negara.

“Kita tidak mahu Wilayah Persekutuan dikenali semata-mata melalui menara pencakar langit dan segala gejala negatif yang dikaitkan dengan urbanisasi, sebaliknya kita mengimpikan Wilayah Persekutuan yang hijau, ceria dan dengan alam sekitar yang sihat.

“Wilayah Persekutuan yang bugar sebagai pusat ilmu, kebudayaan, kesenian, fesyen dan kulinari,” katanya dalam perutusan Hari Wilayah 2012 yang dimuatkan dalam laman blog beliau, www.1Malaysia.com.my, hari ini.

Najib turut mengajak rakyat menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai tempat terbaik untuk anak-anak dan keluarga mereka.

“Marilah kita jadikan impian kita ini suatu realiti. Bagi menggarap masa depan tersebut, warga Wilayah Persekutuan perlu berganding bahu bersama-sama bergerak ke arah apa yang direncanakan,” katanya. – BERNAMA

Dipetik dari Utusan Malaysia

PDRM siar gambar KPN di London tolak khabar angin
KUALA LUMPUR 31 Jan. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menyiarkan beberapa keping gambar Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika berada di New Scotland Yard, London dalam laman sosial Facebook bagi membuktikan bahawa beliau dalam keadaan sihat.

Enam keping diambil semasa lawatan kerja di New Scotland Yard itu jelas menunjukkan Ismail berada dalam keadaan sihat dan ceria, sekali gus menafikan khabar angin mengatakan beliau sudah meninggal dunia yang disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), laman sosial dan Twitter semalam.

Gambar-gambar tersebut menunjukkan beliau menerima momento daripada pegawai Scotland Yard, sedang mendengar taklimat, bergambar kenangan dengan pegawai PDRM yang menemaninya dan sekeping gambar beliau bersendirian.

Malah, sebaik sahaja gambar-gambar itu disiarkan, terdapat puluhan komen daripada pengikut laman sosial PDRM yang melahirkan rasa syukur, mengucap sejahtera dan tahniah kepada Ismail serta pasukan polis yang mengharumkan nama negara melalui lawatan kerja ke luar negara itu.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) PDRM, Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf memberitahu, semua gambar yang disiarkan itu baru sahaja dirakamkan semasa Ketua Polis Negara bertemu dengan polis Scotland Yard untuk mendengar taklimat mengenai Pusat Arahan Komunikasi (C3i), London.

“Tan Sri Ismail ada menghubungi saya memaklumkan beliau berada dalam keadaan sihat dan akan pulang ke tanah air pada lusa (Khamis ini) selepas selesai mengadakan lawatan kerja tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Ismail dalam satu kenyataan SMS kepada Utusan Malaysia semalam, mengatakan beliau berada dalam keadaan sihat dan sedang mengadakan lawatan kerja di New Scotland Yard sebelum ke London Metropolitan Central Communications Command.

Ismail menghantar pesanan itu apabila diminta mengulas mengenai khabar angin yang disebarkan melalui SMS, laman sosial dan Twitter bahawa beliau telah meninggal dunia di London pada awal pagi semalam.

Mengulas lanjut, Ramli berkata, PDRM memandang serius penyebaran berita tidak benar tentang kematian pemimpin tertinggi dalam pasukan keselamatan itu.

“Polis memandang serius perbuatan (fitnah) ini kerana berita kematian tidak boleh dibuat gurauan.

“Ia dilihat serius bukan hanya kerana yang difitnah adalah Ketua Polis Negara yang merupakan seorang personaliti dan pemimpin, tetapi soal kematian memang bukan boleh dibuat main-main,” ujarnya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Subang depot UNHRD terbesar dunia
KUALA LUMPUR 31 Jan. – Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dekat sini bakal menjadi Depot Tindak Balas Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terbesar di dunia apabila siap dibina beberapa tahun lagi.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, depot berkenaan juga merupakan yang pertama di Asia selepas Itali untuk bantuan meliputi Eropah dan Afrika Utara, Emiriah Arab Bersatu (Timur Tengah dan Afrika Timur), Ghana (Afrika Barat) dan Panama (Amerika Latin dan kepulauan Caribbean).

Selepas siap dibina, Subang katanya, akan menjadi pangkalan untuk semua misi kemanusiaan di bawah Program Makanan Sedunia (WFP) merangkumi kawasan bencana bagi hampir keseluruhan Asia.

“Pembangunan depot ini merupakan sebahagian daripada komitmen Kerajaan Malaysia yang bersetuju untuk membina pejabat, gudang dan pusat latihan bagi memudahkan misi UNHRD dilaksanakan sekiranya negara-negara di rantau ini dilanda sebarang krisis.

“Depot ini merupakan depot UNHRD yang terbesar di dunia. Pembinaannya berjalan mengikut jadual dan dijangka siap lebih awal berbanding depot-depot UNHRD yang turut dibina di rantau lain. Ini jelas menunjukkan usaha serius kerajaan bagi menyokong program kemanusiaan PBB,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat perkembangan pembinaan depot tersebut di Pangkalan Udara TUDM Subang dekat sini hari ini.

Pemilihan Subang sebagai depot UNHRD dimeterai melalui perjanjian yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar ketika itu iaitu Tan Sri Rastam Mohd. Isa dengan wakil WFP, Amir Abdulla pada Februari 2010.

Ahmad Zahid menambah, Subang dipilih kerana kedudukan strategik di samping kemudahan infrastruktur sedia ada yang memudahkan bantuan disalur ke negara yang memerlukan.

Katanya, idea penubuhan depot secara tetap di Subang bermula selepas berlakunya tsunami di beberapa negara Asia Tenggara dan Asia Selatan pada 2004 dengan menyaksikan Pangkalan Udara TUDM Subang ketika itu menjadi transit kepada pesawat pengangkut dari WFP atau negara-negara yang menghulurkan sumbangan.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Pengurus disamun RM200,000
SEREMBAN 30 Jan.  Sekumpulan perompak bertindak nekad merempuh sebuah kereta mewah milik seorang pengurus stesen minyak sebelum menyamun mangsa serta melarikan wang tunai sebanyak RM200,000 di Kilometer 287 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat sini hari ini.

Kejadian mencemaskan pukul 10.20 pagi itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari stesen minyak tempat dia bekerja di Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) menuju ke sebuah bank di Bandar Baru Bangi, Selangor bagi memasukkan wang hasil jualan stesen berkenaan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supritendan Mohd. Yusoff Awang berkata, sebaik sahaja tiba di hentian rehat dan rawat Nilai, kenderaan BMW yang dipandu mangsa tiba-tiba dilanggar sebuah kereta Toyota Lexus dari arah belakang.

Mangsa yang mengesyaki sesuatu dengan tindakan kereta itu, tidak berhenti sebaliknya terus memandu meneruskan perjalanan.

Namun, penjenayah terbabit terus mengejar sejauh 400 meter dan melanggar sekali lagi di tepi kereta mangsa sehingga memaksa pengurus stesen minyak itu menghentikan kenderaannya di tepi lebuh raya, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelasnya, dua lelaki bersenjatakan parang kemudian terus meluru ke arah mangsa yang ketika itu masih berada dalam keretanya.

Pada masa sama, datang sebuah lagi kereta Honda Accord berwarna hitam yang dinaiki dua lagi lelaki dan terus berhenti berhampiran kereta mangsa.

Kumpulan berkenaan kemudian mengambil wang tunai yang diletakkan di bonet kenderaan mangsa sebelum melarikan diri dengan kereta Honda Accord terbabit.

Kereta Toyota Lexus itu yang turut mengalami kerosakan akibat rempuhan berkenaan ditinggalkan di bahu jalan lebuh raya terbabit, ujarnya yang memberitahu kejadian berlangsung kurang lima minit.

Beliau percaya kereta Toyota Lexus yang digunakan untuk merempuh kenderaan mangsa itu adalah kenderaan curi dan hasil pemeriksaan mendapati nombor pendaftarannya palsu.

Mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan menghubungi polis untuk memohon bantuan, katanya yang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 395/394 samun berkawan dan bersenjata.

Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi kejadian mendapati pihak polis turut menggunakan khidmat unit udara helikopter bagi mengesan kereta Honda Accord berkenaan sejurus selepas insiden.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Duta Palestin terkejut
KUALA LUMPUR 30 Jan.  Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush (gambar) terkejut terhadap kenyataan pelik daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.

Jelas beliau, kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang disiarkan di dalam The Wall Street Journal (WSJ) itu nyata membingungkan kerana pihak yang memerlukan perlindungan keselamatan adalah rakyat Palestin.

Israel mempunyai lebih daripada 200 jenis senjata nuklear dan sebuah tentera yang dilengkapi serba serbi senjata canggih.

Pihak mana yang sewajarnya mendapat perlindungan keselamatan, adakah penceroboh atau penduduk Palestin yang setiap hari ditindas dan dikenakan sekatan yang tidak berperikemanusiaan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan kontroversi Anwar terbongkar apabila akhbar WSJ pada Khamis lalu mendedahkan sokongan Ketua Pembangkang tersebut apabila dipetik sebagai berkata: Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel’.

Bagaimanapun, selepas dikecam pelbagai pihak, Anwar menuduh kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin sengaja diputar-belit oleh media tempatan bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Tegas Abdelaziz, Israel secara terang-terang telah mencabuli undang-undang antarabangsa dan hak asasi kemanusiaan serta mengenepikan segala usaha daripada komuniti antarabangsa untuk membawa keamanan dan kestabilan di Asia Barat.

Palestin adalah isu penting bagi umat Islam, justeru adalah amat pelik dan menghairankan untuk kenyataan seperti itu datang daripada seorang pemimpin Malaysia yang beragama Islam, sedangkan Malaysia adalah perintis kepada usaha yang menyokong rakyat Palestin serta perjuangannya, kata beliau.

Sementara itu, kata Abdelaziz, beliau amat menghargai ketegasan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman yang menyatakan kerajaan Malaysia tidak pernah menyokong tindakan penindasan rakyat Palestin yang ditakrifkan Israel sebagai perlu bagi menjaga keselamatan negara tersebut.

Kami yakin bahawa sokongan kuat daripada kerajaan dan rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin akan tetap berterusan, katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Penjual kuih parah ditembak perompak
KOTA BHARU 30 Jan. – Seorang penjual kuih berusia 50 tahun cedera parah akibat ditembak sekumpulan empat perompak yang menceroboh masuk rumah mangsa di Kampung Slow Machang dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi, mangsa, Che Hasmah Che Awang, 54, cedera di bahagian perut kanan sehingga tembus ke belakang.

Ketika kejadian, mangsa berada di rumah bersama-sama suaminya, Mohd. Lawi Dollah, 54, anak lelaki tunggal mereka, Mohd. Khairul Azani, 26, menantu, Shamimi Rohaimee, 22, dan cucu lelaki berusia tiga tahun.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, mangsa yang kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dilaporkan dalam keadaan stabil.

“Ketika kejadian kesemuanya sedang tidur di bilik masing-masing sebelum muncul empat lelaki pakai topeng.

“Suspek kemudian telah mengheret anak mangsa (keluar bilik) sementara mangsa dan yang lain dipaksa menunggu dalam bilik,” katanya.

Jalaluddin memberitahu, tiga suspek kemudian menggeledah bilik anak mangsa dan melarikan empat buah telefon bimbit, tiga utas rantai, tiga bentuk cincin, sepasang subang dan wang tunai RM5,000.

Menurutnya, perompak terbabit turut melarikan sebuah kereta jenis Honda Jazz milik anak mangsa.

“Anak mangsa sempat melihat seorang lagi suspek berada dalam sebuah kereta Proton Iswara berwarna hitam ketika kejadian berlaku. Siasatan awal Unit Forensik telah menemui sepucuk pistol jenis Revolver 3.8 yang digunakan oleh suspek di rumah tersebut,” katanya.

Jalaluddin memberitahu, pihaknya telah melancarkan Operasi Tutup bagi mengesan kesemua suspek.

Menceritakan kejadian itu, Mohd. Lawi berkata, dia dan isterinya sedang tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu dan orang memberi salam.

Katanya, dia yang bangun dan membuka pintu terkejut melihat empat lelaki tidak dikenali dan menutup muka mereka dengan kain pelekat.

“Suspek kemudian meluru masuk dan saya ditahan di ruang tamu. Suspek yang lain terus ke bilik saya dan anak.

“Tidak lama selepas itu, saya terdengar bunyi tembakan dan dengar jeritan isteri saya,” katanya yang tidak boleh berbuat apa-apa kerana suspek bersenjata api.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Aziz Bari digugur gelaran profesor
KUALA LUMPUR 30 Jan. – Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abdul Aziz Bari tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan institusi pengajian tinggi itu.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, Abdul Rahim Ahmad berkata, sebarang aktiviti Abdul Aziz selepas ini juga tiada kaitan dengan universiti itu.

Namun katanya, Abdul Aziz masih boleh menggunakan status profesor jika ada universiti lain melantiknya ke jawatan itu.

”Pensyarah yang tamat perkhidmatan dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam, tidak boleh menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik.

”Dengan penjelasan ini, saya harap, semua pihak dapat mengetahui gambaran sebenar tentang Abdul Aziz dan berharap sebarang aktiviti beliau selepas ini tiada kaitan dengan UIAM,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan akhbar bagi mengulas pertanyaan pembaca Utusan Malaysia, SAKINAH melalui ruangan Forum akhbar itu pada Jumaat lalu yang ingin tahu bidang pengkhususan dan siapakah yang memberikan pengiktirafan kepada Abdul Aziz sebagai pakar undang-undang dan perlembagaan.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Bukti Anwar lidah bercabang
KUALA LUMPUR 29 Jan. – Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya kenyataan beliau yang menyokong segala usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, sengaja diputar-belit oleh media tempatan adalah satu lagi bukti sikap lidah bercabang Ketua Pembangkang itu.

Sambil mempersoalkan sejak bila hak rakyat Palestin dibela oleh Israel sehingga ketua pembangkang itu sanggup menyokong keselamatan negara Yahudi itu, Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, tindakan Anwar bertujuan menyuci dosanya terhadap zionis.

“Ini bukti satu lagi sikap lidah bercabang. Sejak bila hak rakyat Palestin dibela Israel? Rakyat Palestin setiap hari dibunuh oleh Israel, apakah Anwar tidak tahu? Anwar sedar semua ini tetapi demi kepentingan politik beliau sanggup mengutamakan Yahudi demi menjaga hati zionis.

“Ini kerana Anwar mahu barat melihat beliau kawan kepada zionis dan golongan neo konservatif (kumpulan pro-Yahudi) selepas terlajak menghentam Apco Worldwide tempoh hari,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Kenyataan kontroversi Anwar itu terbongkar apabila akhbar The Wall Street Journal pada Khamis lalu mendedahkan sokongan Ketua Pembangkang tersebut kepada Israel apabila dipetik sebagai berkata: “Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.”

Bagaimanapun selepas dikecam pelbagai pihak, Anwar menuduh kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin sengaja diputar-belit oleh media tempatan bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Sebaliknya, menurut Anwar, kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan jika syarat itu dipenuhi, maka, wajar hak rakyat Israel juga dihormati, selaras dengan pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi.

Mengulas isu sama, bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, alasan yang diberi dalam menghalalkan sokongan ke atas Israel membuktikan Anwar buta sejarah kerana zionis tidak pernah mengiktiraf hak rakyat Palestin mahu pun orang Islam.

“Golongan Yahudi ini memang telah ditegaskan dalam al-Quran bahawa mereka akan sentiasa memerangi dan menindas orang Islam khususnya bangsa Palestin. Jadi di mana logik alasan yang diberikan Anwar untuk beliau menghalalkan sokongannya kepada Israel.

“Semua ini sebenarnya cerminan sikap beliau yang sejak dahulu pro-Yahudi. Sebab itu Anwar tergamak menyokong segala usaha demi keselamatan Israel ketika rakyat Palestin setiap hari dibunuh dengan kejam dan hak mereka sebagai manusia dinafikan,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd. Zahid mencabar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar menyatakan sokongan ke atas Anwar dalam isu negara Israel dengan segera, kerana beliau adalah calon Perdana Menteri bagi pihak pembangkang.

Menurut beliau, Pas perlu menyatakan pendirian dengan jelas berhubung sokongan Anwar ke atas keselamatan Israel itu kerana pendedahan mengenainya, dibuat oleh akhbar antarabangsa yang sangat dipercayai pihak pembangkang dan bukannya media tempatan.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Sikap berdiam diri pemimpin Pas diselar
KUALA LUMPUR 29 Jan. – Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin (gambar) menyelar sikap pemimpin tertinggi Pas yang sehingga kini berdiam diri meskipun Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan jelas menyatakan sokongan terhadap sebarang usaha bagi menjamin keselamatan negara Israel.

Beliau berkata, sikap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar dalam isu tersebut nyata berbeza berbanding pertengahan 90-an dahulu apabila Pas menentang keras kehadiran pasukan kriket remaja Israel.

“Kenapa sampai sekarang pemimpin Pas berdiam diri? Mana perginya Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz ketika Anwar menyatakan sokongan terhadap sebarang usaha untuk keselamatan negara Israel? Mana Mahfuz yang dahulu sanggup masuk penjara kerana prinsip menentang Israel? Apakah Pas setuju dengan Anwar?

“Bagi saya kalau Pas memilih untuk berdiam diri dalam isu ini, maknanya Pas yang mengangkat Anwar untuk menjadi Perdana Menteri jika pembangkang memerintah juga menyokong segala usaha untuk menjamin keselamatan negara Israel,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas sikap berdiam diri pucuk pimpinan tertinggi Pas terhadap kenyataan kontroversi Anwar sedangkan sebelum ini parti tersebut lantang mengkritik kerajaan berhubung isu Apco Worldwide yang dikaitkan dengan negara Yahudi itu.

Sehingga kini, hanya Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan yang tampil mengeluar kenyataan secara umum menolak sebarang usaha untuk menyokong Israel apatah lagi untuk memberi perlindungan kepada golongan yang disifatkannya dilaknat oleh Allah.

Dalam perkembangan berkaitan, Zulkifli berkata, kenyataan terbaru Anwar adalah rentetan bukti amalan politik dua alam ketua pembangkang itu yang tidak pernah tetap pendirian jika berdepan khalayak berbeza dan ia dibuat bertujuan meraih kembali sokongan serta kepercayaan kumpulan pro-Yahudi di Barat.

“Rakyat perlu sedar hakikat ini. Anwar mempunyai hubungan rapat dengan kelompok individu yang pro-Yahudi. Hubungan beliau dengan Paul Wolfowitz (arkitek perang Iraq), William Cohen (bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat) dan Al Gore telah sekian lama menjadi rahsia terbuka,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Kenapa tidak dakwa The Wall Street Journal silap?
PUTRAJAYA 29 Jan. – Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam wawancara dengan The Wall Street Journal jelas menunjukkan penerimaan dan sokongan beliau terhadap segala tindakan kejam yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin selama ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan berkata, adalah jelas kenyataan tersebut bertujuan mendapatkan sokongan antarabangsa, khususnya masyarakat dan penyokong-penyokong negara Yahudi itu dalam usaha menghadapi pilihan raya.

Sebelum itu, beliau mengingatkan kembali tindakan Anwar di Dewan Rakyat pada Mac lalu yang menuduh konsep 1Malaysia ditiru daripada konsep rejim zionis di Israel. Tindakan ini telah menyebabkan kecaman daripada pemimpin-pemimpin Yahudi.

“Dengan kenyataan yang dibuat oleh beliau di The Wall Street Journal itu adalah jelas sekarang di mana letaknya prinsip dan pendirian Anwar Ibrahim mengenai isu Palestin dan saya yakin rakyat akan dapat membuat penilaian mereka sendiri.

“Kenyataan beliau yang menyokong penuh semua tindakan Israel bagi menjaga keselamatan negara itu adalah jelas, kecuali kalau beliau ingin mendakwa The Wall Street Journal melakukan kesilapan,” katanya.

Sementara itu, Anifah menegaskan, kerajaan tidak pernah menyokong tindakan penindasan rakyat Palestin yang ditakrifkan Israel sebagai perlu bagi menjaga keselamatan negara tersebut.

“Malahan kita telah bersama-sama masyarakat antarabangsa mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang jelas melanggari perundangan antarabangsa.

“Kerajaan Malaysia berpendirian bahawa penyelesaian terbaik kepada konflik Palestin-Israel hanya boleh dicapai melalui perundingan bagi memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau yang berkekalan,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Saya tak percaya berita ini – Nik Abduh
KUALA LUMPUR 29 Jan. – Dewan Pemuda Pas Pusat berbeza pendapat berhubung kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan sokongan terhadap usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.

Ini kerana, di sebalik ketegasan Ketuanya, Nasrudin Hassan menolak mana-mana usaha untuk menyokong Israel, Timbalannya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz pula enggan mempercayai laporan yang diterbitkan oleh The Wall Street Journal itu.

“Menyokong segala usaha melindungi keselamatan negara Israel? Saya tak percaya berita ini,” kata Nik Abduh menerusi laman Facebook dipercayai merujuk kepada laporan akhbar antarabangsa itu berhubung kenyataan Anwar.

Semalam, Nasrudin meskipun membuat kenyataan secara umum tanpa merujuk terus kepada Anwar berkata, sokongan terhadap Israel tidak layak dan tidak wajar diberikan sekali pun atas nama untuk mengambil hati Amerika Syarikat.

Tegasnya, Israel adalah sebuah entiti haram yang terlalu besar dosanya terhadap umat Islam, justeru segala usaha menyokong apatah lagi memberi perlindungan kepada golongan yang dilaknat oleh Allah perlu ditolak.

The Wall Street Journal pada Khamis lalu menyiarkan kenyataan Anwar yang dipetik sebagai berkata: “Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.”

Namun dalam laporan sama, Ketua Pembangkang itu tidak mengesahkan akan membuka hubungan diplomatik dengan Israel iaitu suatu langkah yang menurut beliau bergantung sama ada Israel menghormati aspirasi rakyat Palestin.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Skim pinjaman khas diperkenal
KUALA LUMPUR 28 Jan. – Masalah warga kota berpendapatan rendah sukar memperoleh pinjaman perumahan untuk membeli rumah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang disewa mereka dijangka diatasi melalui skim pinjaman khas yang diperkenalkan kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Skim Pembiayaan Khas Penjualan Program Perumahan Rakyat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR MTEN) dan Perumahan Awam DBKL itu akan beroperasi mulai 1 Mac ini.

Beliau berkata, skim pembiayaan khas itu diwujudkan kerajaan bagi menghadapi peningkatan harga rumah di ibu kota dan bermanfaat buat bakal pembeli yang berminat memiliki rumah yang ditawarkan kepada mereka.

Beliau yang juga Menteri Kewangan memberitahu, skim itu akan dikendalikan oleh Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Yayasan Wilayah Persekutuan, dengan dana pembiayaan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Melalui skim khas ini, masalah memperoleh pinjaman diyakini dapat diatasi dan membantu keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah.

“Suka saya umumkan bahawa Jemaah Menteri pada 18 Januari 2012 bersetuju dengan skim ini yang dicadangkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar,” katanya semasa berucap merasmikan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri memberitahu, kerajaan mempunyai pelan jangka panjang dalam membangunkan ketiga-tiga kawasan Wilayah Persekutuan demi memastikan pembangunan tempat tersebut sentiasa makmur dan harmoni selari dengan peranan masing-masing.

Sebagai contoh, katanya, hala tuju pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan telah ditetapkan berasaskan tiga teras utama iaitu sebagai hab perdagangan industri minyak dan gas, pusat kewangan dan perniagaan antarabangsa serta sebagai destinasi pelancongan tersohor.

Kata beliau, Wilayah Persekutuan Putrajaya pula ia akan terus mengekalkan ciri-ciri sebuah bandar pintar hijau, terurus dan tersusun dengan sistem perbandaran yang moden dan efisien, selain sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

“Kita sesungguhnya mendambakan Wilayah Persekutuan sama ada Kuala Lumpur, Labuan atau Putrajaya yang bukan sebagai ‘pulau batu yang nyah jiwa atau roh,’ sebaliknya merupakan oasis hijau yang bugar, tempat terbaik untuk bekerja, berniaga, melabur, melancong dan berlibur,” katanya.

Sementara itu, sambutan Hari Wilayah Persekutuan Kelapan pada kali ini menyaksikan perbarisan membabitkan 94 kontinjen pelbagai kategori dengan penyertaan 8,000 orang.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Hasan kecam pemimpin Pas
KEPALA BATAS 28 Jan. – Bekas Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mengecam kepimpinan Pas kerana sanggup melarang ahlinya daripada menghadiri program berkaitan akidah seperti Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun).

Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor berkata, mereka itu disifatkannya sebagai parasit perosak akidah kerana tidak menyokong gerakan untuk menyelamatkan umat Islam daripada bencana murtad.

Menurutnya, adalah tidak logik parti yang mendokong perjuangan Islam selama ini bertindak sedemikian.

”Bila pemimpin Pas kata jangan pergi di Shah Alam, saya pergi juga. Majlis berhimpun untuk menentukan satu keputusan penghakiman (kes liwat Anwar Ibrahim), dia suruh datang tapi majlis mengesakan Allah, mentauhidkan Allah, dia kata, jangan pergi…jangan pergi, di mana logiknya?

“Kalau teman daripada PKR, saya tidak terasa sangat sebab mereka parti campur. Ada orang Cina, India dan Melayu, saya boleh faham.

“Tetapi saya tidak faham jika bekas parti saya tidak membenarkan ahli-ahlinya daripada menghadiri majlis akidah dan menghalang mereka pergi program akidah.

“Saya bukan nak bawa irama politik tetapi inilah realiti,” katanya ketika berpidato pada Himpun peringkat Pulau Pinang di Dewan Pusat Budi Penyayang di sini hari ini.

Kira-kira 5,000 hadir pada program bertemakan Selamatkan Akidah itu.

Hadir sama Pengerusi Bersama Himpun, Mohd. Azmi Abdul Hamid; Pengarah Urus Setia Himpun negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd. Rahman.

Hasan menambah, meskipun berdepan pelbagai halangan dan rintangan, Himpun tetap diteruskan pada masa depan dengan menjelajah ke setiap negeri.

Jelasnya, ia penting kerana ramai masyarakat Islam termasuk pemimpin Pas sendiri tidak percaya tentang gejala murtad yang semakin serius dan perlu dibendung segera.

Malah, katanya, semasa menjadi Exco Selangor dulu, ada orang Pas sendiri menghalangnya ketika menjalankan tugas mencegah maksiat.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Peranan, imej Rela ditransformasi
KUALA LUMPUR 28 Jan. – Kerajaan bercadang mentransformasikan peranan serta imej pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) bagi membolehkan pasukan itu muncul sebagai organisasi tersusun, berintegriti serta berwajah 1Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, untuk itu satu akta sedang digubal dan akan dibentangkan di Dewan Rakyat tidak lama lagi bagi memperincikan transformasi berkenaan.

Menurut beliau, antara lain akta berkenaan akan menyaksikan peranan Rela yang kini dianggotai kira-kira tiga juta ahli diperluaskan dan tidak lagi sekadar dipandang sebagai pelakon tambahan dalam mempertahankan keamanan serta kesejahteraan negara.

Menerusi transformasi itu juga, kita mahu Rela  terus menjadi alat kejayaan kepada program-program transformasi kerajaan dan negara serta bersama-sama kerajaan dalam mempertahankan agenda negara. Ancaman baru boleh timbul bila-bila masa termasuk secara halus yang boleh menggugat kepentingan negara.

Mungkin ancaman baru itu berbentuk jenayah, fahaman ekstrem, ancaman pemerdagangan orang atau pengedaran dadah. Untuk itu, kita mahu Rela bersama-sama pasukan keselamatan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjaga keamanan.

Jika ada ancaman jenayah atau masalah berkaitan perpaduan, Rela harus ada (bersama-sama pasukan lain) di situ. Rela perlu dekat dengan rakyat. Kita tidak mahu Rela sekadar wujud di majlis-majlis tertentu sahaja, katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan ulang tahun ke-40 Rela di Serdang, dekat sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Pengarah Rela, Datuk Mustafa Ibrahim.

Najib berkata, selain peranan, transformasi Rela juga akan memperkemas struktur organisasinya serta memperlihatkan imej yang baru.

Dalam perkembangan sama, beliau menggesa anggota Rela untuk terus berada di belakang kerajaan dalam mempertahan keamanan negara dan tidak membiarkan pihak-pihak tertentu bertindak mencalar imej negara.

Kita nak keamanan terus terpelihara. Jika ada yang tidak berpuas hati, kita sudah luluskan Akta Perhimpunan Aman 2011. Tetapi, jangan sesekali timbulkan huru hara kerana tiga juta ahli Rela tidak rela negara berada dalam keadaan kucar kacir, katanya.

Sementara itu, pada majlis tersebut, beliau mengumumkan kenaikan elaun bertugas anggota Rela sebanyak RM2 sejam.

Ketika ini anggota biasa Rela dibayar elaun bertugas sebanyak RM4 sejam manakala Ketua Platun, RM5.80 sejam.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Tingkatkan prestasi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
KUALA LUMPUR 28 Jan.  Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah menyeru semua pihak terutama pengurusan tertinggi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), berusaha mengekalkan prestasi dan prestij universiti tersebut ke arah mencapai visi dan misi penubuhannya.

Seri Paduka bertitah, langkah-langkah peningkatan harus dilakukan berterusan selaras dengan perkembangan semasa, agar usaha mewujudkan kecemerlangan di masa hadapan dapat direalisasikan dengan jayanya.

Beta amat berbangga kerana UPNM berjaya melahirkan pegawai-pegawai muda yang bakal mewarisi kepimpinan unggul Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di masa depan, titah Seri Paduka sempena Istiadat Perbarisan Diraja dan Pengurniaan Watikah Pentauliahan 302 pegawai kadet UPNM di sini hari ini.

Turut berangkat menghadiri majlis itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah dan Pro Canselor UPNM, Brigadier Jeneral Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim.

Hadir sama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud yang mewakili Panglima ATM.

Seri Paduka mengingatkan bahawa anugerah pentauliahan itu satu amanah yang perlu dipelihara dan dihayati dengan iltizam berterusan.

Beta yakin, lepasan kadet UPNM adalah Leader of Character yang sentiasa tersemat dalam diri dengan nilai-nilai kewajipan, maruah dan integriti di samping menjadi seorang insan yang intelek dan tinggi budaya pekertinya.

Natijah ini akan mendokong kesinambungan keselamatan, pertahanan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara, titah Seri Paduka.

Seri Paduka bertitah, anugerah pentauliahan itu adalah satu amanah yang wajib dipelihara dengan komitmen dan penghayatan berterusan.

Penerima anugerah adalah mereka yang terpilih, cemerlang dan sanggup mengorbankan jiwa dan raga kepada agama, bangsa dan negara.

Kepada bakal pegawai-pegawai muda ATM, perlu diingat bahawa istiadat pada hari ini hanyalah permulaan kepada satu perjalanan panjang, yang penuh dengan cabaran dan dugaan, titah Seri Paduka.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Siapa cepat, dia dapat…
* Penyertaan untuk Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) boleh dibuat mulai Isnin ini di Malayan Banking Bhd. (Maybank), CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

* Pemohon perlu membawa kad pengenalan termasuk dua salinannya, kad pengenalan pasangan serta dokumen pengesahan gaji tiga bulan pemohon dan pasangan.

* Setiap individu perlu meminjam sebanyak RM5,000 seorang bagi setiap isi rumah tanpa dikenakan kadar faedah.

* Peserta yang layak akan mendapat insentif sebanyak RM134 sebulan daripada pelaburan RM5,000 yang dibuat dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M).

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Dipetik dari Utusan Malaysia

Tindakan ke atas ahli sabotaj parti
KUALA LUMPUR 27 Jan.  Jawatankuasa Disiplin UMNO akan mengambil tindakan disiplin lebih awal ke atas mana-mana pemimpin dan ahli yang cuba mensabotaj parti sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 berlangsung.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah proaktif itu bertujuan membendung anasir tidak sihat yang sering kali menjadi duri dalam daging kepada parti sebelum ini.

Katanya, jawatankuasa itu akan diketuai Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi pada masa sama beliau menegaskan mekanisme tindakan disiplin itu berdasarkan proses perbicaraan yang adil.

Ini kali pertama langkah itu dilaksanakan. Kita tidak mahu berlaku sesuatu selepas pilihan raya baru kita bertindak ambil tindakan sedangkan pada masa itu parti sudah menerima kesan (sabotaj).

Dalam parti yang besar seperti UMNO memang ada tindakan yang bertentangan dengan etika dan kepentingan parti. Sebab itu kita perlu bertindak lebih awal, katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini malam ini.

Ditanya sama ada jawatankuasa itu sudah menerima aduan berhubung tindakan mensabotaj parti, Najib berkata, sehingga kini belum ada laporan mengenainya diterima.

Mengenai tindakan terhadap Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang dilihat banyak mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan kepentingan parti, katanya, ia akan dirujuk ke jawatankuasa berkenaan.

Kalau ada apa-apa pun, ini mekanisme yang ada pada kita. Sesiapa yang ini (langgar etika parti), Jawatankuasa Disiplin punyai kuasa untuk bertindak, ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia yang kini mendapat sambutan menggalakkan perlu mempunyai tempoh masa yang secukupnya bagi memastikan semua rakyat yang layak menerima bantuan tersebut tidak akan tercicir.

Ia perlu kepada proses penentuan supaya yang layak dapat faedah dan tidak tertinggal serta mesti ada peluang untuk merayu supaya ia dapat diagih secara menyeluruh, katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

NFCorp beri kerjasama 100 peratus
KUALA LUMPUR 27 Jan.  National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia dalam siasatan isu penyelewengan yang dikaitkan dengan syarikat tersebut.

Pengarah Eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir Salleh berkata, segala tuduhan penyelewengan yang dilemparkan kepada projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) adalah tidak masuk akal dan beliau berharap siasatan SPRM dan polis dapat memperjelaskan keadaan sebenar.

Sekarang, segalanya di tangan polis dan SPRM. Mereka sedang selidik kami, jadi kami beri kerjasama 100 peratus kepada polis, SPRM dan kerajaan.

Kalau pembangkang ada soalan, sila tanya kami, jangan balun sahaja sehingga orang ramai naik darah, tetapi faktanya tidak ada, katanya pada majlis penerangan dan dialog isu NFC anjuran Gabungan NGO Malaysia di sini hari ini.

Sebanyak 25 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terlibat pada majlis penerangan itu. Hadir sama Setiausaha Gabungan NGO Malaysia, Mohd. Jurit Ramli; Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd. Ali Baharom dan Presiden Gerakan Memartabat Pejuang Negara, Mohd. Arafat Muhabat.

Baru-baru ini Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang menjelaskan bahawa Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 tidak ada menyebut perkataan-perkataan seperti kucar-kacir, in a mess atau penyelewengan dalam laporan audit terhadap projek NFC di Gemas, Negeri Sembilan.

Beliau turut menjelaskan bahawa perkara yang menjadi fokus utama pengauditan prestasi yang dijalankan adalah pencapaian projek NFC sejak penubuhannya pada 2006 dan bukannya NFCorp sebagai sebuah syarikat.

Projek NFC dijadikan isu oleh pembangkang yang menggambarkan seolah-olah ia diuruskan dengan melibatkan penyelewengan termasuk mengaitkannya dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Peruntukan RM5.1 juta untuk rakyat Perlis
ARAU 27 Jan. – Lawatan sehari Datuk Seri Najib Tun Razak ke negeri ini hari ini membawa ‘tuah’ kepada rakyat Perlis, termasuk peniaga dan golongan petani apabila Perdana Menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM5.1 juta untuk mereka.

Sewaktu meninjau Pasar Sehari Behor Lateh dekat sini, Najib mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.1 juta bagi memperbaiki pasar berkenaan termasuk membina bumbung gerai peniaga di kawasan tersebut.

Menurut Perdana Menteri, beliau bersimpati dengan para peniaga yang hanya berteduh daripada panas dan hujan di bawah payung sewaktu berniaga di pasar tersebut.

“Jadi, apa salahnya kita membantu golongan peniaga terlibat supaya mereka dapat menjalankan perniagaan dengan lebih selesa,” katanya dalam ucapan ringkas ketika melawat pasar tersebut hari ini.

Pasar Sehari Behor Lateh yang dikendalikan Pertubuhan Peladang Kawasan B-1 MADA Kayang mula beroperasi pada Mac 1991 di atas kawasan seluas 0.5 hektar dan menempatkan kira-kira 100 peniaga.

Sementara itu, ketika berucap di hadapan lebih 10,000 penduduk pada program Tinjauan Mesra Rakyat Bersama Perdana Menteri di Simpang Empat di sini, Najib mengumumkan peruntukan RM4 juta untuk membantu meringankan beban petani yang menghadapi masalah ekoran serangan padi angin.

Peruntukan tersebut adalah satu daripada lapan tuntutan yang dikemukakan oleh Shahidan dalam memorandum yang diserahkan kepada Perdana Menteri.

“Daripada lapan tuntutan, saya berilah peruntukan RM4 juta untuk membantu petani yang menghadapi masalah serangan padi angin, manakala yang lain-lain terpaksa diteliti dahulu termasuk oleh pihak kementerian berkaitan.

“Lagipun kerajaan terpaksa melihat secara keseluruhan untuk membantu rakyat di seluruh negara,” kata beliau.

Najib yang kemudiannya bersolat Jumaat di Masjid Bongor Kudong juga berkata, pihaknya akan mempertimbangkan bentuk bantuan yang dapat meningkatkan taraf masjid berkenaan.

Sementara itu, dalam lawatannya ke Felda Chuping, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM900,000 bagi meningkatkan prasarana termasuk memperbaiki masjid dan saliran di tanah rancangan berkenaan, Felda Rimba Mas dan Felda Mata Air di Padang Besar.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Anwar dicabar serah video
KUALA LUMPUR 26 Jan. – Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar melantik pakar forensik antarabangsa untuk menganalisis rakaman video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang itu seperti didedahkan kepada media pada 21 Mac tahun lalu.

Cabaran itu dibuat oleh salah seorang Trio Datuk T, Datuk Shuib Lazim, 70, bertujuan menentukan bahawa Anwar bukan pelaku di dalam rakaman video tersebut.

Shuib berkata, sekiranya pihak forensik antarabangsa mendapati pelaku itu terbukti bukannya Anwar, ketua pembangkang itu perlu segera menyaman Trio Datuk T yang terdiri daripada beliau sendiri, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Ujarnya, di dalam mahkamah kelak mereka bersedia memberi keterangan termasuk menayangkan rakaman video yang dikatakan lebih dahsyat berlaku di Thailand pada 12 dan 13 Januari 2011.

Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay. Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami.

Kami sedia untuk membongkarkan perkara ini demi kebenaran. Kami sedia berbuat demikian demi masa depan dan nasib rakyat negara ini, katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kenyataan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd. Noor yang Anwar tidak berani menyaman individu seperti Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk S. Nallakaruppan dan Ummi Hafilda Ali walaupun ketiga-tiga mereka telah secara terbuka mendedahkan kesalahan moral Ketua Pembangkang itu.

Ezam berkata, ini kerana Anwar sendiri tahu dakwaan mereka adalah benar dan banyak lagi pekung akan dibuka sekiranya kes dibawa ke mahkamah.

Shuib berkata, beliau bersama dua rakannya itu sehingga hari ini sebenarnya masih menunggu untuk menerima tindakan saman daripada Anwar.

Anwar nampak sangat tidak berani menyaman rakan-rakan yang pernah rapat dengannya. Anwar hanya setakat berani saman akhbar Utusan Malaysia sahaja.

Mengapa saman Utusan Malaysia. Jika rasa hebat samanlah kami, sebab kami yang pernah mendedahkan rakaman video yang didakwa membabitkan dirinya, katanya lagi.

Mengenai rakaman video di Thailand yang dikatakan berlaku lebih dahsyat, Shuib mencabar Anwar untuk menyatakan di manakah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berada pada tarikh 12 dan 13 Januari 2011.

Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu. Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar pada masa itu, katanya lagi.

Dalam pada itu Shuib satu masa dahulu pernah bersahabat rapat dengan Anwar berkata, Ketua Pembangkang itu tidak perlu takut untuk bertindak menyaman Trio Datuk T jika merasakan beliau berada di pihak yang benar.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Peratusan pelajar sains amat kritikal
PUTRAJAYA 26 Jan. – Peratusan pelajar mengambil jurusan Sains terus menurun sehingga 29 peratus pada tahun ini dan keadaan itu dilihat oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai amat kritikal.

Katanya, trend penurunan itu bermula sejak 2007 sekali gus memperlahankan sasaran Pelan hala Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi 2020 yang memerlukan 60 peratus pelajar aliran sains dan selebihnya aliran sastera.

Beliau berkata, kemerosotan itu berterusan ke tahap universiti apabila pelajar yang memasuki institusi pengajian tinggi melihat pembelajaran dalam bidang sains tidak berbaloi selain sukar dan membosankan.

Ini boleh membantutkan usaha kerajaan meningkatkan inovasi teknologi ke arah transformasi ekonomi negara maju berpendapatan tinggi, katanya selepas menyampaikan Amanat Tahun Baru 2012 kementerian di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Menurut Mohamed Khaled, pengurusan tertinggi institusi pengajian tinggi (IPT) mesti melihat perkara tersebut secara serius dan merancang strategi untuk mengubah persepsi pelajar terhadap sains.

Sehubungan itu, katanya, adalah penting untuk memastikan pelajar cemerlang diterapkan keseronokan mempelajari sains dan teruja dengan cabaran minda serta penerokaan baru.

Menurut Mohamed Khaled, beberapa dasar dan strategi baru juga boleh diperkenalkan ke arah meningkatkan minat para pelajar mempelajari sains termasuk meraikan kepelbagaian sains.

Beliau berkata, mulai tahun ini, Kementerian Pengajian Tinggi menawarkan biasiswa baru melalui program MyBrainSc bertujuan menyediakan tenaga akademik berkualiti dalam bidang sains tulen di IPT.

IPTA juga, katanya, perlu membangunkan institusi penyelidikan dalam bentuk institut, pusat atau makmal dengan memperkenalkan jawatan baru bergelar Akademik Penyelidik untuk mengekalkan bakat dalam bidang sains.

Sementara itu, tokoh pendidikan, Prof. Tan Sri Khoo Kay Kim berkata, budaya menghafal tanpa memahami apa yang dipelajari dipercayai menjadi punca pelajar kurang berminat untuk mengikuti jurusan sains sehingga ke peringkat tinggi.

Menurut beliau, kebanyakan pelajar yang mengambil jurusan sains memerlukan mereka menghafal formula dan rumusan dalam jumlah yang banyak dan ini membunuh minat untuk terus mendalami bidang tersebut.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Murtad: Jawatankuasa ditubuh
KUALA LUMPUR 26 Jan.  Jawatankuasa Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah bagi memantau lebih rapi pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam ditubuhkan hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jawatankuasa yang diletakkan di bawah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) turut memantau pengembangan ajaran salah antara sesama umat Islam.

Beliau berkata, jawatankuasa yang dipengerusikannya itu akan memastikan setiap pihak berkuasa yang terlibat di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam melaksanakan bidang kuasa masing-masing.

Ini bermakna pihak polis berhak untuk menahan mereka yang terlibat, pendakwaan boleh dilakukan, malah kesemua pihak akan bekerjasama, katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan dengan Penasihat Undang-Undang negeri dan Jabatan Agama Islam negeri di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di sini, hari ini.

Jawatankuasa itu turut dianggotai oleh wakil-wakil Jabatan Agama Islam negeri, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia.

Sehubungan itu, Jamil Khir meminta Jabatan Agama Islam negeri yang masih belum mewujud dan menguatkuasakan enakmen itu untuk melakukannya segera.

Katanya, penubuhan jawatankuasa itu bagi menjaga keharmonian masyarakat dan memastikan mereka yang dipaksa murtad terbela.

Katanya, enakmen yang telah diwujudkan sejak kira-kira 32 tahun lalu hanya pernah dikuatkuasakan di Pahang pada 2002.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Penjelasan Jabatan Audit Negara mampu bersihkan NFCorp
KUALA LUMPUR 26 Jan. – Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail menyifatkan penjelasan yang dibuat oleh Jabatan Audit Negara semalam mampu membersihkan nama syarikat itu yang menjadi mangsa fitnah pembangkang.

Sambil melahirkan rasa syukur dan berterima kasih mengenai penjelasan itu, Mohamad Salleh beranggapan kenyataan jabatan tersebut juga dapat membebaskan NFCorp daripada kekejaman pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kata Mohamad Salleh, beliau tidak dapat mengelak daripada berasa hairan mengapa jabatan berkenaan mengambil masa yang lama untuk membuat penjelasan tersebut kepada umum sedangkan isu berkenaan sudah berlarutan agak lama.

”Daripada penjelasan yang dibuat oleh jabatan itu, adalah jelas Laporan Ketua Audit Negara 2010 membuat teguran terhadap kerajaan atau projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) di Gemas, Negeri Sembilan dan bukannya NFCorp,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada penjelasan yang dibuat Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang semalam bahawa perkara yang menjadi fokus utama pengauditan prestasi yang dibuat jabatan itu adalah pencapaian NFC sejak ditubuhkan pada 2006 dan bukannya NFCorp sebagai sebuah syarikat.

Ambrin dalam kenyataan itu juga berkata, laporan jabatan tersebut tidak ada menyebut perkataan-perkataan seperti kucar-kacir, ‘in a mess’ atau penyelewengan dalam laporan pengauditannya terhadap projek NFC di Gemas, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, projek NFC telah dijadikan isu oleh pembangkang yang menggambarkan seolah-olah ia diuruskan dengan melibatkan penyelewengan termasuk mengaitkannya dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Mohamad Salleh menambah, media sepatutnya dari awal tidak terpengaruh dengan permainan pembangkang yang memutar belit fakta dalam isu NFC itu kerana jelas ia adalah satu fitnah.

”Malangnya saya melihat media terikut-ikut dengan permainan pembangkang ini sedangkan kita tahu bahawa mereka berniat untuk menghancurkan negara,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh dalam satu kenyataan di sini, hari ini berkata, penjelasan Jabatan Audit Negara itu akan menjadi pemangkin kepada syarikat berkenaan untuk membersihkan imej, seterusnya menguatkan persepsi awam terhadap perniagaan yang dijalankan mereka.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Ketua Audit Negara perjelas laporan
KUALA LUMPUR 25 Jan.  Jabatan Audit Negara (JAN) menjelaskan bahawa Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 tidak ada menyebut perkataan-perkataan seperti kucar-kacir, in a mess ataupun penyelewengan dalam laporan pengauditannya terhadap projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) di Gemas, Negeri Sembilan.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dalam kenyataan hari ini berkata, Perkataan-perkataan ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain dan JAN tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan.

Katanya, pada pendapat JAN, sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek itu terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut beliau, pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek itu yang menyebabkan kerajaan menangguhkannya pada Mei 2009, iaitu sebelum pengauditan, sehingga satu kajian daya maju dan model perniagaan dijalankan.

Perkara ini ada dinyatakan dalam LKAN 2010. Ia membayangkan Kerajaan Malaysia sememangnya sedar akan kelemahan-kelemahan dalam pelaksanaan projek ini dan telah mengambil tindakan untuk menentukan hala tuju projek, katanya.

Ambrin menambah, pengauditan bagi projek NFC dibuat secara bebas dan profesional tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak dan sebarang kenyataan yang mempertikaikan kewibawaan dan integriti juruaudit JAN adalah dikesali.

Tambah beliau, analisis audit mendapati objektif projek NFC masih belum dicapai sepenuhnya disebabkan pelbagai faktor yang dihuraikan dalam LKAN 2010.

Antaranya, mengikut perjanjian pelaksanaan yang ditandatangani pada Mac 2010, sasaran pengeluaran NFC iaitu 38,600 ekor lembu untuk tahun 2010 belum dicapai kerana Program Pembangunan Usahawan (EDP) yang melibatkan 130 pengusaha ladang satelit belum dilaksanakan lagi, katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa perkara yang menjadi fokus utama pengauditan prestasi yang dijalankan oleh JAN itu adalah pencapaian projek NFC sejak penubuhannya pada tahun 2006 dan bukannya National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) sebagai sebuah syarikat.

Menurutnya, NFCorp adalah sebuah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang mana Kementerian Kewangan Diperbadankan memegang satu golden share bernilai RM1, manakala modal berbayar berjumlah RM1.11 juta telah disumbangkan oleh Agroscience Industries Sdn. Bhd.

Ambrin berkata, projek itu diaudit memandangkan ia penting dari segi pengeluaran makanan negara yang mana kerajaan memperuntukkan sejumlah wang yang besar kepadanya.

Katanya, ini termasuk peruntukan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berjumlah RM73.64 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi menampung kos pembangunan dan pengoperasiannya.

Daripada peruntukan ini, sejumlah RM48.71 juta telah dibelanjakan setakat akhir tahun 2010 oleh kementerian itu untuk menyediakan tapak seluas 2,000 hektar bagi projek ini. Kawasan ini kemudian dikurangkan menjadi 800 hektar sahaja, katanya.

Beliau seterusnya memberitahu, geran pelancaran untuk penyediaan infrastruktur berjumlah RM13 juta diluluskan kepada NFCorp pada September 2007 dan setakat akhir tahun 2010, sejumlah RM6.52 juta telah dibayar kepada NFCorp untuk penyediaan infrastruktur seperti kandang dan jalan ladang.

Ambrin berkata, pinjaman mudah berjumlah RM250 juta juga telah diluluskan kepada NFCorp menerusi satu perjanjian pinjaman yang ditandatangani pada Disember 2007 dan setakat Mac 2010, sejumlah RM134.7 juta telah dikeluarkan kepada NFCorp berdasarkan kepada tuntutan yang dibuat kepada Kementerian Kewangan.  BERNAMA.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Sokong penjara mandatori sebabkan kemalangan
KUALA LUMPUR 25 Jan. – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyokong pelaksanaan hukuman penjara mandatori terhadap pemandu yang menyebabkan kemalangan dan kematian sekiranya ia langkah terbaik menyedarkan golongan itu.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, hukuman itu perlu difikirkan memandangkan masyarakat selama ini tidak mengambil endah pesanan kerajaan dan pihak berkuasa sehingga menyaksikan bilangan kes kematian masih membimbangkan setiap kali Ops Sikap pada musim perayaan.

”Saya tengok tahun lepas bila IGP (Ketua Polis Negara) sudah cuba bawa pendekatan menyedarkan rakyat, merayu, mendidik, jumlah kemalangan dan kematian tidak menurun.

“Jika itu (hukuman penjara) boleh menurunkan bilangan kematian di jalan raya, saya rasa kita tiada pilihan kerana usaha selama ini tidak berhasil,” katanya kepada pemberita selepas selepas menghadiri Program Belia Anti Jenayah di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan anggota Majlis Keselamatan Jalan Raya, Tan Sri Lee Lam Thye yang baru-baru ini menyarankan pihak berkuasa mengenakan hukuman penjara mandatori terhadap mereka yang memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan maut.

Hishammuddin menambah, penggubalan undang-undang penjara mandatori itu perlu dirujuk serta dilaksanakan oleh Pejabat Peguam Negara dan sistem kehakiman sedia ada.

“Kalau sekiranya undang-undang itu dapat dipinda dengan mengambil kira hukuman yang lebih berat, maka pihak polis hanya melaksanakan tugas sebagai penguat kuasa,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

WCEF wujud pelaburan baru
PUTRAJAYA 25 Jan.  Datuk Seri Najib Tun Razak yang melancarkan Majlis Perniagaan Global Forum Ekonomi China Sedunia (WCEF) hari ini, yakin inisiatif itu akan memberi peluang kepada Malaysia untuk memainkan peranan penting dalam koridor Pertumbuhan Ekonomi Segi Tiga baru.

Perdana Menteri berkata, ini kerana koridor yang merangkumi China melalui Asia Tenggara dan India hingga ke Asia Barat itu akan mewujudkan peluang perniagaan dan pelaburan yang sangat banyak.

Satu usaha baru yang akan membina jambatan antara Timur dan Barat, pada masa sama ia untuk menggalakkan kerjasama, memperkukuh integrasi ekonomi dan meningkatkan perdagangan di rantau ini, katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penganugerahan khas dan pelancaran Majlis Perniagaan Global Forum Ekonomi China Sedunia di sini.

Pada majlis itu Najib menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat WCEF yang disampaikan penasihat WCEF, Datuk Seri Chua Soi Lek dan Penaung WCEF, Tan Sri Lee Kim Yew.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan; Pengerusi WCEF dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Strategi dan Kepemimpinan Asia (Asli), Datuk Michael Yeoh.

Najib menerima anugerah itu berikutan langkah berani dan sumbangannya ke arah mentransformasi negara terutamanya dalam bidang ekonomi.

Menurut Perdana Menteri, beliau percaya majlis perniagaan global itu bukan hanya dapat mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik malah mengukuhkan hubungan dengan China dan peniaga Cina dari seluruh dunia.

Majlis itu akan menjadi satu cara paling berkesan untuk mengumpul dan mengeratkan semua pemimpin dan usahawan yang bukan hanya dari China, India, ASEAN dan Asia Barat tetapi orang juga Cina dari seluruh dunia, katanya.

Najib berkata, dalam iklim ekonomi semasa dan zon Eropah masih dibelenggu krisis kewangan teruk, ia kini bergantung kepada Timur, khususnya China, India dan ASEAN untuk memacu pemulihan dan pertumbuhan ekonomi global.

Ini adalah masa kita, jadi marilah kita mengambil kesempatan pada perubahan dalam sejarah ekonomi dunia dan memastikan bahawa abad ke-21 diketuai oleh Asia.

Saya tidak menggalakkan usaha persaingan yang wujud sejak sekian lama tetapi kita perlu saling melengkapi antara satu sama lain tetapi berasaskan keadaan ekonomi yang sedang kita hadapi sekarang ini, Asia perlu menjadi peneraju, katanya.

Dalam ucapan sama, Najib berkata, kemampuan membina kekuatan dan bakat yang ada pada rakyat sendiri membolehkan Malaysia menawarkan apa sahaja di peringkat antarabangsa, sama ada sekarang atau masa depan.

Malah, beliau menambah, kepelbagaian budaya tidak harus dilihat sebagai halangan sebaliknya kekuatan untuk memupuk kerjasama dalam mencapai kejayaan yang lebih besar.

Pepatah Cina ada menyebut, jika anda ingin menikmati kemakmuran untuk tempoh setahun, maka berikan mereka makan. Jika anda mahu kemakmuran selama 10 tahun, tanamlah pokok. Dan jika anda mahu kemakmuran selama 100 tahun, bangunkan rakyatnya, katanya.

Menyentuh penganugerahan itu, Najib menyifatkannya sebagai satu pengiktirafan terhadap sumbangan beliau kepada negara dan masyarakat Cina.

Tanpa sumbangan anda, Malaysia tidak mungkin berada di tahap sekarang ini, jadi saya ingin mengucapkan terima kasih atas penganugerahan itu, katanya.

Majlis Perniagaan Global yang dijangka menghubungkan para pemimpin perniagaan dan usahawan dari China, Asia Tenggara, Australia dan Eropah itu turut menyediakan platform lain bagi pertukaran idea perniagaan, perkongsian pengalaman dan pengukuhan hubungan antara negara-negara di rantau ini.

Majlis itu dibuka bukan sahaja untuk ahli perniagaan Cina malah kepada ahli perniagaan semua bangsa dan keturunan dan turut menggalakkan kerakyatan korporat global, tadbir urus korporat, etika perniagaan dan pertumbuhan hijau.

Dipetik dari Utusan Malaysia

25 premis diarah tanggal logo halal tak diiktiraf
PUTRAJAYA 25 Jan. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengadakan 126 operasi penguatkuasaan sijil halal di seluruh negara dan sepanjang operasi tersebut 25 premis makanan diarahkan mencabut logo halal yang dipamerkan di premis masing-masing.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd. Yusof berkata, 25 premis tersebut diarah berbuat demikian kerana menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf Jakim.

Menurutnya, seperti mana yang dikuatkuasakan 1 Januari lalu, hanya logo halal yang dikeluarkan Jakim boleh diguna pakai dan diiktiraf di seluruh negara.

Serentak itu, katanya, semua sijil halal sedia ada terbatal pada malam 31 Disember dan semua pihak perlu mengemukakan permohonan baru kepada pengeluar tunggal iaitu Jakim untuk dipamerkan di premis masing-masing.

“Keputusan itu sejajar dengan penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) dan Persijilan Halal yang telah diluluskan oleh Parlimen pada 11 Julai lalu bagi menggantikan Akta Perihal Dagangan 1972.

“Untuk logo halal ini, Jakim telah menguatkuasakan bermula 1 Januari lalu, bermakna selepas tarikh tersebut tidak ada lagi logo halal lain selain Jakim boleh digunakan, terutamanya di premis makanan dan restoran,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Menurut Hakimah, premis yang berdegil tidak memohon sijil halal daripada Jakim akan dikenakan tindakan iaitu denda RM250,000 atau tiga tahun penjara bagi syarikat atau kedua-duanya sekali.

Bagi individu pula, denda tersebut berjumlah RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, katanya, sepanjang 126 operasi di seluruh negara, 25 premis yang didapati bersalah hanya diarahkan mencabut logo halal yang tidak diktiraf kerana dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini Jakim hanya bertindak memberi penerangan dan pendidikan.

“Buat masa ini, kami masih lagi dalam proses mendidik pengusaha premis makanan berhubung pentingnya memohon sijil halal Jakim dan memberitahu mereka tentang undang-undang baru ini. Bagaimanapun selepas tiga bulan, jika terus berdegil tindakan undang-undang seperti mana yang termaktub dalam APD 2011 akan dikenakan.

“Saya juga ingin menyeru kepada pemilik premis makanan agar membuat permohonan dengan segera bagi mendapatkan sijil halal, jika mereka memilih saat-saat akhir, ia akan menyebabkan kelewatan kerana pihak kami perlu membuat kajian spesifik untuk meluluskan sebarang permohonan,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Kenapa Anwar tak saman kami?
KUALA LUMPUR 24 Jan.  Beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman mereka dan bukannya pihak lain termasuk media massa kerana mendedahkan isu moral Ketua Pembangkang itu.

Antara mereka yang membuat cabaran itu ialah bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor; bekas Naib Ketua AMK, Mohd. Zahid Md. Arip; bekas Setiausaha AMK, SD Johari Yasin; bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari dan bekas ahli AMK, Hamizun Khairuddin.

Mereka hairan kenapa Anwar hanya berani menyaman media seperti Utusan Malaysia sedangkan sebagai bekas pemimpin parti itu, merekalah antara yang awal mendedahkan persoalan moral dan akhlak Anwar secara terang-terangan kepada umum.

Ezam berkata, tindakan Anwar menyaman media massa lebih bersifat gimik politik dan bukan untuk mempertahankan kebenaran kerana Ketua Pembangkang itu sebenarnya takut berdepan dengan kebenaran.

Kalau benar niat beliau mahu mempertahankan kebenaran, kenapa beliau tidak menyaman sahaja Datuk Shazryl Eskay Abdullah; Datuk S. Nallakaruppan dan Umi Hafilda Ali yang terang-terang mendedahkan isu moral beliau, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anuar pula menegaskan, beliau juga bersedia untuk disaman oleh pemimpin itu kerana telah mendedahkan masalah akhlak pemimpin tersebut.

Sejak kami mula keluar daripada PKR sehingga sekarang, pendirian kami terhadap pemimpin ini tidak berubah tetapi sehingga sekarang dia tidak berani saman kami, katanya.

Katanya, tindakan Anwar menyaman media massa hanyalah untuk menafikan kebenaran dan menambah tekanan kepada media-media yang prokerajaan.

Dia sebenarnya cuba mengembalikan kepercayaan rakyat terhadapnya kerana keyakinan rakyat mulai goyah disebabkan isu moralnya, katanya.

Mohd. Zahid pula menganggap Anwar sebagai seorang pengecut kerana beliau tidak berani mengheret mereka yang pernah mendedahkan salah lakunya ke mahkamah.

Anwar (tidak berani) berbuat demikian kerana tidak mahu mereka yang terbabit terus mendedahkan salah lakunya di mahkamah pula.

Tindakan Anwar itu sebenarnya tersasar jauh jika benar beliau mahu membersihkan namanya, katanya.

SD Johari pula berkata, beliau pernah mendedahkan moral Anwar melalui YouTube bermula 2006, namun sehingga kini tiada tindakan diambil oleh pemimpin berkenaan.

Kenapa dia tidak saman sedangkan kenyataan saya mengenai beliau masih boleh ditonton oleh semua rakyat sehingga ke hari ini, katanya.

Jumaat lalu, Anwar memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung penyiaran artikel bertajuk Tolak Anwar – Hassan pada 17 Januari lalu.

SD Johari menambah, jika Anwar mahu menyaman pihak-pihak mengaibkannya, maka dia juga perlu menyaman separuh daripada rakyat di negara ini yang percaya mengenai keruntuhan akhlak dan moral pemimpin itu.

Bekas ahli AMK, Hamizun turut mengakui tindakan Anwar itu hanyalah untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepadanya.

Rakyat sudah mulai sangsi dan mempertikaikan hasrat beliau untuk menjadi Perdana Menteri kerana rekod moralnya yang sangat rendah, justeru tindakan seterus Anwar ialah menyaman akhbar ini, katanya.

Kata beliau, tindakan Anwar itu hanyalah gertakan daripada individu yang terdesak sedangkan ia tidak akan dapat mengembalikan penghormatan masyarakat terhadapnya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

BN adil untuk semua kaum PM
PULAU PINANG 24 Jan.  Barisan Nasional (BN) akan terus memastikan setiap bantuan yang disediakan untuk rakyat dapat diagihkan secara adil dan saksama kepada semua kaum.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pertimbangan sedemikian amat penting supaya setiap rakyat dapat menikmati semangat kekitaan dan perasaan kebersamaan terhadap kemajuan negara.

Prinsip ini yang akan menjadi panduan untuk masa depan kita.

Kalau mahu mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi, kita perlukan bakat tempatan dan sumbangan daripada semua kaum termasuk Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Orang Asli dan pelbagai lagi.

Jika semua bergerak sederap sebagai satu bangsa, satu negara dan satu visi, maka kita akan dapat mencapai apa yang diharapkan, katanya ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran BN negeri di sini hari ini.

Kira-kira 10,000 orang daripada pelbagai kaum hadir pada majlis yang berlangsung di Tanjung City Marina di sini.

Hadir sama Pengerusi BN Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan pemimpin parti-parti komponen BN. Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Terdahulu Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut beramah mesra dengan para hadirin.

Kedengaran juga beberapa pengunjung terutama kaum Cina memanggil Najib dengan gelaran Ah Jib Gor yang bermaksud Abang Najib.

Najib memberitahu, prinsip berkenaan juga membolehkan kerajaan menyediakan pelbagai bentuk bantuan yang kini mula dinikmati oleh rakyat semua kaum.

Beliau menambah, segala bentuk bantuan yang diberikan itu adalah ikhlas untuk membantu rakyat tanpa sebarang niat tertentu.

Jelasnya, terpulang kepada rakyat untuk membuat keputusan sama ada mahu menerima atau menolaknya.

Kita ikhlas nak bagi, tiada udang di sebalik batu. Jangan fikir lepas kita beri Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) nak kejar. Kita tiada niat sedemikian, ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri berkata, Malaysia mempunyai prospek cukup baik memandangkan kerajaan telah meletakkan asas perkembangan ekonomi yang kukuh.

Jelasnya, ia mampu dilaksanakan melalui perancangan yang begitu menyeluruh, tersusun dan sistematik.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Perdana Menteri serah kunci van Skuad Sayang Wanita UMNO Kelantan
KOTA BHARU 24 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyempurnakan majlis menepung tawar 15 van Skuad Sayang Wanita UMNO Kelantan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini hari ini.

Pada majlis ringkas itu, Perdana Menteri menyerahkan replika kunci dan geran van kepada Ketua Wanita UMNO negeri, Datin Rahimah Mohamad.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin; Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Dali Hussin dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK), Datuk Makhtar Mustapha.

Perdana Menteri sebelum itu mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri termasuk dari MCA dan MIC selama kira-kira sejam sebaik sahaja tiba pada pukul 12 tengah hari.

Ketibaan Najib disambut lebih 200 penyokong serta ahli pergerakan Wanita UMNO yang lengkap berpakaian berwarna merah dan memenuhi ruang lobi di lapangan terbang tersebut.

Beliau kemudiannya menghadiri majlis kesyukuran menyambut menantu Setiausaha Politiknya, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh yang diadakan di Jalan Hospital di sini.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Senator Datuk Wan Hazani Wan Mohd Nor ketika ditemui berkata, kesemua van yang bernilai lebih RM100,000 setiap satu itu akan diserahkan kepada Wanita UMNO bahagian di seluruh negeri.

Jelasnya, van yang akan digunakan Skuad Sayang Wanita UMNO di setiap kawasan Parlimen itu akan memudahkan tugas penyampaian bantuan kepada akar umbi.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Contohi semangat pendekar
PULAU PINANG 24 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semangat kesetiaan dan disiplin tinggi yang ada pada pertubuhan seni mempertahankan diri patut dijadikan contoh untuk mengekalkan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Perdana Menteri berkata, meskipun pertubuhan-pertubuhan tersebut diasaskan oleh kaum tertentu tetapi mereka tidak pernah bermusuhan, sebaliknya sentiasa hormat-menghormati di antara satu sama lain.

“Kita tubuhkan silat bukan kerana menganggap taekwondo sebagai musuh. Taekwondo ditubuhkan pula bukan kerana silambam musuh mereka. Namun, kita menubuhkannya sebab mahu mewujudkan nilai-nilai murni kepada rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Malam Pendekar 1Malaysia di Dataran Anjung, Penang Times Square di sini malam ini.

Perhimpunan anjuran Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) itu disertai lebih 10,000 orang daripada kira-kira 80 pertubuhan seni mempertahankan diri pelbagai kaum dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka), Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; Penaung PSSLM, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Mahaguru PSSLM, Tan Sri Omardin Mauju.

Najib yang juga Ulul Amri III PSSLM memberitahu, semangat seperti itu juga yang ditunjukkan oleh pemimpin pelbagai kaum semasa menuntut kemerdekaan negara dulu.

“Mereka pemimpin pelbagai kaum sanggup mengetepikan segala perbezaan kerana bagi mereka tiada yang lebih penting melainkan mencapai bangsa merdeka dan berjaya,” ujarnya.

Pada majlis itu, Najib turut menganugerahkan Tokoh Silat kepada tiga individu yang telah meninggal dunia dan memberi sumbangan besar dalam seni mempertahankan diri iaitu Sheikh Gulameh Sheikh Ahmad Meah dari Persatuan Seni Silat Penaga; Maria Pakian dari Persatuan Nillai Kalakki Silambam dan Datuk Peng Chye Khim yang merupakan Ketua Jurulatih Peng Shaolin.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Enam jam harungi detik cemas
KUALA LUMPUR 23 Jan.  Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun terpaksa mengharungi detik-detik cemas selama enam jam apabila menjadi tebusan seorang lelaki disyaki penagih dadah di rumahnya di Jalan Raja Mahmud, Kampung Baru, di sini hari ini.

Dalam insiden cemas bermula pukul 9.50 pagi itu, suspek berusia 34 tahun yang dalam keadaan separuh bogel menceroboh masuk ke dalam rumah itu sebelum mengambil pisau di dapur dan mengugut mencederakan mangsa, Fifi Ramadhani Safruddin.

Ketika kejadian, mangsa bersama empat ahli keluarga yang lain sedang menonton televisyen di ruang tamu rumah.

Suspek bertindak mengacukan pisau ke leher mangsa sebelum mengheretnya masuk ke dalam sebuah bilik dan menutup pintu dengan sebuah almari yang dijadikan sebagai penghadang.

Pihak polis yang tiba di tempat kejadian pada pukul 10 pagi mengambil pelbagai langkah bagi memujuk mangsa termasuk menggunakan khidmat pakar psikiatri dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) selain memanggil teman wanita suspek.

Selain itu, polis turut menawarkan makanan segera kepada suspek seperti Kentucky Fried Chicken dan McDonalds selain minuman tetapi gagal.

Sepanjang tempoh tebusan itu, polis hanya berkomunikasi dengan mangsa menerusi pintu bilik dengan kanak-kanak tersebut yang hampir setiap masa diacukan pisau ke dadanya oleh suspek.

Drama tebusan tersebut bagaimanapun berakhir pada pukul 4.10 petang apabila sepasukan polis dipercayai dari unit khas dipanggil lalu menyerbu masuk ke dalam bilik itu dan melepaskan empat das tembakan yang mengenai suspek.

Suspek mati ketika dalam perjalanan ke hospital untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah dihantar ke HKL untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, pihak polis terpaksa melepaskan tembakan dalam serbuan itu kerana suspek dilihat semakin agresif.

Tiga daripada tembakan itu mengenai rusuk kiri suspek dan dalam masa sama, kita berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu yang tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Kata Zulkarnain, semasa dalam tempoh enam jam kejadian tebusan itu, suspek tidak membuat sebarang tuntutan lain, kecuali meminta sejumlah dadah jenis syabu.

Polis bagaimanapun enggan memenuhi permintaan tersebut kerana menyalahi undang-undang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek berasal dari Sabah dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes samun di daerah Dang Wangi.

Sementara itu, menurut bapa mangsa, Safruddin Marlis, 47, dia berada dalam bilik semasa suspek menceroboh ke ruang tamu rumahnya.

Saya panik apabila melihat suspek dalam keadaan separuh bogel itu bertindak mengugut akan membunuh anak saya sekiranya saya bertindak melakukan sesuatu.

Memandangkan keadaan saya yang kurang upaya, saya tidak dapat berbuat apa-apa semasa dia mengheret anak perempuan saya ke bilik belakang, katanya yang menggunakan kaki palsu kerana kudung.

Safruddin memberitahu, kesemua ahli keluarganya di rumah itu termasuk isteri, seorang anak dan dua anak saudaranya dapat melarikan diri semasa suspek menceroboh masuk kecuali dia yang hanya keluar dari rumah itu selepas ketibaan polis.

Katanya, dia telah tinggal di kawasan itu sejak 15 tahun lalu dan tidak menyangka kejadian tersebut boleh menimpa keluarganya.

Dalam pada itu, menurut seorang saksi, Azhar Osman, 47, sebelum kejadian tebusan tersebut berlaku, dia melihat suspek berkenaan mundar-mandir dalam keadaan separuh bogel di Stesen LRT Kampung Baru.

Saya telah menyuruh suspek untuk memakai baju dipegangnya tapi dia kemudian menghilangkan diri, saya tidak menyangka pula dia akan menceroboh rumah orang dan menjadikan kanak-kanak sebagai tebusan, katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Facebook lubuk pelaburan haram
LAMAN web sosial Facebook tidak dinafikan merupakan antara medan berinformasi berguna jika dipraktikkan dengan baik. Menyedari kemudahan dan kepentingannya, banyak pihak termasuk kerajaan memilih menyalurkan pelbagai maklumat menerusi laman web tersebut.

Namun di sebalik manfaatnya, terdapat juga pihak yang tidak bersikap jujur ketika bersosial dan sanggup mengambil kesempatan termasuk memperkenalkan skim pelaburan cepat kaya.

Laman profil kini rancak dibanjiri oleh iklan-iklan seperti ingin cepat kaya, duit secara infiniti, tanpa kerja dapat duit, jana duit melalui Internet dan sebagainya bagi menarik pelabur baru.

Selain itu, kewujudan skim seakan-akan SwissCash, Forex (tukaran wang) dan seumpamanya juga semakin hari semakin berleluasa di Facebook.

Keghairahan dalam mengejar kekayaan antara faktor mengapa ramai mudah tertipu dan terjebak dengan skim pelaburan seperti itu.

Wartawan MUHAMAD AMIRUL AFIQ MASTOR dan jurugambar, WAHIDIN SALIM menyingkap kisah di sebalik skim penipuan pelaburan di Internet terutama laman sosial Facebook serta mereka yang terlibat dalam skim-skim sebegini.

KUALA LUMPUR 23 Jan. – Walaupun pelbagai kisah telah dibongkar di sebalik penipuan pelaburan di Internet beberapa tahun lalu, namun masih ramai pengguna yang tidak serik untuk terus melabur.

Bezanya, jika dahulu skim seperti SwissCash, Buy-e-barrel, Al-Arabic Fund dan ABB Fund merupakan pelaburan yang cukup popular dalam kalangan pengguna Internet, kini ia menular ke laman web sosial seperti Facebook.

Modus operandinya tetap serupa – mencari mangsa yang ingin menjadi kaya dengan cara cepat dan mudah.

Pada masa sama, mereka bijak menukar medium kononnya wang pelaburan tersebut adalah untuk digunakan dalam perniagaan kayu gaharu, emas, minyak dan sebagainya.

Malah, dengan hanya melayari Facebook, pelabur akan diberikan RM100 sebagai ganjaran.

Bagaimanapun, wang ganjaran tersebut hakikatnya tidak akan diperoleh sehingga individu terbabit melakukan pelaburan yang sama.

Cara operasinya mudah, seperti bermain kutu di mana ahli yang memperkenalkan skim tersebut akan menerima pelaburan wang dalam jumlah yang sama iaitu RM100 daripada ahli baru.

Ahli baru pula akan mengharapkan ada ahli lain yang ingin menyertai skim itu melaluinya.

Bagi menarik peserta baru untuk menjadi mangsa, si penipu akan menggunakan gambar longgokan duit yang banyak, kereta mewah serta barangan berjenama sebagai umpan mereka.

Berikut antara kes penipuan membabitkan pelaburan menerusi Facebook yang diceritakan oleh mangsa kepada wartawan, MUHAMAD AMIRUL AFIQ MASTOR.

KES 1:

BERKENALAN dengan seseorang di Facebook yang boleh membantu membebaskan diri individu itu daripada dibelenggu masalah kewangan pasti membuatkan sesiapa sahaja teruja.

Perasaan itu turut dialami Normala Aziz, 27, apabila dia tertarik untuk melabur hanya kerana sambutan yang diterima oleh rakan mayanya.

Normala berkata, ucapan terima kasih kerana membantu dan juga gambar bersama kereta serta banglo mewah yang diterima dan terpapar di profil rakannya itu, membuatkan dia lebih yakin untuk turut serta.

Setelah mendapatkan maklumat lanjut daripada rakan mayanya itu, satu pertemuan dilakukan.

Saya memandu ke pejabatnya dan mula mencari tempat letak kereta di dalam bangunan itu.

Agak terkejut apabila melihat pelbagai kereta mewah seperti Porsche, Ferrari serta Aston Martin berbaris dalam tempat letak kereta itu dan semuanya ada pelekat skim pelaburan tersebut, katanya yang ketika itu masih lagi belajar di institusi pengajian tinggi di ibu negara.

Tanpa berfikir panjang, Normala yang ketika menyertai pelaburan tersebut masih belajar di institusi pengajian tinggi awam, telah melaburkan wang biasiswanya sebanyak RM2,000.

Masalah mula timbul apabila dia terpaksa mencari ahli baru untuk melayakkan dia menerima pulangan dijanjikan dalam pelaburan tersebut.

Malah, pihak atasan dan ejen meminta dia menaikkan pelaburan sehingga RM35,000 untuk melayakkannya menjadi rakan kongsi.

Terdorong dengan kata-kata itu, dia mula meminjam wang daripada rakan-rakan, ahli keluarga dan saudara mara.

Malangnya langit tidak selalunya cerah apabila ramai di antara rakan kongsi pelaburan itu ditangkap oleh pihak polis berikutan dakwaan melakukan pengumpulan deposit secara haram.

KES 2:

DENGAN hanya log masuk ke dalam Facebook, seseorang berjaya mendapat RM100.

Jika ikut logik akal, bukan mudah seseorang mendapatkan keuntungan dengan hanya bergoyang kaki sambil melayari Facebook.

Namun, itulah hakikatnya yang berlaku kepada salah seorang mangsa, Derrick Lau, 27, apabila mencuba untuk turut sama berjaya seperti yang diiklankan oleh skim pelaburan Facebook itu.

RM100 bukan nilai yang besar untuk modal dan saya rasakan pada mulanya tidak salah untuk saya mencuba, mana tahu nasib menyebelahi saya, katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Derrick, taktiknya sangat mudah, selepas mendaftar dan membayar RM100 sebagai modal awal, pelabur perlu memperkenalkan ahli baru.

Pada awalnya, tiada penerangan khusus diberikan mengenai skim pelaburan tersebut.

Setelah menyertainya, barulah dinyatakan bahawa skim tersebut perlu mencari orang bawah (downline).

Mereka mendapat keuntungan dengan merekrut orang baru dan memasukkan wang ke dalam akaun mereka.

Lagi ramai yang masuk, makin bertambahlah duit di dalam akaun dan ia ternyata bukan satu pelaburan tetapi hanya mengambil wang orang lain.

Menyedari perkara itu, saya terus tidak menyertainya lagi dan bagi sesiapa yang bertanya, saya katakan ia adalah satu penipuan, katanya.

KES 3:

KHIDIR Rosli, 32, merupakan seorang pekerja swasta di salah sebuah hospital di ibu negara yang mahu mendapatkan keuntungan dengan cara mudah.

Dia ditemukan oleh seorang rakan kepada satu skim pelaburan yang berasaskan Internet yang mana dapat memberikan pulangan sehingga 10 peratus setiap bulan.

Masuk RM1,000, hujung bulan dapat RM100 dan begitulah seterusnya mengikut jumlah pelaburan yang dibuat – lebih tinggi pelaburan lebih banyak pulangan yang diterima

Menurutnya, sesiapa sahaja yang mempunyai akaun bank terutama Maybank2u boleh menyertai pelaburan ini kerana keuntungan akan didebitkan terus ke akaun mereka secara bulanan.

Pada awalnya, dia kurang percaya berikutan telah tertipu dengan pelaburan lain sebelum ini.

Namun, pujukan serta cerita yang dibawa oleh temannya itu tentang kejayaan mereka telah dapat menundukkan hati Khidir untuk mula melabur.

Dalam bulan pertama, dia mendapat RM100 dan begitu juga dengan bulan-bulan seterusnya.

Pada bulan kelima dan keenam, pulangan yang diterima semakin meningkat kepada RM500, membuatkan dia merasa sangat gembira kerana beranggapan pelaburan kali ini tidak sia-sia.

Saya terus menghubungi ejen dan dia mengatakan syarikat sedang meningkat naik dan pelabur menerima pulangan yang lumayan.

Dia juga menyuruh saya untuk menambahkan pelaburan bagi mendapatkan pulangan berlipat kali ganda, katanya.

Atas idea yang diberikan ejen skim tersebut, beliau membuat pinjaman peribadi kepada sebuah bank sebanyak RM50,000 untuk tujuan melabur dengan harapan mendapat pulangan lebih besar.

Pada bulan pertama, bayaran sebanyak RM5,000 telah diterima menerusi akaun bank.

Bagaimanapun, pada bulan kedua dan seterusnya, bayaran semakin berkurangan kepada RM2,500 dan pernah dia mendapat hanya RM1,000 sahaja.

Lama-kelamaan dia tidak menerima langsung pulangan wang pelaburan.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Kekalkan tradisi sambutan perayaan – Najib
KUALA LUMPUR 23 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak seluruh rakyat Malaysia mengekalkan tradisi menyambut perayaan bersama-sama, termasuklah sambutan Tahun Baru Cina.

Sambil menyifatkan ia sebagai satu keunikan yang tidak terdapat di negara-negara lain, Perdana Menteri berkata, sambutan itu mendekatkan seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum untuk bersama-sama meraikannya.

“Perayaan ini juga mewujudkan suasana yang harmoni dan mempunyai nilai yang sungguh besar serta tidak boleh dipandang ringan, sebaliknya perlu diperkukuhkan sebagai tradisi dan pegangan seluruh rakyat Malaysia.

“Saya juga menyeru rakyat Malaysia untuk saling mengunjungi pada hari perayaan ini,” katanya ketika menghadiri sambutan perayaan Tahun Baru Cina anjuran MCA di Wisma MCA, Jalan Ampang, di sini, hari ini.

Najib yang tiba pada pukul 9.40 pagi disambut oleh pemimpin MCA yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dengan paluan gendang, tarian naga dan tarian singa.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, menteri-menteri Kabinet serta dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kesemua pemimpin itu kemudiannya menyertai upacara menggaul makanan Yee Sang iaitu tradisi yang dilakukan pada setiap kali menyambut Tahun Baru Cina.

Najib menambah, kedatangan Tahun Baru Cina kali ini juga diharapkan akan membawa tuah kepada ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

Sambil merujuk kepada Tahun Naga Air dalam kalendar Cina tahun ini, Najib berkata, ia adalah permulaan yang baik untuk memulakan perniagaan, sekali gus membawa maksud baik kepada ekonomi.

Meskipun diadakan secara sederhana, sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA tahun ini tetap diraikan dengan penuh meriah apabila dihadiri oleh kira-kira 10,000 orang termasuk pelancong asing.

Selain persembahan tarian naga, hadirin juga dihiburkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan termasuk seni mempertahankan diri oleh masyarakat pelbagai kaum.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Anak pekerja Petronas Carigali maut terhidu gas beracun
KUALA LUMPUR 23 Jan. – Anak seorang kakitangan Petronas Carigali Sdn. Bhd., maut manakala empat lagi ahli keluarganya terpaksa dikejarkan ke hospital selepas terhidu gas beracun yang dipercayai berlaku di kediaman mereka di Turkmenbashi, Turkmenistan awal pagi inii.

Mangsa, Nurdanisha Farhana, 10, meninggal dunia beberapa jam selepas dikejarkan ke sebuah hospital di kawasan tersebut.

Menurut jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Ashgabat, keluarga tersebut tinggal di Turkmenbashi yang dipercayai merupakan kawasan operasi pengeluaran gas.

Setakat ini pihak kedutaan masih lagi memantau dan menunggu laporan penuh pihak Petronas berikutan kawasan itu terletak jauh dari bandar.

“Kakitangan Petronas itu masih belum dikenal pasti, isteri dan dua lagi anaknya dilaporkan stabil dan kini menjalani rawatan di hospital yang sama.

“Kita juga belum dapat memastikan lokasi kejadian sama ada di rumah mangsa atau lain-lain tempat selain punca berlakunya insiden itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Difahamkan, dua anak lelaki mangsa akan dibawa ke sebuah hospital di Dubai dalam waktu terdekat bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Turut difahamkan, kakitangan Petronas itu baru setahun 10 bulan bertugas di kawasan tersebut.

Tambah jurucakap itu, berdasarkan laporan Petronas, setakat ini hanya seorang sahaja iaitu Nurdanisha Farhana yang disahkan meninggal dunia.

Katanya, usaha untuk membawa pulang jenazah Nurdanisha Farhana juga masih dalam perbincangan dan pihak kedutaan akan memaklumkan perkara tersebut dari semasa ke semasa.

Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay ketika dihubungi lewat petang ini mengesahkan kejadian itu.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Empat lagi lemas di laut
KUANTAN 23 Jan.  Empat kejadian lemas berlaku hari ini termasuk seorang lagi di Pantai Sepat, di sini yang telah meragut dua nyawa semalam. Mangsa terbaru ialah R. Arvin, 16, dari Air Putih di sini.

Kejadian berlaku kira-kira 20 meter dari lokasi tragedi yang meragut dua nyawa semalam.

Namun sepupunya R. Thanusa, 13, dari Batu Arang, Selangor juga lemas tetapi berjaya diselamatkan orang ramai.

Thanusa kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Mangsa-mangsa lain ialah di Pantai Temalah, Sedili Besar, Kota Tinggi, Pantai Teluk Bidara, Dungun, Terengganu dan Pantai Sri Telong dekat sini Bachok, Kelantan.

Kejadian berlaku semasa mereka berkelah bersama ahli keluarga dan mandi-manda di laut.

Di KOTA TINGGI, dalam kejadian pukul 12 tengah hari di Pantai Temalah, mangsa, Muhammad Nabil Iqbal Samsudin, 6, mandi bersama abangnya, Muhammad Nabil Syazwan, 7, serta kakaknya, Norsyazwani, 8, di pantai peranginan berkenaan.

Menurut ibunya, Kamariah Najib, 35, dia bersama suami dari Felda Linggiu datang ke pusat peranginan itu bercuti bersama tujuh keluarga lain untuk menghadiri majlis pertemuan semula bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Laksamana.

Sungguh saya tak sangka percutian yang kami rancang itu bertukar tragedi apabila seorang anak saya pergi buat selama-lamanya. Sebelum ini, saya tidak setuju suami mengajak ke pantai.

Entah mengapa kali ini saya bersetuju, malah adik (mangsa) merupakan orang yang paling gembira sebaik sahaja sampai di sini dan tidak sabar untuk mandi, katanya.

Bapanya, Samsudin Abu Sari, 40, berkata, ketika kejadian, mereka bersiap sedia untuk makan tengah hari dan langsung tidak menyedari anak-anaknya, termasuk mangsa turun ke laut.

Kata beliau, hatinya kemudian berasa bimbang sebaik sahaja menyedari ada pengunjung mengangkat tubuh seorang budak tidak lama selepas itu.

Pada masa sama, saya terdengar jeritan Norsyazwani dan barulah menyedari budak yang diangkat itu ialah Muhammad Nabil Syazwan (abang mangsa). Ketika itu, dia berada dalam keadaan lemah dan diberi bantuan pernafasan.

Setelah semua berkumpul, baru kami sedari Muhammad Nabil Iqbal tiada dan Norsyazwani maklumkan adiknya itu telah tenggelam, katanya lagi.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Che Mahazan Che Aik ketika dihubungi hari ini berkata, mayat mangsa itu ditemui pasukan penyelamat, kira-kira 1.8 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan lemas pukul 10.30 pagi.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya.

Di DUNGUN, mangsa, Mohd. Alif Asyari Norhanuddin, 16, maut selepas dipercayai terjerlus ke dalam pasir ketika mandi bersama tiga rakan sebayanya di Pantai Teluk Bidara, pukul 1.30 petang.

Mohd. Alif terkapai-kapai lalu meminta pertolongan daripada tiga rakannya, Mohd. Arif Aizat Azman, Abd Halim Zakaria dan Amirul Abd Jalil, yang kesemuanya merupakan pelajar Sekolah Menengah Pulau Serai di sini.

Ketiga-tiganya berjaya menarik dan menaikkan mangsa ke daratan sebelum dua daripada mereka meminta bantuan penduduk kampung di situ.

Mohd. Alif Asyari kemudian dikejarkan ke Hospital Dungun namun disahkan meninggal dunia pukul 2 petang ketika dalam perjalanan ke hospital.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supritendan Dahlan Mohd. Noor ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Di BACHOK, keriangan tiga beradik bersiar-siar dan mandi-manda di Pantai Sri Telong, juga berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka lemas dihanyutkan ombak, pukul 6 petang.

Mayat Amirol Wafiy Ab. Manaf, 14, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bachok, ditemui oleh anggota bomba dan penyelamat yang melancarkan operasi, pukul 9.30 malam tadi.

Menurut ibu mangsa, Nelly Aryani Anuar Kamal, 46, arwah dan dua adiknya, Amirol Rifqi, 13, dan Amirol Aiman, 10, pergi ke pantai itu bersama seorang jiran mereka, Mohd. Noor Awang, 42, dan dua anak lelakinya berusia 10 dan 11 tahun.

Wafiy pada awalnya tidak mahu pergi kerana mahu bermain badminton dengan kakaknya tetapi selepas didesak adik-adik dan anak-anak jiran, dia pun bersetuju.

Saya pun beri keizinan, tambah pula dia boleh tolong tengok-tengok adik, katanya ketika ditemui di rumah nenek arwah di Kampung Aman di sini hari ini.

Nelly Aryani memberitahu, sebelum ke pantai, arwah yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik itu tidak berenggang daripadanya dan kakak sulungnya sejak selepas makan tengah hari.

Arwah merupakan seorang anak yang baik, pemalu dan pendiam. Dia pernah jadi ketua pengawas semasa darjah enam dahulu, katanya yang tinggal di Taman Desa Telong.

Amirol Rifqi memberitahu, abangnya itu pada mulanya tidak mahu mandi tetapi diajak oleh rakannya yang kebetulan berada di pantai tersebut.

Saya mandi di tempat cetek dan abang mandi di tempat yang dalam. Saya nampak dia dihanyutkan ombak dengan air di paras leher.

Saya cuba pergi ke arahnya, namun saya pula hampir lemas sebelum diselamatkan oleh Mohd. Noor yang kemudian dibantu oleh penduduk kampung, katanya.

Bapa arwah, Ab. Manaf Mat Nor, 50, seorang peniaga di Kuala Lumpur pula terkilan kerana tidak sempat menunaikan hasrat arwah yang meminta dibelikan motosikal untuk memudahkannya ke sekolah.

Arwah ada meminta saya membelikan motosikal minggu lalu tetapi tidak sempat ditunaikan. Saya reda dengan ketentuan Ilahi ini, katanya.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Bachok, Nordin Zakaria pula memberitahu, seramai tujuh anggota termasuk pegawai terlibat dalam operasi tersebut dan mayat mangsa ditemui kira-kira 200 meter dari lokasi dia dilaporkan lemas.

Dipetik dari Utusan Malaysia

2,077 pusat asuhan beroperasi secara haram
KUALA LUMPUR 22 Jan. – Sebanyak 2,077 pusat asuhan kanak-kanak dikenal pasti beroperasi secara haram di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Heng Seai Kie berkata, pihaknya tiada pilihan selain membenarkan pusat terbabit beroperasi tanpa permit bagi menjaga kepentingan ibu bapa yang menghadapi kesukaran mendapatkan pengasuh untuk anak mereka.

Menurutnya, operasi dan pengurusan pusat asuhan terbabit akan dipantau dari semasa ke semasa oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memastikan pengusaha mematuhi peraturan seperti faktor kebersihan dan keselamatan dalam premis.

“Jika dibandingkan dengan bilangan pusat asuhan kanak-kanak yang berdaftar pada masa ini, cuma ada 777 buah berbanding 2,077 pusat yang belum berdaftar,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kematian dua bayi lelaki, Muzaffar Mohd. Faizal, tiga bulan dan Arif Amsyar, tujuh bulan yang ditinggalkan di sebuah pusat asuhan di Taman Permata, Ampang, Khamis lalu, dipercayai akibat tersedak susu.

Selain itu, menurut Seai Kie, kegagalan pengusaha mendapatkan permit operasi pusat asuhan disebabkan halangan daripada penduduk setempat yang tidak membenarkan premis seperti itu beroperasi di kawasan mereka.

Katanya, kebenaran penduduk berhubung permohonan perkara itu perlu diperoleh sebelum Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan melakukan pemeriksaan premis bagi memastikan permohonan mematuhi Akta Pusat Jagaan Kanak-kanak 1994 dan Akta Taska 1994.

Kata beliau, masalah itu dijangka diatasi pada masa terdekat melalui usaha pihaknya menubuhkan pusat sehenti bagi membantu memudahkan pengusaha pusat asuhan terbabit mendapatkan permit.

”Kita tidak boleh melonggarkan atau mengubah peraturan sedia ada semata-mata mahu memudahkan pengusaha mendapatkan permit memandangkan perkara ini melibatkan soal keselamatan dan kesihatan anak-anak.

”Kementerian juga dilihat tidak mahu berkeras dalam tindakan penguatkuasaan terhadap pengusaha premis pusat asuhan tanpa lesen kerana kita tidak mahu ibu bapa mengalami kesukaran ekoran tindakan seperti ini,” katanya.

Mengenai tindakan terhadap pengusaha pusat asuhan pada insiden Khamis lalu, Seai Kie berkata, kertas siasatan kes itu telah dibuka dan pihaknya sedang mengumpul bukti berhubung kegagalan pihak berkenaan mematuhi peraturan sedia ada.

Kata beliau, selain kemungkinan berhadapan pendakwaan di mahkamah, pengusaha terbabit boleh dikompaun tidak lebih RM5,000 kerana menjalankan operasi pusat asuhan tanpa kebenaran JKM.

Pada masa sama, Seai Kie menasihatkan ibu bapa agar tidak terlalu terdesak dengan menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan yang tidak diketahui status operasinya tanpa merujuk terlebih dahulu dengan JKM.

Sementara itu, Polis sudah merakam keterangan tujuh individu bagi membantu siasatan berhubung kematian dua bayi di pusat asuhan Taman Permata di sini Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, individu berkenaan termasuk pemilik dan penjaga pusat asuhan itu selain keluarga dua bayi berkenaan.

“Setakat ini, punca sebenar kematian dua bayi terbabit masih belum dapat dikenal pasti berikutan laporan bedah siasat masih belum diperoleh. Kita tunggu laporan itu untuk siasatan seterusnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Padah tidak lapor kes denggi
KUALA LUMPUR  22 Jan.- Enam pegawai perubatan di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya ditahan berikutan gagal melaporkan kes demam denggi yang sedang dirawat di hospital berkenaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, enam pegawai tersebut dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 seorang dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM6,000.

Menurutnya, sebanyak 213 kes demam denggi dari daerah Petaling Jaya dirawat di hospital berkenaan pada tahun lalu.

Bagaimanapun sebanyak enam kes demam denggi tidak dilaporkan.

Tindakan yang serupa akan diambil terhadap mana-mana pengamal perubatan di klinik atau hospital tidak kira swasta atau kerajaan jika didapati tidak melaporkan kes demam denggi yang dirawat di tempat mereka.

Mereka sepatutnya melaporkan kes berkenaan kepada pejabat kesihatan yang berdekatan supaya jumlah kes demam denggi yang berlaku dapat dikenalpasti, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tiong Lai berkata, kementeriannya akan sentiasa memantau klinik serta hospital swasta dan kerajaan bagi memastikan semua kes demam denggi yang dirawat dilaporkan ke pejabat kesihatan yang berdekatan.

Saya menyeru semua pengamal perubatan agar lebih bertanggungjawab dan segera melaporkan semua kes demam denggi bagi mengekang penyakit demam denggi daripada terus merebak, katanya.

Sementara itu, Tiong Lai berkata, sejumlah 481 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh dua minggu pertama pada tahun ini.

Katanya, walaupun bilangan kes demam denggi pada tahun lalu menurun berbanding tahun sebelumnya namun bilangan kes demam denggi pada dua minggu pertama tahun ini didapati meningkat.

Begitu juga dengan kes kematian di mana  terdapat dua kematian pada tahun ini, katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Anwar tetap cadang pinda ‘undang-undang aibkan seseorang’
KLANG 22 Jan. – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendiriannya sebelum ini yang mahu undang-undang kononnya digunakan untuk mengaibkan seseorang dipinda termasuk peruntukan dalam Seksyen 377 (B) dan 377 (C) Kanun Keseksaan.

Pendirian itu dinyatakannya dengan alasan bahawa undang-undang sedia ada itu tidak boleh dikekalkan kerana kononnya ia bersifat zalim dan terdedah kepada amalan fitnah oleh pihak-pihak tertentu.

“Saya kata, undang-undang yang ada (Seksyen 377 (B) dan 377 (C) Kanun Keseksaan), saya tidak pertahankan. Ia undang- undang zalim, fitnah dan undang-undang inilah saya masuk penjara (sebelum ini),” katanya ketika berucap di Taman Sri Kerayong, Kapar yang dihadiri kira-kira 250 orang penyokongnya di sini semalam.

Beliau mengulas laporan media sebelum ini yang menyatakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menyatakan bahawa terdapat keperluan untuk menyemak semula undang-undang lapuk Malaysia supaya tidak dilihat sebagai menyusahkan dan dianggap sebagai tidak relevan.

Menjawab soalan berkaitan hak- hak golongan gay dan sama ada beliau bersedia menerima “idea anti-diskriminasi yang melibatkan hak-hak golongan gay”, Anwar berkata dalam satu wawancara dengan BBC pada Khamis lalu bahawa “kami perlu menyemak semula sebahagian daripada undang-undang lapuk kami.”

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam telah menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah menggunakan peruntukan undang-undang membabitkan kesalahan liwat untuk mengaibkan mana-mana pemimpin politik seperti mana didakwa pihak tertentu.

Menurut Najib, sebaliknya asas pertuduhan liwat itu dibuat apabila terdapat aduan daripada mangsa kerana setiap rakyat negara ini mempunyai hak yang sama di sisi undang-undang berasaskan prinsip keadilan tanpa mengira kedudukan.

Dalam pada itu, selain mahu meminda undang-undang lapuk berkaitan kesalahan liwat, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menafikan beliau menyokong perkahwinan sesama sejenis apabila mempertahankan institusi perkahwinan di antara lelaki dan wanita.

“Sebagai orang Islam dan saya percaya majoriti bukan Islam di Malaysia mahu institusi perkahwinan di antara lelaki dan perempuan dipertahankan,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai tindakan Pejabat Peguam Negara pada 20 Januari lalu yang memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskannya daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Anwar menyatakan beliau tidak peduli mengenai perkara itu.

“Apa, ingat saya peduli ke hal ini,” ujarnya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

2 mati lemas, 1 kritikal, 3 terselamat
KUANTAN 22 Jan. – Kegembiraan satu keluarga meluangkan masa dengan mandi-manda di Pantai Sepat di sini sempena cuti hujung minggu dan Tahun Baru Cina, bertukar tragedi apabila dua daripada mereka mati lemas.

Mereka yang meninggal dunia merupakan adik- beradik tiri iaitu Mohd. Saiful Mohd., 11, dan Mohd. Zaiful Abu Talib, 13.

Dalam kejadian pukul 4 petang itu, seorang lagi daripada mereka yang terselamat dilaporkan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini manakala tiga lagi dirawat di wad pesakit luar.

Menceritakan kejadian malang itu, ibu mangsa, Zaleha Abd. Ghani, 42, berkata, mereka sekeluarga yang berasal dari Sungai Isap di sini, datang ke pantai itu untuk mandi-manda.

“Kesemua enam anak saya mandi di pantai tersebut. Sedang asyik mandi, tiba-tiba mereka dipukul ombak menyebabkan tiga daripadanya lemas.

“Saya cuba tarik mereka tetapi hanya seorang sahaja dapat diselamatkan. Dua lagi dapat dibawa ke darat oleh orang ramai tetapi meninggal dunia akibat sesak nafas manakala yang lain dapat menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di HTAA, di sini malam ini.

Zaleha dalam nada sebak berharap tragedi di Pantai Sepat itu tidak berulang dan menimpa keluarga lain.

“Saya harap pihak berkuasa dapat melakukan pengawasan di pantai ini,” katanya.

Sementara itu, jurugambar Utusan Malaysia, Mohd. Mahathir Ali yang kebetulan melalui kawasan tragedi untuk ke rumah rakannya di Pekan, mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku apabila melihat orang ramai berkerumun.

“Ketika saya sampai, orang ramai sedang memberi bantuan kecemasan kepada seorang kanak-kanak yang lemas di gigi air.

“Saya kemudian diberitahu ada seorang lagi mangsa terdampar di kawasan rumput tidak jauh dari situ yang menunggu untuk dibawa ke hospital.

“Secara tiba-tiba juga orang ramai menjerit melihat seorang lagi mangsa terapung di air dan mereka bergegas untuk menyelamatkannya,” katanya.

Menurut Mahathir, selang beberapa minit pula, dia melihat seorang lagi mangsa lain didukung oleh orang awam naik ke pesisir pantai.

Katanya, kebanyakan mangsa dibawa ke hospital menggunakan kereta orang ramai di kawasan itu sebelum pasukan bomba dan polis tiba di lokasi kejadian pukul kira-kira pukul 6.15 petang.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Najib beri tempoh 3 bulan
KUANTAN 21 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sedang diteliti pasukan petugas khas akan memberi kepuasan menyeluruh kepada setiap peringkat perkhidmatan awam.

Menurut Perdana Menteri, pasukan petugas khas itu yang diberi tempoh tiga bulan akan melakukan semakan sebaik-baiknya supaya tidak ada lagi situasi yang boleh diibaratkan sebagai ‘rumah siap, pahat berbunyi.’

“Sebelum ini saya dengar yang di bawah, kenaikannya terlalu rendah dan yang di atas kenaikannya terlalu tinggi, macam-macam saya dengar.

“Tak apalah, saya bagi tempoh tiga bulan kepada jawatankuasa ini kaji semula dan insya-Allah kita akan dapatkan hasil yang disifatkan sebaik-baiknya supaya kita dapat memberi kepuasan kepada semua,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Kakitangan Awam bersama Perdana Menteri di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang dekat sini hari ini.

Majlis yang dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob itu disertai kira-kira 7,000 kakitangan awam melibatkan pelbagai peringkat termasuk Pusat dan negeri.

Satu pasukan petugas khas yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam ditubuhkan setelah Najib mengarahkan SBPA disemak semula untuk menyelesaikan beberapa isu yang dibangkitkan oleh pihak tertentu.

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) baru-baru ini mendakwa lebih 1.3 juta penjawat awam Gred 54 ke bawah tidak berpuas hati dengan skim SBPA yang didakwa tidak adil terhadap mereka.

Sementara itu, dalam ucapannya juga, Najib sekali lagi mengingatkan penjawat awam bahawa era kerajaan mengetahui segalanya sudah berakhir maka sebab itu pendekatan sekarang adalah secara merendah diri.

Katanya, malah beliau sendiri tidak boleh mendakwa bahawa kerajaan yang ada sudah cukup sempurna dan mana-mana kepincangan yang wujud perlu diperbetulkan dan ditambah baik.

“Kalau rakyat kata tak betul, kita lakukan penambahbaikan, kalau sudah laksanakan pun, kalau perlu kaji, kita kaji balik. Yang penting sekali, rakyat terbela sepenuhnya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Najib berkata, pemberian subsidi secara langsung seperti menerusi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dilihat memberi impak besar kepada penerima yang cukup menghargainya.

Katanya, ini berbeza dengan pemberian subsidi tidak langsung seperti petrol, gas memasak dan barangan keperluan asas lain walaupun jumlahnya melibatkan peruntukan yang jauh lebih besar.

“Subsidi untuk keperluan asas ini bertambah setiap tahun dengan tahun ini sahaja kita sediakan RM22 bilion untuk membantu rakyat. Tetapi anehnya yang BR1M ini kita bagi RM500, dia punya impak lebih daripada RM22 bilion.

“Saya semalam di Wilayah Persekutuan, tengok penerima dapat RM500, cium tangan kita tahap lain macam. Rupanya impak tunai lain, ia berkait psikologi manusia. Bila dapat tunai, orang Kedah kata ‘ketaq lutut.’

“Apa pun kita buat ini kerana rakyat perlukan bantuan kerajaan yang kita boleh berikan hasil daripada perancangan jangka panjang kita,” ujarnya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Satu lagi inisiatif kerajaan bela nasib nelayan
KUANTAN 21 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM5,000 ke RM10,000 untuk membaik pulih rumah masyarakat nelayan dalam usaha membela nasib golongan itu di seluruh negara.

Perdana Menteri berkata, borang permohonan untuk inisiatif yang akan dilaksanakan sedikit masa lagi itu sedang diedarkan melalui persatuan-persatuan nelayan di setiap negeri.

“Saya faham nelayan perlukan bantuan, sebab itu kita lakukan sesuatu untuk mereka dan pada pembentangan Bajet 2012 saya ada umumkan Tabung Khas Perumahan Nelayan bernilai RM300 juta,” katanya.

Menurut laporan, terdapat kira-kira 100,000 penduduk di negara ini menjadi nelayan dengan 84,254 orang daripadanya menjadi ahli Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT).

“Saya umum tabung ini kerana tergambar dalam kepala saya rumah nelayan yang daif, robek dan perlu kepada penambahbaikan. Tetapi, nak buat rumah baru boleh, tapi saya dengar khabar, nelayan ni tak boleh tidur kalau tak dengar bunyi ombak, mesti tepi laut, nak pindahkan ke kawasan lain susah.

“Jadi, sebahagian daripada RM300 juta itu kita akan guna untuk menambah baik rumah-rumah nelayan di seluruh negara dengan peruntukan untuk setiap rumah yang akan dibaik pulih dalam RM5,000 ke RM10,000,” katanya ketika melancarkan Program Ihsan Samudera Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur dan Pengarah Program Ihsan Samudera, Datuk Dr. Shamsul Anwar Sulaiman.

Program Ihsan Samudera dianjurkan oleh Yayasan 1MDB dan Yayasan Felda dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan kerajaan negeri.

Perdana Menteri dalam pada itu turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM63 juta untuk membaik pulih projek perumahan nelayan Kampung Bunut Rendang di sini yang sudah 15 tahun tergendala.

“Insya-Allah kita akan baik pulih segera projek perumahan yang tergendala ini. Ini adalah atas usaha kerajaan negeri Pahang, di bawah pimpinan Menteri Besar,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Kamal Ashnawi terkaya di dunia, miliki RM20 trilion?
KUALA LUMPUR 21 Jan.  Walaupun tidak tersenarai sebagai orang terkaya di dunia, anak kelahiran Perak, Kamal Ashnawi (KA) mendakwa beliau kini mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro (RM20 trilion).

Dakwaan kekayaannya itu ditunjukkan dengan mengemukakan kepada pemberita salinan penyata bank HSBC di London yang seharusnya membolehkan beliau menjadi individu pertama di dunia bergelar trillionaire.

Kamal adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum (M) Sdn. Bhd. yang pernah mencadangkan projek kilang penapis minyak mentah di Kedah pada 2005.

Menurut majalah Forbes, Carlos Slim dari Mexico merupakan manusia terkaya di dunia tahun lepas dengan anggaran kekayaannya mencecah RM224.7 bilion dan Pengasas Microsoft, Bill Gates menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah RM170 bilion.

Saya terpanggil untuk tampil bagi menolak segala tuduhan buruk yang dilemparkan sebelum ini ekoran cadangan projek pada 2005 yang tidak berjaya dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak-pihak tertentu.

Ini adalah tawaran terakhir saya bagi membantu orang Melayu dan syarikat-syarikat dengan melaburkan dana dalam tiga projek cadangan di Perlis, Johor dan Kelantan dalam masa yang terdekat, katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini semalam.

Katanya, tiga projek yang bernilai trilion ringgit tersebut ialah projek pelancongan komersial di Kuala Perlis, taman tema berkonsepkan Pirates of The Carribean di Danga Bay, Johor Baharu, dan projek penempatan komersial di Kelantan.

Kamal berkata, segala urusan berkaitan tiga projek tersebut akan diserahkan kepada SAS Group iaitu sekumpulan pelajar alumni Sekolah Alam Shah yang merupakan bekas sekolah beliau sendiri.

Sejak projek penapisan kilang minyak di Kedah itu tergendala, katanya, dia lebih banyak menghabiskan masa di luar negara bagi menguruskan perniagaan.

Menurutnya, beliau akan bermastautin di Hong Kong mulai Mac ini bersama keluarganya sebelum ke Indonesia beberapa tahun kemudian.

Kamal memberitahu, kekayaan yang diperoleh berasal daripada warisan diraja menerusi akaun bagi Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat keluarga diraja dunia pada 1875.

Dakwanya, beliau juga adalah keturunan diraja dari Jawa, Indonesia dengan namanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan dijangka ditabal menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Saman Ops Sikap naik 50%
KUALA LUMPUR 21 Jan.  Sikap pengguna jalan raya melakukan kesalahan lalu lintas ternyata masih tidak berubah apabila sebanyak 100,773 saman dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang lima hari Ops Sikap Ke-25, berbanding 55,578 saman dikeluarkan dalam tempoh sama pada operasi tahun lalu.

Notis saman itu dikeluarkan PDRM membabitkan kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan pemandu seperti memandu melebihi had laju, memandu di lorong kecemasan, memotong garisan berkembar, melanggar lampu isyarat dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid berkata, jumlah saman yang melebihi 100,000 itu menyaksikan peningkatan sebanyak 50 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Beliau berkata, keadaan itu membuktikan sikap pengguna-pengguna jalan raya di negara ini masih tidak berubah dan mementingkan diri sendiri.

Sikap pemandu seperti menggunakan lorong-lorong kecemasan untuk memotong dan memotong di garisan berkembar, masih dilakukan walaupun pelbagai amaran dan nasihat diberikan pihak berkuasa.

Pengguna jalan raya hanya akan mematuhi peraturan sekiranya mereka menyedari kehadiran pihak polis di kawasan tersebut, katanya kepada pemberita ketika membuat lawatan tapak Ops Sikap Ke-25 di Hentian Sungai Buloh, di sini hari ini.

Salleh memberitahu, sepanjang lima hari Ops Sikap Ke-25, ia menunjukkan peningkatan kadar kemalangan sebanyak 8.5 peratus iaitu 6,602 kes berbanding 6,083 kes dalam tempoh sama pada tahun lalu.

Katanya, jumlah kematian namun menurun kepada satu kes iaitu 58 orang, berbanding 59 orang dalam tempoh sama pada tahun lalu.

Dalam pada itu, beliau berkata, PDRM akan menawarkan ganjaran berupa hadiah kepada pemandu-pemandu bas yang mematuhi segala peraturan serta memandu dalam keadaan berhemah.

Pemeriksaan akan dilakukan ke atas kenderaan berat itu seperti brek, lampu selain pemantauan had laju dan berdasarkan rekod, ujarnya.

Beliau berkata, usaha itu diharap dapat mengelakkan kemalangan melibatkan bas selain memupuk rasa tanggungjawab ke atas pemandu dan syarikat pengusaha bas itu sendiri.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Peguam Negara fail rayuan
KUALA LUMPUR 20 Jan.  Pejabat Peguam Negara hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Pendaftar, Halilah Suboh ketika dihubungi pihak media, yang turut menyatakan notis tersebut difailkan di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi, Bahagian Jenayah kira-kira pukul 4.30 petang ini.

Notis rayuan tersebut difailkan oleh Ketua Unit Rayuan, Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Manoj Kurup.

Difahamkan notis tersebut ditandatangani oleh Peguam Cara Negara, Datuk Idrus Harun yang pernah mengetuai pasukan pendakwaan kes liwat tersebut semasa Anwar pertama kali didakwa di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008.

Akta Mahkamah Kehakiman 1964 menetapkan bahawa notis rayuan perlu difailkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan, dan dalam kes ini keputusan dibuat pada 9 Januari lalu.

Mengikut Seksyen 52(1) akta tersebut, apabila notis rayuan difailkan, hakim yang membuat keputusan itu hendaklah, jika belum menulis penghakimannya, merekodkan secara bertulis alasan keputusannya, dan penghakiman bertulis atau alasan keputusan itu hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod prosiding itu.

Pada 9 Januari lalu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan untuk melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan yang dihadapinya selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari.

Beliau menetapkan demikian setelah berpendapat bahawa adalah tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

Ketika membaca penghakimannya, hakim itu menyatakan, selepas meneliti bahan bukti, mahkamah tidak boleh seratus peratus pasti bahawa integriti sampel DNA yang diambil daripada saksi pendakwa pertama, iaitu Mohd. Saiful Bukhari tidak terjejas.

Ini, menurut Hakim Mohamad Zabidin, menyebabkan mahkamah hanya mempunyai keterangan Mohd. Saiful Bukhari.

Namun beliau berkata, di peringkat pembelaan bagi kesalahan seksual, mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan Mohd. Saiful Bukhari tanpa bukti sokongan lain.

Anwar, 64, dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan sekiranya disabitkan bersalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Beliau pernah dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 2000 setelah didapati bersalah meliwat bekas pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar tetapi empat tahun kemudian, hukuman dan sabitan tersebut berjaya diketepikan di Mahkamah Persekutuan pada 5 September 2004.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Pulangkan Bandar Tun Razak
KUALA LUMPUR 20 Jan.  Datuk Seri Najib Tun Razak meminta masyarakat di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak di sini supaya memilih semula kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang bagi membolehkan parti itu meneruskan pembangunan di kawasan tersebut.

Perdana Menteri berkata, ini kerana kerajaan BN sejak dahulu telah terbukti berjaya melaksanakan pembangunan dan pemodenan dalam negara.

Sebagai contoh, kata beliau, kawasan Bandar Tun Razak yang dahulunya dikenali sebagai Kampung Congo pada mulanya serba kekurangan tetapi kini telah melalui pembangunan pesat dan moden.

Cuma politiknya tidak kena pada tempatnya, sudahlah nama Tun Razak tapi tidak jadi milik BN.

Ini tidak betul tuan-tuan, ini silap hitung, mudah-mudahan masa akan tiba tidak lama lagi, jadi tuan-tuan boleh perbetulkan.

Kalau nak ingat balik pada Tun Razak, bumi Bandar Tun Razak ini pulangkan balik kepada BN dan inilah yang perlu kita lakukan, katanya ketika berucap pada Majlis Makan Tengah Hari Bersama Rakyat dan Penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di sini, hari ini.

Program itu merupakan sebahagian daripada acara turun padang Perdana Menteri di sekitar ibu kota, hari ini.

Nama Bandar Tun Razak diambil sempena nama Perdana Menteri kedua yang juga bapa Najib, pada asalnya dikenali sebagai Kampung Congo berikutan pembukaannya dikhaskan untuk penempatan bekas tentera yang berkhidmat di Congo pada 1960-an.

Ia merupakan kawasan kubu kuat BN sehingga dirampas oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2008.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Anwar sentuh lagi isu undang-undang didakwa lapuk?
KUALA LUMPUR 20 Jan.  Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lagi menyentuh isu undang-undang yang didakwa lapuk sebagaimana dinyatakan beliau dalam wawancara bersama stesen Perbadanan Penyiaran British (BBC), minggu lalu.

Isu itu telah mencetuskan kegemparan dan mendapat reaksi pelbagai pihak.

Beliau mengulangi isu yang sama ketika berucap pada majlis kesyukuran pembebasannya daripada tuduhan liwat di kediamannya di Segambut Dalam di sini, semalam.

Laporan itu telah disiarkan di dalam portal propembangkang Malaysiakini, hari ini.

Berikut adalah sedutan laporan dari laman www.malaysiakini.com yang disiarkan hari ini :

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya undang-undang yang didakwanya digunakan untuk mengaibkan seseorang, dipinda termasuk peruntukan dalam seksyen 377 (B) dan 377 (C) Kanun Keseksaan.

Katanya, pindaan tersebut perlu dibuat bagi memastikan supaya ia tidak digunakan untuk menghina seseorang, khususnya terhadap musuh dalam politik.

Memang undang-undang yang ada 377(B) ka, C ka, ini memang archaic (lapuk). Digunakan untuk aibkan orang. Digunakan untuk musuh politik.

“(Orang) tanya saya, bila kita berkuasa, boleh kita pinda. Ya, saya akan pinda. Apa pasal tidak boleh pinda undang-undang yang ada sekarang. Kita pinda supaya pastikan ia tidak bermaksud untuk menghina orang, katanya.

Anwar turut menempelak pihak tertentu yang mempertahankan undang-undang yang didakwanya jumud digunakan untuk memfitnah seseorang.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya malam tadi bagi mengulas kontroversi wawancaranya dengan BBC yang dilaporkan minggu lalu sehingga beliau dituduh menyokong homoseksual.

Rangkaian itu meminta Anwar menyatakan pendirian sama ada beliau bersedia memperjuangkan idea anti-diskriminasi terhadap kumpulan itu dan menegaskan masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita.

Tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan, kata Anwar dalam temu bual dengan BBC itu.

Bercakap di majlis kesyukuran sempena pembebasannya daripada tuduhan liwat pada 9 Januari lalu, Anwar menegaskan kenyataannya bahawa Islam dan bukan Islam menyokong perkahwinan lelaki dan perempuan menjawab perbuatan seks bebas, homoseksual dan lesbian.

Anwar yang juga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berkata, umat Islam tidak boleh menghukum seseorang melakukan perselingkuhan kecuali ia dilakukannya di hadapan umum.

Orang berkata, itu kalau di tempat persendirian? Kamu tahu mana?… Bukan mengendap atau merobek privasi orang, tidak boleh, tegasnya di hadapan tetamu yang hadir di kediamannya, di Segambut Dalam, malam tadi.

- Malaysiakini

Sebagai rujukan, Seksyen 337 (B) berbunyi barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.

Seksyen 377 (C) pula berbunyi barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii ke atas seseorang lain tanpa kerelaannya, atau bertentangan dengan kemahuannya atau dengan meletakkan orang lain dalam ketakutan mati atau cedera kepada orang itu atau kepada mana-mana orang lain, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari 20 tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Kampung Puah kekal kampung tradisi – Perdana Menteri
KUALA LUMPUR 20 Jan. – Kerajaan memberi jaminan akan mempertahankan status Kampung Puah yang terletak di Jalan Gombak di sini sebagai sebuah perkampungan tradisi Melayu yang akan kekal selamanya di tengah bandar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan sewajarnya akan diambil kerana kerajaan amat memahami isi hati penduduk yang bimbang kehilangan identiti kampung itu kesan pembangunan yang rancak di sekitarnya.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin untuk berunding dengan syarikat pemaju iaitu Aamin Development Sdn. Bhd. supaya pelan pembangunan yang dilakukan di situ mengambil kira isi hati penduduk di situ.

“Saya faham isi hati penduduk di sini yang ingin merasa kehidupan di dalam perkampungan tradisi di tengah-tengah bandar dan saya pun faham ini boleh menjadi daya tarikan kepada pelancong.

“Tak usah panjang cerita, saya minta Datuk Raja Nong Chik dan Datuk Bandar Kuala Lumpur (Tan Sri Ahmad Fuad Ismail) bersama UKAS (Unit Kerjasama Awam Swasta) berunding dengan syarikat pemaju berkenaan supaya tolong bertimbang rasa sediakan sebahagian daripada tanah untuk kampung tradisi,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Program Turun Padang Parlimen Wangsa Maju di kampung berkenaan di sini hari ini.

Pengumuman itu disambut sorakan dan tepukan gemuruh oleh kira-kira 500 penduduk yang ternyata lega dengan keputusan itu.

Melalui pelan pembangunan yang diluluskan pada Ogos 2001, Kampung Puah, Kampung Puah Bahagian dan Kampung Chubadak Jaya adalah antara kampung yang terlibat dalam projek pembangunan di atas tanah seluas 12.8 hektar di situ.

Perdana Menteri berkata, sebagai pemimpin, beliau akan berusaha memperjuangkan nasib penduduk kampung terlibat walaupun projek pembangunan itu diluluskan 10 tahun lalu.

“Kalau ada 30 ekar, berilah 10 atau 15 ekar untuk membina satu perkampungan budaya Melayu di sini,” katanya.

Terdahulu, Najib meluangkan masa bersama-sama kira-kira 1,000 penduduk di sekitar tapak Pasar Basah Teratai Mewah, Wangsa Maju.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Kesederhanaan jadi keperluan
KUALA LUMPUR 19 Jan. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa kesederhanaan bukan lagi menjadi satu pilihan tetapi ia merupakan keperluan dalam setiap aspek kehidupan hari ini.

Beliau berkata, masyarakat akan dapat menerima perbezaan sesama sendiri, menghormati dan hidup dalam keadaan aman dan harmoni apabila mereka menolak ekstremisme dan seterusnya menerima konsep kesederhanaan.

“Amalan kesederhanaan dan menolak ekstremisme adalah kunci kepada penyatuan tamadun manusia dan keamanan dunia. Masa depan keamanan dan kesejahteraan global mesti dibina melalui kesefahaman bersama dan rasa hormat-menghormati antara masyarakat yang mewakili tamadun terbesar dunia,” katanya ketika berucap pada majlis penutup Persidangan Antarabangsa Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Ketua Setiausaha Negara yang juga Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Pada majlis itu, Timbalan Perdana Menteri turut melancarkan buku tulisan Profesor Ulung UIAM, Tan Sri Mohd. Kamal Hassan bertajuk The Voice of Islamic Moderation From The Malay World.

Muhyiddin melahirkan keyakinan bahawa sekiranya semua pihak mampu menerapkan semangat kesederhanaan dan menolak sama sekali sifat ekstremisme serta berlebihan, maka tidak ada kerosakan yang akan berlaku terhadap manusia.

Katanya, pada masa sama, masyarakat dunia perlu mengenal pasti punca sebenar berlakunya tindakan ekstremisme dan fanatisme yang biasanya menjurus kepada kebencian dan permusuhan antara pelbagai penganut agama dan budaya di dunia.

“Kita perlu menggantikan pengasingan ekonomi kepada pengagihan kekayaan sama rata. Politik yang eksklusif juga harus diakhiri dan beralih kepada politik inklusif, selain menangani masalah sosial dengan menegakkan keadilan dan menghormati maruah orang lain,” katanya.

Beliau berkata, kesederhanaan telah menjadi teras kepada kejayaan Malaysia dalam berhadapan dengan kepelbagaian etnik dan agama serta mengekalkan keamanan dan mengelak timbulnya sebarang konflik.

“Ia sebenarnya bergantung kepada kesediaan semua pihak terutama semua agama dan budaya untuk mengetepikan perbezaan dan bekerjasama bagi mewujudkan keadaan aman, harmoni dan sejahtera,” katanya.

Katanya, beliau percaya nilai kesederhanaan akan terus menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman, harmoni dan stabil sekali gus memberi manfaat yang sama kepada komuniti dunia.

“Saya juga percaya persidangan ini akan membolehkan semua pihak bekerjasama dalam mempromosikan keamanan berterusan untuk kebaikan komuniti global selepas ini,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Kerjasama CMEDT tingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar
PUTRAJAYA 19 Jan.  Kementerian Pelajaran akan bekerjasama dengan Cambridge Malaysian Education and Development Trust (CMEDT) untuk meningkatkan mutu penguasaan Bahasa Inggeris (BI) di kalangan para pelajar terutamanya dari segi kemahiran bercakap dan menulis.

Bentuk kerjasama akan diumumkan tidak lama lagi, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran dalam satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan dengan wakil CMEDT di sini, hari ini.

Menurutnya, CMEDT akan mengkaji kurikulum dan rangka kerja penilaian pengajaran BI sejajar dengan usaha kementerian untuk meningkatkan kepentingan bahasa itu.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Guru Bahasa Inggeris AS kunjungi Najib
PUTRAJAYA 19 Jan.  Sekumpulan guru Bahasa Inggeris Fullbright dari Amerika Syarikat (AS) membuat kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di pejabatnya, di sini hari ini.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) itu yang tiba di Kuala Lumpur pada 4 Januari akan ditugaskan ke Johor, Pahang dan Terengganu selama 10 bulan mulai 31 Januari ini.

Dalam ucapannya, Najib berkata, hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat, semuanya adalah mengenai manusia.

Semuanya mengenai kita, rakyat Malaysia dan Amerika yang mahu bekerjasama, yang mahu bertukar-tukar mengenai apa jua kekuatan yang kita ada. Apa cara yang lebih baik daripada dalam bidang pendidikan kerana pendidikan merupakan satu perkara yang benar-benar membawa perbezaan, katanya.

Program ETA meningkat tiga kali ganda tahun ini berdasarkan kepada perkongsian komitmen Presiden AS, Barack Obama dan Najib bagi memperluaskan program pertukaran rakyat dengan rakyat antara AS dan Malaysia.

Najib berkata, Malaysia memberikan penekanan kepada bahasa Inggeris kerana ia amat penting bagi rakyat Malaysia untuk mempunyai daya saing.

Ia akan menjadi langkah penting ke arah itu kerana apabila kita ada rakyat Amerika mengajar anak-anak kita, saya yakin anak-anak kita akan lebih bermotivasi dan mendapat inspirasi, katanya.  BERNAMA

Dipetik dari Utusan Malaysia

Kuala Lumpur tuan rumah Olimpik Robot Dunia 2012
PUTRAJAYA 18 Jan. – Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah kejohanan Olimpik Robot Dunia (WRO) 2012 bertemakan Nurturing 21st Century Skills yang bakal berlangsung pada 9 hingga 12 November depan.

Sebanyak 400 pasukan dari 40 buah negara di seluruh dunia dijangka menyertai kejohanan yang berupaya meningkatkan minat para pelajar terhadap sains dan teknologi, robotik serta teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

Acara tahunan sejak 2004 itu memberi peluang kepada peserta meningkatkan kemampuan diri dengan menggunakan teknologi secara inovatif dan kreatif dalam penyelesaian masalah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran menyempurnakan majlis pra pelancaran WRO 2012 dan pelancaran laman web rasmi www.wro2012.org di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Ir. Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud.

WRO merupakan kemuncak kepada Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) yang dianjurkan sejak 2005 oleh Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Sasbadi Sdn. Bhd. dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi program perkongsian pintar antara pihak kerajaan dan swasta.

Pada tahun lalu, di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), kontinjen Malaysia yang dianggotai 65 peserta membawa pulang masing-masing satu pingat emas, perak dan gangsa serta enam Anugerah Kecemerlangan selain menenangi anugerah khas, Best Technical Award.

Peluang sebagai tuan rumah WRO 2012 diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk melahirkan lebih ramai pelajar yang berdaya saing dalam bidang sains dan teknologi melalui penubuhan kelab robotik di sekolah-sekolah.

Ia bagi membolehkan kementerian membentuk 50 pasukan robotik yang mantap untuk bersaing dalam kejohanan tersebut.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Pas hilang portfolio Hal Ehwal Agama
SHAH ALAM 18 Jan. – Pas Selangor menerima tamparan hebat apabila bukan sahaja Pesuruhjayanya, Dr. Abdul Rani Osman tidak dilantik menjadi Exco kerajaan negeri yang baru malah turut kehilangan portfolio Hal Ehwal Agama yang sebelum ini disandang oleh Datuk Dr. Hasan Ali yang digugurkan daripada jawatan itu Jumaat lalu.

Ini berikutan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi, 47, yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini hanya diberikan portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan.

Melalui satu rombakan kecil pentadbiran negeri, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil alih dua portfolio penting iaitu Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri yang sebelum ini dipegang oleh Hasan.

Kedua-dua portfolio itu diketuai sendiri oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pada masa sama, beliau kekal menguasai portfolio Pembangunan Tanah, Kewangan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri manakala portfolio Belia dan Sukan diserahkan kepada Dr. Ahmad Yunus.

Pengumuman Dr. Ahmad Yunus menggantikan Hasan itu turut mengesahkan laporan Utusan Malaysia mengenai perkara itu sebelum ini.

Sementara itu, dalam satu langkah yang dilihat sebagai menjaga hubungannya dengan Pas yang mahu Dr. Abdul Rani menggantikan tempat Hasan, Abdul Khalid mengumumkan Pesuruhjaya Pas Selangor itu dilantik sebagai Pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (Skimsel).

Ahli Dewan Undangan Negeri Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar dari Pas pula dipilih sebagai Pengerusi Perbadanan Adat Istiadat Melayu (Padat). Kedua-dua jawatan itu sebelum ini dipegang oleh Hasan.

Hasan pula masih kekal memegang jawatan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ekoran pelantikannya itu berdasarkan kepada watikah daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkuat kuasa bagi sesi 2012 hingga 2014.

Abdul Khalid pada sidang akhbar di sini berkata, pihaknya sendiri telah bercakap dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai pemilihan Dr. Ahmad Yunus sebagai Exco baru selain mengadakan perbincangan dengan kepimpinan parti tersebut termasuk dengan Dr. Abdul Rani mengenai perkara itu.

Beliau berkata, pemilihan Dr. Ahmad Yunus dibuat atas pertimbangan kerja dan mempercepatkan proses menyelesaikan pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, langkah tersebut bukannya membelakangkan pandangan Pas yang sebelum ini menyenaraikan Dr. Abdul Rani sebagai calon pilihan parti tersebut untuk menggantikan tempat Hasan.

Malah katanya, pemilihan Dr. Ahmad Yunus dan juga pengagihan jawatan-jawatan membabitkan agensi kerajaan negeri kepada Dr. Abdul Rani dan Dr. Shafie telah direstui oleh kepimpinan Pas sendiri.

”Kita bincang dengan kepimpinan dan mereka yang matang jika rasa keadaan menjamin perubahan kepada negeri dan pakatan (pembangkang), kita kena ubah dan saya diberikan tanggungjawab untuk menentukan.

”Jadi saya rasa pelantikan Dr. Ahmad Yunus mendapat restu daripada kepimpinan Pas dan Dr. Abdul Rani sendiri, maknanya ia bukan satu pelantikan yang tidak mengambil kira pemikiran dan juga pandangan daripada semua pihak dan Tuanku Sultan Selangor juga diberikan latar belakang tentang pemilihan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Abdul Khalid menjelaskan, langkah beliau mengambil alih portfolio Hal Ehwal Agama dibuat memandangkan anggota pentadbirannya iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohamed Khusrin Munawi dan Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Zauyah Be T. Loth Khan adalah ahli MAIS.

”Oleh sebab itu, saya ambil alih (portfolio hal ehwal agama Islam) agar saya dapat pengerusikan mereka (Khusrin dan Zauyah) untuk melihat perkembangan dan pembangunan Islam di negeri ini,” katanya yang bukan ahli MAIS.

Ditanya mengenai tumpuannya terhadap portfolio tersebut berbanding Hasan yang sebelum ini bertegas soal arak dan kegiatan gerakan memurtadkan umat Islam, Abdul Khalid berkata, usaha meningkatkan martabat Islam adalah berterusan dan menjadi tugas beliau sebagai individu beragama Islam serta rakan-rakan wakil rakyat lain yang beragama Islam lain tanpa mengira soal parti.

Namun, katanya, perjalanan tugas tersebut perlu dilakukan secara berhemah dan mengambil kira keadaan persekitaran.

”Tujuan kita adalah meningkatkan syariat Islam dan sebab itu ada adab dan cara. Kejayaan Islam berkembang adalah kerana ia mempunyai sistem yang adil kepada semua pihak dan saya akan belajar, sudah tentu akan juga berbincang untuk cara terbaik kita dapat memerintah negeri tetapi tidak hilang panduan dan pandangan mengenai syariah Islam,” katanya.

Kepada soalan adakah beliau berasa lebih selesa sekarang tanpa kehadiran Hasan dalam barisan Exco, Abdul Khalid menepis soalan itu dengan menyatakan pihaknya tidak menjawab soalan berbentuk spekulasi.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Ambil tindakan terhadap Ambiga
KUALA LUMPUR 18 Jan. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa mengambil tindakan terhadap ribuan laporan dibuat ke atas pergerakan haram Bersih yang diketuai Datuk S. Ambiga agar golongan pengacau itu tidak menjadi besar kepala.

Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, perkara itu perlu memandangkan Ambiga serta konco-konconya kian biadab membuat ugutan untuk mengadakan perhimpunan haram sekali lagi sebelum pilihan raya akan datang.

Katanya, ugutan itu adalah sesuatu yang amat melampau dan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas tanpa ada kompromi terhadap pergerakan haram tersebut.

“Apa motif Ambiga mahu buat ugutan sebegitu? Adakah kerana dia kecewa himpunan terdahulu gagal mencapai matlamat untuk terus mengkucar-kacirkan negara?

“Pada saya PDRM wajar mengambil tindakan tegas. Selagi tiada tindakan diambil, maka golongan ini akan besar kepala dan inilah akibatnya mereka berterusan membuat ugutan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ambiga semalam yang tidak menolak untuk sekali lagi turun ke jalanan sekiranya cadangan mereka mengenai reformasi pilihan raya gagal dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

Kenyataan itu dibuat kerana beliau mendakwa berasa khuatir kerajaan tidak akan mempertimbangkan syor dan cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Dalam pada itu, Zamil turut melahirkan rasa kesal terhadap tindakan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said yang didakwanya merelakan agar negara ini terus menjadi kacau dengan menerima pelantikan sebagai Pengerusi Bersama Bersih.

“Apa yang mereka mahukan lagi? Sia-sia saja PSC Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya ditubuhkan sekiranya perhimpunan haram itu diadakan sekali lagi,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Firma perunding dilantik
KUALA LUMPUR 18 Jan. – Kerajaan akan melantik sebuah firma perunding perakaunan bagi melindungi kepentingan kerajaan dalam projek Pusat Fidlot Nasional yang sebelum ini diuruskan oleh National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, antara tugas firma tersebut ialah menjalankan satu penelitian wajar selain melakukan audit projek dari segi penggunaan dana pinjaman, pengurusan serta kewangan.

Menurutnya, dijangkakan tugasan tersebut bakal dimuktamadkan dalam tempoh sebulan.

”Bagi melindung kepentingan kerajaan, sebuah firma perunding perakaunan yang ditugaskan untuk menjalankan satu penelitian wajar atau ‘due diligence’ akan dilantik.

”(Dan) audit projek dari segi penggunaan dana pinjaman, pengurusan dan kewangan akan dilakukan. Tugasan ini dijangka dimuktamadkan dalam tempoh sebulan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Media baru-baru ini melaporkan aset NFCorp dibekukan bagi membantu siasatan dakwaan berlaku penyelewengan dana kerajaan dalam projek yang turut dikaitkan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan pembekuan aset berkenaan turut meminta Muhyiddin serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar menjalankan kajian untuk mencari penyelesaian terbaik bagi menangani kes itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berkata, seperti mana dimaklumkan NFC merupakan sebuah syarikat usahasama di antara Agroscience Industries Sdn. Bhd. dengan kerajaan Malaysia dan syarikat itu telah diberi mandat sebagai integrator Pusat Fidlot Nasional.

Beliau berkata, ekoran daripada itu, kerajaan memberi pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada syarikat berkenaan bagi melaksanakan projek tersebut dan setakat ini sejumlah RM181 juta telah dikeluarkan.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Institut Wasatiyah ditubuh
KUALA LUMPUR 17 Jan. – Penubuhan Institut Wasatiyah yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merupakan salah satu inisiatif terbaru kerajaan mempromosikan gerakan kesederhanaan dan keseimbangan dalam semua aspek kehidupan.

Selain institut itu yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, Najib turut mengumumkan penubuhan Kursi Wasatiyah di Universiti Malaya (UM) serta Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global.

“Penubuhan Institut Wasatiyah itu nanti akan berperanan memberi tumpuan terhadap aspek kesederhanaan dan keseimbangan menerusi rasa hormat terhadap demokrasi, peraturan dan undang-undang, pendidikan, maruah dan harga diri seseorang serta keadilan sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Pergerakan Kesederhanaan Global di sini hari ini.

Persidangan yang julung kali diadakan itu berlangsung selama tiga hari bermula hari ini dan dihadiri oleh kira-kira 300 delegasi dari dalam dan luar negara termasuk pemimpin-pemimpin utama dunia.

Dianjurkan oleh Persatuan Alumni Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), persidangan itu akan mengupas mengenai aspek kesederhanaan menerusi 13 topik berkaitan termasuk kewangan global, keamanan sosial dan polisi luar.

Pada majlis sama, Najib turut melancarkan buku berjudul Global Movement of Moderates yang merupakan hasilan nukilan beliau sendiri dan akan diterbitkan oleh Razak School of Government.

Beliau menambah, penubuhan Kursi Wasatiyah di UM bertujuan melahirkan lebih ramai sarjana dan cendekiawan yang menerajui semangat kesederhanaan dan keseimbangan seperti tokoh Islam terkemuka al-Imam Ibnul Qayyim dan pemegang kursi itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Penubuhan Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global pula jelas beliau, bagi mengangkat peranan GMM sebagai pusat penyatuan kepada usaha menentang keganasan dan ekstremis sama ada yang digerakkan oleh agensi kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Selain menjadi inisiatif eksklusif yang digerakkan oleh Malaysia, GMM juga akan menyokong inisiatif lain yang digerakkan oleh badan antarabangsa ke arah mempromosikan gerakan kesederhanaan dan keseimbangan termasuk dialog dan kerjasama sama seperti United Nations Alliance of Civilisations (UNOAC),” katanya.

Dalam ucapannya juga, Perdana Menteri memberi penekanan terhadap gerakan kesederhanaan atau wasatiyah bukanlah bermaksud perlu menjadi lemah atau mengalah sebaliknya semakin berani untuk melangkah ke depan dan mencipta sesuatu yang lebih baik.

Lebih daripada itu, kata beliau, kesederhanaan dan keseimbangan juga merupakan pendekatan terbaik dalam menolak fahaman ekstremis kerana keganasan tidak boleh didepani dengan keganasan kerana ia hanya akan mengakibatkan lebih banyak kemusnahan.

“Fahaman ekstremis tidak pernah dialu-alukan dalam mana-mana agama dan sejarah juga tidak pernah dicatatkan oleh mereka yang menyokong amalan ekstremis sebaliknya oleh mereka yang kekal pada landasan perjuangan kesederhanaan dan kesimbangan tanpa mengorbankan kepercayaan mereka,” katanya.

Dalam hubung kaitnya dengan ekonomi pula, Najib berkata, amalan kesederhanaan dan keseimbangan bermaksud pasaran tidak boleh dibenarkan bersifat bebas dan neutral serta membawa pulangan yang tidak adil dan saksama kepada semua pihak.

“Malah dalam ajaran Islam sendiri, struktur dan prinsip kewangan Islam telah lama meletakkan kepentingan awam lebih tinggi daripada kepentingan peribadi,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Umat Islam sokong LGBT murtad
KUALA LUMPUR 17 Jan.  Umat Islam yang menolak hukum agama yang melarang amalan hubungan sejenis seperti yang diperjuangkan kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dianggap melakukan jenayah akidah dan terkeluar daripada agama Islam atau murtad.

Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadot berkata, ini kerana tindakan itu jika dilakukan dengan akal yang waras sama seperti menghina dan merendahkan hukum Allah SWT.

Amalan sejenis LGBT ini adalah sesuatu yang keji, kotor, jijik dan dilarang serta ditegah oleh Islam.

Sesiapa juga yang menghalalkan hukum ini sama ada melalui al-Quran dan hadis juga ijma ulama perlu bertaubat nasuha dan kembali mengucap dua kalimah syahadah, katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada percubaan beberapa pihak yang mahu menghalalkan hubungan sejenis di negara ini termasuk dengan menekan undang-undang negara yang meletakkan hubungan itu sebagai kesalahan jenayah.

Ia termasuk Majlis Peguam yang menolak hubungan sesama jenis yang dilakukan secara suka sama suka antara orang dewasa suatu jenayah sekali gus tidak harus dibawa ke mahkamah.

Selain Majlis Peguam, hubungan sejenis itu turut mendapat sokongan Institut Hak Asasi Manusia Persatuan Peguam Antarabangsa (IBAHRI) yang mendesak kerajaan menghalalkan aktiviti LGBT dengan meminda undang-undang sedia ada kononnya bagi memastikan perundangan negara seiring dengan undang-undang antarabangsa.

Menurut Nooh, selain pengamal hubungan sejenis, individu yang cenderung kepada kefahaman itu serta mereka yang bersahabat, bekerjasama, bersubahat atau bersetuju dengan perbuatan itu juga dianggap melakukan jenayah akidah.

Ia kata beliau, termasuk mereka yang memberi laluan atau mengeluarkan bantuan kewangan kepada kumpulan yang menyokong kebebasan seksual itu.

Dalam hal ini kita boleh merujuk kepada firman Allah SWT menerusi surah Hud ayat 113 yang bermaksud: Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan, katanya.

Katanya lagi, kefahaman yang menghalalkan hubungan sejenis juga telah membuang hukum berhubung perkahwinan yang antaranya rukun nikahnya ialah perkahwinan antara lelaki dan perempuan.

Justeru tambah beliau, mereka yang menolak hukum dan ketetapan Allah SWT serta Rasulullah SAW itu bermakna telah menolak al-Quran dan sunah sekali gus tergolong dalam kumpulan yang sesat dengan kesesatan yang nyata.

Dalam pandangan serupa, bekas Fellow Pusat Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Mohd. Roslan Mohd. Saludin menilai, kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai undang-undang homoseksual negara itu bermotifkan politik iaitu mengharapkan sokongan daripada kumpulan yang berfikiran sekular serta liberal.

Anwar juga kata beliau, cuba menonjolkan kepada masyarakat dunia terutamanya Barat bahawa beliau boleh bersifat terbuka dalam perjuangan hak asasi manusia termasuk dalam soal hubungan sejenis meskipun perkara itu jelas ditolak oleh semua agama.

Di negara ini kenyataan seperti itu mungkin boleh memberikan kelebihan politik daripada sekumpulan kecil kelompok masyarakat, tetapi bagi mereka yang waras ia adalah satu kenyataan yang melampau, katanya.

Sementara itu, ahli jawatankuasa Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, undang-undang mengenai homoseksual tidak sepatutnya dipertikai kerana perbuatan itu ditegah oleh semua agama.

Sambil menyifatkan hubungan sejenis itu merupakan kesalahan yang diketahui meskipun oleh kanak-kanak, beliau berkata, orang dewasa yang menyokong perbuatan itu boleh dianggap terkeluar daripada Islam kerana menolak hukum Allah.

Justeru saya menasihati umat Islam di negara ini agar tidak menunjukkan sokongan kepada gerakan yang cuba menghalalkan hubungan sejenis termasuk memilih pemimpin yang cenderung menyokong aktiviti seperti itu, katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

BR1M bukan gula-gula politik
SEMPORNA 17 Jan.  Timbalan Perdana Menteri menegaskan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukannya gula-gula politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Sambil menempelak pembangkang yang mempolitikkannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan ikhlas membantu rakyat bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Tegas beliau, BR1M adalah terjemahan daripada rintihan rakyat yang dijelmakan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam bentuk memberikan bantuan kepada mereka yang layak.

Menurutnya, ia salah satu daripada agenda transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak memegang tampuk pemerintahan negara.

Sebenarnya pembangkang amat panik dan terdesak kerana momentum rakyat kepada BN pada masa ini begitu meningkat. Perdana menteri melalui pelbagai program turun padang telah mendengar sendiri rintihan dan keperluan rakyat.

Refleks daripadanya beliau telah mewujudkan NKRA khusus bagi mengurangkan kos sara hidup, hasilnya muncullah BR1M, katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Penyampaian BR1M Parlimen Semporna di Padang Pekan Semporna di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang juga Ahli Parlimen Semporna.

Tambah Muhyiddin, bantuan BR1M bukannya kecil, malah ia melibatkan peruntukan sehingga RM4 bilion kepada lebih empat juta ketua isi rumah.

Sehubungan itu, beliau berkata, langsung tiada sebab untuk rakyat menolak dan tidak menerima kerajaan BN.

Saya tidak faham kenapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh BN sebuah kerajaan tidak bertanggungjawab dan membiarkan rakyat berada dalam penderitaan.

Saya ingin tanya, adakah ada kes rakyat negara ini mati kerana kebuluran, apa yang saya tahu ramai yang mati kerana terlebih makan hingga dihidapi penyakit seperti diabetes, darah tinggi, jantung dan sebagainya, katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Kerajaan tak pandang ringan aktiviti ekstremisme
KUALA LUMPUR 17 Jan. – Kerajaan tidak boleh memandang ringan aktiviti ekstremisme kerana ia dianggap kegiatan yang boleh mengancam keselamatan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan tidak sesekali berkompromi dengan gerakan-gerakan seperti itu tanpa mengira kaum atau agama.

“Dari segi keselamatan, ekstremisme dianggap kegiatan keganasan. Kita tidak pernah kompromi, tidak kira daripada agama mana dan warna kulit walaupun mereka merupakan pengganas. Saya (kementerian) berdepan dengannya setiap hari,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan sesi terakhir hari pertama Persidangan Antarabangsa Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) 2012 di sini hari ini.

Dua panel yang menjadi tetamu pada sesi tersebut ialah Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa dan bekas Timbalan Menteri Luar Jepun, Hajime Ogawa.

Hishammuddin berkata, persidangan seperti itu akan membantu memberi perspektif lebih luas supaya orang ramai tidak dibelenggu dengan pemikiran yang mungkin dikongkong oleh pertimbangan politik dan peribadi sehingga menjurus kepada tindakan ekstremisme.

Menurutnya, kerajaan juga perlu mengimbangi antara kepentingan negara, keselamatan dan hak serta kebebasan rakyat.

“Saya percaya majoriti rakyat Malaysia akan memberikan kita masa itu di mana kadang-kadang akan wujud prejudis atau kemarahan di kalangan mereka,” katanya.

Oleh sebab itu, jelasnya, kebijaksanaan pemimpin berdepan saat itu akan menentukan Malaysia terus aman dan rakyat dapat memahami semua transformasi yang dilakukan oleh kerajaan.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Tolak Anwar Hasan
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali membidas Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.

Menurut beliau, pendirian Anwar tersebut bukanlah baharu kerana itulah pandangan peribadi dan pegangan asasi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut.

Oleh itu beliau menggesa rakyat menolak perjuangan Anwar kerana kegiatan tidak bermoral itu jika dihalalkan boleh mencetuskan pergolakan dan perpecahan dalam masyarakat serta kekacauan dalam negara.

Pada sidang akhbar di kediamannya di Kuala Lumpur, semalam, Hasan turut mendedahkan mengenai ancaman golongan parasit dalam Pas.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Najib saksi MoU projek AS$12 bilion
PUTRAJAYA, 16 Jan.  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyaksikan majlis menandatangani projek memperoleh semula minyak dipertingkat (EOR) di luar pesisir terbesar di dunia berjumlah AS$12 bilion dalam tempoh 30 tahun antara Petronas dan Shell Malaysia.

Di bawah projek kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) bagi dua projek luar pesisir EOR di Sarawak dan Sabah, kedua-dua syarikat minyak itu akan membangunkan sembilan lapangan minyak di Delta Baram dan empat lapangan minyak di kawasan pembangunan Utara Sabah menggunakan EOR atau lain-lain teknologi berkaitan yang sesuai.

Najib berkata, projek itu dijangka menyaksikan beberapa faedah utama kepentingan negara termasuk dalam membina keupayaan tempatan dalam bidang teknologi khusus serta meningkatkan faktor penemuan purata di Delta Baram dan lapangan Utara Sabah daripada kira-kira 36 peratus kepada 50 peratus.

Jika direalisasikan, teknologi itu juga akan dapat memanjangkan hayat lapangan untuk melepasi 2040, kata beliau dalam ucapannya selepas majlis pemeteraian berkenaan.

Petronas Carigali (pengendali) mempunyai kepentingan 60 peratus dalam Baram Delta EOR PSC manakala Shell Malaysia, melalui Sarawak Shell, memegang baki 40 peratus.

Rakan kongsi memiliki kepentingan sama rata 50:50 di Utara Sabah EOR PSC, yang akan dikendalikan oleh Shell Malaysia, melalui Shell Sabah Selatan, dan komitmen kewangan mereka bagi kedua-dua projek EOR akan berjumlah AS$12 bilion dalam tempoh 30 tahun mulai Januari 2011.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertonas, Datuk Shamsul Azhar Abbas menandatangani bagi pihak Petronas, manakala Shell diwakili oleh CEOnya, Peter Voser, manakala Petronas Carigali oleh Presidennya, Datuk Abdullah Karim.

Najib berkata, peningkatan dalam kecekapan pemulihan lapangan minyak dijangka memberi kesan positif kepada rizab minyak Malaysia dan akan memberi manfaat kepada negara secara keseluruhannya.

Di samping itu, saya telah diberitahu bahawa jika berjaya, teknologi yang digunakan di lapangan Utara Sabah berpotensi membawa kepada projek EOR Polimer Surfaktan Alkali (ASP) luar pesisir pertama dunia menggunakan telaga mendatar, kata beliau.

Perdana Menteri berkata, kerajaan komited ke arah merealisasikan agenda negara seperti yang dinyatakan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP), untuk menjadikan Malaysia ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Beliau berkata, sebagai sektor terbesar dalam ekonomi Malaysia, minyak, gas dan tenaga (OGE) adalah satu daripada Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) untuk memacu transformasi negara dalam merealisasikan matlamatnya.

Beliau berkata, kerajaan Malaysia telah mengenal pasti usaha mencergaskan semula lapangan sedia ada melalui EOR sebagai salah satu daripada 19 Projek Permulaan (EPP) untuk menyediakan bekalan tambahan untuk tenaga Malaysia dan keperluan industri serta menggalakkan pertumbuhan teratur sektor minyak dan gas.

Projek-projek EOR dijangka memperoleh lebih daripada 750 juta tong minyak daripada kedua-dua kawasan PSC yang menggunakan teknologi terkini.

Sementara itu, Shamsul dalam ucapannya berkata, Delta Baram dan Utara Sabah terletak dalam beberapa kelompok lapangan minyak terbesar di Malaysia dengan terdapat minyak masing-masing sebanyak 4.6 bilion tong dan 1.6 bilion tong.

Setakat ini, kita telah menemui kira-kira 1.7 bilion stok tong melalui teknik-teknik pemulihan yang utama dan sekunder.

Dengan pengenalan EOR, kami yakin dapat mengeluarkan sejumlah besar baki hidrokarbon. Ini akan membolehkan kami bukan sahaja untuk merealisasikan nilai tambahan daripada lapangan ini tetapi juga menyumbang kepada kemampanan pengeluaran minyak negara, kata beliau.  BERNAMA

Dipetik dari Utusan Malaysia

NUTP mahu dilibatkan dalam semakan semula SBPA
PUTRAJAYA, 16 Jan.- Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu kesatuan itu dilibatkan dalam pasukan petugas khas yang diwujudkan bagi menyemak semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata, penglibatan itu dirasakan amat perlu memandangkan NUTP mewakili sejumlah besar guru di seluruh negara.

“Kita juga telah pun mengumpulkan maklumat serta maklum balas yang diterima, untuk dikongsi dengan pasukan tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jumaat lepas, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd. Sidek Hassan mengumumkan penubuhan pasukan petugas itu yang akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam.

Pasukan itu akan dianggotai pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan dan presiden Cuepacs serta pegawai kementerian berkaitan serta diberi tempoh dua bulan untuk menjalankan semakan semula SBPA.

Setiausaha Agung NUTP, Loke Yim Phing pula berkata, SBPA bukan semuanya tidak baik, cuma ada beberapa aspek dirasakan perlu diperbaiki.

Katanya NUTP akan terus memberikan penerangan kepada warga guru dengan menjemput wakil daripada Kementerian Pelajaran untuk memberikan penjelasan kerana ada beberapa perkara dalam pekeliling SBPA terlalu teknikal dan sukar difahami.

“Kita hendak mengelakkan guru keliru seterusnya terpengaruh dengan kenyataan dalam blog yang bermacam-macam,” katanya. – BERNAMA

Dipetik dari Utusan Malaysia

Malaysia destinasi percutian pelancong
KUALA LUMPUR 16 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bercadang menjadikan Malaysia sebagai destinasi percutian yang lebih menarik bagi pelancong tempatan dan asing.

Perdana Menteri memberi contoh, berdasarkan kepada Pelan Tindakan Pelancongan bagi Langkawi yang dilancarkan Disember lalu, ia bertujuan menjadikan pulau itu sebagai destinasi popular setanding dengan Pulau Seychelles, Mauritius dan Bali.

Pelan itu jelasnya, dijangka dapat mewujudkan 4,200 peluang pekerjaan dan menjana pendapatan sehingga RM3.8 bilion di pulau berkenaan dengan jangkaan kehadiran tiga juta pelancong menjelang 2015.

“Perkara-perkara yang menjadi kebiasaan bagi kita seperti minum teh tarik di kedai mamak, membeli-belah di pasar malam serta menikmati buah-buahan tempatan seperti durian dan langsat menjadi tarikan bagi pelancong dan rakyat asing.

“Saya dapati perkara inilah yang dirindui oleh rakyat Malaysia di perantauan apabila saya ke luar negara dan berinteraksi dengan mereka. Bagi kita yang tinggal di negara ini hampir seumur hidup, ia satu rahmat kerana semuanya begitu mudah untuk kita perolehi sepanjang masa.

“Mungkin atas kesedaran ini atau mungkin disebabkan oleh peningkatan kos sara hidup, rakyat Malaysia kini cenderung memilih destinasi percutian tempatan khususnya, keluarga yang berpendapatan isi rumah sebanyak RM1,001 hingga RM3,000 sebulan yang merangkumi kumpulan pelancong tempatan teramai,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi entri terbaru bertajuk ‘Khazanah Istimewa Malaysia’ di blognya, http://www.1malaysia.com.my.

Kata Najib, rakyat seharusnya menghargai persekitaran serta khazanah negara termasuk budaya yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara istimewa.

Dalam perkembangan sama, beliau gembira dengan pengiktirafan Melaka sebagai salah satu tempat yang ‘mesti dilawat’ pada tahun ini oleh The New York Times.

“Sebagai sebuah negeri yang kaya dengan sejarah, budaya dan kepelbagaian jenis makanan, tidak dinafikan Melaka layak diberikan pujian sebegitu.

“Ada kalanya perspektif rakyat asing seperti di atas (pengiktirafan) membantu untuk mengingatkan kita tentang unsur-unsur yang membentuk keunikan kita sebagai rakyat Malaysia,” tambahnya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Anwar tidak boleh dipercayai
KUALA LUMPUR 15 Jan. – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya dianggap sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai walaupun beliau terselamat daripada hukuman penjara.

Menariknya, label itu diberikan majalah antarabangsa, The Economist dan bukan datang daripada pemimpin UMNO mahu pun Barisan Nasional (BN) yang selama ini sering dituduh sebagai pihak yang berkonspirasi ke atas pertuduhan liwat tersebut.

Menurut The Economist, walaupun Anwar seorang pemimpin yang berkarisma dan memiliki kehebatan sebagai pemidato, tetapi imej serta reputasinya sebagai ketua pembangkang tercemar khususnya dalam kalangan generasi muda di negara ini.

“Bagaimana keputusan (mahkamah) itu akan memberi kesan kepada politik Malaysia? Dalam jangka pendek, kemenangan (pembebasan) Anwar sudah tentu memberi rangsangan sangat diperlukan kepada pakatan pembangkang yang diketuainya.

“Namun, untuk jangka masa panjang belum jelas. Reputasinya tercemar dan beliau seorang pemimpin yang tidak boleh dipercayai khususnya bagi generasi muda Malaysia,” kata majalah tersebut sebagaimana dipetik dari laman webnya, http://www.economist.com hari ini.

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar selepas Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari Azlan selain tidak selamat untuk bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

Pembebasan itu disambut baik oleh beberapa pihak yang cenderung menyokong kebebasan hak kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) termasuk sebuah pertubuhan homoseksual dari Filipina, Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay).

Malah, Anwar sendiri tidak terkecuali bercakap mengenai homoseksual apabila mempertikai undang-undang berkaitan perkara itu di Malaysia yang disifatkannya sebagai sudah lapuk dan tidak relevan ketika menjawab soalan wartawan agensi berita antarabangsa, BBC.

Dalam pada itu, The Economist menambah, ketua pembangkang itu juga gagal membawa pemodenan dalam politik apabila PKR yang diterajuinya dipenuhi ahli keluarga sendiri selain pelbagai masalah dalaman meskipun beliau sering kali melaungkan reformasi.

“Pembangkang di Malaysia kini terperangkap dengan (moral) Anwar sebagai pemimpin (selepas dibebaskan mahkamah). Anwar mungkin masih popular bagi sesetengah pihak, tetapi dia juga kini terlalu lemah untuk menumbangkan BN,” dakwa majalah itu lagi.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Cemuhan popularkan KR1M
PEKAN 15 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembangkang tidak menyedari tindakan mereka mencemuh Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah menjadi satu publisiti kepada kedai tersebut.

Perdana Menteri berkata, ini terbukti apabila sebanyak 27 buah KR1M telah dibuka sehingga hari ini malah, jualan setiap kedai itu lebih RM20,000 sehari.

“Saya galakkan mereka untuk terus cemuh dan kritik kedai ini kerana apabila banyak kritik, maka lebih ramai yang akan datang ke situ.

“Malah, jumlah kedai KR1M di seluruh Malaysia sudah 27 buah dan keseluruhannya 85 buah akan beroperasi hingga hujung tahun ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu dan Perasmian KR1M di Pulau Serai, di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holding Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin.

Menurut Najib, pembinaan KR1M bukanlah sesuatu yang diuar-uarkan tanpa asas tetapi merupakan satu realiti dan telah terbukti berjaya kerana menawarkan barangan keperluan utama pada harga 40 peratus murah daripada harga pasaran.

“Sekarang ini ke mana sahaja saya pergi, orang ramai akan minta di kawasan mereka untuk dibina kedai KR1M.

“Ini jelas menunjukkan kedai ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai,” katanya.

Kata beliau lagi, kedai di Pulau Serai ini merupakan KR1M yang terbesar di Malaysia dan turut menempatkan Rakyat Mall yang menjual pelbagai keperluan lain.

“Ia boleh dimanfaatkan oleh penduduk Pekan sebagai sebuah destinasi membeli-belah dalam suasana mesra bajet,” katanya.

Sementara itu, Rakyat Mall yang dirasmikan oleh Najib hari ini, berkeluasan 1,680 meter persegi adalah merupakan sebuah inovasi baru membeli-belah di bawah satu bumbung buat seisi keluarga.

Beroperasi seawal pukul 10 pagi hingga 10 malam, ia terdiri daripada 24 lot kedai menjual barangan keperluan serta barangan basah seperti ayam, daging, buah buahan, barangan komputer, pakaian, telefon, produk kesihatan dan sebagainya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Peneroka bakal dapat durian runtuh lebih RM500 seorang
PEKAN 15 Jan.- Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peneroka Felda di seluruh negara bakal mendapat durian runtuh selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia pada Jun ini.

Menurut Perdana Menteri, ini seperti mana yang beliau nyatakan dalam Bajet 2012 lepas iaitu peneroka Felda akan mendapat durian runtuh.

“Jangan bimbang, kita tidak akan rugi dalam penyenaraian tersebut, sebaliknya kita akan mendapat keuntungan lebih besar.

“Justeru, saya akan umumkan banyak mana seorang dapat hasil daripada penyenaraian itu pada masa yang sesuai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Pendidikan Al-Wardah Pahang kali pertama di Felda Chini Timur di sini hari ini.

Menurut Najib, masyarakat peneroka tidak perlu berasa bimbang dan jangan mempercayai hasutan pembangkang yang mengatakan penyenaraian itu akan merugikan mereka.

“Saya jamin bila FGVH disenaraikan, semua insentif yang dinikmati selama ini seperti duit raya, bonus, pinjaman membesarkan rumah dan perumahan generasi kedua tetap diteruskan.

” Oleh itu, tidak ada sebab untuk khuatir kerana itu semua (hasutan) mainan politik, mereka (pembangkang) gusar kita mampu buat macam-macam sebab ia akan dapat sambutan daripada masyarakat Felda,” katanya.

Sementara itu, Najib turut berkongsi dua petua dalam membentuk dan memajukan sesebuah pertubuhan atau kelab kebajikan sekali gus menampilkan imejnya di mata masyarakat.

“Setiap pertubuhan perlu memiliki seorang ketua atau pemimpin yang mempunyai hati yang ikhlas, jujur, berdedikasi dan tidak mementingkan diri sendiri.

“Ramuan kedua yang perlu ada ialah ahli-ahli kelab juga perlu mempunyai sifat sebagaimana ketua mereka selain berdisiplin, komited, setia pada pemimpin dan matlamat kelab,” jelasnya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Hakim mesti bebas sepenuhnya
PUTRAJAYA 15 Jan. – Para hakim diingatkan untuk memastikan diri mereka membuat keputusan yang bebas daripada sebarang pengaruh termasuk dari suami isteri atau hakim yang lain.

Ketika membuat peringatan itu Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria  berkata, mereka perlu mengekalkan kebebasan dan bukan sahaja daripada cabang eksekutif tetapi juga dari kemungkinan lain termasuk oleh pasangan hidup.

” Jangan bincang kerja anda dengan pasangan anda, kita perlu berhati-hati dan perlu bebas daripada semua pengaruh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Persidangan Tahunan Majlis Hakim-Hakim Malaysia 2012 yang diadakan di sebuah hotel di sini hari ini.

Seramai 128 hakim dari seluruh negara telah menghadiri persidangan tersebut yang diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun.

Persidangan tersebut diadakan untuk membolehkan para hakim bertukar-tukar fikiran mengenai perkembangan undang-undang dan pentadbiran bagi memantapkan badan kehakiman negara.

Selain itu, Arifin juga meminta para hakim yang tidak berprestasi supaya meletak jawatan secara sukarela.

Beliau berkata, adalah sangat mengecewakan apabila terdapat hakim yang tidak bertindak balas terhadap tempoh masa penulisan penghakiman yang diberikan.

”Hakim perlu menunjukkan prestasi seperti dijangkakan dan mereka yang tidak berprestasi akan dikenakan tindakan.

”Anda juga perlu jujur kepada diri sendiri, jika anda tidak boleh menunjukkan prestasi maka anda seharusnya letak jawatan dan meninggalkan bidang ini,” katanya.

Arifin juga mahu semua hakim mengisytiharkan harta yang dimiliki mereka di dalam dan luar negara sebagai usaha untuk menunjukkan badan kehakiman telus dan berintegriti.

Beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melaksanakan langkah terbaru itu.

”Saya bagaimanapun yakin bahawa kita semua tidak ada apa-apa yang perlu ditakutkan (mengenai langkah pengisytiharan harta ini),” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Homoseksual: Apa kata Anwar
KUALA LUMPUR  14 Jan.  Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan  undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.

Sambil menyifatkan undang-undang tertentu   sebagai lapuk, Anwar juga berkata, ia tidak boleh diterima sebagai sesuatu yang relevan.

Kita tidak mempromosikan aktiviti homoseksual ini secara terbuka tapi untuk menggunakan undang-undang ini bagi menghukum mereka yang tidak bersalah adalah sesuatu yang tidak boleh diterima, katanya.

Kata beliau lagi: Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan.

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan daripada wartawan BBC mengenai sokongan yang diterima beliau daripada golongan gay di negara ini ekoran pembebasan daripada tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 9 Januari lalu.

Rakaman temu bual selama kira-kira empat minit itu berlangsung pada 12 Januari lalu dan boleh ditonton menerusi laman web BBC Asia di http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-16531714.

Anwar dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada pertuduhan itu selepas hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari dan tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

Pembebasan Anwar disambut baik oleh beberapa pihak yang cenderung menyokong kebebasan hak kumpulan lesbian, gay, bisesksual dan transeksual (LGBT) termasuk sebuah pertubuhan homoseksual di Filipina.

Dalam sokongan kepada Anwar, pertubuhan yang dikenali sebagai Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay) menerusi sebuah portal berita di http://www.tempo.com.ph membuat kenyataan, sudah tiba masanya undang-undang berkenaan liwat yang merupakan sebahagian daripada legasi kolonial British itu dihapuskan.

Di dalam negara pula, beberapa pihak turut menyatakan sokongan  pembebasan Anwar itu termasuk Majlis Peguam yang menyifatkan dakwaan terhadap Ketua Pembangkang yang berasaskan kepada peruntukan lapuk Kanun Keseksaan iaitu memperuntukkan hubungan seks suka sama suka  antara orang dewasa suatu jenayah, tidak harus sesekali dibawa ke mahkamah.

Malah Presidennya, Lim Chee Wee turut berharap Peguam Negara tidak akan mengemukakan sebarang rayuan berhubung kes itu dan sebaliknya menumpukan sumber-sumber penting Jabatan Peguam Negara menangani jenayah lebih serius.

Dipetik dari Utusan Malaysia

BN tidak gentar jelajah Anwar
PARIT BUNTAR 14 Jan. – Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak gentar untuk berdepan apa jua strategi pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 termasuk tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sibuk menjelajah dalam dan luar negara untuk meraih sokongan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana pendekatan tersebut sudah menjadi modal pakatan pembangkang sejak dahulu lagi.

“Itu perkara biasalah kalau pembangkang, apa lagi modal yang dia ada selain buat roadshow atau ceramah. Negara kita mengamalkan demokrasi, jadi masing-masing ada kaedah dan cara untuk meraih sokongan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan di sini hari ini.

Laporan Utusan Malaysia hari ini memetik sumber mengatakan Anwar dipercayai sedang sibuk menjelajah ke beberapa tempat termasuk luar negara bagi mendapatkan sokongan selepas dibebaskan daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Isnin lalu.

Ditanya sama ada tindakan Anwar itu akan menjejaskan BN, Najib yang juga Pengerusi BN berkata: “Kita akan berdepan dengan pembangkang dalam apa bentuk sekalipun. Ini bukan kali pertama, jadi saya tidak anggap ini aneh atau luar biasa.”

Mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kononnya ada pemimpin BN dan UMNO yang bekerjasama dengan pembangkang untuk menggulingkan kerajaan, Najib berkata, ia adalah satu lagi helah untuk mengalih perhatian rakyat terhadap keretakan yang sedang berlaku dalam pakatan pembangkang.

“Macam-macam dia (Mohamad Sabu) boleh cakap, kalau dia tidak dilanggar polis pun dia boleh kata dilanggar, (jadi) tidak menghairankan,” katanya.

Menjawab pertanyaan mengenai keputusan menyemak semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), Najib memberitahu, kerajaan tidak mahu membuat keputusan terburu-buru memandangkan skim tersebut perlu diteliti secara lebih menyeluruh.

“Kita akan mendengar kalau ada mana-mana pihak yang rasa tidak puas hati sama ada jumlah kenaikan terlalu kecil atau parity (tidak seimbang) dengan kumpulan tertentu, ini semua kita akan ambil kira,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan pihak tertentu bahawa kerajaan terlalu memberi kelebihan kepada peneroka Felda berbanding golongan petani lain, Najib menegaskan, pandangan itu tidak tepat kerana kejayaan Felda pada hari ini tidak dicapai dengan mudah.

“Pada peringkat awal mereka (peneroka Felda) juga menghadapi kesusahan, bukan senang. Banyak juga yang tidak melepasi ujian, jadi yang kekal itu berhak mendapat manfaat kemudian hari,” jelas beliau.

Dipetik dari Utusan Malaysia

halalkan seks luar tabii jijik
MUAR 14 Jan.   Desakan Institut Hak Asasi Manusia Persatuan Peguam Antarabangsa (IBAHRI) supaya kerajaan menghalalkan aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dengan cara meminda undang-undang sedia ada adalah gesaan yang jijik, tidak bertamadun dan melanggar norma hidup masyarakat negara ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Heng Seai Kie berkata, rakyat Malaysia tidak akan menerima apatah lagi bersetuju untuk menghalalkan amalan seks songsang.

Setiap negara mempunyai latar belakang sosial serta nilai budaya sendiri dan sebagai negara Timur, budaya songsang tidak dapat diterima oleh majoriti rakyat negara ini.

Ia (menghalalkan LGBT) tidak sesuai di Malaysia biarpun pilihan seks itu kita anggap hak dan kebebasan individu, tetapi budaya ini tidak harus digalakkan, katanya selepas merasmikan Majlis 1Azam Niaga dan sambutan Tahun Baru Cina 2012 di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pu Nan, Bukit Bakri, di sini hari ini.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Sindiket dadah ‘Awang Hitam’ tumpas
SHAH ALAM 13 Jan. – Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah didalangi lima warga Nigeria yang empat daripadanya merupakan pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di ibu negara dalam serbuan di sebuah apartmen di Subang Jaya dekat sini, Rabu lalu.

Dalam serbuan kira-kira pukul 2 pagi itu, polis turut menemui 12 bungkusan plastik yang disyaki ganja seberat 10 kilogram (kg), dianggarkan bernilai RM34,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, sindiket terlibat dipercayai bergiat aktif mengedar ganja di sekitar Lembah Klang sejak beberapa bulan lalu.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang menyiasat lebih lanjut latar belakang empat pelajar Nigeria yang terlibat dan seorang lagi rakan mereka yang datang ke negara ini sebagai pelancong.

“Kesemua suspek lelaki yang berusia 27 hingga 33 tahun itu kini ditahan reman di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 selama tujuh hari sehingga 17 Januari ini,” katanya kepada pemberita di Pusat Media Polis Selangor di sini hari ini.

Dalam satu lagi kejayaan pada Isnin lalu, kata Nordin, lima warga tempatan dan seorang warga Myanmar ditahan selepas polis menemui pelbagai jenis dadah bernilai RM46,000 di rumah yang didiami mereka di Setia Alam di sini.

Menurut Nordin, dadah yang ditemui dalam serbuan kira-kira pukul 2 petang itu adalah 600 gram heroin, 145 gram syabu yang diisi dalam sembilan peket plastik dan 50 biji pil Eramin 5. Turut ditemui beberapa peralatan yang dipercayai untuk membungkus dadah.

“Tiga daripada suspek yang ditahan ialah lelaki yang kesemuanya berusia antara 19 dan 31 tahun dengan lima daripadanya positif dadah. Mereka kini ditahan reman sehingga 16 Januari ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Janji Najib di Selangor
SHAH ALAM 13 Jan.  Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan seluruh rakyat Selangor bahawa masalah yang dihadapi mereka ketika ini tidak akan selesai sekiranya kerajaan negeri terus ditadbir pakatan pembangkang.

Perdana Menteri berkata, banyak masalah yang timbul tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, malah masih banyak janji pilihan raya umum lalu gagal ditunaikan meskipun pembangkang sudah berkuasa di negeri ini hampir empat tahun.

Kita dapati pemerintahan kerajaan negeri mencecah empat tahun sejak pilihan raya 2008, tetapi amat jelas dalam banyak hal, ada perasaan kecewa di kalangan rakyat negeri ini kerana janji-janji kerajaan negeri tidak ditunaikan seperti mana yang dialami penduduk di Pangsapuri Rimba Jaya pada hari ini.

Begitu juga dengan golongan peniaga seperti di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang mengadu hal mengenai kerajaan negeri yang sebelum ini menabur janji lunak dan manis.

Apabila sudah berkuasa para pekedai di kompleks berkenaan dikenakan kenaikan sewa bukan 10 peratus, bukan 20 peratus tetapi 100 peratus. Saya kata keputusan itu amat keterlaluan dan tidak adil kepada peniaga. Kalau jualan naik tidak apalah tetapi ada jualan tidak naik (sebaliknya) menurun pun ada tetapi mereka dikejutkan dengan kenaikan sewa 100 peratus ini, katanya berucap pada Program Sepetang Bersama PM yang dihadiri lebih 2,000 penduduk Pangsapuri Rimba Jaya di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed; Penyelaras BN Parlimen Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Md. Zin dan Penyelaras BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga, Zulkurnain Md. Roslan serta pemimpin-pemimpin parti komponen.

Kehadiran Perdana Menteri turut menarik perhatian anggota parti pembangkang apabila sekumpulan penyokong Pas dilihat turut hadir mendengar ucapan Najib.

Najib memberi jaminan bahawa BN akan menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi rakyat di negeri ini jika diberi kepercayaan untuk mentadbir Selangor.

Maka, adalah lebih baik kita ambil alih kerajaan negeri, kita selesaikan masalah rakyat yang kerajaan negeri tidak selesaikan seperti masalah bekalan air, sampah sarap termasuk masalah rakyat di Pangsapuri Rimba Jaya ini, tegasnya.

Najib yang juga Pengerusi BN Selangor turut mengumumkan penyelesaian kepada masalah penduduk Pangsapuri Rimba Jaya dengan meluluskan peruntukan membina sebuah surau dan kuil yang gagal dilaksanakan oleh kerajaan negeri sehingga kini.

Dipetik dari Utusan Malaysia

PM janji selesaikan masalah kenaikan sewa
SHAH ALAM 13 Jan.  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan tinjuan mesra di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di sini hari ini bagi menyelami masalah kenaikan kadar sewa yang dihadapi peniaga bumiputera di premis berkenaan.

Peniaga mendakwa mereka ditindas ekoran kenaikan harga sewa premis perniagaan antara 70 hingga 100 peratus mulai 1 Januari lalu.

Dalam lawatan kira-kira sejam bermula pukul 3.30 petang ini, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor meninjau beberapa lot kedai di kompleks berkenaan sebelum mengadakan sesi dialog dan perbincangan bersama peniaga terbabit di Restoran D&R di kompleks itu.

Hadir sama Kontroler Pembangunan Wilayah Utara PKNS, Siti Zubaidah Abd. Jabar dan Yang Dipertua Persatuan Peniaga-peniaga Kompleks PKNS, Amran Yahya.

Perdana Menteri dalam ucapannya berkata, kerajaan akan berusaha membantu para peniaga terbabit jika diberi kepercayaan kerana beliau tidak rela melihat golongan tersebut tertekan.

Ada (peniaga) yang memberi cadangan supaya kerajaan Pusat ambil alih kompleks ini (PKNS), tetapi kerajaan negeri mungkin akan mengenakan pelbagai syarat. Jadi daripada mengambil alih kompleks, lebih baik ambil alih semula kerajaan negeri.

Kita juga akan berbincang dengan Kementerian Pelancongan supaya Kompleks PKNS ini dapat menjadi salah satu tarikan pelancong (beli-belah) di sini, katanya sambil disambut tepukan gemuruh para peniaga dan orang ramai.

Sementara itu Amran memberitahu, semua peniaga terbabit menaruh harapan tinggi agar Perdana Menteri dapat campur tangan dalam membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

Dalam ucapan Perdana Menteri, beliau memberi sokongan kepada peniaga dan akan membantu kami serta menasihati kami supaya dapat bertahan dengan keadaan ini sehingga pilihan raya akan datang, ujarnya.

Amran berkata, pihaknya telah memfailkan tuntutan injunksi (perintah sekatan) di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini bagi menghalang PKNS menaikkan kadar sewa lot kedai di kompleks itu mulai Januari tahun ini.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Najib mulakan lawatan ke Perak
BUKIT GANTANG, 13 Jan.  Lawatan dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Perak dimulakan dengan menghadiri majlis Jamuan Malam dan Perasmian Pemukiman ADUN-ADUN Barisan Nasional (BN) Seluruh Malaysia di sini, malam ini.

Najib yang ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh, sebelum menaiki kenderaan sejauh 74 kilometer ke Tapak Perkarangan bersebelahan Pejabat Bangunan UMNO Bukit Gantang, di sini.

Ketibaan Najib disambut Menteri Besar Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir serta barisan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN yang menyertai program pemukiman yang berlangsung sejak semalam hingga esok, yang turut dihadiri lebih 10,000.

Program pemukiman itu melibatkan ADUN yang menjalankan pelbagai aktiviti sepanjang tiga hari dua malam bersama keluarga angkat dari 135 kampung di lapan kawasan Parlimen dan 20 kawasan Dewan Undangan Negeri di utara Perak.

Keesokannya pula, jadual padat Najib bermula seawal 7.30 pagi dengan majlis Senaman 1Malaysia yang diadakan di Padang Esplanade, Taiping diikuti dengan tinjauan mesra serta sarapan pagi di Casual Market, Taiping.  BERNAMA

Dipetik dari Utusan Malaysia

Najib lancar Sara 1Malaysia
KUALA LUMPUR 12 Jan.  Datuk Seri Najib Tun Razak melakar satu lagi detik bersejarah dalam usahanya meningkatkan taraf hidup rakyat apabila melancarkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) yang bakal memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah berpendapatan rendah.

Melalui skim tersebut kata Perdana Menteri, mereka yang layak akan diberi peluang membuat pelaburan sebanyak RM5,000 dalam Amanah Saham 1Malaysia iaitu salah satu produk Permodalan Nasional Berhad (PNB) sama ada melalui simpanan peserta atau dalam bentuk pinjaman.

Beliau berkata, kelayakan pemohon skim tersebut terdiri daripada isi rumah berpendapatan antara RM500 hingga RM3,000 sebulan, hasil kombinasi pendapatan antara suami dan isteri atau ibu bapa tunggal.

Seperti saya nyatakan sekiranya mereka yang tidak mempunyai simpanan, mereka boleh membuat pinjaman sebanyak RM5,000 daripada bank-bank yang mengambil bahagian iaitu Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Peserta yang menyertai skim ini dijamin memperoleh pulangan sebanyak RM134 sebulan sekiranya tidak membuat pinjaman. Jika meminjam, mereka tetap memperoleh imbuhan sebanyak RM50 sebulan selepas RM84 ditolak sebagai bayaran balik pinjaman, katanya ketika berucap melancarkan Sara 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah; Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman

Perlaksanaan Skim Sara 1Malaysia yang dilancarkan di hadapan 10,000 orang terdiri daripada pelbagai lapisan hari ini, telah diumumkan terdahulu oleh Najib yang juga Menteri Kewangan pada pembentangan Bajet 2012 tahun lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri berkata, sekiranya mereka tidak mengambil pulangan yang diterima setiap bulan dalam tempoh lima tahun jumlah pendapatan keseluruhan para peserta skim terbabit boleh mencecah sebanyak RM13,000.

Itu bagi mereka yang tidak membuat pinjaman, tetapi untuk peminjam, mereka juga masih berpeluang memperoleh pendapatan sebanyak RM5,000 selepas lima tahun , katanya.

Beliau percaya pakej yang ditawarkan oleh kerajaan itu sukar didapati di tempat-tempat lain.

Untuk tujuan itu katanya, kerajaan akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM100 juta melalui sebuah syarikat khas (SPV) dalam usaha memastikan skim tersebut dapat dijayakan sekali gus mampu memberi manfaat kepada golongan sasar.

Najib dalam ucapannya itu turut menekankan bahawa kerajaan akan terus berusaha memajukan ekonomi negara berdasarkan program-program transformasi yang telah ditetapkan antaranya Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Model Baru Ekonomi (MBE).

Katanya, tujuan diwujudkan program transformasi itu semata-mata untuk merangsang pertumbuhan ekonomi di samping menjamin kesejahteraan rakyat.

Kita perlu kepada pertumbuhan ekonomi kerana tanpa pertumbuhan ekonomi, tak mungkin kita akan memperoleh dana dan hasil yang mencukupi bagi membangunkan kawasan-kawasan tertentu berdasarkan kepada pembangunan sosioekonomi.

Alhamdulillah, beberapa projek raksasa yang dilancarkan di bawah program ETP seperti perlaksanaan projek Transit Aliran Massa (MRT) dilihat mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan insya-Allah kita akan mendapat pertumbuhan ekonomi yang boleh kita banggakan meskipun dunia dalam keadaan tidak menentu pada masa ini, katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Shahrizat cuti rehat tiga minggu bantu siasatan SPRM isu NFC
KUALA LUMPUR 12 Jan.  Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memaklumkan beliau akan mula bercuti rehat daripada menjalankan tugas sebagai menteri selama tiga minggu bermula esok.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini beliau berkata, permohonan cuti rehat itu dibuat bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadapnya berhubung isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang hangat diperkatakan sebelum ini.

Katanya, beliau telah pun membuat permohonan cuti tersebut daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Saya berharap SPRM akan dapat menjalankan siasatan sama ada saya terlibat atau tidak di dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh kerajaan mengenai NFC di mana suami saya Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif, katanya.

Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya diikuti dakwaan pembangkang wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC.

Ia termasuk dakwaan mengenai berlaku penyalahgunaan wang pinjaman yang diperoleh NFC bagi membeli kondominium mewah berharga RM9.8 juta di Lembah Klang.

Shahrizat sebelum ini menegaskan, beliau tiada kena-mengena dengan isu berkaitan NFC.

Dipetik dari Utusan Malaysia

SBPA disemak semula selesai isu berbangkit – PM
KUALA LUMPUR 12 Jan. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan disemak semula.

Semakan tersebut bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu berkaitan dengan pelaksanaan SBPA.

“Setelah semakan semula tersebut dimuktamadkan, SBPA akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012 seperti yang dijanjikan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Jemaah Menteri semalam memutuskan supaya pelaksanaan SBPA itu disemak semula.

Katanya, semakan SBPA itu dibuat setelah berbincang dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Najib berkata, semakan semula itu tidak meliputi keputusan untuk melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun dan oleh itu ia akan dilaksanakan mulai 1 Januari tahun ini.

Najib juga berkata, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan telah diminta menentukan mekanisme semakan semula yang akan dijalankan.

“Adalah diharapkan semakan semula itu akan diterima oleh semua pihak,” katanya.

Satu kenyataan mengenainya akan dikeluarkan dalam masa terdekat, katanya.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ini bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Januari ini, bagaimanapun mengekalkan tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun pada 30 Disember lepas.

Sebelum itu, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Disember lalu bagi mereka membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan yang lama.

Dalam skim baru itu, hierarki Perkhidmatan Awam terdiri daripada empat peringkat iaitu Kumpulan Premier; Kumpulan Pengurusan Tertinggi; Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana. – BERNAMA

Dipetik dari Utusan Malaysia

ProGay Filipina gembira
KUALA LUMPUR 12 Jan. – Pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat ke atas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan turut disambut oleh sebuah pertubuhan homoseksual di Filipina.

Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay) dalam satu kenyataan menerusi portal berita di http://www.tempo.com.ph berkata, sudah tiba masanya undang-undang berkenaan liwat yang merupakan sebahagian daripada legasi kolonial British itu dihapuskan.

Kami bersama-sama pergerakan individu demokratik yang lain meraikan kejayaan Anwar menentang penganiayaan terhadap beliau, demikian menurut pegawai hak asasi manusia pertubuhan itu, Oscar Atadero seperti yang dilaporkan portal tersebut.

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi di sini membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari selain tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

Menurut pertubuhan itu lagi, pembebasan Anwar itu juga merupakan langkah positif bagi perjuangan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Malaysia.

Malah, pertubuhan itu juga menyedari meskipun tiada undang-undang berkenaan liwat di Filipina, namun, ahli politik dan keadilan mahkamah sering diserang dengan tuduhan homoseksual yang bermotifkan kepentingan politik.

Filipina adalah antara negara yang sering dilawati Anwar dalam mendapat sokongan berhubung isu kes liwatnya selain Indonesia.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Segera failkan rayuan
KUALA LUMPUR 11 Jan.  Bapa Mohd. Saiful Bukhari, Azlan Mohd. Lazim, 58, merayu supaya pihak Peguam Negara segera mengemukakan rayuan selepas Mahkamah Tinggi membuat keputusan melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat anaknya, kelmarin.

Pada masa sama, Azlan dalam satu sidang media di kediamannya hari ini mengecam keras kenyataan Majlis Peguam yang menyarankan agar Peguam Negara tidak perlu memfailkan rayuan terhadap kes membabitkan anaknya itu.

Azlan berkata, walaupun beliau sekeluarga dapat menerima keputusan tersebut tetapi itu tidak bermakna hak keadilan bagi Mohd. Saiful perlu dinafikan kerana di dalam sistem perundangan negara, anaknya itu masih berhak mengemukakan rayuan sehingga peringkat mahkamah tertinggi.

(Oleh itu) Demi anak saya, saya merayu agar pihak Peguam Negara memfailkan rayuan. Diharap pihak peguam Negara tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukakan rayuan.

Sebagai bapa saya akan terus bersama anak saya dan berjuang untuk memastikan aduan anak saya ini mendapatkan pengadilan seadil-adilnya bagi mengembalikan nama, maruah dan juga seluruh keluarga saya, katanya di kediamannya di Bandar Utama, dekat sini hari ini.

Sidang media hari ini dibuat rentetan daripada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Moh. Saiful kerana tidak cukup bukti.

Menyentuh lebih lanjut gesaan Majlis Peguam tersebut, Azlan sekali lagi membidas saranan itu kerana menurutnya ia dilihat sebagai langkah menidakkan hak seseorang warganegara untuk diadili dan didengar rayuannya sehingga ke peringkat tertinggi menurut Perlembagaan Persekutuan.

Mengapa Majlis Peguam selama ini tidak pernah membantah tertuduh dalam kes itu yang mengikut rekod telah mengemukakan penangguhan perbicaraan sebanyak 36 kali? Ini baru pertama kali pihak kami mengemukakan rayuan. Itu pun sudah mahu dihalang.

Mengapa ada pilih kasih? Adakah disebabkan anak saya hanya seorang insan kerdil, bukan orang kenamaan, ahli politik maka haknya dinafikan begitu sahaja? soalnya.

Beliau berkata, Majlis Peguam dalam kes tersebut seharusnya bersifat neutral dengan tidak menghalang proses keadilan dilaksanakan.

Satu lagi persoalan, katanya, adakah gesaan itu melambangkan pendirian semua peguam di Malaysia atau hanya mewakili pendirian individu-individu tertentu yang ada kepentingan politik?

Menjawab satu soalan, Azlan berkata, beliau dan keluarganya akan menunggu perkembangan dalam tempoh dua minggu untuk melihat perkembangan rayuan bagi pihak Mohd. Saiful sebelum pihaknya mengumumkan tindakan selanjutnya.

Kita perlu mengambil langkah demi langkah dan tidak boleh tergesa-gesa. Jika sebelum ini kita boleh menunggu empat tahun, mengapa kita tidak boleh menunggu selama satu atau dua minggu, katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebagaimana dinyatakan Mohd. Saiful dalam laman blog peribadinya, anaknya itu berada dalam keadaan sihat dan dapat menerima keputusan mahkamah tersebut dengan tenang.

Mohd. Saiful masih bekerja di Kuala Lumpur, hidup tetap perlu diteruskan, kita dapat terima dengan tenang, kita amat profesional, memang keluarga kami hanya orang biasa tetapi kita terima dengan tenang, katanya.

Katanya, beliau serta ahli keluarga yang lain akan terus menyokong Mohd. Saiful dan berdasarkan respons daripada orang ramai serta kawan-kawan, banyak yang turut bersimpati di atas keputusan kes tersebut.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Jurujual cemas, kereta ‘terbang’ mendarat atas van
KOTA BHARU 11 Jan. – Seorang jurujual lelaki melalui detik-detik cemas apabila kereta Perodua MyVi yang dipandunya terbabas akibat tayar pancit sebelum ‘terbang’ dan mendarat di atas sebuah van yang sedang berhenti di Jalan Long Yunus dekat sini, hari ini.

Berdasarkan keadaan MyVi itu yang ‘melekat’ betul-betul di atas van, pasti ramai yang menyangka berlaku kecederaan atau kematian, namun pemandu kereta itu yang berusia lingkungan 30-an tidak mengalami kecederaan serius.

Lebih melegakan, ketika kejadian, tiada sesiapa berada di dalam van itu yang diletakkan berhampiran deretan kedai di jalan itu.

Mangsa sebelum itu dalam perjalanan ke tempat kerja dan difahamkan, kenderaannya hilang kawalan apabila tayar kiri depan tiba-tiba pancit.

Ketika cuba memberhentikan kereta itu, pemandu MyVi terbabit terlanggar longgokan batu dan pasir menyebabkan kereta itu terbang dan mendarat di atas van.

Seorang saksi, Su Fatimah Ismail, 26, berkata, dia berada di pejabat yang terletak kira-kira 30 meter dari tempat kejadian apabila terdengar bunyi hon sangat kuat.

“Saya segera turun dan tiba-tiba ternampak sebuah kereta berada di atas bumbung sebuah van. Pemandunya tidak mengalami kecederaan serius dan dibantu orang ramai untuk keluar dari kereta,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

“Polis mendapati, kereta itu merempuh longgokan batu dan pasir menyebabkan ia melompat dan terbabas di atas sebuah van. Mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan dibantu orang ramai untuk keluar dari kenderaannya,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Saiful perlu pembelaan
KUALA LUMPUR 11 Jan. – Pengadu kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Mohd. Saiful Bukhari Azlan mungkin mendapat pembelaan lebih wajar sekiranya pihak pendakwaan membuat rayuan terhadap kes itu.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, keputusan mahkamah Isnin lalu tidak bermaksud tuduhan liwat terhadap Mohd. Saiful tidak berlaku.

Menurutnya, rayuan harus dipertimbangkan kerana pembebasan Ketua Pembangkang dalam kes tersebut diputuskan berdasarkan masalah teknikal.

“Pihak pendakwa harus segera memfailkan rayuan bagi memastikan Mohd. Saiful mendapat keadilan yang sewajarnya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ibrahim berkata, jika rayuan itu diterima, keputusan yang bakal diputuskan oleh Mahkamah Rayuan tidak semestinya sama dengan apa yang telah diputuskan Mahkamah Tinggi.

“Keputusan itu dibuat atas pemikiran seorang hakim sedangkan jika ia dibawa ke Mahkamah Rayuan tiga orang hakim akan menilai.

“Biarlah kes itu dilihat oleh tiga hakim, mungkin keputusannya akan berbeza,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd. Shahar Abdullah berkata, pembelaan terhadap Mohd. Saiful itu nanti amat bergantung kepada kebijaksanaan pendakwa raya.

“Kita tidak boleh terima sahaja dengan keputusan lalu kerana keadilan untuk mangsa harus diperjuangkan.

“Bahkan jika keputusan masih berpihak kepada Anwar, kita harap kes akan dibawa sehingga ke Mahkamah Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata, sebagai persatuan mahasiswa, Aspirasi mengikuti setiap episod perbicaraan kes dan percaya wujud asas untuk mengatakan Anwar terlibat, cuma ia mungkin tidak disokong oleh bukti-bukti tertentu.

Mohd. Shahar turut menyatakan kekesalan di atas persepsi buruk orang ramai terhadap Saiful ekoran kegagalan mereka memahami sepenuhnya keputusan mahkamah.

“Justeru saya rasa pihak Peguam Negara perlu membuat sidang akhbar untuk menjelaskan bagaimana keputusan itu dibuat.

“Jangan sampai Saiful dipersalahkan sepenuhnya dan banyak persepsi akan timbul kerana anak muda ini masih mempunyai masa depan yang jauh,” katanya.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee turut menggesa pihak pendakwaan berusaha lebih gigih demi pembelaan Mohd. Saiful Bukhari.

Katanya, selepas melalui segala proses perbicaraan, pihak pendakwa mungkin sudah mengetahui bahagian-bahagian pendakwaan yang lompong sebelum ini.

Beliau turut menggesa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan pengalaman dalam bidang perundangan membantu pembelaan kes tersebut.

“Sumbangan yang dihulurkan itu mungkin dapat membantu mengurangkan kos rayuan dan guaman yang ditanggung sendiri oleh Mohd. Saiful Bukhari untuk membawa kes itu ke peringkat rayuan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, seperti yang semua tahu, keputusan mahkamah baru-baru ini tidak membuktikan mangsa tidak diliwat oleh Anwar, cuma Ketua Pembangkang dilepas dan dibebaskan kerana kekurangan bukti.

“Sekiranya Anwar melakukan sumpah laknat seperti yang dilakukan Saiful, segala kos dan tekanan yang dihadapinya mungkin tidak seteruk hari ini,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

PRU13: Dakwat kekal dibenar syarak
PUTRAJAYA 11 Jan.  Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan penggunaan dakwat kekal silver nitrat yang bakal dikuatkuasakan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dibenarkan syarak kerana telap air dan tidak memudaratkan kesihatan.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan pakar Jabatan Kimia, Kementerian Kesihatan dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa dakwat kekal ini tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan syarak dan tidak mendatangkan mudarat kepada kesihatan dan telap ertinya tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan.

Oleh itu penggunaan dakwat kekal ini dibenarkan syarak kerana tidak menimbulkan masalah kepada umat Islam dalam ibadat mereka, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria.

Dr. Abdul Shukor berkata, ahli majlis yang turut dianggotai semua mufti masih berpegang kepada keputusan bahawa tahap ketelapan dakwat kekal itu tertakluk kepada bahan-bahan sama yang telah diuji oleh pakar.

Beliau berkata, jika dakwat lain selain daripada silver nitrat bakal digunakan dalam PRU-13 ini, ujian lain perlu dilakukan bagi menentukan bahan-bahan yang terkandung di dalamnya.

Pada PRU 2008, SPR pernah bercadang menggunakan dakwat kekal ini tetapi dibatalkan ekoran timbul laporan dakwat terbabit diseludup dari Thailand menyebabkan dakwat dengan kos RM2.4 juta itu dilupuskan pada 25 November 2009.

Persetujuan menggunakan dakwat kekal atau indelible ink oleh SPR bukan bermakna PRU terdahulu tidak telus sebaliknya untuk menghapuskan persepsi pembangkang kononnya pilihan raya yang dijalankan tidak telus.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyambut baik keputusan itu.

Berikutan keputusan itu, SPR kini boleh meneruskan dengan persediaan menggunakan dakwat kekal semasa PRU Ke-13 nanti.

Ini termasuk meminda peraturan pilihan raya, melatih pegawai berhubung aplikasi dakwat dan pemerolehan dakwat kekal itu, katanya kepada Bernama.

Dipetik dari Utusan Malaysia